Friday, June 4, 2010

Nadhirah Dah Beso..:)


Akhirnya...

Dapat gak aku upload gambar terbaru Nadhirah Huda..hehehe.. Nadhirah Huda dah beso dah.. Semalam genap 6 bulan.. Dah makin bijak, dah pandai main, dah pandai merajuk, dah kenal orang..

Ini le expression muka dia first time nampak aku.. maklum le 3 bulan tak jumpa.. dia pun confuse..hehehe..

Tapi bila dapat Chipmunk daripada Mak Long, terus jek mesra alam..hehehe.. terima kasih gak pada Uncle Aidil dan Auntie Molly.. warisan..hehehehe..

Nadhirah dah pandai naik moto.. atok cakap tunggu Nadhirah beso sikit lagi.. nanti atok bawak Nadhirah ronda-ronda naik moto..hehehe..

Comel tak Nadhirah?

Nadhirah dengan ayah dan mama.. tapi ayah plak yang posing lebih-lebih.. ceh!!

Nadhirah happy sangat sebab nenek, Mak Long, Mak Usu, Pak Cik Irul suka main dengan Nadhirah.. masa ni ayah dengan mama dah balik JB..



Kalo nak tengok gambo Nadhirah lagi, pegi la kat facebook Mak Long Nadhirah.. Banyak gambo Nadhirah dalam tu.. :)





Tuesday, June 1, 2010

Mmm.. Hari Ni Dah Keje Semula..


Mmm..sedar tak sedar dah berlalu cuti 4 hari dan hari ni aku dah start keje semula.. Aduhai..malasnya rasa.. Mood kampung masih tebal lagi.. Rasa macam malas nak balik KL semula.. Bestnya kalo dapat dok kat kampung je.. Mmmm..rasa-rasa macam nak keje kat Johor je.. Nanti-nantilah fikirkan.. Tahun depan ke..hehehehe.. Saje, nak tukar angin.. Sekarang ni susah nak balik kampung selalu..

Alhamdulillah, family aku sihat.. Nadhirah Huda dah besar, dah 5 bulan lebih.. Dah cerdik, dah pandai merajuk, dah kenal orang, dah pandai main, dah makin comel..hehehehe.. First time tengok muka aku dia confused pastu nangis sebab tak familiar. Tapi nangis-nangis pun still perhati je muka aku.. Sesi berkenalan..hahahaha.. Jap je dia jual mahal, pastu dah mesra alam..hehehe.. Muka dia pun dah lain berbanding 3 bulan lepas. Sekarang dah makin cute.. Peha maintain tembam.. Pipi pun makin sentol..hahahaha..

Banyak gambar terbaru dia aku snap. Tapi USB cable aku plak ntah kemana hilangnya.. Dah takleh nak upload dalam PC.. Ceh!! Kacau betul la.. Nantilah aku cari mana ntah terselit..

Bestnya la bila sesekali dapat balik kampung, jumpa keluarga.. Seronok betul rasanya.. Yelah, sementara semuanya masih ada.. Terutamanya mak ayah kita.. Selalu-selalulah jenguk mereka.. Jangan bila ada cuti, ada masa, asyik nak bercuti je.. Gi luar negara la, gi dalam negara la.. G pulau tu, pulau ni la.. Kalo nak bercuti, bawak mereka sekali.. Mereka pun nak rasa gak bercuti ke sana sini.. Tak rugi kalo buat mereka rasa gembira..

Okla, malas nak tulis panjang-panjang.. Penat memandu pun tak hilang lagi ni.. Rasa nak balik umah, tido jek..hehehehe.. Gambar-gambar tu nantilah aku upload..



Thursday, May 27, 2010

O..O..O Balik Kampung....


Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung sawah dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

O..o..o balik kampung
Hati girang
O..o..o balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kallbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Esok cuti, Wesak Day.. Pastu sambung sabtu dan ahad.. Wah best tu, cuti 3 hari.. Aku pun apalagi, time cuti-cuti panjang (walaupun tak panjang mana..hehehe..) camni la boleh balik kampung.. Lagipun dah lama tak balik, last aritu masa CNY. Dah lebih dari 3 bulan.. Aku pun dah rindu sangat dengan udara kampung yang segar dan suasana kampung yang amatlah menenangkan.. Bestnyaaaa.... Walaupun tanah rancangan Felda tapi sama je suasananya macam kampung.. Tenang dan mendamaikan.. Seronoknyaaa..

Tapi yang pastinya tentulah aku rindukan keluarga aku.. Mak, abah, adik-adik aku dan si comel Nadhirah Huda.. Mak aku cakap Nadhirah dah makin bijak sekarang.. Dah pandai merajuk, pandai menyampuk orang berborak tapi suara dia la yang paling kuat..hehehehe.. Aduhaiiii..rindunya.. Tak sabar nak jumpa si kenit tu.. Dah asyik termimpi-mimpi je ni..hehehehe..

Kali ni aku balik dengan adik aku yang study kat GMI Bangi tu, Irul.. Adik aku Uda tak balik sebab bulan 7 nanti dia nak balik, jiran aku kawin.. So, kali ni kitaorang berdua je la.. Selalunya bertiga.. Nampaknya aku kena drive sorang-sorang untuk 5 jam perjalanan.. Selalunya kalo Uda ikut, aku gilir-gilir dengan dia.. Takpela, slow-slow.. Bukan aku tak pernah drive sorang-sorang sebelum ni.. Cuma perlu sentiasa berhati-hati.. Pandu cermat perjalanan selamat.. Insya Allah..

Aku balik KL hari Isnin..hehehehe.. Amik cuti le.. Tahun ni aku belum amik cuti lagi..huhuhu.. Cuti yang tinggal tu simpan untuk raya dan hujung tahun untuk majlis kawin adik aku, Uda.. Insya Allah..

Semoga Allah lindungi aku sepanjang perjalanan aku pulang ke kampung dan balik ke KL semula.. Insya Allah, Aminnn..

Johorrrr!!! Wait for me!!!!!!!!!!! I'm coming!!!!!!!!!!!





Wednesday, May 26, 2010

Citer Korea Yang Pernah Aku Tonton..


Aku suka tengok citer Korea sebab kadang-kadang citer yang mereka buat sangat terperinci dan ada motif.. Walaupun sekadar untuk hiburan tapi ada pengajaran di sebalik cerita yang digarap dengan bagus sekali..(ceh!! ayat tak hengat.. kalo cikgu BM aku baca ni, mesti dia bangga..hahaha..)

Tapi memang pun citer-citer Korea ni tak kurang hebatnya.. Kalo yang sedih tu memang sedih bebetul.. Sampai buat ayaq mata, ayaq hidung suma kuaq.. Kalo yang kelakar tu, memang pecah perut dibuatnya..hehehe..

Antara citer-citer Korea yang pernah aku tonton ada dalam list bawah ni. Dan aku suka sebab kebanyakannya kelakar. So, seronok le menontonnya. Tapi yang no. 1 ni memang buat aku menangis bagai nak rak sebab sedih giler..

1. Windstruck
2. My Sassy Girl
3. Tsunami in Haeundae
4. My Wife Is a Gangster
5. My Wife Is a Gangster III
6. Oh My God
7. 100 Days with Mr. Arrogant
8. Marrying the Mafia II
9. Speed Scandal
10. Kidnapping Granny K
11. My Girlfriend is an Agent
12. 200 Pounds Beauty
13. The Guard Post / GP506
14. The Host
15. Rough Cut
16. The Way Home
17. My Tutor Friend


Mmm..ini je la yang aku ingat.. Tapi memang best2 citer ni semua.. Pada aku la.. Terutamanya citer-citer komedi.. Tapi orang lain tak tau le pulak.. Lain orang lain citarasanya..hehehehe..



Saturday, May 22, 2010

Shahir Juara AF8..


Aku baru je abis tonton konsert akhir Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8). Dan seperti yang aku jangkakan dan aku harapkan, Shahir adalah juaranya.. Tak sia-sia pengundi mengundi Shahir masuk semula ke dalam pertandingan.. Tapi masa Shahir berjaya masuk semula ke dalam pertandingan, aku dah agak dah mamat ni ada ramai peminat dan harapan untuk dia bergelar juara memang sangat cerah.. Oppss..aku tak pernah undi sesiapa ye..:D

Aku ingat lagi dalam diari AF8, Shahir kata kat Daus yang dia tak nak tersingkir terlalu awal dalam AF8 ni. Dia nak orang nampak bakat dia. Akhirnya memang ko akan tetap diingati Shahir ooiii.. Sebagai juara AF8.. Dah rezeki ko.. Alhamdulillah...

Sebenarnya aku takdelah mengikuti sangat AF8 ni. AF musim lepas-lepas pun lagilah aku tak pernah ikuti sebab masa tu takde Astro kat umah.. Tapi bila dah ada ni, tengok gak..hehe.. Cuma kalo minggu-minggu sebelum ni, aku memang tak tonton konsert live setiap hari Sabtu sebab Astro suka ulang tayang banyak kali tapi malam ni sebab final, aku saja je tengok. Nak tau jugak sape yang jadi juara..hehehehe..

Antara ramai-ramai pelajar AF8 ni, aku suka Shahir dengan Adira. Shahir ni dulunya anggota kumpulan nasyid Saujana. So, memang jenis budak yang baik dan 'suci' bak kata Pak Nil tadi.. Cuma dia ni pemalu sangat dan keras sikit kalo bab-bab menari ni.. Tapi walaupun camtu dia tetap sabar dan terima walaupun kena marah, kena 'dera' dengan cikgu-cikgu di akademi. Aku selalu gak tengok diari AF8. Shahir ni memang tetap dengan sifat humble dia, tak pernah buat hal dalam akademi.. Suara pulak memang jantan giler.. Best tu dengar.. Single Shahir, Kebahagiaan dalam Perpisahan pun best gak, walaupun Adlin cakap macam lagu balada stail lama-lama, ala-ala era 90-an la tu, tapi best apa.. Aku suka dengar lagu tu.. Feeling gak..hehehe..

Adira pulak comel sangat. Suara pun mantap. Persembahan maintain setiap minggu. Persembahan Adira yang paling aku suka masa dia menyanyikan lagu Seri Mersing. Sepuluh kali aku tengok persembahan tu, sepuluh kali bulu roma aku meremang. Memang sedap giler masa Adira nyanyikan lagu tu. Dengan lenggoknya, perfect!! Dapat jadi naib juara pun untung gak, Adira kan? Dapat gak kete..




Tapi aku memang suka tengok si Shahir dengan Adira ni. Nampak macam serasi je. Dua-dua baik, tak pernah buat hal kat akademi. Memang suka sangat kalo mereka berdua bersama. Masa mak Shahir datang akademi, Adira siap nak tolong basuhkan pinggan mak Shahir lagi.. Cuba nak ambil hati bakal mak mertua ke? ahaks.. Tapi dalam AF8 ni masing-masing masih mentah, amatur, so semuanya nampak baik-baik je. Tak taulah nanti kalo dah jadi artis terkenal dalam dunia seni hiburan Malaysia, semuanya berubah..

Walau apapun, tahniah diucapkan kepada Shahir.. Semoga tidak akan terleka dan dihanyutkan oleh dunia seni hiburan tanahair...