Apa kabar semuanya? Harap2 semuanya sihat dan ceria di bulan Syawal ni ye.. Maklum le banyak open house nak terjah ye tak? Mana tak seronoknya..hehehe..
Minta maaf le semua aku menyepikan diri dari sebelum Ramadhan sehinggalah Syawal menjelma.. Kesihatan tak berapa ok dan secara tak langsung mempengaruhi mood nak update blog (tak nak ngaku malas.. ada je alasannya..;p). Gusi aku bengkak, bawah lidah ada ulser. Peh!! Memang sengsara.. Seminggu sebelum Ramadhan pulak tu.. Tak memasal aku dah start berpuasa secara tak rasmi.. Dah tu tak boleh makan dengan sempurna. Makan lembut2 je.. Nasi pun tak sentuh..Lepas seminggu puasa baru beransur pulih.. Dapatlah makan nasi bila buka puasa.. Memang masa tu baru rasa nikmat sangat dapat makan.. Baru sekejap dan sikit ALLAH tarik nikmat yang Dia berikan, dah rasa macam nak mati.. Kalau la ALLAH tarik semua nikmat yang Dia kurniakan, memang manusia akan hilang arah.. Walau apapun, Alhamdulillah kini dah kembali sihat walaupun sesekali ada juga sakit yang menjengah.. Ujian dari ALLAH..
Oh ya, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua walaupun hari ni dah raya yang ke-12. Eh, bulan Syawal kan 30 hari so tak salah kan selagi masih berada dalam bulan Syawal..hihi.. Bercerita tentang raya aku tahun ni, actually macam biasa gak.. Sebelum raya tu tak rasa macam nak raya pun.. Faham tak? Hahahaha.. Maybe bila dah tua ni keterujaan nak sambut raya dah hilang.. Lagipun suasananya dah tak macam dulu.. Dulu masa raya je dapat makan special, ayam, rendang daging.. Sekarang tiap2 hari boleh makan.. Dah tak heran dah.. Pastu dulu2 buat kuih raya sendiri.. Syok menguli tepung, membakar biskut.. Sekarang main tunjuk je.. Berlambak orang jual.. So, apa meriahnya tentang raya? Tunggu budak2 datang beraya yang tujuannya nak duit raya semata-mata? Pastu kalo bagi seringgit komplen.. Dasyat budak2 sekarang ni..
Aku seperti biasa le, balik umah mak abah aku.. Tahun ni adik2 aku yang dah kawin beraya umah mertua dulu.. So yang ada kat umah tahun ni anak2 bujang le.. Gitu le keadaannya bila dah berumahtangga.. Faham2 sendiri la ye.. Macam biasa 1 Syawal ada aktiviti marhaban kat tempat parents aku.. Pusing 19 rumah je.. Lebih kepada aktiviti bermaaf-maafan, makannya tak sangat.. Tahun ni aku ikut pusing semua rumah.. Sebelum2 ni aku agak menyumbangkan diri ala2 kera sumbang.. Tahun lepas ikut gak sebab adik2 ipar aku ada tapi tak sempat pusing semua, tapak sandal aku terkopak.. Sabo je la.. Kesian Huda tak dapat kumpul duit raya bebanyak.. InsyaALLAH tahun depan kita kumpul duit raya bebanyak ye.. Kita gi marhaban sesama.. Kakak Huda, Adriana dengan baby baru sekali.. Lepas marhaban, baru gerak balik kampung kat Muar.. Tapi parents aku gerak dulu, aku gerak lepas maghrib.. Dua kereta, no hal le..
Raya ke-3 baru balik ke umah parents aku semula sebab raya ke-4 adik aku dah keje.. Lagipun Adriana balik Lok Heng hari tu.. Kakak Huda balik masa raya ke-7.. Dapat jumpa sekejap je.. Suka dia dapat jumpa Adriana.. Melekat je dengan adik bam bam dia.. Mandi pun sibuk nak siramkan..hahaha.. Sayang sungguh kakak Huda dengan adik Adriana dia.. Takpe, lain kali kita jumpa lagi ye.. InsyaALLAH..
Gambar pun aku tak amik raya ni.. Entahlah, takde mood langsung.. Dahlah aku ni tak suka nak bergambar.. Nak amik gambar orang lain pun malas.. Kamera bawak tapi terperap je dalam beg.. Takpelah, layan je la gambar yang aku cilok dari fb adik ipar aku ni..hehehe..
Adriana sekarang.. Dah 7 bulan, gigi bawah dah 2 batang tumbuh..
Bergaya ala mak datin.. Control ayu.. Sanggup tahan gelak dengan senyum, takut spek tu jatuh..kihkihkih..
Kakak Huda sayang sangat kat Adriana.. Melekat je..hihi..
Lain macam je muka kakak Huda.. Entah apalah yang dia tengah fikir tu..hehehe..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment