Monday, January 7, 2013

Fiya Oh Fiya..



Apa khabar semuanya? Harap2 sihatlah ye.. Dah masuk tahun baru ni semangat mesti baru, iye tak? Dan ramai yang dah berazam untuk tahun baru.. Azam aku? To be honest aku tak pernah berazam setiap kali masuk tahun baru.. Cuma tahun ni berharap dapat menjadi hamba ALLAH yang lebih baik dari tahun lepas2 dan istiqamah dalam rutin kehidupan harian.. Ameen..

Lama gak blog ni menyepi kan? Sampai entry tahun baru pun takde..hehehe.. Sebenarnya bukan taknak update blog tapi aku bercuti sepanjang minggu lepas.. Balik kampung.. Dan seperti yang pernah diberitahu, kat kampung aku yang ala2 ceruk tu takde internet coverage.. Ada sebenarnya untuk maxis, digi, celcom tapi itu pun ala2 siput.. Aku guna P1, memang takdo la.. Dah pernah bawak balik modem P1 and pasang.. Merah memanjang je lampu.. So, tak dapek la den nak nolong ha.. Tapi takpe la, aku suka dok berehat je.. Takyah fikir nak email ke benda ke.. Memang totally rest la.. Asyik makan makan makan makan dok kampung.. Tapi tetap slim gak kan..kehkehkeh.. Dan walaupun kampungku itu dikelilingi kelapa sawit, aku tetap suka balik walaupun cuti sekejap.. Entah rasa macam lagi best daripada bercuti kemana-mana.. Lagi seronok dapat jumpa family.. Mungkin kalo nak gi bercuti kena bawa the whole family.. Barulah syiok.. Bergembira sesama..huhuhu..

Sangat seronok bila sesekali dapat cuti lelama kat kampung.. Pulak tu kali ni dapat jumpa anak sedara baru.. Lagilah sangat happy.. Dapat jumpa budak comel yang suka menadahkan pipi untuk dicium.. Piya piya o piya piya.. Piya piya o piya.. Eh, ternyanyi lagu Hindustan plak..hehehe.. Maklumlah nama anak sedara baru lebih kurang camtu.. Nama adik kakak Huda adalah Nadhirah Hafiya binti Hamdan.. Yang bermaksud yang berseri-seri, yang sangat baik.. Memang pun sangat baik ini budak.. Orang cium dia saja je.. Diam je.. Tanda redha la tu.. Dan disebabkan kena bedung, bila mengeliat, kepala je yang boleh bergerak.. Kepala mendongak pastu leher terteleng-teleng bagi pipi untuk dicium.. Kan baik tandanya tu.. Memang mak long tak lepaskan la.. Asyik kena cium je sampai dia nangis.. Tapi tak nangis jugak.. Kalo nangis tu sebab dia lapar atau nak suruh orang angkat dia.. Manja terlebih ni.. Pandai.. Masa lahir 2.9kg.. Hari ke-10 nurse timbang dah jadi 3.5kg.. Terperanjat mama dia..kihkihkih.. Apa taknya kuat menyusu, mulut asyik menganga je.. Tapi Alhamdulillah, takde kuning langsung sampaikan nurse dengan bidan pun hairan.. Kuasa ALLAH, takde apa yang nak dihairankan.. Tapi menurut mamanya, dia suka sangat minum air ribena masa pregnant si Fiya ni.. Kawan dia yang suka minum ribena masa pregnant pun anaknya tak kena kuning.. Mungkinkah itu sebabnya? Wallahu'alam..

Sayalah Fiya.. Nama penuh saya Nadhirah Hafiya binti Hamdan.. Selamat berkenalan pembaca blog mak long saya.. ^_^
 
Semua orang cakap muka saya sama macam kakak Huda saya.. Sama ke muka kami berdua? Yang kat bawah ni kakak Huda saya masa baby..
 
Masa ni kakak Huda dah nak dekat sebulan.. Sebab tu lagi bam bam dari adik Fiya..
 
Geramnya dengan pipi yang montel tu.. Memang asyik kena cium je la dengan semua orang..hahaha..
 
Siap ada side burn lagi..hehehe.. Jangan marah pakcik2 semua..hehehe..
 
Borak2 dengan atok..
 
Tawa2 dengan atok..hihihi..
 
Atok excited dapat cucu baru.. ^_^
 
Comelnya kakak Huda dengan adik Fiya.. Senyum dua2.. ^__^
 
Si kecil kesayangan kami semua.. ^_^
 
 

P/S : Nama Fiya ala2 nama mak long la.. Hafiya dan Habibah..hihihi.. (ceh mak long ni, nak jugak..;p)






2 Kata-Kata Hikmat:

✿✿mamAuni✿✿ said...

comel baby fiya..singgah sini membaca dan folo...folo balik ya..:D

Ismi Habibah said...

mamAuni,

terima kasih sudi singgah.. tapi tak keluar la blog link mamAuni bila saya klik kat nama tu.. tolong saya yang tak berapa reti ni.. bagi blog address, saya follow.. hihi..