Sunday, September 23, 2012

Happy Saturday..



Selamat berhari minggu semuanya.. Semoga semuanya sihat dan ceria.. Cuti mestilah gembira kan? Bagi yang kena kerja, sabo la ye.. Untuk kesenangan diri sendiri juga.. So ikhlaskanlah hati untuk bekerja hari ni..hehehe..

Semalam ada jemputan kawin.. Sepupu mak aku kawinkan anak.. Polis dan tenaga pengajar di PULAPOL.. So kitaorang pun pegilah.. Dah sedara kan, dekat pulak tu.. Melampau la kalo tak pegi.. Aku dengan parents Adriana dan cik Irul.. Konvoi sekali dengan toksu Adriana.. Berkumpul kat umah toksu Adriana sebab kitaorang tak tau jalan.. Bertolak agak lambat sebab tunggu Adriana sampai.. Tapi Alhamdulillah, sampai jugak ke tempat yang dituju.. Actually atok Adriana pun datang dengan tok uda, tok long dan tok teh Adriana.. Tapi tak lama stay sebab nak balik ke Johor semula.. Lambat gerak lambat sampai di Johor nanti.. Takpela, InsyaALLAH raya haji nanti jumpalah atok Seman..

Kitaorang pun tak lama kat situ sebab toksu Adriana ada program lain lepas tu.. So dah siap2 makan, kitaorang pun gerak.. Tapi toksu bergerak ke tempat yang nak dituju manakala kitaorang balik semula ke rumah.. Mula2 tak tau nak pegi mana sebab toksu macam nak ajak kitaorang singgah rumah dia.. Fikir mana nak lepak sementara tunggu toksu ballik.. Last2 lepak umah mak long yang bersepah ni..hahahaha.. Tunggu punya tunggu toksu takde call pun ajak datang rumah.. Mungkin ada program lain atau penat sebab neksu mengajar siang Sabtu tu.. Ganti cuti raya aritu.. Pastu hari ni ada jogathon pulak kat sekolah.. Letih la tu.. Ala lain kali boleh pegi umah toksu kan Adriana? Malam tadi Adriana tido umah mak long..hahahaha.. Belasah jela Adriana kan? Janji boleh tido..hehe..

Pagi tadi lepas sarapan Adriana pun balik rumah.. Seronoknya dapat jumpa budak comel ni.. Happy je memanjang.. Kuat tersenyum tersengih sekarang ni.. Pantang kena agah, sengih je memanjang.. Kalo kelako sangat sampai melekek-lekek ketawa.. Semalam dia tengok lagu 'Oppa Gangnam Style' kat youtube.. Tetiba je dia tersengih sendiri.. Kelako kot dia tengok video tu.. Hihihi..so sweet..

Jom tengok betapa seronoknya Adriana dapat gi jalan2 semalam..

Suka ko ye dapat gi jenjalan..

Aik?? Pening kepala ke? Hehehe..


Ada gaya bakal ibu mithali x? Gaya je lebih..hahaha..

Sukanya Adriana.. Seronok dapat jumpa mak long ke sayang?? ^_^









Friday, September 21, 2012

Manusia vs Haiwan..



Alhamdulillah, bersua lagi kita di hari Jumaat yang mulia ni.. Penghulu segala hari yang mengandungi pelbagai rahmat dan barakah.. Semoga di hari ini kita akan memperolehi segala kebaikan yang telah ditetapkan ALLAH S.W.T... InsyaALLAH..

Sempena hari yang mulia ini, aku nak berkongsi satu gambar yang bertemakan kasih sayang.. Amik dari fb.. Semoga dengan gambar ini kita dapat mengambil iktibar dan akan mengeratkan jalinan ukhuwah antara sesama kita.. Dan yang paling penting hargailah insan2 tersayang yang telah dikurniakan ALLAH kepada kita.. Ahli keluarga kita, saudara mara kita, sahabat kita dan tak terkecuali saudara seagama kita..

Lihatlah gambar ini.. Betapa dalamnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya walaupun hanyalah seekor haiwan.. Akan tetapi, manusia kini telah melangkaui seekor haiwan apabila sanggup membunuh anak sendiri.. Malas nak komen panjang2.. Masalah ni dah lama berleluasa.. Salah siapa? Salah kita juga kerana tidak menghiraukan saudara seagama kita yang ketandusan ilmu.. Akhirnya terjebak dengan masalah sosial yang memberikan aib kepada diri.. Dan jalan terakhir yang terlintas di fikiran adalah dengan menghapuskan keaiban tersebut.. Nauzubillah.. Dunia semakin hampir ke penghujungnya tetapi kita masih lagi terleka dengan duniawi.. Ya ALLAH, berikanlah kesedaran kepada kami dan bukakanlah hati kami agar tidak terbuai dengan kemewahan dan kesenangan duniawi yang tidak memberi sebarang makna bagi-Mu ini.. Ameen Ya Rabbal 'Alameen..

Kucing pun tau sayang anaknya.. Tapi manusia?






Thursday, September 20, 2012

Betul Ke Sayang Rasulullah???



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk menghirup udara pada hari ini.. Sudahkah anda bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan ALLAH sehingga ke waktu ini? Bersyukurlah kerana apa yang kita miliki hari ini diperolehi dengan izin-Nya.. Dan ingatlah bahawa apa yang kita miliki pada hari ini akan terpaksa kita lepaskan apabila telah tiba saat perpisahan yang hakiki.. Semua yang kita miliki hanyalah pinjaman semata-mata.. Lahirnya kita ke dunia tanpa membawa apa-apa.. Hilangnya kita dari dunia juga tanpa membawa apa2.. Fikir dan renung2kanlah..

Oklah, hari ni aku bukannya nak jadi ustazah atau nak menunjuk pandai.. Cuma nak sentuh sikit isu yang sedang hangat di dunia sekarang ni.. Semuanya hanya dari sudut pandangan aku sahaja.. Jangan pulak nak melenting bila baca.. Setiap individu ada pendapat tersendiri..

Sekarang ni satu dunia heboh dengan isu penghinaan ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. oleh orang2 yang tidak menyukai baginda dan agama Islam.. Sebagai seorang Muslim, kita WAJIB memprotes untuk mempertahankan baginda.. Baginda adalah sebaik-baik manusia yang pernah wujud di muka bumi ini.. Kekasih ALLAH S.W.T. yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.. Dan seperti yang telah termaktub di dalam kalam ALLAH, musuh yang akan sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam adalah YAHUDI.. Maka tidak mustahil segala yang berlaku sekarang ini adalah agenda Yahudi semata-mata.. Tidak kiralah di negara mana jua isu sensitif ini muncul, semuanya didalangi oleh Yahudi..

Persoalannya di sini, kenapa pihak2 yang jahat ini berani memperlekehkan agama Islam? Jawapannya senang je.. Kekuatan hubungan komuniti Islam tu sendiri.. Cuba lihat dengan teliti bagaimana hubungan negara2 Islam di dunia ni.. Kita tidak bersatu.. Masih ada isu perbezaan taraf dan fahaman di dalam masyarakat Islam itu sendiri.. Contohnya mudah je.. Negara2 di bahagian Arab sana.. Walaupun semuanya negara Islam tetapi mereka tidak mahu bersatu.. Kononnya berbeza taraf.. Ala contoh paling mudah dalam negara kita ni sendiri.. Disebabkan fahaman politik yang berbeza, semuanya tidak mahu bersatu walaupun majoriti penduduk Malaysia adalah beragama Islam.. Siapa yang untung? Pihak2 yang mengambil inisiatif untuk tunggu, lihat dan bertindak.. Faham2 sendiri la maksud aku ni ye.. Sebab tu la sekarang ni banyak isu sensitif menghina agama dalam negara kita ni.. Cubalah bayangkan, dalam negara yang kecil ni pun komuniti Islam tak bersatu apatah lagi komuniti dunia yang lagi besar tu..

Manusia ni sifatnya akan melenting bila tersentap.. Bila isu2 penghinaan ni muncul, mulalah semuanya melenting.. Buat bantahan, tunjuk perasaan, demonstrasi jalanan besar-besaran sampaikan pihak polis terpaksa masuk campur untuk mengamankan kedaan.. Sampaikan ada yang cedera dan yang paling sedih ada juga yang terbunuh.. Cubalah fikirkan, jika tunjuk perasaan itu dilakukan di negara Islam, penduduk yang keluar pasti beragama Islam, polis yang mengamankan juga beragama Islam.. Seandainya penduduk itu cedera ketika cuba ditenteramkan oleh pihak polis, apa kesimpulan dari tindakan itu? Seorang Muslim mencederakan Muslim yang lain.. Semua orang Islam adalah bersaudara.. Maknanya dia telah mencedarakan saudaranya sendiri.. Manakala pihak yang menimbulkan isu penghinaan ini tetap selamat.. Tidak disentuh walau sedikit pun.. Mereka hanya memerhatikan apa yang kita lakukan dengan ketawa sinis..

Lagipun tunjuk perasaan dan demostrasi jalanan seperti ini bukan cara Rasulullah S.A.W. untuk menunjukkan kemarahan baginda.. Selepas kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud, Kaum Yahudi dan munafik secara terang-terangan menentang Islam.. 70 orang guru agama yang dikirim untuk mengajarkan Islam di pedalaman Arab telah dibunuh oleh mereka.. Ini membuatkan Nabi Muhammad S.A.W. merasa sangat sedih dan marah namun baginda tidak melakukan apa2 tindakan yang keras.. Sebaliknya baginda melakukan banyak solat hajat memohon agar umat Islam bersatu dan diberikan kekuatan.. Jadi seeloknya kita mencontohi akhlak baginda dengan mengangani setiap masalah yang timbul secara berhikmah dan bijaksana.. Bukan terpekik terlolong di jalanan yang pastinya sudah mencemarkan imej Islam itu sendiri apabila kaum wanita yang sepatutnya berada di rumah turut sama di dalam demonstrasi jalanan tersebut dan secara tak langsung bercampur dan bersentuhan dengan lelaki2 yang bukan muhrim mereka.. Cuba fikirkan.. Betul tak?

Dan yang paling asas aku nak sentuh di sini.. Betul ke kita ni sayangkan Nabi Muhammad S.A.W.? Betul ke? Atau sekadar di mulut je tak sampai ke hati.. Haaaa!!!! Ramai yang dok melenting tu.. Sebabnya tersentap, betul tak? Sabooo.. Aku ni bukan nak provoke korang.. Aku ni pun bukannya bagus atau baik pun.. Semua ni untuk ingatan aku sendiri gak.. Bukan ke ingat mengingatkan tu satu amalan mulia dalam Islam.. Okla, kalo betul korang sayangkan Nabi Muhammad S.A.W., apa buktinya? Apa fakta2 yang menyokong pengakuan korang tu? Kita yang dilahirkan sebagai Islam ni memang secara automatik akan mengaku bahawa kita sayangkan nabi kita.. Tapi, seandainya ditanya tentang sirah nabi, dapatkah kita menjawabnya? Dalam sehari berapa kali kita berselawat kepada baginda sebagai tanda mengingatinya? Berapa kerat dari kita yang mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan? Berapa orang daripada kita yang membaca Al-Quran setiap hari? Makan makanan sunnah yang menjadi kegemaran baginda? Madu, kurma.. Apa yang kita makan hari ni fast food.. Yang sah2 memang keluaran syarikat Yahudi.. Yang memang dah diketahui dari kajian boleh menyebabkan banyak penyakit.. Bila sakit, berapa orang yang memilih dadah dan ubat kimia berbanding makanan sunnah yang telah diketahui dapat menyembuhkan penyakit melainkan mati.. Sayang2 nabi pun merokok tetap jadi amalan.. Padahal merokok tu dah sah2 merosakkan kesihatan dan agenda Yahudi untuk menjahanamkan umat Islam.. Jadi apa tandanya kita ni betul2 sayangkan nabi? Atau sebenarnya kita sendiri yang menghina nabi secara tak sedar.. Renungkanlah..

Oleh itu sebelum melenting kerana isu2 sensitif yang sengaja dicetuskan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab, lebih baik kita muhasabah diri kita dahulu.. Seandainya kita benar2 berpegang teguh pada ajaran Islam, tiada apa yang mampu menggugat keutuhan Islam sejagat.. Malahan kuasa2 besar juga akan tunduk dan hormat kepada kita.. Semuanya bermula dari diri kita sendiri..

Wallahu'alam..





P/S : Entry ini adalah pendapat aku sendiri.. Tidak bermaksud menyinggung atau menghina atau memperlekehkan mana2 pihak.. Maaf jika ada yang terasa.. Peace no war..








Wednesday, September 19, 2012

MasyaALLAH.. So Cute..



Semalam masa check fb terjumpa gambar yang sangat sweet.. Takde kena mengena dengan aku.. Di letakkan oleh member2 fb.. Jom kita tengok sesama..

Ha!!! Sweet tak? Comel je kan? Inilah aktiviti baby ketika berada di dalam perut ibu.. Ala, comelnya.. Tak sangka pulak baby pun akan sendawa kat dalam perut..Yang suka melompat tu memang tak mustahil.. Masa Huda dalam perut, mama Huda cakap Huda macam main bolasepak kat dalam tu.. Sangat aktif.. Tengoklah sekarang ni, memang ligat tak reti diam.. Bukan badan je tak reti diam, mulut pun sangat kepoh ok.. Si Adriana pulak sangat suka bila ibunya berjalan.. Dia akan bersantai menikmati saat tu.. Kalo ibu berhenti untuk duduk atau berehat, secara automatik dia akan menendang suruh ibu jalan semula.. Amboi2, ini dah kes buli ibu ni.. Patut la bila dah kuar suka sangat tendang2 orang.. Dahlah tumit awak tu pejal berisi.. Sakit tau!!

Aduhai seronoknya bila tengok gambar ni.. Bertuahlah ibu2 yang dapat merasai pengalaman sangat berharga ni.. Semoga aku juga akan berpeluang merasai detik ini.. InsyaALLAH.. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segala-galanya dan segala yang berlaku adalah dengan Izin-Nya jua..^__^








Si Comel Adriana..



Hai.. Berjumpa lagi hari ni.. Diharap semuanya sihat2 belaka deh.. Dan ceria2 selalu.. Semoga kita semua akan sentiasa dilimpahi rahmat dan barakah ALLAH S.W.T.. InsyaALLAH.. Aminn..

Takde citer best pun nak story hari ni.. Saje je nak memeriahkan blog..hehehe.. Sebenarnya semalam lepas balik keje aku gi umah Adriana.. Straight dari opis.. Nasib baik jalan tak berapa sesak.. Rindu banget sama anak kecil itu.. Walhal baru je jumpa 2 minggu lepas.. Biasa le, lagi kerap jumpa lagi cepat rindu..hehe.. Adriana tak berapa sihat, selesema dan batuk.. Nasib baik tak berapa serius.. Semoga cepat sembuh ye sayang.. Sekarang dah makin bijak.. Pantang nampak ibu atau sesiapa pakai tudung, mulalah dia kelam kabut.. Takut kena tinggal.. Ibu dia selalu dengki.. Pakai tudung pastu sesaje pergi ke arah pintu, tak pandang pun Adriana.. Adriana apa lagi, meraung le ibu buat tak nampak..kehkehkeh.. Pastu sekarang ni dah pandai manja2 lebih.. Nak ibu dok dekat dengan dia je.. Kalo ibu hilang dari pandangan, mulalah meraung.. Tetiba jek dah beso ni kuat nangis ye.. Masa kecik dulu baik je.. Akal dah panjang.. Dah pandai nak minta perhatian.. Ha!! Satu lagi, rambut terpacak dah turun la.. Tandanya rambut dah makin panjang dan turun ke tepi.. Bulan depan dah boleh ikat rambut pokok kelapa la tu..hehehe..

Ini memang cucu atok Seman.. Dahi dan kepala sebijik macam atok.. Semoga bijak macam atok nanti ye..

Comelnya dia sengih.. Happy ke dapat jumpa mak long? Mentang2 le gigi dah tumbuh, asyik senyum sengih je memanjang..hehehe...