Monday, June 18, 2012

27 Rejab 1433H..


Assalamu'alaikum semua..

Apa khabar semuanya? Harap2 berada di dalam keadaan yang sihat dan dilimpahi rahmat ALLAH selalu..

Sedar tak sedar dah 28 hari kita berada dalam bulan Rejab.. Cepat sungguh masa berlalu kan.. Dalam jangka masa sebulan lagi kita akan bertemu Ramadhan selepas bulan Sya'ban berlalu, Insya ALLAH.. Terasa macam terlalu cepat sangat tahun 2012 ni berlalu.. Entahlah samada aku sorang yang terasa atau korang pun terasa sama.. Adakah tahun 2012 ni yang dah tak sabar2 nak meninggalkan kita? Oppss, takde makna tersirat dalam ayat tu ye.. Walau apapun yang bakal berlaku, kita pasti akan menempuhinya samada suka atau tidak..

Oh ya, semalam 27 Rejab, pasti semua tahu kan.. Pada 27 Rejab telah berlaku peristiwa agung dalam Islam.. Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W dan pemfardhuan solat 5 waktu.. Malas nak citer panjang2, kalo nak tau detail pasal peristiwa ni, jangan segan2 klik sini ye. Masa Sabtu malam tu seronok dengar program selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kat tv Al-Hijrah. Wah, ex-kumpulan Ruffedge yang dah menubuhkan kumpulan Mawlid pun ada. Seronok tengok Amir, Azan, Lah pakai jubah camtu. Beruntungnya diorang dapat hidayah ALLAH. Semoga kita pun akan sentiasa diberi hidayah oleh ALLAH S.W.T. supaya sentiasa teguh di atas jalan-Nya. Insya ALLAH..

Camne pulak weekend korang? Semalam aku jumpa Adriana.. Dia datang sini sebab ayah dia nak gi umah cik Irul.. Ada hal sikit.. Disebabkan tak berapa ingat jalan ke sana, dia ajak le mak long sekali.. Then lepas balik dari jumpa cik Irul, kitaorang singgah umah toksu Adriana.. Kat sini gak.. Saja datang.. Neksu tak sudah ajak Adriana datang.. Dari baru lahir sampailah dah berusia 5 bulan baru dapat jejakkan kaki kat umah neksu.. Adriana seperti biasalah, masuk2 je rumah, tengok keliling dulu.. Lain beno umah ni.. Environment lain, beso pun lain..hehehe.. Tapi rasa macam pernah datang.. Oooo masa dalam perut dulu, ibu yang bawak..hikhikhik.. Adriana seperti biasa le.. Tak meragam pun, dia memang seronok dapat jalan2.. Nampak je ayah dalam kete dia dah tau mesti nak gi jalan2.. Takyah gi jauh2, dapat pusing2 area umah pun ok.. Asal naik kete..hahaha.. Balik rumah malam tadi tu mesti happy sesangat.. Golek2 atas tilam.. Membebel sorang2.. Tapi yang tak tahan tu masa sampai ramah, siap gelak2, senyum2 bila kena agah.. Bila dah masuk kete nak balik, bila semua orang panggil, dia buat dek je.. Muka takde perasaan.. Tengok pun macam nak tak nak je.. Silap toleh ke arah lain tu.. Camtu jugaklah kalo mak long dokong dia, ayah atau ibu tegur.. memang dia buat dek je..kahkahkah.. Ikut perangai sape la tu.. Nenek cakap budak temberang ni.. Nak ikut temberang kakak Huda ek?

Cakap pasal kakak Huda, mmmm..tiba2 teringat pulak kat dia.. Rasa rindu pulak kat budak comel tu.. Hari tu balik kampung tak puas main dengan dia.. Balik kampung kenduri kawin, biasa le kan.. Tadi tepon nenek Huda.. Nenek cakap weekend ni kalo jadi, nenek nak wat kenduri arwah.. Bila dengar nenek cakap camtu, tetiba terasa nak balik kampung.. Sesangat-sangatnya.. Serius.. Agaknya nenek Huda pun rindu kat mak long kot camne mak long rindu kat dia..hehehe.. Best gak dapat balik kampung ni.. Hilang sikit stress.. Ala, takde stress apa pun.. Saja nak tukar angin.. Insya ALLAH kalo takde aral, sampai la ke kampung weekend ni.. Semoga ALLAH Permudahkan segalanya..

Ok, cukup sampai di sini untuk hari ini.. Jumpa lagi di next entry.. Bila? Tak tau dan tak boleh nak promise.. Bila diizinkan ALLAH ye.. Jaga diri semua.. ^_^








Friday, June 15, 2012

5 Bulan Sudah..^__^


Assalamu'alaikum semuanya.. Semoga dirahmati ALLAH di Jumaat yang berbahagia ini..

Sebenarnya tak tau nak citer apa pun.. Cuma nak kongsi hasil jalan2 last weekend.. Pegi mana? Mana lagi, seperti biasa le.. Jumpa Adriana comel.. Dah itu yang dekatnya..hehehe.. Adriana dah 5 bulan tapi tak nampak banyak perubahan pun dari sebelum ni.. Cuma nampak makin tinggi.. Badan rasanya tetap maintain, takdelah makin bam bam atau makin susut.. Tapi sekarang dah panjang akal.. Eeee..bukan main lagi dia tau.. Makin bijak dah Adriana mak long ni..

Gerak gi rumah Adriana Sabtu petang dengan cik Irul.. Kebetulan masa sampai dia ngantuk, so di tido la dulu.. Tapi dia tido sekejap2 je.. Dalam setengah jam dah bangun.. Paling lama satu jam la kalo tido siang.. Lepas dia bangun2 tu main2 la sekejap dengan dia.. Amoi cekci.. Kalo amik gambo suka beliakkan mata.. Nasib baik tak terlompat keluar bijik mata tu..hehehe..



Ini kerja ayah Adriana la ni.. Orang tengah nak pakai baju pun dia nak amik gambar.. Dah seksi tahap melampau.. Nasib baik baby.. Kalo orang dewasa dah sensored ni..hihihi..



Siap pakai baju Adriana naik kete Poton.. Nak jalan2.. Sekarang ni dah pandai gerakkan kete sendiri.. Kaki dah kuat dah.. Mana taknya kalo dia tendang terasa tau.. Kuat dia tendang.. Kalo dia tengah baring dan kakinya ligat tendang2 ala kayuh basikal, janganlah dok dekat2.. Silap2 kena tendang dengan amoi ni, tergolek terus..hehehe..

Pastu Ahadnya kuar gi KL.. Cari kain nak buat baju Melayu cik Irul.. Ceh!! Kononnya nak teman dan jadi penasihat cik Irul la.. Tapi bila dah sampai Nagoya, terbentang depan mata banyak pilihan kain, yang takde tujuan pun menyelit sama.. Orang yang nak beli kemana, penasihat kemana.. Masing2 pegang beg hasil pembelian..hihihi.. Adriana je boleh tertido masa ronda2 dalam Nagoya tu.. Biasalah dia kalo jalan2 memang asik tido je.. Naik kete pun tido je.. Kat umah, jap je tido sebab cuaca panas..

Siap je beli kain, terus gi Selayang.. Hantar pada tailor.. Ekspress sungguh.. Pastu singgah kat kedai nenek Adriana.. Borak2 jap pastu balik umah Adriana semula.. Sampai umah dah maghrib.. Lepas je maghrib sebelum mak long dengan cik Irul balik, makan malam dulu kat luar.. Kat sini pun Adriana boleh terlena.. Atas riba mak long la as usual.. Mak long dok bersila atas kerusi.. Setengah jam jugaklah dia tido.. Sebelum makanan sampai hinggalah kitaorang habis makan.. Bila dia bangun je dia tengok atas meja penuh.. Pastu mulut semua orang tengah mengunyah.. Mungkin dia tertanya-tanya, apsal semua orang tak kejutkan saya makan? Oooo..makan senyap2 ye.. kihkihkih.. Sian dia tengok je bila orang makan sebab dia pun dah makan nestum.. So mungkin bila tengok orang makan dia pun terasa lapar gak.. Siap je makan, balik umah Adriana semula.. Pastu baru balik umah mak long.. Seronoknya dapat jumpa budak comel ni..



Muka geram dengan cik Irul.. Tengok le bibirnya tu.. Nasib baik cik Irul tak kena cubit..hehehe..


Tapi ada perangai Adriana yang mak long tak boleh lupa..  Dia suka tiru apa mak long dia buat.. Selalunya bila Adriana dah ngantuk, mak long akan baringkan atas riba then tepuk peha dia slow2.. Nak tau apa dia buat? Bila mak long tepuk peha kiri, dia pun tepuk gak peha kiri tu.. Then bila mak long alih tepuk peha kanan, dia pun sibuk nak tepuk peha kanan gak.. Aduhaiii..comel betul la.. Pastu bila mak long dukung dia, automatik dia akan sombong dengan ayah dan ibu.. Bila ayah dengan ibu panggil, Adriana buat dek je.. Siap toleh arah lain.. Issshh isshh isshhh... Sabo je le..












Thursday, June 14, 2012

Penjelasan Entry Surah Al-Fatihah..


Assalamu'alaikum semua.. Semoga dirahmati ALLAH hendaknya..

Pertamanya aku nak minta maaf kat korang semua.. Sebab semalam aku ada post entry bertajuk 'Berhati-hati Membaca Al-Fatihah'.. Di dalamnya ada menyebut tentang jika kita tersalah sebutan di dalam surah Al-Fatihah, kita telah menyebut nama syaitan.. Dan aku rasa sesiapa yang follow blog aku pun tajuk entry tu yang keluar sebagai latest entry, betul tak?

So, aku nak minta maaf sebab bila korang klik, entry tu tak keluar.. Kenapa tak keluar? Bukan kesilapan teknikal ye.. Sebenarnya aku dah remove entry tu disebabkan tiada sumber sahih tentang kenyataan tersebut.. Seperti kebiasaanya aku copy and paste dengan tujuan aku dapat menyedarkan kawan2 semua supaya berhati-hati ketika membaca Al-Fatihah.. Tapi lepas post tu baru aku check, betul ke ada nama syaitan dalam surah Al-Fatihah? Sebabnya.. Ha!!! Nak tau kenapa boleh terkeluar soalan tu dari hati dan minda aku? Sebab dalam huraian tu ada menyebut ayat terakhir harus dibaca sekali nafas tanpa boleh berhenti.. Dan ditakdirkan malam tadi aku menonton program 30 minit bersama Ustaz Don.. Program dimulakan dengan ummul Qur'an iaitu surah Al-Fatihah.. Tapi.. Ha, ada tapinya.. Ustaz Don ada berhenti pada pertengahan ayat terakhir tu.. Sebelum menyambung pada perkataan 'ghair....' hingga habis ayat. So disebabkan itu, timbullah persoalan di minda dan hati aku ni.. Surf la dalam internet nak cari kesahihannya.. Then aku terjumpa satu blog yang dapat menjawab persoalan aku ni.. Nak huraikan panjang sangat.. So aku bagi link saja la ye.. Korang boleh baca kat sini.

So kesimpulannya di sini, sebelum ingin memaparkan sesuatu lebih2 lagi berkaitan dengan ayat ALLAH, lebih baiklah kita mengkaji kesahihannya.. Sesungguhnya aku ini adalah hamba ALLAH yang sering terlupa dan sering terpedaya dengan kekhilafan sendiri..

Maaf ye kawan2 semua.. Semoga ALLAH Mengampunkan kesalahan aku ni yang boleh menjadi permulaan kepercayaan karut.. Astaghfirullah Al-'Azim..









Tuesday, June 5, 2012

Vroom.. Vroommm..


To fresh up my mind today, I decided to put this cute photo here.. Betul, memang cute tambahan lagi dengan mulut yang muncung tu.. Just bayangkan dia tengah buat bunyi sendiri, vroom vroom, tak ke cute tu..kihkihkih.. Adriana.. Adriana.. Dah ada kete Poton ye sekarang.. Nak gi mana tu? Nak balik umah nenek ke? Hehehe..


Tengoklah aksinya tu.. Macam ye ye je.. Padahal baru je 5 bulan, duduk pun tak pandai lagi.. Nanti dah pandai duduk, kaki dah kuat bolehlah naik kete Poton ye.. Pusing2 dalam umah..hehehe.. Gaya pro dah ada.. Kira bolehlah tu.. Dah pass dah.. Jadi big bos nanti ek.. Conquer satu umah..hehehe..











Friday, June 1, 2012

Ah, So Sweet.. ^.^


Our sweethearts.. Kakak Huda sangat sayang pada adik bam-bam.. Minum susu pun nak baring sebelah adik bam-bam.. Berusaha sedaya upaya pegang adik bam-bam supaya tak tergolek walaupun selepas pegang dia mengeluh, beratlah adik bam bam ni.. ^___^

Both of you are the light of our family.. May ALLAH Bless both of you forever..