Tuesday, October 9, 2012

Handphone Oh Handphone..



Apa kabo semuanya? Harap2 sihatlah ye..

Arini ada citer best nak share.. Ni ala2 excitement budak kecik dapat toys baru pun ada..hehehe.. Semalam aku ada mention pasal handphone aku ada problem dan buatkan aku tensen kan? Well, first of all aku ni bukanlah technical person yang tau pasal bab2 technical pada handphone ni.. Lebih2 lagi smartphone.. Seriously aku cuma tau SMS, call, snap photo, main games, surf internet.. Yang wassap2 ke apa2 application yang glamer2 tu memang den tak reti.. Lagipun phone aku takdelah canggih bebeno.. Android smartphone yang paling murah je.. Samsung Galaxy Y.. Beli pun sebab Sony K550i aku ada problem awal tahun aritu.. Balik kampung tetiba takleh nak charge battery.. Terus K.O. Sony tu.. Dah takde phone.. Masa tu semua orang dah pakai handphone tarik2.. Ala, slide le.. So, konon2 berangan nak guna handphone camtu gak.. Terjumpa la Galaxy Y ni.. Harga pun tak sampai RM500.. Boleh la.. Kalo Sony aku tu takde masalah rasanya sampai sekarang aku akan still guna.. Cantik lagi tu.. Aku beli tahun 2007, masa tu baru lagi keluar.. RM1000 beb sekali dengan memory card.. Menggigil tangan masa nak bayo tu.. Cash!! Tapi nak buat camne, sampai tahun lepas je dia berkhidmat untuk aku.. Sedih..uhuk uhuk..

Back to my Samsung Galaxy Y.. Problemnya phone tu, internal storage @ phone memory low.. Maknanya phone memory dah penuh.. Tapi aku tak dapat detect apa software atau application yang buatkan dia penuh.. Aku tengok sama je tiap2 hari.. Aku siap delete application dalam SD card just in case itu yang mempengaruhi phone memory tu low.. Tapi tak berubah gak.. Wahhhh, sangat mencabar kesabaran aku ok.. Dahlah aku tak reti benda2 camni.. Aritu ada gi kedai handphone, tanya tapi macam tak membantu je.. So, setelah berusaha mencari penyelesaian, surf internet nak tengok kot2 ada orang alami masalah yang sama, malam tadi aku decide untuk reset handphone ni ke factory setting.. Itu pun setelah mempertimbangkan cadangan daripada seseorang..hehe.. Malam tadi transfer semua gambo dan video dalam phone ke laptop.. Contact pun dah salin siap2.. Konon2 nak backup tapi failed la pulak.. Pagi tadi sampai2 je opis, try clearkan apa2 yang menyemakkan phone memory tu tapi memang tak berganjak gak space.. So at the end, reset je la dengan bertawakal.. Akhirnya handphone itu kembali ke wajah asal.. Seperti sewaktu keluar daripada kilang.. Dilahirkan semula la konon2nya..hihihi.. Built-in applications still ada cuma yang dalam SD card dah hilang sebab memang aku erase.. Dan yang paling best, problem solved.. So happy..haha.. Now aku akan make-up semula phone tu dengan application yang sesuai.. Tapi kalo problem sama still muncul lagi 9 bulan dari sekarang, maknanya kena tukar handphone lain la kot..hahahaha.. Takdela gurau je.. Banyak beno duit asyik nak tukar handphone je.. Aku ni bukannya fanatik handphone.. Susah2 sangat repair je Sony tu..huhu..

Inilah handphone aku.. Yang kiri tu Samsung Galaxy Y, aku guna sekarang.. Yang Sony tu still cantik lagi kan? Tapi kena repair kalo nak guna.. Dua2 ada gantung2 dari Korea.. Yang kat Samsung tu Shahrida bagi.. Yang kat Sony tu lady boss bagi.. ^__^









Monday, October 8, 2012

Kamsahamnida Shahrida Ssi..



Selamat berhari Isnin semua.. Dah 20 jam berlalu baru nak ucapkan ye.. 4 jam lagi dah tiba hari Selasa pulak..hehehe.. Walau apapun harap semuanya sihatlah ye.. Dan ceria2 di bawah rahmat Ilahi..

Hari ni my colleague @ officemate @ Shahrida masuk keje semula setelah seminggu bercuti honeymoon.. Ke Korea you all.. Bestnya kan.. Romantik gitu.. Tiba-tiba teringat kat Running Man.. Kalo aku dapat gi Korea, aku nak jumpa Running Man members boleh tak? Hihihi.. Bertuahlah kalo dapat jumpa kan.. Biasalah artis2 ni kan busy.. Alah, tengok kat TV je dah le.. Ok gak.. Tapi yang bestnya dapat souvenir dari Korea.. Keychain dengan rantai gantung kat handphone.. Comel sangat.. Ada patung pakai hanbok.. Terima kasih Shahrida.. Kamsahamnida.. Terima kasih sebab ingat gak kat I ni..hikhikhik.. Seronok sangat.. Consider as a birthday gift dari Shahrida la..hehe..

Comel kan? Bolehlah gantung kat kunci dan handphone nanti.. Tapi ada citer tak best pasal handphone.. Sakit jiwa pun ada.. Tensen makcik.. Lain entry la citer..






Saturday, October 6, 2012

Cheese Tart..



Harap2 semuanya sihat la ye.. Dan tengah dok berehat-rehat atau berjimba-jimba.. Cuti hujung minggu kan..hehehe..

Seperti yang telah diceritakan di dalam entry sebelum ni, aku baru je bertambah tua..hehehe.. So as a gift to myself, aku telah membeli 'Cheese Tart', boleh gitu? Ntah hape2 la aku ni kan.. Actually terjumpa dalam fb.. Nampak macam sedap je.. Aku ni bukannya peminat tart pun.. Serius aku tak tau camne rasa tart yang sedap.. Kalo aku suka dengan rasa tart tu, aku makan banyak le.. Dan itu le maknanya tart tu sedap..hehehe.. Tempatnya pun takdelah jauh mana.. Kat Bangi tu je.. So kebetulan aku pun plan nak gi makan dengan adik aku kat Sri Putra, so oklah aku pegi amik sendiri.. Lepas maghrib pegilah ke Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.. Dah amik tart tu aku pun gi la ke tempat adik aku.. Kitaorang siap buat sesi merasa tart tu sementara menunggu makanan makan.. Well, sedap la.. Aku order perisa blueberry dengan coklat.. Blueberry dia agak manis pada aku.. Lagipun aku tak berapa minat blueberry so pada aku kureng la..hehe.. Tapi yang coklat sedap.. Sebab aku sangat suka coklat..hahaha.. Lepas ni kalo nak beli lagi pilih coklat je la..hehe..

 Nampak sedap tak? Cantik kan? Satu bekas ni 50 biji boleh campur2 perisa.. Harga RM40..

Makanan yang kitaorang makan tak amik gambo pun.. Ala makanan biasa2 je.. Nasi goreng dengan mi rebus Johor.. Memang ada dalam menu restoran.. Tapi otak2 dia syok sebab ada rasa pedas.. Nasib baiklah dah kenyang giler, kalo tak aku habiskan otak2 tu.. Sampai sekarang masih teringat lagi otak2 tu.. Marvellous..huhuhu..

Hari ni pulak plan nak gi Aroma Ikan Bakar kat Kuala Selangor dengan family Adriana.. Ayah Adriana yang ajak.. Konon2 nak celebrate birthday mak long le..hehehe.. Selama ni tak pernah celebrate tetiba dah tua ni rajin pulak nak celebrate ye.. Poyo je kan..hahaha.. Nanti next entry kita cerita pasal makan ikan bakar pulak ye..









Thursday, October 4, 2012

Saengil Chukha Hamnida Bie..^_^



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam kerana dengan izin-Nya aku masih lagi bernafas di muka bumi pada hari yang bertuah ini.. Terima kasih ya Rabb..

Oppss..mesti ada yang dah tanya Mr. G apa maksud title entry tu kan? Hehehehe.. Sebenarnya pada tarikh ni, 33 tahun yang lepas seorang bayi perempuan yang di beri nama Habibah binti Othman telah di lahirkan ke dunia ini.. So, maksud title tu 'Happy Birthday Bie'.. Saje je letak dalam bahasa Korea, gara2 penangan Running Man.. Boleh gitu? Ala, bukannya tak suka bahasa ibunda atau cuba mengagungkan bahasa asing, sekali sekala apa salahnya kan.. Biar hidup ni variety sikit..hehe..

Wahh, dah 33 tahun rupanya aku hidup kat dunia ni.. Lama tu.. Tapi rasa macam masih 20 tahun je..;p. Tak sedor diri tu namanya, perasan je lebih..hahaha.. Biasalah kan, usia makin lama makin meningkat, memang tak dapat di tahan2 tapi apa yang ada dalam jiwa kita yang akan mempengaruhi penampilan kita.. Kalo hati sentiasa ceria, tak stress tak mustahil kita akan nampak lebih muda dari usia sebenar.. Betul tak? Dan bagi aku pulak disebabkan badan yang kecil ni aku selalu di salah anggap lebih muda dari usia sebenar.. Padahal kekadang jumpa orang kita yang akak tapi orang panggil adik.. So muda you.. Well, I like..hihihihi..

Tapi walau apapun, kita takkan hidup selamanya di dunia ni.. Dunia ni cuma sementara je.. Tempat kita mengumpul amal untuk di bawa ke akhirat nanti.. Aku ni bukannya banyak amalan baik pun tapi aku berharap mulai saat ini ALLAH akan Membimbing dan Memandu aku untuk melakukan perkara2 yang disukai dan diredhai-Nya.. Agar aku tidak malu untuk bersemuka denganNya di hari pengadilan kelak..


"Ya ALLAH, dengan izin dan limpahan rahmat-Mu aku masih lagi bernafas di atas muka bumi-Mu ini.. Sebahagian besar usiaku telah dihabiskan dengan kekhilafan dan pengabaian terhadap-Mu.. Aku memohon kepada-Mu jadikanlah sebahagian usiaku yang masih tinggal ini di dalam kasih sayang-Mu.. Agar aku sentiasa berada di bawah jagaan-Mu daripada melakukan perkara2 yang Kau murkai.. Ameen ya Rabbal 'Alameen."


Orang pertama wish birthday aku adalah kak Shima @ my MAA Takaful agent.. Tapi semalam la dan secara kebetulan dia dapat tahu.. Dia datang jumpa aku nak bagi polisi then aku cakap le nape tak datang hari ni.. Then dia tertanya-tanya ada apa dengan hari ini? Birthday ke? Aku just senyum2 je.. Then dia check sendiri dalam polisi tu since semua information ada.. Hahahaha dia pun tau secara kebetulan.. Dan semalam dia bagi brooch set as a gift to me as her new client.. But since today is my birthday, consider that as birthday gift la..hehehe.. Brooch yang kat previous entry tu.. Cantik kan? Aku ni jarang dapat present masa birthday.. Bukan tak pernah, tapi boleh kira la berapa kali.. Ala, selalunya ingat sendiri je today is my special day.. Kalo ada yang ingat and wish, Alhamdulillah.. Kalo takde pun takpe.. It's ok..hihi..

And last night at 12 am, on the beginning of new day @ my birthday, somebody called me.. Long distance call just to wish me my birthday.. Even celebrate my birthday with his nephews and nieces there.. U are so sweet dear.. Thank you so much for calling me and remember my special day.. Saranghae..^__^








Wednesday, October 3, 2012

My Wordless Wednesday - 1



Cantik tak? Hihi.. ^_______^





P/S : Orang lain ada wordless Wednesday aku pun nak buat gak.. Cerita tunggu next entry ye..hehehe..