Thursday, July 5, 2012

Marilah Kita Berselawat..



Tahukah kita betapa besarnya kelebihan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Seandainya kita tahu selama ini, pasti setiap ruang waktu kita akan dipenuhi dengan berselawat ke atas baginda S.A.W.

Tapi masih belum terlambat untuk kita menyelitkan ini di dalam rutin seharian kita. Semoga dengan berselawat setiap waktu kita dapat menyuburkan perasaan cinta terhadap penghulu kepada sekalian manusia, manusia agung yang bernama Muhammad bin Abdullah.. InsyaALLAH..

Sumber : Cahaya Islam.net


Ya habibi ya Muhammad.. Ya habib salamun alaik.. Di dalam kebanyakan nasyid atau qasidah seringkali gelaran ini digunakan.. HabibALLAH.. Bermaksud kekasih ALLAH.. Untuk menunjukkan betapa tingginya darjat baginda di sisi ALLAH yang telah Menciptakan alam ini.. Akan tetapi dek kerana kekhilafan diriku ini aku tidak menyedari bahawa di dalam gelaran itu terdapat nama aku.. Secara terang2an disebut.. Astaghfirullah, betapa aku tidak pernah mengambil kisah apatah lagi mengambil perhatian akan baginda S.A.W.. Hanya lidah yang menyebut tetapi hati tidak menghayati.. Sungguh kasihan diriku ini ya ALLAH.. Namun kini Alhamdulillah, betapa rasa bertuahnya setiap kali mendengar namaku disebut sebagai gelaran baginda.. Semoga dengan pertalian ini aku akan lebih mencintai baginda S.A.W dan berpeluang bertemu baginda di akhirat kelak.. Amiin..









0 Kata-Kata Hikmat: