Monday, May 28, 2012

Kisah Sunan.. Hanya Pengantara..


Setelah berakhirnya minggu lepas, ALLAH hanya Mengizinkan aku menghabiskan 5 buah novel sahaja.. Bermakna rahsia di dalam novel terakhir masih belum disingkap dan kesudahan Sunan masih belum diketahui.. Insya ALLAH, dalam sehari dua ni pasti akan terjawab segala persoalan.. Setakat 5 novel, apa yang dapat aku simpulkan?

Well, sebenarnya aku pun tak tau apa yang aku nak simpulkan.. Apa yang aku tau setelah membaca novel2 tu, aku terasa aku ingin berubah ke arah yang lebih baik dalam hidup ni.. Dakwah terselindung yang RAM selitkan dalam kisah pengembaraan itu memang telah benar2 mencuit hati dan jiwa aku.. Alhamdulillah.. Semoga aku dapat menjadi hamba yang terbaik kepada Yang Khalik.. Insya ALLAH.. Dan percaya atau tidak, aku sangat merindui Sunan ketika berada di kampung.. Aku cuba membayangkan Sunan melalui personaliti yang dihuraikan oleh RAM.. Kadang2 terasa membuat kerja bodoh pun ada.. Tapi aku percaya dan yakin ada sesuatu yang ALLAH telah rancangkan di saat aku kehilangan semangat untuk membaca satu ketika dulu.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya..

Pasti ada dikalangan korang yang agak terperanjat dengan bahasa tulisan aku sekarang ni.. Agak formal, bukan? Jangan terkejut apatah lagi terperanjat.. Aku sendiri tidak tahu bahawa novel Sunan itu membawa kesan yang kuat ke atas diri aku.. Malahan di ketika ini aku rasa aku tak dapat berfikir dengan sewarasnya kerana apa yang aku luahkan ini terhasil dari minda aku sendiri.. Minda yang sebelum ini agak gila-gila.. Mungkin korang lebih suka membaca bahasa aku sebelum ini berbanding sekarang.. Pilihan adalah subjektif, terpulang pada diri masing2.. Di dalam hidup kita diberi pilihan, bukan? Terpulang kepada diri kita sendiri untuk menentukannya.. Baik atau buruk pasti akan meninggalkan kesan..

Antara kesan yang aku alami, aku kini sangat tertarik dengan misteri kehidupan ini.. Sekarang ni aku cuba memahami rahsia alam ciptaan ALLAH.. Malahan rahsia kejadian manusia itu sendiri.. Sebenarnya dari dulu aku memang sangat suka dengan perkara begini.. Tapi dulu takde bahan bantuan selain buku semata-mata.. Tapi kini dengan adanya teknologi internet, Insya ALLAH aku akan cuba mendapatkan sebanyak mana ilmu dan memahami ilmu tersebut.. Ilmu yang bukan semua orang boleh menerima dan memahaminya.. Silap pemahaman boleh memesongkan akidah.. Nauzubillah.. Hehehehe, janganlah takut pulak dengan aku sekarang ni.. Rasa pelik ke? Macam buang tebiat ek? Takde pape la.. Aku masih macam dulu juga.. Cuma seiring usia yang semakin meningkat, waktu kematian yang semakin hampir, hari penghabisan yang bakal menjelma lebih cepat dari yang dijangkakan, eloklah seandainya kita dapat mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya.. Bukan cuba menunjuk baik, sekadar mengingatkan saudara seagama dan juga diri sendiri..

Hidup kerana ALLAH, Mati kerana ALLAH.. Di mana jua kita berada, apapun yang kita lakukan, ALLAH sentiasa Memerhatikan kita.. Semoga hidup kita sentiasa di bawah Rahmat-Nya.. Aminnn..









Selamat Pengantin Baru, Nani & Suami..


Assalam dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, masih dapat lagi bertemu dengan korang semua.. Macam yang dah diwar2kan, last weekend cousin aku kawin.. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan cousin aku pun dah selamat bergelar seorang isteri.. Semoga ALLAH Merahmati kalian berdua selamanya.. Aminn..

Keluarga kami pun turut hadir memeriahkan majlis.. Sebagai tetamu..hehehe.. Bukannya tak nak tolong, tapi semua keje dah ada yang buat.. Sampai tak tau nak buat apa.. So jadi le tetamu, tolong memeriahkan majlis.. Tolong gak kan..hehehe.. Yang paling syok sekali, aku boleh melayan makcik aku pegi shopping kat pekan masa Sabtu malam tu.. Padahal malam tu ada majlis khatam pengantin.. Dan dia pun dah siap2 nak pegi umah pengantin tetiba boleh dia ajak aku pegi pekan sebab dia nak cari barang.. Aku memang takde plan nak gi umah pengantin.. Malas..hehe.. Ala, umah sebelah je.. Dalam 10 langkah dah sampai.. So kesudahannya daripada nak gi umah pengantin, pegi menyoping (sila jangan ikut perkataan ini ye..;p) kat pekan.. Dalam 15 minit dari umah atok aku.. Tu yang tak sudah2 nak keluar ke pekan kalo balik kampung.. Dekat dan ada kenderaan.. Memang merayap je la kejenya.. Makcik aku tu tak reti drive kete, so kalo aku balik kampung memang dia suka sesangat.. Aku leh jadi driver dia gi pekan.. Aku ni tak kisah.. Itu le makcik kesayangan aku selain mak andak aku (adik pompuan mak aku 2 orang je..), kawan aku masa aku kecik2 dulu.. Malam tu kuar dah lewat, dalam kul 9 malam.. Nasib baik bila sampai kedai belum tutup lagi tapi dah hampir2 ditutup.. Alhamdulillah, ada rezeki.. Dapat jugak beli apa yang dia nak tu.. Tapi itu je la kedai yang dapat pegi sebab yang lain dah tutup walaupun ada kedai lain yang nak diterjah.. Bila balik, majlis khatam baru je selesai.. Sabo je le..

Esoknya majlis besar.. Makan2 mula dalam kul 11 pagi.. Tau tak, dalam kul 9.30 pagi kitaorang sambung semula misi yang terbengkalai malam tadi.. Keluar lagi ke pekan.. Pegi ke kedai yang tak dapat singgah malam tadi.. Dok sibuk merayap-rayap.. Shopping itu ini.. Dalam kul 12 tengahari gak la sampai umah..hehehe.. Sampai2 jemputan dah ramai pun.. Kitaorang pun makan sekali, kira jemputan gak la ni..hehehe.. Dalam kul 2 petang pengantin pun bersanding.. Tengok dari beranda umah atok je.. Nampak la pengantin pakai baju merah.. Bukan taknak pegi rumah pengantin, tapi sesak yang amat.. Dan cuaca sangat la panas.. Si Adriana siap bukak baju lagi sebab panas.. Kuar jap ke beranda umah, peluh mencurah-curah macam mandi.. Sian si kecik tu.. Ngamuk2 sebab ngantuk pun iye.. Last2 mak long bawak masuk dalam umah dok bawah kipas.. Baringkan atas riba, terus tertido.. Ala, yang penting semuanya dah selamat.. Alhamdulillah..

Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Aminn..








Inilah antara gambar2 yang telah di ambil oleh cik Ilul Huda & Adriana.. Mak long tak minat nak bersesak-sesak amik gambar ni.. ;)

Eh, tetiba ada gambar Adriana tengah tergolek..hehehe.. Suasana di dalam rumah sebelah..






Wednesday, May 23, 2012

Aku Hamba Yang Kerdil..


Semalam aku teruskan membaca novel keempat, Cinta Sufi.. Bila dah start, memang susah nak berenti.. Alangkah baiknya kalo beginilah tarikan untuk membaca kalam suci ALLAH.. Start dalam kul 10 pm dan stop dalam kul 2.30 am.. Rasa nak abiskan tapi mengenangkan arini harus bekerja, tutup la jap.. Balik nanti sambung semula..

Seperti novel2 yang lain, karya RAM memang tidak akan lupa menyelitkan unsur2 agama.. Aku boleh simpulkan RAM ni sebenarnya berdakwah melalui karyanya.. Ada unsur2 percintaan, tetapi tidak mengasyikkan seperti novel2 cinta yang banyak di pasaran (maaf, bagi peminat novel2 cinta..). Kisah cinta ada tetapi sangat minimum dan masih di dalam batasannya..

Sebenarnya aku bukannya nak kupas pasal karya RAM, cuma aku tertarik dengan satu karakter yang diwujudkan dalam pengembaraan Laksamana Sunan ni.. Bangsa Polip.. Digambarkan seperti manusia tetapi bersayap.. Telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lalu.. Mendiami bumi ini sebelum manusia pertama di hantar ke bumi sebagai khalifah.. Anda pasti tahu siapa manusia pertama wujud di bumi ini..

Entah kenapa bila sampai bab bangsa Polip tu tiba2 terasa sebak sangat.. Menangis tersedu-sedu.. Kenapa? Walhal saat Sunan di aniaya, menghadapi kesusahan tak terasa seperti itu.. Mungkin aku terasa sebak sebab makhluk yang telah hidup beribu tahun tetap kukuh imannya kepada ALLAH.. Tidak pernah berpaling dari-Nya.. Sebenarnya lebih kepada mengenangkan diri sendiri.. Selama mengecapi nikmat hidup selama 33 tahun di muka bumi ni, selalu alpa dan leka dengan apa yang ALLAH kurniakan.. Selalu lupa bersyukur kepada-Nya.. Walhal semua yang berlaku adalah dengan izin-Nya.. Hatta untuk menggerakkan jari juga tidak akan mungkin jika tiada izin dari-Nya.. Benar, aku bukanlah hamba yang baik.. Selalu lalai.. Selalu melupakannya.. Seolah-olah hidup di dunia ini kekal tanpa akan datang hari pembalasan.. Hanya kerana satu karakter yang wujud dalam novel, yang sudah semestinya adalah rekaan, hati aku dah bergetar.. Kelakar kan?

Tadi aku tergerak nak cari fakta betul ke bangsa polips ni wujud.. Hasilnya aku menemui satu website yang sangat membantu.. Mengungkai misteri yang tidak pernah kita fikirkan atau memang kita tak tahu akan kewujudannya.. Aku memang suka benda2 misteri yang tidak terjangkau oleh akal manusia biasa.. Tapi dengan adanya bantuan dari Al-Quran dan hadith, Insya ALLAH, kita tidak akan terpesong.. Dalam website ni banyak misteri yang dikongsi bersama.. Bukan setakat rahsia makhluk lain malah asal kejadian alam semesta dan kewujudan manusia pun ada diceritakan.. Cuma sebelum menerima bulat2 sesuatu fakta, berfikirlah dahulu.. Gunakan akal yang telah diberikan ALLAH sebagai keistimewaan seorang manusia..

Sebelum ni aku memang percaya bahawa Nabi Adam a.s adalah makhluk pertama wujud di muka bumi ni.. Tapi rupanya2 salah.. Banyak makhluk yang ALLAH telah ciptakan untuk mendiami bumi ini sebelum Nabi Adam a.s di hantar ke bumi.. Aku tak reti nak mengupasnya, takut tersalah cerita.. Lain pula pemahaman korang nanti.. Boleh memesongkan akidah.. Kalo korang nak kupasan lebih lanjut, sila la berkunjung ke website ni. Tapi sebelum tu, aku tak suruh korang percaya bulat2 dan tak juga suruh korang menolak mentah2.. Sebelum berkata apa2, fikir dahulu ye.. Sebab banyak benda yang tak dapat di jangkau oleh akal kita yang terbatas ni.. Tapi semakin banyak rahsia alam semesta yang korang tau, semakin kerdil diri akan terasa..

Maaflah entry aku arini macam ala2 ustazah kan.. Ntah jiwa lain macam pulak sekarang ni.. Tak tau nak describe camne.. Mengharapkan bimbingan ALLAH supaya tidak terpesong dari landasannya.. ALLAHUAKBAR..














Monday, May 21, 2012

Weekend With Sunan..


Hari ni Isnin.. Weekend baru je berlalu.. Weekend yang telah diisi oleh plan aku.. Cuba menghabiskan kisah Laksamana Sunan.. 6 buah novel tu.. Tekad harus jitu, kalo tak, hancusss!! Dan nak dijadikan cerita, ALLAH hanya izinkan aku habiskan 3 buah novel je.. So dapatlah aku habiskan Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dengan Hijab Sang Pencinta..

Nak tau jadual aku? Aku start Bagaikan Puteri hari Sabtu dalam kul 3 pm.. Basuh baju, makan, tengok TV jap..hehehe.. Then baru start baca.. Tapi feeling ada sikit terganggu sebab rumah tingkat atas tu tengah renovate agaknya.. Bising bunyi alat2 menukang tu.. Terganggu konsentrasi mak tau.. Dalam kul 6.30 pm break jap.. Legakan segala urat saraf ni.. Kul 8 pm sambung semula.. Dan akhirnya habis dalam kul 12 am gak le.. Banyak beno break.. Nak tengok SMS, check fb..hehehe.. Then sambung terus ke 2nd novel.. Tapi tak larat nak meneruskan misi.. Kul 4 am dah terlentok.. Ngantuk uuu.. Kita tido dulu le.. Jap2 lagi lepas bangun tido sambung lagi.. Dah lepas bangun tido tu, misi pun bersambung semula.. Kul 1 pm start.. Then tengah syok2 membaca, dalam kul 4 pm adik aku call.. Nak gi umah aku.. Aiyooo, dahlah rumah sangat tidak kemas ok.. Last2 dia cakap, dia nak tunjukkan jalan kat kawan dia ni.. Tak naik umah pun.. Oooo..kus semangat.. Umah mak long tak comel lagi la Adriana.. Nanti dah comel mak long ajak Adriana masuk tau.. Masa tu dia kat Sunway Pyramid.. Ooo ingatkan dah gerak.. Maklum le masa tu aku dah tiba ke kemuncak citer.. Sikiiiiiiit je lagi nak abis.. So, break la kejap.. Kemas mana yang patut.. Mana tau kot2 terbabas naik nanti..hahaha.. So sementara tunggu Adriana sampai, aku pun sambung le baca novel tu.. Akhirnya habis juga sebelum adik aku sampai.. Alhamdulillah..

Sampai je kat parking, terus borak2 citer direction jap.. Then singgah Giant dulu sebelum tunjukkan jalan.. Dapat la jumpa budak tomei ni.. Dia pakai baju mak long bagi dari Jakarta la..hehehe.. Cute je.. Macam boy pun ada.. Boy tantek.. Tapi tak sempat amik gambo la.. Dah malam, gambo tak cantik..;p. Lepas tu gi tunjukkan jalan balik ke umah kawan ibu Adriana.. Dia dok Taman Kinrara tapi baru je setengah bulan kat sini.. So tak familiar lagi jalan kat sini.. Pegi keje balik keje je pass..hehehe.. Dah anto, ibu Adriana ajak gi makan tempat kitaorang lepak dolu2.. Alah, kat Equine Park tu.. Belakang McD. Ada Restoren Sri Baling.. Kat situ ada banyak pilihan makanan, tu yang dia ajak pegi lagi.. Duduk le lepak2 sampai hampir pukul 9 malam.. Dah kenyang, balik le umah.. Lepas anto aku balik, diorang pun balik ke Subang semula.. Aku pun dah kenyang, landing le atas tilam.. Tapi sebelum masuk bilik sempat amik novel ketiga.. Hijab Sang Pencinta.. Akhirnya temujanji aku berakhir jam 5 pagi tadi..hehehehe.. Sebenarnya ngantuk ni.. Tapi semangat Sunan meresapi.. Insya ALLAH, mampu bertahan.. Petang ni? Mmm..macam nak teruskan tapi tak sure lagi.. Nak basuh baju ni.. Nak abiskan membasuh sebelum balik kampung weekend ni.. Cousin aku kan nak kawin.. Dan itu le sebabnya aku nak abiskan pengembaraan Sunan dalam minggu ni gak.. Tak nak dipisahkan oleh ruang waktu yang lama.. Takut nanti bila dah penat sangat, mood nak membaca pun dah hilang..

Camne citernya? Well, pada aku yang suka karya RAM ni memanglah best.. Tapi antara ketiga-tiga novel setakat ni, Bagaikan Puteri paling best.. Normal la kan.. Selalunya citer yang paling awal yang paling best.. Dan nak mengekalkan momentum pada novel kedua, memerlukan fokus dan komitmen yang sangat tinggi.. Tapi aku tak suka Haryani tu.. Macam terhegeh-hegeh sangat suka kat Sunan.. Some kind of people yang pentingkan diri sendiri.. Aku lebih suka Ratna si Ratu Sulaman, walaupun mula2 jahat namun dengan bantuan Sunan dia berjaya menjadi muslimah yang dirahmati ALLAH.. Saliha pun aku suka.. Bagus pekerti seperti muslimah sejati.. Masa baca tu aku membayangkan pak Mustakim, ayah Saliha sebagai Deddy Mizwar, dan Saliha tu perempuan yang dalam drama Kiamat Sudah Dekat. Kan dia panggil babe bapak dia.. Sesuwaiii..hihihi.. Haryani tu Lisa Surihani, dia kan boleh berlakon selfish dan agresif macam dalam I'm Not Single tu.. Ratna Sang Ratu kalo kat cover novel tu macam kening Erra Fazira tau.. Tapi kalo acting, tak tau la sesuai atau tak.. Maya Karin boleh kot.. Kan dia pernah jadi pontianak, kira jahat le tu.. Kalo dia berlakon baik pun muka dia natural beauty apa.. Kalo Maharani yang super jahat tu siapa yang sesuai ek? Selalu tengok maharani jahat dalam citer omputih je.. Betul tak? Citer Melayu tak tau le sape yang sesuai pegang watak jahat giler camtu.. Umi Aida? Hahahahaha.. Laksamana Sunan? Mmm..takde calon yang berkenan di hati untuk memegang watak Sunan la.. Takkan la Aaron Aziz kot.. Tak sesuwai ok.. Aku rasa takde kot pelakon kat Malaysia yang sesuai pegang watak Sunan.. Ashraff Muslim? Muka dia nampak baik tapi takde ciri2 pendekar..hehehhehe..

Melalut la pulak.. Sampai termasuk pelakon2 dah ni.. Berangan nak angkat ke layar putih pulak ke? Hehehehe.. Biasalah aku ni kuat berangan.. Padahal entah hape2 ntah.. Adoiii, tetiba rasa ngantuk le pulak.. Super duper ngantuk ni.. Saboooooo..










Friday, May 18, 2012

Bee For Bie Honey.. Ahaks..


Petang semalam menyinggah ke Giant.. Terapi untuk diri yang dilanda kebosanan..hahaha.. Saja je nak beli beberapa barang rumah yang dah habis.. Bersama stok makanan untuk weekend ni.. Maklum le nak ber'dating' dengan Sunan, harus masak pun malas.. Bak kata sepupu aku, entah2 makan pun tak ingat bila dah berjumpa Sunan..hehehe.. I like.. Hanya orang yang minat membaca novel je dapat memahami jiwa orang lain yang mempunyai minat yang sama.. Lebih2 lagi tentang Sunan..huahuahua..

Masa tengah meronda dalam Giant tu terfikir nak beli sesuatu.. Meja Jepun.. Bukan apa, senang nak tulis, atau nak makan depan TV.. Nak letak buku atau majalah pun proper sikit.. Takdelah letak atas karpet tu je.. Nampaklah kekemasannya.. Cewahhh!!!  Poyo jek kan..;p. Then pegi le area meja2 kat situ.. Jumpa dua jenis meja Jepun.. Satu besar satu kecik.. Tapi harga beza RM 5 je.. Yang kecik tu comel tapi takut tak berbaloi je sebab kecik sangat.. Nanti baru letak barang sikit dah penuh.. Yang besar tu pun nampak ok.. Camne ek? Apalagi, turunkan dua2 meja tu atas lantai.. Pastu berlakon la konon2nya tengah tulis atas meja tu.. Nak rasa mana lagi selesa.. Last2 yang besar tu juga yang ok.. Sebab yang kecik tu rendah sangat.. Untuk budak2 sesuai la.. Kalo yang besar tu untuk budak2 pun sesuai tapi kena ada kerusi kecik untuk dia jugak.. Meja yang diorang display tu tema Snowman.. Ada lagi 2 tema, Turtle-ABC dengan Bee-ABC.. Tapi yang ada untuk dipilih cuma Turtle dengan Bee.. Wrapped dalam kotak, selotep lagi, takleh la nak intai.. Yang Turtle tu nampaklah camne rupanya sebab meja kecik tu ada tema tu jugak.. Tapi Bee takde.. Ala, nak pilih yang mana ni.. Turtle tu warna hijau.. Tak berapa berkenan.. Snowman pulak takde walaupun warnanya cantik, biru macam blog aku ni..hehehe.. Mmm..amik je la Bee-ABC ni.. Sempena nama blog aku.. Boleh gitu? Lagipun terfikir gak, mana tau macam meja Huda ke.. Sebab meja study Huda ada gambar bee cuma tak tau dia beli katne.. Dalam hati, nasib le kalo tak lawa pun.. Bukan nak tunjuk kat orang pun kan..hihihi.. Sampai2 rumah, dengan penuh debaran membuka kotak meja itu..Dan hasilnya.. Taraaa!!!!

Sama tuuuuuuu...hihihi..

Tak sangka betul le.. Sama dengan meja Huda.. Nampak sangat kami ini sehati sejiwa..huahuahua.. Pastu terus amik gambo, upload kat fb.. Tunjuk kat Huda, mak long pun ada meja macam Huda jugak..kihkihkih.. Tak senonoh punya mak long.. Dengan anak sedara sendiri pun nak eksen..hahahaha.. Sangat seronok akhirnya dapat juga meja Jepun yang diimpikan (dah macam Huda pulak gembiranya ye..). Maklum le dah lama nak beli, baru tercapai semalam..hehehe..

Dan novel RAM telah merasmikan meja baru itu.. Dah bersusun di atas meja menunggu untuk dibaca..hehehe.. Tak sabar nak ber'dating' ni.. Excited sangat dah ni.. Silap2 malam ni dah start..hahaha.. Walau apapun endingnya aku akan citerkan next week ye.. Harap2 weekend korang akan sangat menceriakan juga..  Take care always ye.. ^__^