Tuesday, June 29, 2010

Puan Kiki Dah Selamat Bersalin.. Alhamdulillah..


Baru kejap tadi Puan Kiki tepon.. Dia dah selamat bersalin pagi tadi.. Alhamdulillah.. Baby-baby pun ok.. Bersalin normal tu.. Sorang 2.4kg, sorang lagi 2.5kg.. Kalo combine tu almost 5kg.. Patutla perut Puan Kiki nampak comel je, sebab baby-baby dalam tu pun comel..hehehe..

Wah, bila nak pegi melawat ni.. Tak tau plak bila Puan Kiki boleh keluar dari hospital.. Sementara masih dekat ni, baik amik kesempatan melawat.. Nanti dah balik kampung, berpantang, jauh plak..hehehe.. Kalo dah lepas pantang nanti, mesti baby-baby dah besar..:D

Tengoklah nanti cmne.. Esok kot nak pegi melawat.. Nasib baik kat Hospital Serdang jek.. Itupun kalo Puan Kiki masih ada lagi kat hospital.. Eeee.. tak sabar nak gi tengok baby kembar ni.. Mesti comel cute jek..

Pada sesape yang kenal Puan Kiki, bolehlah gi melawat dia kat Hospital Serdang..:)



Wednesday, June 16, 2010

Cadangan Nama Untuk Bayi..


Opppss..janganlah terkejut plak bila baca tajuk post hari ni.. Bagi sesiape yang kenal aku ni mestilah tau aku ni still singleee... So sudah pasti tajuk di atas tiada kena-mengena dgn diri aku..hehehehe..

Actually, ada sorang member aku ni tgh pregnant.. Nama glamer dia puan Kiki..hehehe.. Tengah menghitung hari je ni.. Mengikut anggaran doktor, dia dijangkakan bersalin bulan depan.. Tapi baby dia kembar, so kebarangkalian dia bersalin awal tu tinggi le.. Dan daripada scan, baby dia dua-dua lelaki..

So, dia cakap nak mintak aku bagi nama pada baby-baby dia.. Wah!!! Terasa macam orang penting plak tetiba diberi penghormatan sebegitu..huhuhuhu.. Aku ni xdelah terrer sangat bab-bab menamakan baby ni.. Pada aku simple, mudah disebut dan ada makna yang bagus, dah cukup.

Antara nama yang ada dalam minda aku ni :

1. Arif Fahmi - yang bijak dan faham
2. Afiq Hakimi - yang amat pemurah, amat berpengetahuan dan bijaksana
3. Muhammad Farhan - yang terpuji; yang gembira
4. Muhammad Farihin - yang terpuji; yang gembira
5. Muhammad Irfan - yang terpuji; kebaikan, perkenalan
6. Muhammad Imran - yang terpuji; kemajuan, kemakmuran, pembangunan

Ini je la nama yang ada dalam list setakat ni. Dua nama pertama tu dah proposed pada puan Kiki. Nampaknya so far dia ok. Tapi naklah jugak tangok nama-nama lain dulu. Kalo boleh dia nak nama anak-anak dia bermula dengan abjad yang awal-awal.. Bila sekolah nanti, senang dapat ilmu sebab duduk depan cikgu (kalo cikgu yang tetapkan tempat duduk le..)

Tadi masa survey dalam internet terjumpa gak website nama-nama Islam. Boleh gak check nama-nama yang bagus dan sesuai dalam ni. Kat sini pun ada gak.

So, kalo pelawat-pelawat blog ni ada cadangan, sila tinggalkan komen anda ye..

Tima kasih..:)




Tuesday, June 8, 2010

Transformasi Nadhirah Huda..




Nadhirah masa ni berusia 2 hari.. Cute je dia.. Rambut pun lebat..



Masa ni Nadhirah dah tembam.. Tapi belum cukup sebulan lagi, baru 24 hari sebab masa ni cuti Krismas.. Nadhirah lahir 3/12/2009..



Ini plak masa cuti CNY.. Masa ni Nadhirah dah 2 bulan lebih.. Dah pandai mengadu dah..hehehe..



Dan ini Nadhirah baru-baru ni.. Ganasnya la cik kak ni.. Rambut dah ilang sket-sket.. Muka pun dah macam Mak Usu dia masa kecik dulu..hehehe..



Tolong!! Mak Usu Geget Kaki Nadhirah..



Nadhirah makan nestum nenek suapkan.. Tapi Mak Usu plak geget kaki Nadhirah.. Tolonnn!!!

Kalo dah lapar, Nadhirah bagi isyarat je.. Nadhirah sebut 'Aummm', sume orang faham Nadhirah dah lapar..hehehehe.. Tengoklah Nadhirah makan, sehingga menjilat bibir.. Sedapnyaaa!!!





Monday, June 7, 2010

Inilah Saloma Lok Heng..hehe..


Inilah Saloma Lok Heng..hehehehe..

Pandanglah lihatlah.. Tiru macam Nadhirah..hahahaha..