Wednesday, October 24, 2012

My Wordless Wednesday - 3



Auwwww.. Looks so delicious.. Dari nama kat atas kek tu dah boleh agak birthday cake sape kan? Sorang dah terlebih 20 hari, sorang lagi advance 17 hari..hahahaha.. Okla tu kan.. Bukan senang nak berkumpul bersama keluarga.. Dah alang2 semua balik, masa ni la nak celebrate sesama..hehehe.. (gambar kek dicilok dari fb tukang buat kek..hihihi.. thanks ye Keary..)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.. Kepada yang balik kampung tu, berhati-hati dalam perjalanan.. Semoga perjalanan kita dipermudahkan ALLAH S.W.T.. InsyaALLAH.. Aminnnn..













Thursday, October 18, 2012

It's Samurai Day.. Hait!!

 

Citer ikan bakar dah habis.. So sekarang ni nak citer pasal gambar kedua dalam wordless Wednesday tu pulak..

Ahad malam tu sebelum maklong balik ke Puchong, kitaorang keluar makan dulu.. Disebabkan sekarang ni tengah hot pasal burger Samurai kat McD, so kitaorang ni pun teringin gak la nak try.. Pegi la ke McD Subang Airport.. Best, tak ramai orang.. Mungkin disebabkan takde tempat parking orang tak nak datang sini.. Bila ternampak kapal terbang, teringat pulak masa pegi Jakarta dulu, teringin pulak nak naik lagi..huhu..;p.

Adriana seperti biasa sangat happy bila dapat keluar jalan2.. Dah ala2 Upin dan Ipin pulak si Adriana ni..hehehe..

Wahhh!! Samurai burger dah sampai..

Ninja Adriana san.. Haitt!! (action je lebih..hehe..)


Penuh perasaan makan french fries.. Kalo atok ada ni mesti dia cakap "orang baru nak beso" kalo nampak cucu dia beriya-iya makan..hehehe..

Yeah!! Main star for that night.. Dah gigit baru teringat nak amik gambo..hahaha.. Tak tahan godaan suruh memakannya.. Sedap.. Sos teriyakinya manis, ada sos putih yang sedap dan daging lembu yang sangat lembut.. Macam daging lembu untuk prosperity burger tu cuma sos je lain.. Kesimpulannya, aku suka burger ni.. Tambahan pulak orang belanja.. Lagilah double sedapnya..hehehe.. Terima kasih Adriana and family.. Semoga makin dimurahkan rezeki oleh ALLAH.. Aminnnn..
 
 
 



Wednesday, October 17, 2012

Makan-Makan Aroma Ikan Bakar..



Akhirnya.. Hari ni kita cerita pasal wordless Wednesday last week tu ye.. Minggu ni takde wordless Wednesday.. Takde apa yang nak diletak.. Tak sempat nak belek apa yang ada.. Kat opis tadi lagilah.. Start dari masuk opis sampai dah nak balik mengadap beberapa keje yang seakan-akan sama.. Memang expert la lepas ni..hahahaha..

Ok, jom citer pasal makan2 last week.. Dahlah agak2 lapar hujan2 ni.. Citer pasal makan pulak.. Haiii, masak la jawabnya.. First week bulan ni kan birthday maklong, so weekend tu pegi le jumpa Adriana.. Sebab Adriana and the family nak belanja makan..hehehe.. Alhamdulillah.. Kitaorang pegi ke Aroma Ikan Bakar kat pantai Jeram.. Dekat area Kuala Selangor.. Adalah 1 jam perjalanan dari rumah Adriana.. Kitaorang sampai dalam kul 9 camtu kot.. Then dah order apa yang nak dimakan, kitaorang duduk la menunggu makanan tiba.. Humang aiiii, berjanggut tunggu.. Lama giler.. Adalah dalam 1 jam tunggu.. Perut dah lapo.. Sabo je la.. Faham2 je la malam minggu.. Memang ramai orang yang datang..

 
Sementara menunggu makanan sampai, layan la si Adriana ni.. Suka dia dapat keluar.. Dalam kete masa nak datang dia dah tido.. Bila sampai je, ceria la dia.. Sengih, senyum, menjerit.. Siap bawak bantal takut2 dia nak tido.. Mmm takde maknanya dia nak tido dalam suasana bising camtu.. Mata melilau  je tengok ramai orang..hehe..

Penuh kesabaran menunggu makanan tiba..

Akhirnya sampai juga makanan kami.. Ikan pari bakar, sotong masak bercili, lala masak bercili gak dengan udang goreng tepung.. Oklah rasa makanan dia.. Sotong dengan lala tu masakan yang sama.. Tapi adik ipar aku cakap rasa sambalnya macam sos keropok lekor.. Aku pun terasa gak..hehe.. Udang goreng tepung dia memang sedap.. Rangup dan secukup rasa.. Ikan pari bakar ok, cicah dengan air asam dengan cili kicap.. Alhamdulillah, rezeki..


Sesi melicinkan makanan.. Ibu Adriana bukan main lagi.. Tak toleh langsung anak kat belakang.. Kesian Adriana, dapat tengok je.. Nasib baik ada ikan bakar tu.. Dapatlah rasa2 gak.. Ayah Adriana paling awal surrender.. Perut kecik..kihkihkih..


Alhamdulillah, habis jugak semuanya.. Memang kenyang betul la kitaorang malam tu.. Order macam tak banyak menu kan? Tapi jenuh gak nak habiskan.. Maklumlah kitaorang bertiga je..hehe.. 

Pemerhati pada malam itu.. Jari tangan kanan tu macam tengah cuit ibu je.. Nak mintak sikit ke? ;)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Secara Tiba-Tiba..



Peh, agak lama gak tak update blog ni. Dari wordless Wednesday last week sampai dah masuk Wednesday this week.. Aduhai.. Serius sangat malas nak update blog ni.. Entry yang berkaitan wordless Wednesday tu pun pasal makan je.. Nanti2 la aku citer ye.. Hari ni just nak mengarut sendiri.. Sesambil makan coklat bos bagi tadi.. Coklat dari Belgium, al-maklum bos baru balik dari Europe.. Macam le takde jual kat sini ye.. Pada aku rasa coklat ni sama je.. Kecuali milk chocolate and black chocolate.. Tapi yang ni extra sedap sebab orang bagi..hehehe.. Semut pun sibuk dok mengintai ni.. Oh, lupa pulak nak tanya kabar.. Harap2 korang semua sihatlah ye.. InsyaALLAH..

Life aku macam biasa.. Keje pun macam biasa.. Banyak gak la tapi tak nak stress2.. Normal la tu kalo dah namanya keje kan? Arini aku nak bercerita tentang feeling @ perasaan.. Ceeewah.. Tiba2 jiwang karat la pulak..hehehe.. Habis gak coklat ni kang aku kerjakan (eh, tetiba je kan? motif? ;p).

Oklah, kisahnya bermula begini.. Kelmarin birthday seseorang yang aku kenal 4 tahun lepas.. Status antara kami? Mungkin boleh dikatakan istimewa.. Entah kenapa tetiba hati aku tergerak untuk wish birthday dia setelah 3 tahun aku menghilangkan diri dari dia.. Yupp!! Aku yang melarikan diri dari dia.. Sebabnya? Entah, aku sendiri tak pasti.. Atau memang sengaja aku tak nak bagitau.. Biarlah rahsia..hhehehe.. Aku anta email pada dia untuk ucapkan happy birthday dan apologize kerana hilang secara tetiba 3 tahun lepas.. Dan yang peliknya aku ternanti-nanti balasan email tu daripada dia.. Aku pun tak tau apa yang dah berlaku pada aku semalam.. Macam orang dilamun cinta.. Untuk pengetahuan korang aku still single tapi adalah orang suka kat aku sekarang dan aku pun suka kat dia.. Oklah, malas nak secret dengan korang.. Dia ni le sebab aku menghilangkan diri dari yang tadi tu.. Faham? Kalo faham bagus le.. Kalo tak, cubalah faham2kan ye..hihihi.. Tapi aku pun tak sure pengakhiran hubungan sekarang ni.. Memang harapnya sampai ke jinjang perkahwinan.. Cuma sebab dah terlalu lama kot menunggu so aku pun dah agak bosan sekarang.. Aku serahkan pada ALLAH je la.. Aku terima segala yang telah tertulis untukku..

Back to the original story.. Semalam aku rasa sangat rindu pada dia.. Aku sibuk semak email aku malam tadi.. Trace balik semua email antara aku dan dia.. Oh ye, lupa nak bagitau.. Kitaorang ni berkenalan melalui yahoo messenger.. Entah tetiba dia tersesat jumpa id aku.. Then borak2 terus jatuh cinta.. Boleh gitu? Gila kan? Through chatting pun boleh jatuh cinta.. Tapi macam yang orang cakap, cinta internet ni kadang2 tak boleh percaya.. Buatnya psycho ke yang chatting tu.. Bukan kita tau kan? Tapi ada juga cinta internet yang betul.. Kategori aku? Tak sure kesahihannya sebab aku dah lari dulu..hehehe.. Cuma apa yang boleh simpulkan tentang dia, dia seorang yang baik, jujur dan sangat sayangkan aku.. Lawak kan? Melalui chatting je boleh judge orang.. Nampak beno bila dah suka, semuanya baik walaupun tak pernah jumpa.. Agaknya kalo aku still dengan dia, apa agaknya status aku sekarang kan? Cik atau puan? Hahahaha.. Aku sendiri pun tak tau.. Apa yang aku tau aku telah membuat keputusan 3 tahun lepas dan status aku masih sama seperti 3 tahun yang lepas.. Entah kenapa aku tiba2 teringatkan dia.. Lepas dah anta email wish birthday baru terfikir kot2 la dia dah ada family sekarang ni, janganlah dengan email aku tu akan mengganggu kebahagiaan dia pulak.. Entah2 dia dah tak ingat pun siapa aku ni kan? Kehkehkeh.. Tak pun email dia tu dah berkurun dia tak check.. Kalo dia check pun, baca je, tak reply pape.. Wahhhh, kira selamat la aku.. Moga2 semua yang aku bayangkan ni memang benar2 berlaku.. Aminnn..


ALLAHUAKBAR, sesungguhnya perasaan rindu dan sayang itu milik ALLAH.. Tetapi setiap manusia telah dijadikan oleh-NYA dengan mempunyai pelbagai perasaan.. Maka tidak mustahil sebagai manusia kita akan merasa kasih, sayang dan rindu terhadap manusia yang lain.. Seandainya perasaan kasih, sayang dan rindu itu tidak dapat dibendung, berdo'alah kepada ALLAH agar DIA melorongkan perasaan itu terhadap insan yang memang telah ditakdirkan untuk menjadi pasangan kita.. Akan tetapi ketahuilah bahawa perasaan rindu, kasih dan sayang daripada ALLAH itu lebih membahagiakan daripada segala-galanya..

Semoga ALLAH Memberikan kebahagiaan dan rahmat-NYA kepada insan2 yang pernah menyayangi diriku dengan setulus hati.. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang tetapi ketahuilah perancangan ALLAH itu lebih baik daripada kita makhluk ciptaan-NYA.. Aku redha dengan apa yang telah Engkau tetapkan untukku ya Rabb.. Aminnn...




P/S : Alhamdulillah, perasaan rindu tu dah hilang bagai dibawa angin lalu..huhuhu.. Pada you yang rasa diri you sayang sangat kat I, kalo you baca entry ni tak payahlah nak jeles sangat.. Takde maknanya kalo nak jeles melampau setakat baca citer camni..













Wednesday, October 10, 2012

My Wordless Wednesday - 2



My second wordless Wednesday.. Entry bakal menyusul kemudian..hehehe..


Saja je nak menggugat ketenangan jiwa korang..hihihi..