Friday, January 11, 2013

Kasih Padamu Ya Rasulullah S.A.W.



Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia oleh Yang Maha Esa. Dapat lagi berjumpa penghulu segala hari yang penuh barakah ini.. Hari ni nak berkongsi satu lagu atau mungkin boleh di panggil nasyid.. Mmm, tak kisahlah apa pun.. Tapi aku suka sangat dengar lagu ni.. Liriknya walaupun simple tapi mudah difahami dan penuh maksud tersirat..

Mula2 dengar lagu tak ingat pulak katne.. Maybe kat radio IKIM. Tapi masa tu tak berapa nak hayati sebab busy buat keje.. Then terdengar lagi masa dalam kete on the way balik kampung.. Tengah drive ni terus menangis bila masuk je lirik 'Rasulullah, terlalu rindu padamu junjungan jiwa'. Memang terus ke hati.. ALLAH, bila dengar lagu2 macam ni memang terus teringatkan Rasulullah, sedih bila terkenangkan apa yang baginda dah buat untuk mengembangkan syiar Islam.. Dicaci, dimaki, ditohmah, dibaling, dipukul namun baginda tetap sabar.. Walhal baginda tak pernah mendatangkan kekacauan, hanya kerana perkataan dan ajaran2 yang baginda sampaikan, baginda dilayan dengan begitu teruk.. Dan yang paling utama baginda sentiasa mengingati umatnya walaupun tak pernah bersua muka.. Sehingga ketika sebelum wafatnya baginda, lidah baginda tetap menuturkan ummati, ummati, ummati.. Setiap nabi yang diutuskan di muka bumi ini diberikan do'a yang khusus untuk diberikan kepada umatnya tetapi nabi kita tidak pernah menggunakan do'a itu.. Baginda menyimpan do'a itu untuk digunakan sebagai syafaat kepada umatnya ketika di hari akhirat nanti.. Lihatlah betapa kasihnya baginda terhadap umatnya.. Tapi kita? Apa yang kita lakukan untuk menunjukkan rasa kasih sayang kita terhadap baginda? Layakkah kita menerima syafaat daripada baginda seandainya kita tidak pernah mengingati apatah lagi cuba mengenali junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Masih belum terlambat untuk kita bertindak. Mudah-mudahan dengan mendengar lagu ni dapat melembutkan hati kita yang keras dan dapat menerbitkan perasaan ingin mengenali kekasih hati kita Nabi Muhammad S.A.W. dengan lebih mendalam lagi.. In Shaa ALLAH..



KASIH PADAMU RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah
Dalam Sirahmu
Ku Temu Tulusnya Cinta
Demi Umatmu Berkorban Jiwa
Sehingga Hujung Nyawa

Kau DiUtus Atas Nama Kebenaran
Dengan Fasih Lidah Beri Penjelasan
Sabar Dalam Apa Jua Keadaan
Tak Goyah Dengan Ranjau Tekanan

Walau Diri Bisa Menakluki Takhta
Tetap Rendah Hati Penuh Sederhana
Segalanya Demi Lillahi Ta'ala
Azimat Yang Berharga

Rasulullah
Dengan Hikmahmu
Terpancar Syiar Agama
Mengubah Gelap Menjadi Terang
Menghapus Jahiliyah

Rasulullah
Engkau Tinggalkan
Semangat Juang Tertinggi
Membina Satu Aqidah Membangun Iman
Bertahun Di Lapangan Mujahadah

Sahih Hadith Dan Al-Quran
Menjadi Sumber Cahaya Pedoman
Hanya Itu Yang Kau Wariskan
Akan Selamat Di Dunia Akhirat

Rasulullah
Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Di Dalam Sunnah Yang Utama
Menyambungkan Kasih Denganmu

Rasulullah
Dalam Sirahmu
Ku Temu Tulusnya Cinta
Demi Umatmu Berkorban Jiwa
Sehingga Hujung Nyawa

Rasulullah
Dengan Hikmahmu
Terpancar Syiar Agama
Mengubah Gelap Menjadi Terang
Menghapus Jahiliyah

YA RASULALLAH YA HABIBALLAH
APABILA KU TERKENANGMU.. MENGALIR AIRMATAKU..

~ Hafiz Hamidun ~



1 Kata-Kata Hikmat:

WestSiDe said...

Thanks...selalu dengar kat radio ikim tapi tak tahu tajuk lagu ngan penyanyi..just ingt lirik ajer tu yang tercampak ke blog ni..terima kasih banyak2! wassalam