Tuesday, May 18, 2010

Windstruck..


Malam tadi agak membosankan, kat tv pun takde rancangan yang best2, so aku pun tanpa membuang masa on laptop dan menonton sebuah citer Korea.. Download dari sumber yang sangat bagus.. Banyak citer-citer dalam tu, takyah beli CD or DVD pun..hehehe..:D

Kisah cinta yang sangat menyentuh hati dan perasaan.. Mungkin ada yang pernah tonton citer ni dan mungkin ada yang minat giler dengan citer ni..hehehehe.. Tajuk citer ni 'Windstruck'..


Dibintangi oleh pelakon wanita 'My Sassy Girl', juga sebuah filem Korea yang tak kurang hebatnya iaitu Jun Ji-hyun dan aktor Jang Hyuk.

Mengisahkan seorang pegawai polis wanita bernama Kyung-jin Yeo (Jun Ji-hyun) yang amat komited terhadap kerjayanya telah tersalah tangkap Myung-woo Go (Jang Hyuk), seorang guru Fizik yang disangkakan seorang pencuri. Setelah pencuri sebenar ditangkap, Kyung-jin tidak mahu meminta maaf kepada Myung-woo kerana prinsipnya yang tidak suka meminta maaf melainkan nama orang itu Maaf..hehehe.. Kyung-jin seorang yang berani dan kuat tetapi kadangkala suka membuat sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Seperti yang terjadi pada satu malam ketika Kyung-jin bersama Myung-woo yang menjadi sukarelawan sedang menjaga keamanan bandar, tiba-tiba mereka terserempak dengan kumpulan mafia Rusia yang sedang berurusniaga dadah dan mereka telah terlibat secara tak sengaja akibat sifat Kyung-jin yang suka menyibuk.

Hubungan mereka bertambah rapat dan Kyung-jin tanpa segan silu pergi ke sekolah perempuan di mana Myung-woo mengajar untuk memberikan bekal makan tengahari sambil memberi amaran kepada semua pelajar di situ bahawa Myung-woo adalah boyfriendnya dan siapa yang mengganggu akan mendapat balasan daripadanya. Kyung-jin seorang yang cantik cuma agak lasak dan kasar. Myung-woo pula seorang lelaki yang sangat mengambil berat tentang Kyung-jin. Kadangkala apabila dia menelefon Kyung-jin dan Kyung-jin sedang mengejar penjenayah ketika itu, Myung-woo akan pergi ke tempat di mana Kyung-jin berada hanya untuk memastikan tiada apa-apa akan berlaku kepada Kyung-jin.

Perjalanan cinta mereka nampak natural sehingga mampu menyentuh hati kita. Hingga satu saat mereka pergi bercuti dan Myung-woo hampir-hampir mati lemas di dalam tasik tetapi diselamatkan oleh Kyung-jin. Tetapi sebelum itu ketika berada di atas sebuah bukit saat mereka menikmati hembusan angin, Myung-woo mengatakan bahawa dia sangat sukakan angin seandainya dia mati dia ingin dilahirkan semula sebagai angin.

Akhirnya setelah terselamat dari kematian, ajal benar-benar menjemput Myung-woo. Ketika Kyung-jin sedang mengejar penjenayah, Myung-woo menelefonnya dan kerana bimbangkan keselamatan Kyung-jin, Myung-woo pergi ke tempat Kyung-jin berada. Tanpa disengajakan seorang pegawai polis yang muncul di tempat yang sama tertembak Myung-woo tetapi Kyung-jin menyangka dia yang telah menembak Myung-woo.. Sedihhhhhhhhhhh sangat masa nii.. Meraung bagai si Kyung-jin.. Aku yang tengok ni pun meleleh air mata..hehehehe.. Biasalah, aku ni tak boleh tengok citer sedih-sedih, mesti nangis punya la.. Maklumlah jiwa sentimental..huhuhuhu..

Lepas tu Kyung-jin cuba bunuh diri beberapa kali.. Nak tau apa akhirnya? Tonton le sendiri..hehehehe.. Panjang sangat la nak buat ulasan.. Tapi aku jamin, sape yang suka citer-citer cinta, mesti akan jatuh cinta dengan citer ni.. Sape yang suka tengok citer cinta yang spontan dan natural, aku sarankan tengok la citer ni, memang best.. Tak rugi pun..

Tapi sebelum tengok tu, sediakan tisu banyak-banyak ye.. Sebab aku guarantee, mesti air mata akan keluar macam air hujan..huhuhuhu..:p



Selamat menonton ye..:D






Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu..


Hari ini 16 Mei 2010..

Setiap tahun pada tarikh 16 Mei ini, kita akan meraikan Hari Guru.. Setiap sekolah pasti akan mengadakan majlis meraikan semua guru yang berjasa mendidik para pelajar di sekolah mereka.. Oleh kerana hari ini cuti, besar kemungkinan majlis itu akan disambut esok..

Aku pun nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang telah mengajar dan mendidik aku sampailah aku mampu berada di kedudukan aku sekarang ni.. Bermula dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah agama sampailah abis sekolah menengah..

Kepada guru yang telah mengajar aku di sekolah tadika dulu, Cikgu Jamilah dan Cikgu Mustipah, terima kasih kerana bersabar dengan kerenah aku ni.. Aku ni masa sekolah tadika pemalu sangat.. Dan mungkin jugak penakut..hehehehe.. Bayangkanlah sepanjang setahun aku bersekolah, aku tak pernah bersuara kalo cikgu tanya, kalo cikgu panggil.. Kalo cikgu nak amik kedatangan, aku angkat tangan je bila dipanggil, tak menyahut pun.. Ntah ada emas kot dalam mulut aku dulu..huahuahuahua.. Bila dikenang-kenang semula aku pun pelik apsal aku camtu dulu.. Pemalu tahap terlampau tu..huhuhuu.. Terkejut kot tetiba je kena pegi sekolah..hehe..

Pastu dari darjah 1 sampai darjah 3, cikgu kelas aku Cikgu Rosli. Kelas 1 Bistari sampai 3 Bistari, kelas kedua terbaik. Kelas pertama, A - Amanah. Seronok sangat bila masuk sekolah rendah. Tapi sifat pemalu aku tu masih tebal lagi. Susah betul nak buang. Orang cakap malu tu biar bertempat. Ahh!! Lantak la.. Janji time exam aku score..hehehehe.. Aku ingat lagi aku ni antara anak murid kesayangan cikgu sebab maintain dalam top 3..hehehehe.. Cuma masa darjah 1 aku dapat nombor 4. Naik darjah 2, aku dapat member baru, Farrah dan bermula dari situ aku start berlumba dengan Farrah untuk kedudukan terbaik dalam kelas. Darjah 2 aku dapat nombor 2 dan Farrah nombor 1. Darjah 3 kami bertukar kedudukan, aku dapat nombor 1 dan Farrah dapat nombor 2. Tapi masa aku darjah 4, Cikgu Rosli pindah ke Kedah tempat kelahiran dia dan mengajar di sana.

Naik ke darjah 4, aku masih lagi berada di kelas Bistari bersama Farrah. Tapi cikgu kelas kami dah bertukar, mmm..lupa pulak siapa guru kelas aku masa darjah 4..hehehe.. Namun aku dan Farrah tetap berlumba dan akhirnya aku berada di kedudukan kedua dan Farrah pertama. Darjah 5 memang menyeronokkan. Cikgu kelas aku garang tapi dia mengajar best. Cikgu Hasnan namanya. Hasil didikan dia, aku dapat tempat pertama dan Farrah kedua..hehehe.. Dari darjah 2 sampai 5, aku berada di kelas Bistari dan sekelas dengan Farrah.. Sebab itulah kitaorang boleh jadi best friend..

Masuk je darjah 6, aku ditempatkan di kelas untuk orang-orang pandai, kelas 6 Amanah.. Wah, masa tu agak ngeri dan takut gak, maklumlah berada di kalangan orang-orang yang pandai.. Takut tak terkejar la pulak.. Cikgunya pulak senior-senior cakap garang, Cikgu Ilham namanya. Tapi alhamdulillah, masa peperiksaan UPSR, aku antara pelajar terbaik yang dapat 4A.. Yang dapat 4A masa tu 3 orang je termasuk aku..

Masuk sekolah menengah, satu alam baru dirasai.. Yelah, kejap je dah 13 tahun umur aku.. Aku ditempatkan di tingkatan 1 KM/ERT 1. Nama cikgu kelas aku kalo tak silap, Cikgu Zarina. Aku pun ingat-ingat lupa. Kalo ada kawan-kawan sekelas aku yang baca citer aku ni, kalo ada yang salah, tolong betulkan ye..

Bila masuk sekolah menengah ni, setiap subjek diajar oleh cikgu yang berlainan, tak macam sekolah rendah, kebanyakan subjek cikgu kelas yang ajar. Cikgu Zarina ajar subjek Bahasa Inggeris, salah satu subjek kegemaran aku..hehehehe.. Seronok bila masuk sekolah menengah ni sebab subjek makin banyak, lepas tu ada amali kat makmal untuk subjek sains.. Best tau time buat eksperimen ni.. Sains itu menyeronokkan.. Bila subjek kemahiran hidup pulak pegi bengkel, menukang.. Pengkhususan aku dalam bahagian KMT, lebih kepada pertukangan..hehehehehe.. Sebab aku tak minat jahit-jahit ni..huhu..

Masuk form 2, guru kelas aku Cikgu Norhayati. Dia mengajar Bahasa Melayu. Bila dah masuk sekolah menengah ni kedudukan dalam kelas tak penting. Yang penting gred yang diperolehi ketika final exam tu. Sebab form 3 dah ada PMR. Bila dah naik sekolah menengah, saingan makin sengit. Ramai student yang power. Semuanya struggle nak dapatkan keputusan yang paling baik.

Naik form 3, aku dan classmates aku dapat cikgu fresh baru keluar dari U. Cikgu Rozafrina, lulusan UKM. Dia ajar kami Bahasa Inggeris. Tapi sayangnya sekejap je dia ngajar kitaorang sebab dia pindah ke KL, ikut suami dia. Wah, ingat lagi masa hari terakhir Cikgu Rozafrina kat sekolah. Kitaorang satu kelas nangis bagai nak rak sebab sedih sangat nak berpisah dengan dia. Yelah, cikgu yang baik ni ramai murid yang sayang. Aku lupa siapa yang gantikan Cikgu Rozafrina lepas tu.. Maklumlah, aku ni dah tua.. Sikit-sikit memori tu terhakis..hehehe.. Tapi walau apapun, keputusan PMR aku taklah mengecewakan walaupun aku rasa agak kecewa sikit.. Aku cuma dapat 7A 1B.. Mmmm..subjek yang aku target dapat A, dapat B dan sebaliknya.. Seronok gaklah jadi antara top student masa tu.. Sebab keputusan aku itulah yang terbaik dan cuma 2 orang pelajar je yang dapat keputusan tu termasuk le aku..kuikuikui.. Walaupun antara top student tapi tak ramai yang kenal aku sebab aku ni low profile..hehehe..

Masa form 4, aku dapat masuk kelas Sains Tulen. Tibalah masa memerah otak. Mana taknya semua subjek elektif yang aku amik masa tu tough-tough belaka. Kimia, Fizik, Biologi, Add Maths, Prinsip Akaun.. Wah, memang struggle giler la..Sambung pulak ke form 5. Pergh!! Memang sakit.. Last-last keputusan SPM aku takdelah mengagumkan sangat.. Tapi okla, masih lagi Gred 1..

Mmm..kalo citer pasal zaman sekolah memang takkan habis.. Ada je memori yang mencuit hati.. Kawan-kawan aku pun kebanyakannya dah ada keluarga sendiri.. Farrah sendiri dah ada 3 hero.. Aku je yang masih menyendiri..ahaks.. Tapi aku tak kisah pun, malas nak fikir sangat.. Kalo ada jodoh, aku kawinlah nanti... Kalo takde pun hidup mesti tetap diteruskan..

Cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku pun kebanyakannya dah berpindah mengajar di tempat lain. Tapi masih ada lagi yang tetap menabur bakti dan jasa di sekolah aku belajar dulu, Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Lok Heng dan Sekolah Menengah Lok Heng atau dikenali dengan nama Sekolah Menengah Lokman Hakim sekarang ni.

Sekali lagi aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada cikgu-cikgu yang pernah menjadi guru aku dan mengajar aku menjadi insan yang berguna. Jasa-jasa cikgu teramatlah bernilai dan tidak dapat digantikan dengan wang ringgit sekalipun. Semoga Allah akan membalas jasa-jasa kalian semua..

TERIMA KASIH CIKGU DAN SELAMAT HARI GURU...







Wednesday, May 5, 2010

Selamat Hari Ibu..


Bulan Mei ni sememangnya sinonim dengan sambutan Hari Ibu.. mmm..nak meraikan ibu kita pun ada hari-hari tertentu jugak ke? Aku ni memang tak pernah nak sambut Hari Ibu ke, Hari Bapa ke, Hari Kekasih ke, hatta hari ulangtahun kelahiran sendiri pun tak pernah sambut..hehehehe.. Bukannya apa, aku ni tak pernah diajar dan dibiasakan dengan menyambut birthday ni.. Maklumlah aku ni bukan datang dari keluarga berada.. Biasa-biasa je.. Apa yang ada, Alhamdulillah.. Tak payah nak mintak lebih-lebih.. Janji cukup makan, cukup pakai, dah bersyukur sangatlah tu.. Biarpun tak kaya tapi hati bahagia, dah sangat-sangat bermakna kehidupan kita ni..

Tapi bila dah kerja ni mesti ada orang akan cakap, bila dah kerja dah ada duit sendiri, bolehlah sambut Hari Ibu.. Bagi aku, hari-hari adalah Hari Ibu.. Tak payah nak tunggu hari-hari tertentu baru nak ucapkan rasa sayang kat ibu kita..

Aku panggil ibu aku, mak. Maklumlah orang dulu-dulu panggilannya mak je. Sekarang je yang ada macam-macam panggilan, ibu, umi, mama, mummy.. tapi tak kisahlah asalkan orang yang dipanggil tu faham dan senang dengan panggilan tu.. Mak aku ni takdelah garang sangat tapi kadang-kadang naik gak suara bila anak-anak degil tak dengar cakap dia.. Itu citer time kecik-kecik dulu.. Maklumlah budak-budak ni banyak kerenahnya. Kadang-kadang bila mak aku suruh buat itu ini, tiba mood malas aku, liat betul nak buat.. Machine gun mak aku pun start la..tot tet tot tet..hahahaha.. Normal la tu.. Rasanya majoriti mak kita camtu..hehe.. Best apa dengar mak kita membebel.. Tak lengkap rasanya hidup kalo tak dengar dalam satu hari tu...hahahahahahhaa..

Time budak-budak mana tau pape lagi.. Taunya main, kalo nak apa-apa tak reti nak sabar.. Bukan kira mak abah ada duit ke tak.. Adoii..kalo ingat-ingat balik memori dulu-dulu, sedih pun ada.. Penah satu masa aku darjah 1 atau 2, abah balik kampung.. Aku pulak buat perangai, tak nak pegi sekolah.. Jenuh mak aku pujuk suh pegi sekolah, siap bagi duit belanja singgit lagi untuk sehari.. Woooo..banyak singgit tu dulu.. Kalo ikutkan singgit tu belanja untuk 5 hari sekolah.. Pulak tu 3 hari abah aku balik kampung, 2 hari aku tak nak pegi sekolah.. Aku pun tak tau apsal.. Sebab bapak aku takde nak hantar aku pegi sekolah rasanya.. Kawan-kawan aku selalu cakap aku anak manja.. Bila ingat-ingat semula memang betul kot apa diorang kata.. Selalunya kalo abah aku takde, aku tumpang jiran aku sebab anak dia sebaya aku gak, sekelas lagi.. Tapi ntahlah, memang menyakitkan hati mak aku betul aku ni..

Ada satu lagi masa aku darjah 2. Aku nak beli pensil warna kayu. Ala yang saiz kecik tu je. Harga tak sampai pun RM2 masa tu. Tapi aku ni sengal, taknak pensil warna nak kaler magic (apa ntah namanya, yang dakwat basah tu). Sebab aku tengok kawan-kawan aku guna. Harganya kaler tu aku ingat lagi RM 2.20. Mahal ooo.. Abah aku cakap, takyahlah beli kaler tu, beli kaler pensil, lama sikit boleh guna. Tapi aku ni ada batu dok dalam kepala, nak jugak. Last-last abah aku belikan jugak tapi dia berhutang 20 sen sebab dia bawak RM2 je. Aduhaiii..sedih kalo ingat-ingat balik. Apsal la aku ni degil sangat dulu. Aku tau ada orang lagi teruk nakal dia daripada aku ni.. Tapi aku buat camni pun dah rasa sedih sangat-sangat..

Banyak sebenarnya memori time kecik-kecik dulu tapi takpelah, aku simpan sendiri jek. Ada sesetengah perkara tu harus disimpan sendiri..:)

Aku ni paling tak suka nak basuh pinggan. Tapi dah namanya kak long, kenalah buat jugak walaupun selalu muncung panjang sedepa..hehehe.. Rumah aku dulu-dulu takde sink. Basuh pinggan dalam bilik air. Bilik air pulak kat luar rumah. Bila dah siap masak, dah siap makan, kumpulkan semua pinggan mangkuk kotor, bawak pegi bilik air, basuh. Aku ni pulak jenis yang agak lambat kalo buat kerja. Lama beno nak siap. Kadang-kadang sampai 1 jam..hehehehehe.. Siap membebel-bebel kalo ada yang tunggu aku basuh pinggan.. Yelah, bilik air ada satu je, itulah yang digunakan untuk mandi, basuh pinggan, basuh baju.. Rumah peneroka Felda, faham-faham jelah.. Bilik tido pun ada satu jek.. Tapi sekarang ni Alhamdulillah, rumah mak abah aku pun dah selesa sikit.. Bilik tido tak payah lagi nak kongsi ramai-ramai.. Sink pun ada, senang dah nak basuh pinggan..hehehe.. Senang sikit rasa hati dapat sumbang sikit-sikit untuk besarkan rumah.. Kalo boleh memang nak diorang rasa selesa dan senang hati dalam melewati masa-masa emas ni..

Dulu aku memang malas sangat nak belajar memasak..hehehehe.. Tapi kalo dah pompuan tapi tak reti memasak, tak cukup syarat tu nak jadi menantu orang.. Menantu tau, bukan isteri.. Kalo mak aku suh masak, aku malas, mak aku pun mulalah berkhutbah.. Dia cakap kalo aku tak tau masak, nanti kalo kawin mak mertua suh masak, aku tak reti, buat malu dia jek.. Sebab mesti mak mertua aku ingat mak aku tak ajar aku masak.. Sape yang malu? Mak aku dan aku jugakkkk..kui..kui..kui.. Tapi nasib baiklah aku ni jenis yang agak senang nak diajar.. 2-3 kali belajar, dah kira luluslah nak bagi anak orang makan..hahahahahha.. Sekarang ni aku rasa dah yakin dah nak masak untuk sesiapa yang bakal bergelar mak mertua aku.. Cewah!!!  Jangan kena reject dah le..hehehehe.. (pengakuan secara tak langsung bahawa aku ni masih single mingle..hehehehe..)

Banyak sungguh memori sepanjang 30 tahun aku hidup di bumi Allah ni.. Alhamdulillah aku bahagia dengan keluarga aku, mak abah aku, adik-adik aku, adik ipar aku dan yang terbaru anak sedara aku yang comel..hehehe.. Memang takde apa yang dapat mengganti kalian dalam hidup aku.. Susah senang kita tetap bersama-sama.. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah.. Insya Allah.. Aminnn..

Untuk mak, setiap hari adalah Hari Ibu pada kak long.. Sayang mak sangat-sangat..

Mak..

Untuk abah, terlalu banyak pengorbanan yang tidak dapat dibalas oleh kak long.. Terima kasih abah.. Kak long sayang abah..

Abah..


Adik-adikku semua, kalian teramat ku sayang.. Semoga susah dan senang kita akan tetap bersama-sama..

Angah, Uda & Irul..

Adik Wani..

Gambar family ketika adik aku, Angah kawin..

Angah dan isterinya, Ina..

Ini si comel yang mak long sayang dan rindu sangat-sangat, Nadhirah Huda Hamdan..:)


Andainya kita tahu apa yang bakal berlaku esok hari, pasti kita akan buat yang terbaik hari ini.. Dan andainya masa itu boleh diputar semula, pasti kita mahu kembali ke masa silam untuk mengubah segala kesilapan yang telah kita lakukan.. Tapi sayangnya masa itu akan terus berlalu meninggalkan kita malah semakin hari semakin pantas.. Oleh itu gunakanlah setiap saat yang ada dengan sebaiknya..


Kepada ibu-ibu di seluruh dunia, Selamat Hari Ibu..






Monday, April 26, 2010

E-mail Lawak di Pagi Hari Isninku..


Pagi tadi aku check yahoo e-mail aku. Tengok-tengok ada job offer, daripada Nippon Oil plak tu.. Wah..wah.. tak sangka plak Nippon Oil berminat nak ambik aku bekerja..hehehehe.. Tapi memang pun Nippon Oil ni salah satu client syarikat aku bekerja sekarang.. Sebenarnya e-mail tu dihantar hari Khamis lepas tapi masuk dalam spam folder.. Itu yang aku tak perasan.. Aku pun dengan penuh excitednya membaca e-mail tersebut..

Meh kita baca sesama kat bawah ni..

From: NIPPON OIL AND GAS info@nippon.com
Sent: Thursday, April 22, 2010 14:30:57
Subject: JOB OFFER


HUMAN RESOURCE DEPARTMENT
NIPPON OIL EXPLORATION (MALAYSIA), LTD
Lot 1168, 3rd Floor Wisma Interhill,
Miri Waterfront Commercial Centre,
98000 Kuala Lumpur Malaysia.
Tel: +60 10290 2643 Fax +603 2033 4506

ATTN: APPLICANT

INTERNATIONAL EXPATRIATE OFFICIAL JOB ONLINE INTERVIEW

Your name has been shortlisted/Chosen among the Lucky expatriates who submitted the CV to the MALAYSIA ONLINE JOB ,before we will issue you the Success Letter and the Contract Document You have to fill the following informations and send it back to us

Full Names
City:
State:
Country:
Zip code:
Sex:
Phone:
AGE:
MARITAL STATUS:
Get back to me as soon as possible.
Email :nippon.oil97@gmail.com
Bar.Hamzah Mohamed
Head of Recruitment Service
NIPPON OIL AND GAS (MALAYSIA)

Baru je baca tang e-mail address tu aku dah tau e-mail ni tipu.. Sebab setahu aku, Nippon Oil mana ada guna nippon.com..

Aku tau e-mail ni tipu dan boleh diabaikan je. Tapi aku suka nak komen isi perut e-mail ni. Lawak siot!!

1. Cuba tengok alamat Nippon Oil tu. Alamat tu kat Miri Waterfront Commercial Centre, of course la kat Miri Sarawak. Pastu tup-tup bawah tu Kuala Lumpur..huahuahuahuahuahuahuahuahua..lawak gilos!!! Pastu nombor tepon tu ntah nombor sape ntah rembat dengan nombor fax tu...lawak..lawak..huahuahuahuahua..

2. Pastu subject "INTERNATIONAL EXPATRIATE OFFICIAL JOB ONLINE INTERVIEW".. Dah tentulah sah-sah untuk non-Malaysian a.k.a omputih and etc.. Aku ni 100% Malaysian la bodoh!!..

3. Pastu ntah masa bila aku submit resume kat "MALAYSIA ONLINE JOB". Tak penah la woi.. Memandai jek ko ni..

4. Pastu bayangkanlah memang aku ni expatriate dan item 1-3 atas tu betul, ada ke boleh mintak particular aku, full name, address and whatever nonsense tu.. Kalau dah dapat nama aku dari CV aku, of course la semua particular tu dah ada, dah complete.. Apa, ingat aku ni bodoh ke.. Apalah bangangnya pengirim e-mail ni..

5. Yang last sekali e-mail response tu, nippon.oil97@gmail.com.. Kahkahkahkah.. Nippon Oil guna gmail siot!! Lawak giler.. Nampak beno le Nippon Oil yang hantar e-mail kat aku ni Nippon Oil cikai.. kahkahkahkahkahkah..

Nasihat aku pada pengirim e-mail bohong ni, kalau nak tipu orang pun biarlah nampak real.. Janganlah tunjukkan sangat kebangangan ko tu.. Nampak sangat bohong siot!!!! Lawak!! Lawak!!! Kahkahkahkahkahkahkah!!!


P/S :
Dalam website Nippon Oil pun ada amaran supaya berhati-hati dengan fraud e-mail yang menggunakan nama Nippon Oil Exploration.






Friday, April 23, 2010

Tragic End of A Cat Marriage..hehehe..


I like to post something humor in my blog. It's very enjoying to smile and laugh when read or watch something funny. Just for fun and to relax ourselves for a while. No need to be so stress because of so much works..:D

Today, one more funny post from me with a title, Tragic End of a Cat Marriage. Actually it is an email received from my friend.

Enjoy the story with smiling..:D

2 cats decided to marry..

They have sweet marriage life..

They finally had their first baby..

And the second..

The babies took their first steps..

Father worked hard for his family needs..

Seeing her husband's dedication, mom finally realized her mistake and broke up with her boyfriend..

The children grew up without care and became bad boys..

One of them became terrorist..

The other spent all his time in night clubs..

The small one got bored of life and decided to kill himself..

When dad heard that, he got heart attack..

Grandpa lost his vision because of old age..

Mom lost her mind and became crazy..

And finally she also become terrorist..


So pity.. What a tragic life they had..uhuk..uhuk.. But very cute character.. Just for make us feel happy and fun..hehehehe..


Have a great weekend guys..