Sunday, January 20, 2013

Dia Muhammad..



Salam hari minggu semua.. Semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera di dalam rahmat Ilahi.. In Shaa ALLAH..
 
Alhamdulillah, kita kini telah berada di dalam bulan Rabi'ul Awwal.. Dan pastinya kita sebagai umat Islam tahu bahawa di dalam bulan ini terdapat satu peristiwa besar di dalam sejarah Islam.. Di dalam bulan inilah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. telah dilahirkan.. Tanggal 12 Rabi'ul Awwal tahun 571M, kira2 1432 tahun yang lalu junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. telah dilahirkan.. Tahun kelahiran baginda turut dikenali sebagai Tahun Gajah kerana tentera bergajah pimpinan Abrahah dari Yaman datang  ke Mekah untuk menghancurkan Ka'abah.. Tetapi mereka telah diserang dengan burung2 ababil yang membawa batu2 berapi yang membawa kepada kekalahan mereka..
 
Kini, tinggal kira2 4 hari lagi untuk kita meraikan hari kelahiran nabi terakhir yang menjadi imam kita.. Ada para alim ulama' yang berpendapat maulid Nabi Muhammad tidak perlu diraikan kerana Nabi sendiri semasa hayatnya tidak pernah meraikan hari kelahiran baginda.. Namun pada pendapat aku berdasarkan hujah dan kupasan yang aku pernah dengar dari ustaz2 yang memberi ceramah di beberapa program Islamik, tidak salah untuk kita meraikan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dengan tujuan untuk menyuburkan perasaan kasih dan cinta kita terhadap baginda. Harus diingat Nabi yang kita cintai itu telah pergi meninggalkan kita kira2 1400 tahun yang lalu.. Kita tidak pernah berjumpa baginda secara nyata, tidak pernah hidup bersama baginda, tidak pernah melihat sendiri sunnah yang baginda amalkan yang sepatutnya menjadi ikutan kita sebagai umatnya.. Namun baginda telah meninggalkan Al-Quran dan hadith yang boleh kita jadikan pedoman dalam menempuhi kehidupan ini agar kita bisa memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Selalunya perkara yang tidak kita alami mudah untuk kita lupakan.. Oleh itu acara2 seperti ini harus di adakan selalu agar kita selalu mengingati junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. yang kita kasihi sekaligus menanamkan rasa cinta terhadap baginda..
 
Hari ni aku nak berkongsi sebuah nasyid yang sangat indah lirik dan melodinya.. Semoga dengan mendengar nasyid ini dapat membuatkan kita sentiasa mengingati junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. sekaligus menyuburkan perasaan cinta kita terhadap baginda.. In Shaa ALLAH.. Ameen..

credit : mauswah
 
 
 
 
 

1 Kata-Kata Hikmat:

Anonymous said...

Merkur 34C Review - Shootercasino leovegas leovegas planet win 365 planet win 365 gioco digitale gioco digitale 493Daftar Situs Judi Slot Online | DAFTAR SITUS JUDI SLOT ONLINE