Saturday, December 25, 2010

Majlis di Lok Heng..


Sekarang jom kita layan gambar-gambar masa majlis kahwin kat belah pihak lelaki pulak.. Kat mana lagi kalo bukan kat rumah Cik Seman dan Bik Nah di Lok Heng.. So, layannnnn....










The last photo was taken by my cousin, Aizuddin. Very nice, bro.. Hope you don't mind I put it here..(^_^)v







Thursday, December 23, 2010

Majlis Kahwin Hamzah & Delfitta di Selayang..


Majlis perkahwinan dah lama berlalu.. Pengantin pun dah keje semula.. Maklumlah nak topup balik perbelanjaan yang dah habis masa kenduri kawin hari tu..hehehe.. So, post ni sekadar nak share gambar-gambar yang diambil sewaktu majlis perkahwinan di belah pihak pengantin perempuan iaitu di Selayang.. (^_^)














Gambar-gambar di pihak pengantin lelaki akan menyusul di post berikutnya ye..(^_^)v







Wednesday, December 22, 2010

Walimatul Urus Hamzah & Delfitta..


Alhamdulillah, pada 4 Disember 2010, pak uda Huda @ Hamzah bin Othman telah selamat bergelar suami kepada Delfitta binti Anizar dengan sekali lafaz nikah sahaja.. Majlis persandingan di kedua-dua pihak telah berjalan dengan lancar iaitu di Selayang pada 5 Disember 2010 dan di Kota Tinggi pada 12 Disember 2010. Semoga ikatan pernikahan yang dimeterai akan kukuh sehingga ke akhir hayat.. InsyaALLAH.. Aminn..

Penyerahan maskahwin daripada suami kepada isteri setelah sah pernikahan..

Majlis persandingan di pihak pengantin perempuan di Selayang..

Majlis bertandang oleh pihak pengantin perempuan ke pihak pengantin lelaki di Kota Tinggi, Johor pada 12 Disember 2010..

 Raja sehari bersanding di atas pelamin..

Di doakan semoga mahligai yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. Aminnn..

Kepada semua jemputan yang hadir di majlis ini, jutaan terima kasih kami ucapkan.. Ribuan maaf kami pohonkan jika ada kekurangan pada layanan yang diberi..





Birthday Girl Potong Kek..


Jumaat malam hari tu, sempat la Huda potong kek.. Cheese cake lagi.. Sedap.. Nek usu Huda yang tempah kat kawan dia.. Yang minta cheese cake tu bukan Huda tapi nekcik Huda, sebab dia suka cheese cake..kahkahkah.. Orang lain punya birthday, orang lain yang terlebih excited nak makan kek..hihi.. Seronok la ramai-ramai celebrate birthday Huda.. Tapi bukan party pun, just suka-suka family party.. Bukan selalu boleh berkumpul ramai-ramai camtu.. Kebetulan birthday Huda pulak tu.. Sama-sama la celebrate..

Birthday cake Huda.. Tapi namanya salah.. Neksu tak ingat nama sebenar Huda.. Nadhirah Huda nama saya..hehehehe..

Huda excited nampak kek.. Cantik beno siap ada lilin lagi.. Tapi Huda excited nak cepuk kek tu bukan nak tiup.. Belum siap Huda tiup lilin, pakcik Adam dah tolong tiupkan..ekekekekeke..

Huda potong kek dengan mama.. Ala, pandainya dia.. Bijak betul Huda mak long ni.. Comel je dia.. Dah dapat kaki, makin ligat tak reti diam, siap main kejar-kejar dengan pakcik Adam lagi.. Seronok betul dia ada ramai kawan..

 Huda dapat hadiah daripada nekcik.. ABC dengan alif, ba, ta.. Bolehlah Huda belajar kat rumah dengan mama dan ayah nanti.. (^_^)

I'm a big girl now!!!!





Nadhirah Huda Dah Setahun..



Happy 1st birthday to my dearest niece... Alhamdulillah, hari ni cukup setahun umur Huda.. Diam tak diam dah setahun berlalu.. Baru je jumpa Huda tadi.. Huda baru sampai dari Kota Tinggi dengan ayah, mama, atok dan nenek.. Konvoi dua kereta.. Alhamdulillah, perjalanan selamat.. Huda sekarang ni kecik je tapi tetap montel..hehehe.. Dah pandai makan sendiri.. Comel je tengok Huda makan french fries tadi.. Gigi dua batang dah tumbuh.. Lepas ni tersengih-sengih saje la..hehehe..

Huda dah ada kat umah atuk usu kat Kinrara sekarang ni.. Esok pak uda nak nikah.. Semua dah berkumpul kat umah atuk usu.. Malam ni sesi briefing camne perjalanan esok..hehehe.. Huda seronoklah ramai kawan.. Walaupun taraf pakcik dan makcik tapi semuanya kecik-kecik lagi.. Dah macam kawan-kawan Huda.. Bolehlah join.. Semoga perjalanan esok berjalan lancar.. InsyaALLAH.. Amin..

Luv u always my dearest niece... May ALLAH Bless ur life forever.. Aminnn..