Friday, May 4, 2012

Sayang Mak..


~ Kisah ini aku terima daripada email seorang teman. Untuk renungan kita bersama ~



Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yang baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik. Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya. Seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya.

Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan airmata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.

Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat saya lupakan dari ingatan. Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya. Sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya dan mengambil tangannya, lantas menciumnya dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahawa ALLAH telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan ALLAH yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan seorang ibu...



~ With Love to All Mother ~


"JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU CERITAKANLAH KISAH INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DI DUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

Doakanlah kedua ibu bapa kita setiap hari supaya mereka memperolehi keberkatan di dunia dan akhirat..




P/S : Berbahagialah pada mereka yang masih memiliki ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya...........









Jadi Ke?


I'm back!!

So, apa citer cuti aku balik kampung? Well, first sekali mestilah best sesangat.. Aku sangat suka balik kampung.. Seronok dapat jumpa family tercintan..hehehe.. Rasanya cuti 4 hari tak cukup weii.. Actually 3 hari je kat kampung.. 1 hari untuk perjalanan pegi dan balik.. Apa nak buat, jauh..uhuk uhuk.. Tapi cuti memang dok umah je.. Town pun tak gi.. Yelah, balik kampung nak berehat.. Dok la kat umah..hahaha.. Tapi yang bestnya dapat jumpa Huda comel.. Makin banyak keletah sekarang.. Gerammmmmmm!!!!!!!!


Sekarang aku nak citer pasal benda lain.. Pesta Buku dah bermula.. Dari Jumaat lepas sampai Ahad ni.. Teringin sangat nak pegi ni tapi bila? Mmmm..kalo ikutkan jadual, hari Sabtu je la yang boleh gi.. Ahad nak gi kenduri kawin.. Lagipun last day pastinya jumlah orang yang datang sangat ramai.. Ahhhhhh, nak pegiii.. Tapi nak gi dengan sape? Macam kena gi sorang je.. Maklumlah takde geng kat sini.. Amacam? Ada berani? Aku ni jangan cabar.. Kalo dah nak sangat, aku redah je.. Sorang pun sorang la.. Janji hajat di hati tercapai..hehehe.. Kalo korang nak gi gak, calling2 la aku ek.. Mana tau leh berkenalan di alam realiti di sana..ahaks..

Mmm..adakah list buku yang aku nak beli tu masih lagi sama? Ikutkan hati memang masih lagi sama tapi tak tau pulak bila dah last minute nanti berubah pulak..hehehe.. Aku tengok dalam Alaf 21 punya fb, bukan main ramai lagi orang datang.. Nampak macam best.. Of course le rimas dan panas sebab bersesak-sesak dalam orang ramai tapi kalo dah minat peduli apa.. Iye tak? Cuma aku rasa mungkin aku takkan abiskan banyak masa kat sana.. Dapat je apa yang aku nak, blah le.. Buat apa nak tunggu lama2, iye tak? Aku ni kalo gi mana2 ada tujuan, cepat je baliknya.. Kalo saja jalan2 memang lama.. Merewang ke sana sini.. Takde tujuan kan.. Tu yang tengok2 jam je, eh lamanya aku kat sini.. Ha!! jangan buat2 tokojut pulak.. Takdo maknonyo.. Ekau sendiri yang buek..

Korang dah terjah ke? Apa yang korang borong? Wah, sakan ye memborong.. Kalo aku takdelah banyak mana pun.. Kalo dapat apa yang aku hajatkan tu pun dah cukup.. Ada bajet lebih, boleh le rembat yang lain kalo ada yang berkenan..hehehe.. Aku ni bercerita macam gempak je kan? Padahal belum gi lagi.. Takpelah, nanti kalo jadi gi, aku update ok.. Aku letak sekali semua hasil borongan.. hehehe.. Itu wajib bukan? Haruslah diberitahu kepada semua pembaca.. Nak share happiness orang kata..ahaks..

Okla, aku pun malas nak membebel panjang2.. Entah apa aku bebelkan ni pun aku tak tau.. Main tulis je ni..hahaha.. Nanti ada citer terbaru aku update ok.. Promise..hehehe.. Until meet again in the next entry.. Take care.. ^____^









Thursday, May 3, 2012

Huda & Baby Bam Bam..


Nak tau apa mainan yang Huda dapat daripada mak long? Inilah dia..hehehe..


Huda dapat barbie doll dengan baby doll.. Kakak Huda kan gegurl, so belikan la barbie doll tu.. Baby doll tu pulak, mak long berkenan sebab comel macam Adriana bam bam.. And guess what? Huda still remember Adriana but she called her as baby bam bam..hehehe.. That's why she gave name to the baby doll as baby bam bam.. The baby doll reminds her to Adriana.. So sweet.. And she's so caring with the baby doll.. Tidokan baby bam bam even just a doll..hehehe.. Dah boleh jadi big sister ni.. Adakah akan berlaku tidak lama lagi? Kita nantikan saja.. Kalo ada rezeki tu, Insya ALLAH..

Huda sikatkan rambut dengan pakaikan kasut pada kakak barbie sebab dia nak gi work..

Take a break jap.. Borak2 dengan cik Irul sambil2 bersolek.. Amboiiiii, tak nak kalah dengan barbie doll nampak..

Takde orang nak ajak main.. Cik Irul pun layan je la..hahaha..


Semalamnya Huda pegi jemputan kawin dengan ayah, mama, atok dan nenek.. Mak long dengan cik Irul dan ucu tinggal kat umah.. Kononnya mak long nak temankan cik Irul gi jemputan umah kawan dia kat Lok Heng gak, tetiba hujan turun selebat-lebatnya.. Tak jadi pegi.. Cik Irul je pegi dengan kawan dia.. Tukar le baju.. Tetiba pulak air hujan masuk kat bahagian dapur umah atok.. Banjir kilat sekejap..hahaha.. Valuable experience..

Tak sabo2 nak naik kete..

Sempat lagi pose cute..

Huda comel..

Sekejap je rasanya jumpa Huda.. Rindu dah kat budak comel ni.. Walaupun kadang2 kerenahnya buat kita geram.. Tapi budak2 apalah dia tau.. Yang dia tau ikut mood dia je.. Tapi kalo salah, kena gak tegur supaya dia tak buat lagi.. Apa2 pun, mak long sayang sangat budak comel ni.. Sekolah rajin2 ek.. Nanti kan nak buat persembahan kat sekolah..hehehe..

Tido pun dengan baby bam bam dia.. So sweet.. ^__^












Weekend With Kakak Huda..


Bestnya balik kampung.. Hari ni dah ada kat opis dah.. Dari semalam pun.. Cuti cuma dari Sabtu sampai Selasa.. Sabtu balik kampung, Selasa balik Puchong semula.. Kalo pada mak long ni tak cukup cuti 2 hari kat kampung tu.. Paling kurang, seminggu..hehehe..

Hari Sabtu tu plannya nak terus balik umah nenek Huda dan jumpa Huda kat kampung sebab dia lagi dekat, so maybe dah sampai dulu daripada mak long dan cik Irul.. Tapi mama Huda kena attend majlis engagement kawan dia pulak.. So maybe lewat petang baru sampai kampung.. Mmm..lambatnya nak jumpa Huda.. So kitaorang pun decide nak bawak Huda sekali balik umah nenek.. Dalam pukul 12 tengahari dah sampai tol Skudai sebab nak amik Huda kat umah dia.. Tapi tersalah masuk simpang ke Senai disebabkan salah informasi daripada informer..hahaha.. Pusing balik ke arah JB.. Plan bertukar, berjumpa di Plaza Angsana, Tampoi.. Disebabkan mak long ni tak familiar dengan jalan kat JB, terpaksa le lebih alert.. Akhirnya sampai gak..hehehe..

Bila Huda nampak je mak long, apalagi, senyum tersipu-sipu.. Kononnya malu le tu.. Tapi takde maknanya.. Sekejap je malu.. Bila nampak cik Irul lagi la.. Melekat.. Tapi yang pasti Huda mak long ni makin comel la..

Tak sudah2 dengan sesi belajo 'peace' dia..

Ooo..dia tak nak buat 'peace' ye.. Geletek perut dia..

Akhirnya.. Keluar gak 'peace' kakak Huda..

Tak abis2 bergurau dengan cik Irul..




Dah kebetulan sampai waktu lunch, kitaorang pun makan la kat situ.. Apa ntah nama kafe tu, lupa pulak.. Ayah Huda belanja.. Terima kasih bro.. Sedappp.. Mak long makan quarter chicken.. Peh!! Jenuh nak abiskan.. Ayah Huda makan ayam penyet, mama makan nasi lemak, cik Irul makan nasi beriyani ayam dan Huda makan spaghetti.. Favourite dia tuuuuu..

Lepas tu jalan-jalan jap dalam Angsana tu.. Seriously mak long tak pernah ronda dalam tu.. Pernah pegi pun sekali je.. Dengan jiran sebelah umah dulu, naik bas.. Sekarang dah tau le camne kat dalam Angsana tu.. Banyak kedai dalam tu.. Macam2 ada.. Dah macam Thamrin City kat Jakarta pulak.. Tapi barang2 dalam Angsana lagi mahal le..hehehe.. Dalam pukul 3 pm, kitaorang pun bergerak semula ke rumah nenek Huda.. Actually nenek tak tau pun mak long akan jemput Huda sekali.. Kebetulan pulak tengah makan tadi dia call, so dia tau le cucu dia nak join mak long sekali.. Huda punya excited dapat ikut cik Irul, sampai tak heran kat ayah dengan mama dia.. Bila tanya je Huda nak ikut sape? Laju je jawab cik Irul.. Sabo je la..hahaha.. Lama tak jumpa cik Irul katakan.. Rindu bebeno la tu..

Dalam kete, Huda tido sebab kebiasaanya memang dia tido siang.. Tapi bila dah nak sampai umah nenek, dia dah bangun.. Adalah dalam 1 jam perjalanan.. Saja mak long drive 80 km/j sebab nak bagi Huda tido lama.. Bila dia dah bangun sendiri maknanya dia dah puas tido la tu.. Sampai je umah nenek, ucu dah ready nak gi keje.. Apalagi, Huda pun suka la nak anto ucu kat simpang tunggu bas.. Huda dengan cik Irul anto ucu naik moto.. Lepas je ucu naik bas, Huda balik umah nenek semula.. Suka dia tengok ucu naik bas.. Ucu Huda dah work sekarang.. Keje kilang.. Dapat gak duit daripada dok umah tak buat pape kan.. Oh ye, sebelum ucu gi work, mak long dah bagi souvenir Jakarta pada semua.. Huda pun ada.. Dia suka sangat sebab dapat mainan baru.. Apa yang mak long bagi? Kita tunggu dalam entry seterusnya ok..hehehe..








Saturday, April 28, 2012

Tak Habis Lagi Rupanya..


Eh, apa pulak entry kali ni ye? Apa benda yang tak abis lagi ni? Ada2 je kan aku ni.. Okla, sebenarnya hari tu masa gi Jakarta my colleague pun ada amik gambar gak.. So, semalam dok belek2 gambo tu, macam best pulak nak upload dalam ni.. So korang layan je la ek.. Citer tak panjang sebab maybe banyak gambar yang akan dimasukkan. En. Hasruddin, boleh aaa saya nak mengglamerkan kita semua..hehehe..
















Sekian.. Udah abis fotonya.. Makanya ceritanya juga udah tamat ya.. Moga kalian terhibur..^_^