Monday, July 2, 2012

Solat..



Wahai kawan2 semua, ingin ditekankan di sini bahawa aku ni bukanlah hamba ALLAH yang baik apatah lagi terbaik.. Aku ni cuma manusia biasa, sering alpa, leka, lalai dengan godaan duniawi.. Sering melakukan perkara2 yang sia2.. Juga sering culas dalam melakukan ibadah yang wajib ini.. Cuma kebelakangan ini terasa mesti berubah untuk kehidupan yang lebih bermakna.. Kiranya baru nak bertatih untuk kembali semula ke fitrah.. Sungguh kasihan kan manusia bernama aku ni? Sebahagian besar hidup dihabiskan untuk perkara2 yang lagha.. Astaghfirullah Azim.. Semoga ada belas kasihan ALLAH kepadaku.. Mengampunkan dosa2 silamku.. Memberiku hidayah dan Membimbing aku agar berada di jalan yang diredhai-Nya.. Ameenn..

Oleh itu, terpulanglah apa tanggapan kawan2 dengan perkongsian di bawah ini.. Tujuannya bukanlah untuk mengajar dengan keadaan diri pun baru nak bertatih, sekadar untuk mengingatkan diri kita termasuk diri sendiri agar tidak sombong dengan Maha Pencipta kita.. Kerana sesungguhnya kita harus sentiasa bersyukur ke-hadrat-Nya.. Kerana ALLAH memberi kita segala nikmat di dunia ini dengan percuma.. Tak perlu bayar sesen pun.. Contoh paling senang, udara yang kita hirup 24 jam sehari semalam.. Tak terkira banyaknya kan? Buatnya ALLAH suruh bayar, mampu ke kita nak bayar?

Sebagai tanda bersyukur, marilah kita cuba memperbanyakkan amalan kita.. Tambahan lagi di bulan Sya'ban ini.. Bulan depan dah bulan Ramadhan dah.. Dan yang paling kita harus buat, menunaikan Solat.. Sesungguhnya solat yang difardhukan ke atas kita itu hukumnya wajib dilakukan kerana itulah amalan yang mula2 akan dihisab di hari pengadilan nanti.. Marilah kita cuba buat yang terbaik dengan harapan ibadah kita itu akan diterima ALLAH S.W.T.. InsyaALLAH.. Sebagai motivasi untuk kita mendirikan solat, jom kita renungkan.. Peringatan untuk diriku sendiri..

Ya ALLAH, ampunilah dosa kami, hamba-hamba-Mu yang sering lalai dalam melakukan suruhan-Mu.. Semoga dengan hidayah-Mu kami mampu menjadi hamba yang lebih baik di bawah rahmat-Mu dan dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Ameenn..











0 Kata-Kata Hikmat: