Thursday, December 27, 2012

My 3rd Cute Niece.. ^__^



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Limpahan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami.. Akhirnya malam tadi cucu ketiga atok dan nenek @ adik kakak Huda selamat dilahirkan.. Baby girl lagi.. Tak kisahlah kan, janji sihat dan sempurna.. Boleh geng dengan kakak Huda dan Adriana main masak2 nanti.. Berat 2.9kg.. Nama takde lagi.. Tunggu ayah dengan mama dia announce nanti.. Tahniah kepada my brother and my SIL, juga pada kakak Huda sebab dah jadi big sister.. ^__^

Welcome to our family my sweet niece.. Semoga membesar menjadi muslimah yang berguna kepada agama, keluarga dan negara.. In Shaa ALLAH..
 
Lahir : 26/12/2012 (Rabu) bersamaan 12 Safar 1434H
Waktu : 10.27 malam
Berat : 2.9kg
 
 


Hello.. Hello Jakel..



Apa khabar semuanya? Harap2 semuanya sihatlah ye dalam dok menunggu tahun baru menjelma.. Sedar tak sedar kita dah berada di minggu terakhir dalam tahun 2012.. Sekejap sungguh masa berlalu.. Semoga diri kita akan lebih baik di tahun2 yang mendatang.. In Shaa ALLAH..

Mmm..bila last aku update blog ni ye? Serius aku lupa.. Last week rasanya tapi hari apa entah.. Last weekend pegi umah Adriana.. Ada misi dengan ibu Adriana.. Nak serang Jakel Shah Alam..hahaha.. Sabtu tu dalam hujan2 lebat beserta guruh dan petir, sampai juga kami ke Wisma Jakel.. Dan Alhamdulillah, rezeki kami hari tu dapat parking depan pintu Jakel.. Padahal kalo ikutkan ada kete depan kami yang pun tengah cari parking.. Mungkin dia tak perasan.. Mungkin juga ALLAH dah tetapkan kami akan dapat parking kat situ.. Itulah namanya rezeki.. Alhamdulillah, kita mohon ALLAH Permudahkan, memang Dia Permudahkan segala urusan.. Rabbi Yassir Wala Tu'assir..

Punyalah lebat hujan sampai banjir kat simpang selepas susur keluar dari Federal highway nak ke Jakel..
 
Kami tak lama kat situ, adalah dalam 2 jam je.. Sebab ayah Adriana nak balik keje dan ada orang nak datang umah.. So pilih2 kain mana yang berkenan, terus bayar dan balik.. Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit bulan ni, dapatlah beli kain untuk ladies in the family.. Tak banyak mana pun, sorang sepasang.. Untuk gembirakan hati mereka.. Kain untuk kakak Huda dan Adriana pun ada.. Nak buat baju raya tahun depan.. Sedondon..hehe.. Tak sabar rasa nak balik kampung.. In Shaa ALLAH, dalam masa terdekat ni.. Tunggu adik baby kakak Huda lahir dulu..

Gambar shopping kat Jakel takde sebab sibuk dukung Adriana.. Sian dia, sampai tertido-tido sebab ngantuk.. Tapi takpelah, mak long rela dukung Adriana yang tertido.. Cuma kesian kat dia la.. Tak selesa sebab bahu mak long dia ni kan tulang je tersembul..hahaha.. Nasib ko la dik dapat mak long kurus.. Oh lupa plak yang ibu Adriana ada amik beberapa keping gambo.. Tapi yang itu masa pegi Jakel sekali lagi pada esok harinya.. Sabo je la kan.. Mentang2 ada sale, asyik ke Jakel saje..hehehe..

Masa ni Adriana baru je bangun tido.. Tapi bagus dia ni, bangun tido tetap ceria..
 
Bukti kami pegi Jakel.. Tak melencong ke tempat lain ye..hehehe..
 
Dah macam kat rumah sendiri pulak.. Siap bersila bagai..kehkehkeh..

Tapi budak ni dah banyak kerenahnya sekarang ni.. Sangat aktif.. Suka menjerit dengan suara yang sangat nyaring.. Suka menyengih kat orang (konon2 pose paling comel la tu..kehkehkeh).. Dah pandai berdiri sendiri tapi takut nak melangkah.. Dah pandai ajuk orang jawab call kat telefon.. Pantang nampak orang jawab call, orang hello dia pun hello gak.. Kalo kat tangan dia masa tu ada botol susu, botol susu la yang jadi telefon..hihihi.. Tengoklah tu, macam iye2 je jawab call..

Isshh.. Camne nak jawab call ni?? 

Hello.. Helloo.. 

Oh, camni rupanya.. Hello nenek, Adriana ni.. ^__^
 
 
 
 


Friday, December 21, 2012

Ibuuu.. Nak Tolong..



 
Ibuuu, Adriana nak tolong ibu potong kain.. Kalo ibu tak bagi, Adriana tak nak bangun..hehehe..

Budak kecik ni memang pantang nampak ibu dia bentang kain untuk dipotong.. Dengan laju dia akan duduk atau meniarap atas kain tu.. Saje je kacau ibu kan Adriana.. Last2 memang tak potong pun sebab Adriana tak nak berganjak.. Kalo diangkat ke tempat lain mesti dia mengamuk pastu datang semula kacau ibu.. Terpaksa la ibu tunggu malam bila dia dah tido.. Adriana ni bukan main nakal lagi sekarang  ye.. Tapi muka macam tak bersalah je..kihkihkih.. Rindu la kat dia.. Tak sabar mak long nak jumpa dia esok.. ^__^




Bila Waktu Telah Berakhir..



BILA WAKTU TELAH BERAKHIR


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masihkah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada
Akan kembali pada-Nya
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi








Monday, December 17, 2012

Boikot, Berbaloi Ke?



Apa khabar semuanya? Harap2 sihatlah hendaknya ye.. Sekejap je hari Ahad dah berakhir kan? Dah masuk pun hari Isnin.. Pagi nanti dah kena pegi kerja semula.. Monday blues? Pasti ramai yang akan rasa camtu kan? Tapi kalo sebelum tido kita dah pasang niat nak kerja betul2, In Shaa ALLAH, semuanya akan jadi ok.. Yang penting tu NIAT.. Kalo dari awal2 dah terdetik rasa malas, memang malaslah yang akan menemani sepanjang hari.. ^__^

Oh ya, sebenarnya hari ni nak berkongsi pandangan sedikit.. Berkenaan isu Palestin.. Dah lama break dari isu Palestin, hari ni nak sentuh semula.. Semasa Israel menyerang Gaza, umat Islam di seluruh dunia dan di Malaysia khususnya diseru agar memberikan sumbangan buat saudara2 kita di Palestin yang teraniaya.. Bagi yang tidak mampu, jangan lupa untuk sentiasa mendo'akan kesejahteraan mereka..

Sebenarnya ada lagi usaha yang segelintir pihak di Malaysia dan di dunia turut lakukan.. BOIKOT.. Boikot apa? Sudah semestinya memboikot produk Yahudi yang dijual di Malaysia.. Sebab masih banyak lagi produk alternatif keluaran tempatan yang boleh menggantikan produk keluaran Yahudi ni.. Yang paling top adalah fast food McD.. Sedap kan burger McD? Memang sedap lebih2 lagi sekarang ni Prosperity Burger pun dah keluar.. Lagilah ramai yang beratur kat McD, iye tak? Aku mengaku aku pun macam tu jugak dulu.. Aku siap buat entry pasal Samurai Burger lagi kan.. Masa tu aku memang tak tau.. Sebenarnya dulu aku dah pernah dapat email pasal boikot produk keluaran Yahudi ni.. Tapi mungkin masa tu hati aku masih buta dan masih tak peka dengan apa yang berlaku di Palestin.. In Shaa ALLAH lepas ni aku takkan jejakkan kaki ke McD lagi.. Semoga ALLAH Membantu dan Membimbing kita semua agar tidak terpesong dari jalan yang diredhai-Nya.. Ameen..

Tapi bukan McD je yang kita kena boikot.. Banyak lagi produk keluaran Yahudi yang memberi sumbangan kepada pembangunan Israel.. Terutama dalam persediaan senjata mereka untuk memerangi Palestin.. Untuk lebih detail, sila lihat di sini. Tapi aku tau pasti ramai yang akan mempersoalkan tindakan boikot ni.. Yelah, kalo yang boikot sorang, ada ke kesan pada mereka, padahal yang guna produk tu satu dunia.. Pulak tu yang terjejas nanti mereka2 yang bekerja kat tempat tu jugak.. Penat berdiri seharian kat kaunter amik pesanan pelanggan, yang despatch pulak merempit hantar order orang, meredah jammed di kala hujan panas semata2 nak cari rezeki.. Kesian diorang kan? Tapi saudara kita di Palestin sana lagi kesian, periuk nasi pun takde.. Ingatlah yang memberi rezeki itu ALLAH.. Jika niat kita betul untuk berubah, In Shaa ALLAH pasti ALLAH akan menunjukkan jalan dan mempermudahkannya..

Well, semua ni cuma pandangan dan pendapat aku je.. Tiada sebarang paksaan untuk orang lain.. Dan aku pun bukanlah nak berlagak bagus sangat.. Aku ni cuma insan biasa je.. Serba kekurangan.. Cuma kali ni mata hati telah dibuka ALLAH.. Jiwa turut terasa dengan penderitaan yang dialami saudara sesama Islam di Palestin.. Oleh itu aku cuba menyumbangkan sesuatu walaupun sedikit.. Jika dengan entry aku ni dapat menyedarkan seorang Muslim, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya usaha aku berjaya juga.. Pernah tak nampak dalam berita bila tentera Yahudi menyerang dengan kereta kebal, rakyat Palestin baling batu kecil2 kat kereta kebal tu.. Baling batu kecik2 je? Kalo secara logiknya mesti kita akan cakap, apalah kesannya setakat baling batu tu.. Kereta kebal tu kan besar, takde kesan langsung, betul tak? Tapi sebenarnya mereka sedang berjihad mempertahankan tanahair mereka.. Walaupun mereka sendiri tahu usaha mereka itu sia2 tapi sekurang-kurangnya mereka telah berusaha.. Kerana di hari pengadilan nanti kita semua akan ditanya apakah sumbangan kita dalam mempertahankan saudara sesama Islam kita yang ditindas.. Apa kita nak jawab?

Kat sini aku nak share satu cerita.. Jom kita baca sama2 sebagai renungan untuk diri kita sendiri.. Semoga ada pengajaran yang dapat kita perolehi.. Kisah ini diambil dari fb CahayaIslam.net..

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih ALLAH Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu.

Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain."Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek. Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa ALLAH tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi ALLAH pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan ALLAH nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestin itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi..


P/S : Ini hanyalah sekadar pandangan aku.. Kalo ada yang tak setuju, minta maaf.. Seperti kata pepatah, rambut manusia ni sama hitam tetapi hati lain2.. Yang penting semoga ALLAH tidak menutup mata hati kita dengan kekayaan duniawi.. Ameenn..