Wednesday, September 19, 2012

Cuti Balik Kampung..



Apa khabar semua setelah menikmati cuti selama 3 hari? Mesti malas nak gi kerja kan? Hehehe.. Biasalah tu, effect cuti lama sangat (3 hari pun consider lama gak ek? Orang bekerja ni dapat cuti sehari pun dah rasa best, apalagi 3 hari, betul x? Hehe..). Alhamdulillah, aku pun dapat menghabiskan cuti di kampung.. Walaupun tak lama tapi dapat menziarahi family, dapat melihat mereka dalam keadaan sihat, sudah cukup menggembirakan.. Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan yang baik.. Cuma nenek dan Huda tak berapa sihat, demam.. Tapi beransur sembuh ketika mak long nak balik ke sini semula..

Actually hari Sabtu tu aku menghadiri jemputan kawin member di Pontian.. Dah alang2 sampai di Johor dan perjalanan ke rumah pun dah tak berapa jauh, so balik je la kampung.. Lagipun dok sini sorang2 masa cuti 3 hari tak best langsung.. Bosan giler.. Baik balik kampung, lagi syokkkkkk... Dalam kul 1 petang sampai le ke rumah pengantin.. Then dalam kul 4 petang bertolak balik ke Kota Tinggi.. Hampir kul 6 petang sampai le ke rumah parents aku.. Kakak Huda pun ada.. Bestnya dapat jumpa Huda.. Rindu sangat kat dia.. Dah makin bijak sekarang.. Dah kenal warna dan dah pandai loyar buruk.. Ikut atok dengan nenek gi bandar siap suruh atok berentikan kereta bila nampak lampu isyarat warna merah.. Bila atok tanya warna kuning untuk apa, Huda jawab sedia.. Kalo hijau? Huda jawab kita jalannnnn..hehehehe.. Bagus la Huda mak long ni.. Cepat belajar.. Tapi masa sampai tu Huda tak berapa sihat.. Demam dengan perut memulas.. Sian Huda.. Nasib baik esoknya beransur sembuh.. Nenek Huda pun sama, demam gak.. Tapi esoknya pegi klinik dengan atok, jumpa doktor.. Huda pun ikut sekali walaupun ayah dengan mama tak ikut..

Petangnya Huda ikut ayah dan mama pegi beraya.. Reunion batch ayah Huda.. Huda seronok dapat tengok ikan dalam kolam.. Cantik berbaju kurung polkadot berwarna merah.. Tapi ayah pakai t-shirt hitam.. Mama Huda pulak pakai baju kurung perple.. Semangat 1 Malaysia ni..hehehe.. Malam tu lepas maghrib Huda dah balik sebab ayah nak keje esok pagi.. Dapat jumpa Huda sekejap je tapi itu pun dah cukup.. Seronok tengok Huda makin bijak..

Comel tak Huda? Sangat sweet berbaju kurung warna merah.. ^_^

Dah cantik2 tak nak pakai kasut raya.. Nak pakai sandal angry bird pulak..kihkihkih.. Perut mama Huda buncit.. Sebab ada adik Huda dalam perut mama.. ^_^
















Saturday, September 15, 2012

Isn't She Look So Adorable? ^.^



Just received one MMS from Adriana's mother.. Ahhh, what a lovely picture.. Adriana looks so cute and sweet.. Just take a look..

Isn't she look so adorable? ^.^











Friday, September 14, 2012

Adriana In The House..



Berjumpa lagi hari ni.. Apa khabar semuanya? Harap2 berada di dalam keadaan yang menceriakan dan di bawah rahmat Ilahi.. InsyaALLAH..

Hehe.. Sebenarnya takde citer apa pun.. Saja nak share gambo cik Adriana Maisarah yang terbaru.. Comel je amoi ni.. Muka sebijik macam ayah dia masa kecik dulu.. Sekarang Adriana dah 8 bulan.. Dah pandai buat mimik muka.. Akal pun dah panjang.. Gigi pun dah keluar.. So comellllll.. Oppss lupa plak, telinga pun dah ada subang.. Barulah terserlah keayuan seorang wanita walaupun rambut terpacak..kihkihkih..






Tengoklah betapa 'excited'nya Adriana masa nak pegi beraya ke rumah cik Seha.. Siap pose ala2 Saloma lagi.. Bila dah pakai spek beso dia tu lagilah posing tak hengat.. Suka le tu..






Ini pulak lepas balik dari rumah cik Seha.. Ini namanya pose tunjuk gigi.. Tak pernah2 senyum kalo amik gambo sebelum ni.. Kalo ada pun ciput je senyum.. Kali ni bukan makin lebar lagi sengih.. Nak tunjuk dah ada gigi le tu..

Dan last sekali gambo masa gi open house umah bos mak long.. Adriana dapat duit raya.. Bukan main lagi bergaya dengan baju kurung.. Rupa2nya sama tema dengan tuan rumah..kihkihkih.. Tahun lepas sama gak tapi Adriana tak keluar lagi.. Tahun ni pun sama lagi.. Ada sixth sense tu.. Kita tunggu tahun depan ye.. InsyaALLAH seandainya dipanjangkan usia oleh ALLAH..






Kejap je dah beso Adriana mak long ni.. Rindu sangat kat dia.. Tapi weekend ni tak dapat le mak long nak jumpa dia sebab mak long nak balik kampung esok.. Semoga perjalanan akan dipermudahkan ALLAH S.W.T.. Aminn.. Mak long jumpa kakak Huda dulu la sebelum jumpa Adriana.. InsyaALLAH nanti free mak long datang jumpa budak comel ni pulak.. ^_^







Tuesday, September 11, 2012

Al-Fatihah..



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di atas mukabumi ini.. ALLAHUAKBAR... Terima kasih ya ALLAH kerana masih lagi memberi aku peluang untuk memperbaiki diri ini..

Ahad lepas, permulaan hari dikejutkan dengan berita kematian jiran sebelah rumah parents aku.. Terkesima seketika tatkala menerima berita itu.. Nenek Huda & Adriana yang call.. Entah tak tau nak cakap camne perasaan aku ketika mendengar berita tu.. Rasa macam tak percaya pun ada.. Nak kata sedih tak ada pun.. Blur pun macam iye jugak.. Kadang2 aku rasa hati aku ni macam batu, takde perasaan.. Tapi biasalah, macam terhiris jari ketika memotong sesuatu.. Ketika jari terhiris tidak terasa sakitnya.. Setelah maklumat sampai ke otak dan perasaan yang terhasil akibat perbuatan itu adalah sakit, barulah rasa itu dapat dirasai.. Barulah perkataan adoi terkeluar dari mulut.. Rasa sedih tu baru datang di saat otak mengimbas semula segala memori yang pernah dilalui bersama arwah.. Ditambah lagi ketika mendengar tangisan anak arwah yang merupakan kawan baik aku di kampung tatkala aku menelefonnya.. Berusaha sedaya upaya memberikan sokongan agar dia mampu dan berupaya menerima semua ini dengan tabah dan kuat..

Arwah yang lebih mesra dipanggil sebagai wak Siran merupakan seorang jiran yang baik.. Sangat peramah dan seorang yang mesra.. Ketika aku bersekolah dulu kadang2 arwah la yang akan menghantar aku pergi atau balik dari sekolah jika abah aku tiada di rumah.. Kadang2 hampir setiap hari.. Memang arwah wak Siran sangat baik orangnya.. Setelah keluar dari kampung jika aku balik sesekali dan berpeluang bertanyakan khabar, kami akan berborak.. Sampai sekarang kadang2 aku masih macam tak percaya wak Siran telah pergi menemui Ilahi.. Sebab arwah tidak mengalami sakit yang serius.. Arwah masih lagi berjalan-jalan di sekitar rumah di siang hari seperti orang yang sihat.. Cuma di waktu malamnya arwah mengalami sakit jantung.. Menurut mak aku jantung arwah bengkak.. Memandangkan hari telah larut malam arwah bercadang untuk ke hospital pada hari esoknya.. Tapi mungkin memandangkan keadaan arwah semakin serius, anaknya bercadang untuk menghantar arwah ke hospital pada malam itu juga.. Dengan ditemani abah aku, anak arwah mahu membawa arwah abahnya ke hospital.. Tapi tak sempat keluar dari kampung arwah telah menghembuskan nafas yang terakhir.. Memandangkan tidak mendengar apa2 bunyi pernafasan daripada arwah, plan untuk ke hospital di tukar ke kelinik kesihatan kampung.. Ketika tiba di klinik pelbagai usaha dilakukan tetapi ALLAH lebih Menyayangi arwah.. Beliau memang telah meninggal dunia di dalam perjalanan tadi..

Memang masanya untuk menemui Maha Pencipta telah sampai.. Sakit itu hanya sebagai alasan sahaja.. Seperti janji ALLAH kepada manusia, apabila telah sampai ajal anak Adam, tidak akan tercepat atau terlewat satu saat pun dari waktu yang telah ditetapkan.. Sesungguhnya dari ALLAH kita datang dan kepada-Nya kita kembali.. Semoga dengan kematian ini akan mendatangkan keinsafan di jiwa kita agar sentiasa bersedia menyiapkan diri dengan amalan yang terbaik untuk dibawa ketika berjumpa Yang Maha Esa..

Kepada Jamilah binti Musiran dan keluarga, semoga tabah dan kuat dengan dugaan ini.. Sesungguhnya mati itu pasti.. Dan apa yang terbaik yang dapat dilakukan adalah banyak2 menyedekahkan Al-Fatihah dan berdoa untuk arwah.. Semoga segala yang disedekahkan akan sampai kepada arwah dan dapat membantu arwah di sana.. Semoga juga ALLAH Mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan diletakkan di kalangan mereka yang beriman.. Ameennnnnn..

 
Kepada semua yang membaca blog ini, marilah kita sama2 menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah..
 








Friday, September 7, 2012

Running Man Raya??



Sape tau apa tu Running Man? Lelaki berlari? Ye betulllll.. Pandai semuanya.. Tak sia2 tengok Oh! My English kan..(eh, tetiba je kan.. ada kena mengena ke? ;p).. Hehehe..

Alah aku rasa ramai yang dah tau apa Running Man ni.. Variety show dari Korea.. Memang tengah top pun sekarang ni.. Tapi aku rasa rancangan ni dah start dari 2 tahun lepas kot.. Aku pun tak sure, maklum la masa tu tak terdedah dengan rancangan2 Korea ni.. Baru sekarang je sejak banyak masa terluang ni agak rajin la mengikuti rancangan2 Korea ni.. Itu pun tengok gak la rancangan apa.. Yang boleh layan je.. Kalo high level sangat takde maknenya..

Paling suka tengok rancangan Korea ni cousin aku.. Si Fatin Amyra @ Heechul tu la.. Tengok tu nama pun nak Korea gak.. Mentang2 le muka seiras Heechul ahli kumpulan Super Junior tu.. Bukan setakat Running Man je, macam2 la yang lain.. Kalo artis2 K-Pop tu takyah cakap le.. Tau nama, kenal setiap artis, siap hafal lagu tu.. Padahal entah hape2 la.. Susah beno rasanya nak menyebut bahasa diorang.. Sama gak la macam diorang, susah nak menyebut bahasa kita.. Takde beza pun.. Dah namanya pun bahasa asing kan.. Cousin aku ni sekolah arab tau, tahun ni amik SPM.. Tapi kalo dah minat tu bukan kira sekolah arab atau sekolah biasa.. Biasa le, time remaja ni le macam2 anasir datang.. Dan masa remaja juga le kita ni mudah terpengaruh.. Ala, dah melalui pun zaman tu.. Dah faham sangat le.. Cuma kena pandai jaga diri dan bezakan mana yang baik dan tidak je le.. Yang penting tetap ingatkan ALLAH.. InsyaALLAH pasti kita akan dipelihara-Nya..

Aku pun setakat rancangan variety show bolehlah layan.. Drama2 atau K-Pop tak minat.. Dan salah satu rancangan yang aku suka tengok Running Man ni le..Seronok bila tengok diorang berlawan sesama sendiri untuk menjadi pemenang.. Bukan lawan gaduh2 tu ye.. Nak citer pun malas le.. Cari sendiri dan tengok sendiri ye.. Aku bukan nak promote rancangan ni pun.. Cuma aku ada terjumpa kreativiti seseorang tentang Running Man ni.. Memang daebak la.. Lawak pun ada..kihkihkih.. Tengok la ni..

Tetiba je ada Running Man edisi Raya Special..kehkehkeh..