Thursday, May 27, 2010

O..O..O Balik Kampung....


Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung sawah dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

O..o..o balik kampung
Hati girang
O..o..o balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kallbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Esok cuti, Wesak Day.. Pastu sambung sabtu dan ahad.. Wah best tu, cuti 3 hari.. Aku pun apalagi, time cuti-cuti panjang (walaupun tak panjang mana..hehehe..) camni la boleh balik kampung.. Lagipun dah lama tak balik, last aritu masa CNY. Dah lebih dari 3 bulan.. Aku pun dah rindu sangat dengan udara kampung yang segar dan suasana kampung yang amatlah menenangkan.. Bestnyaaaa.... Walaupun tanah rancangan Felda tapi sama je suasananya macam kampung.. Tenang dan mendamaikan.. Seronoknyaaa..

Tapi yang pastinya tentulah aku rindukan keluarga aku.. Mak, abah, adik-adik aku dan si comel Nadhirah Huda.. Mak aku cakap Nadhirah dah makin bijak sekarang.. Dah pandai merajuk, pandai menyampuk orang berborak tapi suara dia la yang paling kuat..hehehehe.. Aduhaiiii..rindunya.. Tak sabar nak jumpa si kenit tu.. Dah asyik termimpi-mimpi je ni..hehehehe..

Kali ni aku balik dengan adik aku yang study kat GMI Bangi tu, Irul.. Adik aku Uda tak balik sebab bulan 7 nanti dia nak balik, jiran aku kawin.. So, kali ni kitaorang berdua je la.. Selalunya bertiga.. Nampaknya aku kena drive sorang-sorang untuk 5 jam perjalanan.. Selalunya kalo Uda ikut, aku gilir-gilir dengan dia.. Takpela, slow-slow.. Bukan aku tak pernah drive sorang-sorang sebelum ni.. Cuma perlu sentiasa berhati-hati.. Pandu cermat perjalanan selamat.. Insya Allah..

Aku balik KL hari Isnin..hehehehe.. Amik cuti le.. Tahun ni aku belum amik cuti lagi..huhuhu.. Cuti yang tinggal tu simpan untuk raya dan hujung tahun untuk majlis kawin adik aku, Uda.. Insya Allah..

Semoga Allah lindungi aku sepanjang perjalanan aku pulang ke kampung dan balik ke KL semula.. Insya Allah, Aminnn..

Johorrrr!!! Wait for me!!!!!!!!!!! I'm coming!!!!!!!!!!!





Wednesday, May 26, 2010

Citer Korea Yang Pernah Aku Tonton..


Aku suka tengok citer Korea sebab kadang-kadang citer yang mereka buat sangat terperinci dan ada motif.. Walaupun sekadar untuk hiburan tapi ada pengajaran di sebalik cerita yang digarap dengan bagus sekali..(ceh!! ayat tak hengat.. kalo cikgu BM aku baca ni, mesti dia bangga..hahaha..)

Tapi memang pun citer-citer Korea ni tak kurang hebatnya.. Kalo yang sedih tu memang sedih bebetul.. Sampai buat ayaq mata, ayaq hidung suma kuaq.. Kalo yang kelakar tu, memang pecah perut dibuatnya..hehehe..

Antara citer-citer Korea yang pernah aku tonton ada dalam list bawah ni. Dan aku suka sebab kebanyakannya kelakar. So, seronok le menontonnya. Tapi yang no. 1 ni memang buat aku menangis bagai nak rak sebab sedih giler..

1. Windstruck
2. My Sassy Girl
3. Tsunami in Haeundae
4. My Wife Is a Gangster
5. My Wife Is a Gangster III
6. Oh My God
7. 100 Days with Mr. Arrogant
8. Marrying the Mafia II
9. Speed Scandal
10. Kidnapping Granny K
11. My Girlfriend is an Agent
12. 200 Pounds Beauty
13. The Guard Post / GP506
14. The Host
15. Rough Cut
16. The Way Home
17. My Tutor Friend


Mmm..ini je la yang aku ingat.. Tapi memang best2 citer ni semua.. Pada aku la.. Terutamanya citer-citer komedi.. Tapi orang lain tak tau le pulak.. Lain orang lain citarasanya..hehehehe..



Saturday, May 22, 2010

Shahir Juara AF8..


Aku baru je abis tonton konsert akhir Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8). Dan seperti yang aku jangkakan dan aku harapkan, Shahir adalah juaranya.. Tak sia-sia pengundi mengundi Shahir masuk semula ke dalam pertandingan.. Tapi masa Shahir berjaya masuk semula ke dalam pertandingan, aku dah agak dah mamat ni ada ramai peminat dan harapan untuk dia bergelar juara memang sangat cerah.. Oppss..aku tak pernah undi sesiapa ye..:D

Aku ingat lagi dalam diari AF8, Shahir kata kat Daus yang dia tak nak tersingkir terlalu awal dalam AF8 ni. Dia nak orang nampak bakat dia. Akhirnya memang ko akan tetap diingati Shahir ooiii.. Sebagai juara AF8.. Dah rezeki ko.. Alhamdulillah...

Sebenarnya aku takdelah mengikuti sangat AF8 ni. AF musim lepas-lepas pun lagilah aku tak pernah ikuti sebab masa tu takde Astro kat umah.. Tapi bila dah ada ni, tengok gak..hehe.. Cuma kalo minggu-minggu sebelum ni, aku memang tak tonton konsert live setiap hari Sabtu sebab Astro suka ulang tayang banyak kali tapi malam ni sebab final, aku saja je tengok. Nak tau jugak sape yang jadi juara..hehehehe..

Antara ramai-ramai pelajar AF8 ni, aku suka Shahir dengan Adira. Shahir ni dulunya anggota kumpulan nasyid Saujana. So, memang jenis budak yang baik dan 'suci' bak kata Pak Nil tadi.. Cuma dia ni pemalu sangat dan keras sikit kalo bab-bab menari ni.. Tapi walaupun camtu dia tetap sabar dan terima walaupun kena marah, kena 'dera' dengan cikgu-cikgu di akademi. Aku selalu gak tengok diari AF8. Shahir ni memang tetap dengan sifat humble dia, tak pernah buat hal dalam akademi.. Suara pulak memang jantan giler.. Best tu dengar.. Single Shahir, Kebahagiaan dalam Perpisahan pun best gak, walaupun Adlin cakap macam lagu balada stail lama-lama, ala-ala era 90-an la tu, tapi best apa.. Aku suka dengar lagu tu.. Feeling gak..hehehe..

Adira pulak comel sangat. Suara pun mantap. Persembahan maintain setiap minggu. Persembahan Adira yang paling aku suka masa dia menyanyikan lagu Seri Mersing. Sepuluh kali aku tengok persembahan tu, sepuluh kali bulu roma aku meremang. Memang sedap giler masa Adira nyanyikan lagu tu. Dengan lenggoknya, perfect!! Dapat jadi naib juara pun untung gak, Adira kan? Dapat gak kete..

video


Tapi aku memang suka tengok si Shahir dengan Adira ni. Nampak macam serasi je. Dua-dua baik, tak pernah buat hal kat akademi. Memang suka sangat kalo mereka berdua bersama. Masa mak Shahir datang akademi, Adira siap nak tolong basuhkan pinggan mak Shahir lagi.. Cuba nak ambil hati bakal mak mertua ke? ahaks.. Tapi dalam AF8 ni masing-masing masih mentah, amatur, so semuanya nampak baik-baik je. Tak taulah nanti kalo dah jadi artis terkenal dalam dunia seni hiburan Malaysia, semuanya berubah..

Walau apapun, tahniah diucapkan kepada Shahir.. Semoga tidak akan terleka dan dihanyutkan oleh dunia seni hiburan tanahair...








Tuesday, May 18, 2010

Windstruck..


Malam tadi agak membosankan, kat tv pun takde rancangan yang best2, so aku pun tanpa membuang masa on laptop dan menonton sebuah citer Korea.. Download dari sumber yang sangat bagus.. Banyak citer-citer dalam tu, takyah beli CD or DVD pun..hehehe..:D

Kisah cinta yang sangat menyentuh hati dan perasaan.. Mungkin ada yang pernah tonton citer ni dan mungkin ada yang minat giler dengan citer ni..hehehehe.. Tajuk citer ni 'Windstruck'..


Dibintangi oleh pelakon wanita 'My Sassy Girl', juga sebuah filem Korea yang tak kurang hebatnya iaitu Jun Ji-hyun dan aktor Jang Hyuk.

Mengisahkan seorang pegawai polis wanita bernama Kyung-jin Yeo (Jun Ji-hyun) yang amat komited terhadap kerjayanya telah tersalah tangkap Myung-woo Go (Jang Hyuk), seorang guru Fizik yang disangkakan seorang pencuri. Setelah pencuri sebenar ditangkap, Kyung-jin tidak mahu meminta maaf kepada Myung-woo kerana prinsipnya yang tidak suka meminta maaf melainkan nama orang itu Maaf..hehehe.. Kyung-jin seorang yang berani dan kuat tetapi kadangkala suka membuat sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Seperti yang terjadi pada satu malam ketika Kyung-jin bersama Myung-woo yang menjadi sukarelawan sedang menjaga keamanan bandar, tiba-tiba mereka terserempak dengan kumpulan mafia Rusia yang sedang berurusniaga dadah dan mereka telah terlibat secara tak sengaja akibat sifat Kyung-jin yang suka menyibuk.

Hubungan mereka bertambah rapat dan Kyung-jin tanpa segan silu pergi ke sekolah perempuan di mana Myung-woo mengajar untuk memberikan bekal makan tengahari sambil memberi amaran kepada semua pelajar di situ bahawa Myung-woo adalah boyfriendnya dan siapa yang mengganggu akan mendapat balasan daripadanya. Kyung-jin seorang yang cantik cuma agak lasak dan kasar. Myung-woo pula seorang lelaki yang sangat mengambil berat tentang Kyung-jin. Kadangkala apabila dia menelefon Kyung-jin dan Kyung-jin sedang mengejar penjenayah ketika itu, Myung-woo akan pergi ke tempat di mana Kyung-jin berada hanya untuk memastikan tiada apa-apa akan berlaku kepada Kyung-jin.

Perjalanan cinta mereka nampak natural sehingga mampu menyentuh hati kita. Hingga satu saat mereka pergi bercuti dan Myung-woo hampir-hampir mati lemas di dalam tasik tetapi diselamatkan oleh Kyung-jin. Tetapi sebelum itu ketika berada di atas sebuah bukit saat mereka menikmati hembusan angin, Myung-woo mengatakan bahawa dia sangat sukakan angin seandainya dia mati dia ingin dilahirkan semula sebagai angin.

Akhirnya setelah terselamat dari kematian, ajal benar-benar menjemput Myung-woo. Ketika Kyung-jin sedang mengejar penjenayah, Myung-woo menelefonnya dan kerana bimbangkan keselamatan Kyung-jin, Myung-woo pergi ke tempat Kyung-jin berada. Tanpa disengajakan seorang pegawai polis yang muncul di tempat yang sama tertembak Myung-woo tetapi Kyung-jin menyangka dia yang telah menembak Myung-woo.. Sedihhhhhhhhhhh sangat masa nii.. Meraung bagai si Kyung-jin.. Aku yang tengok ni pun meleleh air mata..hehehehe.. Biasalah, aku ni tak boleh tengok citer sedih-sedih, mesti nangis punya la.. Maklumlah jiwa sentimental..huhuhuhu..

Lepas tu Kyung-jin cuba bunuh diri beberapa kali.. Nak tau apa akhirnya? Tonton le sendiri..hehehehe.. Panjang sangat la nak buat ulasan.. Tapi aku jamin, sape yang suka citer-citer cinta, mesti akan jatuh cinta dengan citer ni.. Sape yang suka tengok citer cinta yang spontan dan natural, aku sarankan tengok la citer ni, memang best.. Tak rugi pun..

Tapi sebelum tengok tu, sediakan tisu banyak-banyak ye.. Sebab aku guarantee, mesti air mata akan keluar macam air hujan..huhuhuhu..:p

video

Selamat menonton ye..:D






Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu..


Hari ini 16 Mei 2010..

Setiap tahun pada tarikh 16 Mei ini, kita akan meraikan Hari Guru.. Setiap sekolah pasti akan mengadakan majlis meraikan semua guru yang berjasa mendidik para pelajar di sekolah mereka.. Oleh kerana hari ini cuti, besar kemungkinan majlis itu akan disambut esok..

Aku pun nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang telah mengajar dan mendidik aku sampailah aku mampu berada di kedudukan aku sekarang ni.. Bermula dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah agama sampailah abis sekolah menengah..

Kepada guru yang telah mengajar aku di sekolah tadika dulu, Cikgu Jamilah dan Cikgu Mustipah, terima kasih kerana bersabar dengan kerenah aku ni.. Aku ni masa sekolah tadika pemalu sangat.. Dan mungkin jugak penakut..hehehehe.. Bayangkanlah sepanjang setahun aku bersekolah, aku tak pernah bersuara kalo cikgu tanya, kalo cikgu panggil.. Kalo cikgu nak amik kedatangan, aku angkat tangan je bila dipanggil, tak menyahut pun.. Ntah ada emas kot dalam mulut aku dulu..huahuahuahua.. Bila dikenang-kenang semula aku pun pelik apsal aku camtu dulu.. Pemalu tahap terlampau tu..huhuhuu.. Terkejut kot tetiba je kena pegi sekolah..hehe..

Pastu dari darjah 1 sampai darjah 3, cikgu kelas aku Cikgu Rosli. Kelas 1 Bistari sampai 3 Bistari, kelas kedua terbaik. Kelas pertama, A - Amanah. Seronok sangat bila masuk sekolah rendah. Tapi sifat pemalu aku tu masih tebal lagi. Susah betul nak buang. Orang cakap malu tu biar bertempat. Ahh!! Lantak la.. Janji time exam aku score..hehehehe.. Aku ingat lagi aku ni antara anak murid kesayangan cikgu sebab maintain dalam top 3..hehehehe.. Cuma masa darjah 1 aku dapat nombor 4. Naik darjah 2, aku dapat member baru, Farrah dan bermula dari situ aku start berlumba dengan Farrah untuk kedudukan terbaik dalam kelas. Darjah 2 aku dapat nombor 2 dan Farrah nombor 1. Darjah 3 kami bertukar kedudukan, aku dapat nombor 1 dan Farrah dapat nombor 2. Tapi masa aku darjah 4, Cikgu Rosli pindah ke Kedah tempat kelahiran dia dan mengajar di sana.

Naik ke darjah 4, aku masih lagi berada di kelas Bistari bersama Farrah. Tapi cikgu kelas kami dah bertukar, mmm..lupa pulak siapa guru kelas aku masa darjah 4..hehehe.. Namun aku dan Farrah tetap berlumba dan akhirnya aku berada di kedudukan kedua dan Farrah pertama. Darjah 5 memang menyeronokkan. Cikgu kelas aku garang tapi dia mengajar best. Cikgu Hasnan namanya. Hasil didikan dia, aku dapat tempat pertama dan Farrah kedua..hehehe.. Dari darjah 2 sampai 5, aku berada di kelas Bistari dan sekelas dengan Farrah.. Sebab itulah kitaorang boleh jadi best friend..

Masuk je darjah 6, aku ditempatkan di kelas untuk orang-orang pandai, kelas 6 Amanah.. Wah, masa tu agak ngeri dan takut gak, maklumlah berada di kalangan orang-orang yang pandai.. Takut tak terkejar la pulak.. Cikgunya pulak senior-senior cakap garang, Cikgu Ilham namanya. Tapi alhamdulillah, masa peperiksaan UPSR, aku antara pelajar terbaik yang dapat 4A.. Yang dapat 4A masa tu 3 orang je termasuk aku..

Masuk sekolah menengah, satu alam baru dirasai.. Yelah, kejap je dah 13 tahun umur aku.. Aku ditempatkan di tingkatan 1 KM/ERT 1. Nama cikgu kelas aku kalo tak silap, Cikgu Zarina. Aku pun ingat-ingat lupa. Kalo ada kawan-kawan sekelas aku yang baca citer aku ni, kalo ada yang salah, tolong betulkan ye..

Bila masuk sekolah menengah ni, setiap subjek diajar oleh cikgu yang berlainan, tak macam sekolah rendah, kebanyakan subjek cikgu kelas yang ajar. Cikgu Zarina ajar subjek Bahasa Inggeris, salah satu subjek kegemaran aku..hehehehe.. Seronok bila masuk sekolah menengah ni sebab subjek makin banyak, lepas tu ada amali kat makmal untuk subjek sains.. Best tau time buat eksperimen ni.. Sains itu menyeronokkan.. Bila subjek kemahiran hidup pulak pegi bengkel, menukang.. Pengkhususan aku dalam bahagian KMT, lebih kepada pertukangan..hehehehehe.. Sebab aku tak minat jahit-jahit ni..huhu..

Masuk form 2, guru kelas aku Cikgu Norhayati. Dia mengajar Bahasa Melayu. Bila dah masuk sekolah menengah ni kedudukan dalam kelas tak penting. Yang penting gred yang diperolehi ketika final exam tu. Sebab form 3 dah ada PMR. Bila dah naik sekolah menengah, saingan makin sengit. Ramai student yang power. Semuanya struggle nak dapatkan keputusan yang paling baik.

Naik form 3, aku dan classmates aku dapat cikgu fresh baru keluar dari U. Cikgu Rozafrina, lulusan UKM. Dia ajar kami Bahasa Inggeris. Tapi sayangnya sekejap je dia ngajar kitaorang sebab dia pindah ke KL, ikut suami dia. Wah, ingat lagi masa hari terakhir Cikgu Rozafrina kat sekolah. Kitaorang satu kelas nangis bagai nak rak sebab sedih sangat nak berpisah dengan dia. Yelah, cikgu yang baik ni ramai murid yang sayang. Aku lupa siapa yang gantikan Cikgu Rozafrina lepas tu.. Maklumlah, aku ni dah tua.. Sikit-sikit memori tu terhakis..hehehe.. Tapi walau apapun, keputusan PMR aku taklah mengecewakan walaupun aku rasa agak kecewa sikit.. Aku cuma dapat 7A 1B.. Mmmm..subjek yang aku target dapat A, dapat B dan sebaliknya.. Seronok gaklah jadi antara top student masa tu.. Sebab keputusan aku itulah yang terbaik dan cuma 2 orang pelajar je yang dapat keputusan tu termasuk le aku..kuikuikui.. Walaupun antara top student tapi tak ramai yang kenal aku sebab aku ni low profile..hehehe..

Masa form 4, aku dapat masuk kelas Sains Tulen. Tibalah masa memerah otak. Mana taknya semua subjek elektif yang aku amik masa tu tough-tough belaka. Kimia, Fizik, Biologi, Add Maths, Prinsip Akaun.. Wah, memang struggle giler la..Sambung pulak ke form 5. Pergh!! Memang sakit.. Last-last keputusan SPM aku takdelah mengagumkan sangat.. Tapi okla, masih lagi Gred 1..

Mmm..kalo citer pasal zaman sekolah memang takkan habis.. Ada je memori yang mencuit hati.. Kawan-kawan aku pun kebanyakannya dah ada keluarga sendiri.. Farrah sendiri dah ada 3 hero.. Aku je yang masih menyendiri..ahaks.. Tapi aku tak kisah pun, malas nak fikir sangat.. Kalo ada jodoh, aku kawinlah nanti... Kalo takde pun hidup mesti tetap diteruskan..

Cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku pun kebanyakannya dah berpindah mengajar di tempat lain. Tapi masih ada lagi yang tetap menabur bakti dan jasa di sekolah aku belajar dulu, Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Lok Heng dan Sekolah Menengah Lok Heng atau dikenali dengan nama Sekolah Menengah Lokman Hakim sekarang ni.

Sekali lagi aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada cikgu-cikgu yang pernah menjadi guru aku dan mengajar aku menjadi insan yang berguna. Jasa-jasa cikgu teramatlah bernilai dan tidak dapat digantikan dengan wang ringgit sekalipun. Semoga Allah akan membalas jasa-jasa kalian semua..

TERIMA KASIH CIKGU DAN SELAMAT HARI GURU...







Wednesday, May 5, 2010

Selamat Hari Ibu..


Bulan Mei ni sememangnya sinonim dengan sambutan Hari Ibu.. mmm..nak meraikan ibu kita pun ada hari-hari tertentu jugak ke? Aku ni memang tak pernah nak sambut Hari Ibu ke, Hari Bapa ke, Hari Kekasih ke, hatta hari ulangtahun kelahiran sendiri pun tak pernah sambut..hehehehe.. Bukannya apa, aku ni tak pernah diajar dan dibiasakan dengan menyambut birthday ni.. Maklumlah aku ni bukan datang dari keluarga berada.. Biasa-biasa je.. Apa yang ada, Alhamdulillah.. Tak payah nak mintak lebih-lebih.. Janji cukup makan, cukup pakai, dah bersyukur sangatlah tu.. Biarpun tak kaya tapi hati bahagia, dah sangat-sangat bermakna kehidupan kita ni..

Tapi bila dah kerja ni mesti ada orang akan cakap, bila dah kerja dah ada duit sendiri, bolehlah sambut Hari Ibu.. Bagi aku, hari-hari adalah Hari Ibu.. Tak payah nak tunggu hari-hari tertentu baru nak ucapkan rasa sayang kat ibu kita..

Aku panggil ibu aku, mak. Maklumlah orang dulu-dulu panggilannya mak je. Sekarang je yang ada macam-macam panggilan, ibu, umi, mama, mummy.. tapi tak kisahlah asalkan orang yang dipanggil tu faham dan senang dengan panggilan tu.. Mak aku ni takdelah garang sangat tapi kadang-kadang naik gak suara bila anak-anak degil tak dengar cakap dia.. Itu citer time kecik-kecik dulu.. Maklumlah budak-budak ni banyak kerenahnya. Kadang-kadang bila mak aku suruh buat itu ini, tiba mood malas aku, liat betul nak buat.. Machine gun mak aku pun start la..tot tet tot tet..hahahaha.. Normal la tu.. Rasanya majoriti mak kita camtu..hehe.. Best apa dengar mak kita membebel.. Tak lengkap rasanya hidup kalo tak dengar dalam satu hari tu...hahahahahahhaa..

Time budak-budak mana tau pape lagi.. Taunya main, kalo nak apa-apa tak reti nak sabar.. Bukan kira mak abah ada duit ke tak.. Adoii..kalo ingat-ingat balik memori dulu-dulu, sedih pun ada.. Penah satu masa aku darjah 1 atau 2, abah balik kampung.. Aku pulak buat perangai, tak nak pegi sekolah.. Jenuh mak aku pujuk suh pegi sekolah, siap bagi duit belanja singgit lagi untuk sehari.. Woooo..banyak singgit tu dulu.. Kalo ikutkan singgit tu belanja untuk 5 hari sekolah.. Pulak tu 3 hari abah aku balik kampung, 2 hari aku tak nak pegi sekolah.. Aku pun tak tau apsal.. Sebab bapak aku takde nak hantar aku pegi sekolah rasanya.. Kawan-kawan aku selalu cakap aku anak manja.. Bila ingat-ingat semula memang betul kot apa diorang kata.. Selalunya kalo abah aku takde, aku tumpang jiran aku sebab anak dia sebaya aku gak, sekelas lagi.. Tapi ntahlah, memang menyakitkan hati mak aku betul aku ni..

Ada satu lagi masa aku darjah 2. Aku nak beli pensil warna kayu. Ala yang saiz kecik tu je. Harga tak sampai pun RM2 masa tu. Tapi aku ni sengal, taknak pensil warna nak kaler magic (apa ntah namanya, yang dakwat basah tu). Sebab aku tengok kawan-kawan aku guna. Harganya kaler tu aku ingat lagi RM 2.20. Mahal ooo.. Abah aku cakap, takyahlah beli kaler tu, beli kaler pensil, lama sikit boleh guna. Tapi aku ni ada batu dok dalam kepala, nak jugak. Last-last abah aku belikan jugak tapi dia berhutang 20 sen sebab dia bawak RM2 je. Aduhaiii..sedih kalo ingat-ingat balik. Apsal la aku ni degil sangat dulu. Aku tau ada orang lagi teruk nakal dia daripada aku ni.. Tapi aku buat camni pun dah rasa sedih sangat-sangat..

Banyak sebenarnya memori time kecik-kecik dulu tapi takpelah, aku simpan sendiri jek. Ada sesetengah perkara tu harus disimpan sendiri..:)

Aku ni paling tak suka nak basuh pinggan. Tapi dah namanya kak long, kenalah buat jugak walaupun selalu muncung panjang sedepa..hehehe.. Rumah aku dulu-dulu takde sink. Basuh pinggan dalam bilik air. Bilik air pulak kat luar rumah. Bila dah siap masak, dah siap makan, kumpulkan semua pinggan mangkuk kotor, bawak pegi bilik air, basuh. Aku ni pulak jenis yang agak lambat kalo buat kerja. Lama beno nak siap. Kadang-kadang sampai 1 jam..hehehehehe.. Siap membebel-bebel kalo ada yang tunggu aku basuh pinggan.. Yelah, bilik air ada satu je, itulah yang digunakan untuk mandi, basuh pinggan, basuh baju.. Rumah peneroka Felda, faham-faham jelah.. Bilik tido pun ada satu jek.. Tapi sekarang ni Alhamdulillah, rumah mak abah aku pun dah selesa sikit.. Bilik tido tak payah lagi nak kongsi ramai-ramai.. Sink pun ada, senang dah nak basuh pinggan..hehehe.. Senang sikit rasa hati dapat sumbang sikit-sikit untuk besarkan rumah.. Kalo boleh memang nak diorang rasa selesa dan senang hati dalam melewati masa-masa emas ni..

Dulu aku memang malas sangat nak belajar memasak..hehehehe.. Tapi kalo dah pompuan tapi tak reti memasak, tak cukup syarat tu nak jadi menantu orang.. Menantu tau, bukan isteri.. Kalo mak aku suh masak, aku malas, mak aku pun mulalah berkhutbah.. Dia cakap kalo aku tak tau masak, nanti kalo kawin mak mertua suh masak, aku tak reti, buat malu dia jek.. Sebab mesti mak mertua aku ingat mak aku tak ajar aku masak.. Sape yang malu? Mak aku dan aku jugakkkk..kui..kui..kui.. Tapi nasib baiklah aku ni jenis yang agak senang nak diajar.. 2-3 kali belajar, dah kira luluslah nak bagi anak orang makan..hahahahahha.. Sekarang ni aku rasa dah yakin dah nak masak untuk sesiapa yang bakal bergelar mak mertua aku.. Cewah!!!  Jangan kena reject dah le..hehehehe.. (pengakuan secara tak langsung bahawa aku ni masih single mingle..hehehehe..)

Banyak sungguh memori sepanjang 30 tahun aku hidup di bumi Allah ni.. Alhamdulillah aku bahagia dengan keluarga aku, mak abah aku, adik-adik aku, adik ipar aku dan yang terbaru anak sedara aku yang comel..hehehe.. Memang takde apa yang dapat mengganti kalian dalam hidup aku.. Susah senang kita tetap bersama-sama.. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah.. Insya Allah.. Aminnn..

Untuk mak, setiap hari adalah Hari Ibu pada kak long.. Sayang mak sangat-sangat..

Mak..

Untuk abah, terlalu banyak pengorbanan yang tidak dapat dibalas oleh kak long.. Terima kasih abah.. Kak long sayang abah..

Abah..


Adik-adikku semua, kalian teramat ku sayang.. Semoga susah dan senang kita akan tetap bersama-sama..

Angah, Uda & Irul..

Adik Wani..

Gambar family ketika adik aku, Angah kawin..

Angah dan isterinya, Ina..

Ini si comel yang mak long sayang dan rindu sangat-sangat, Nadhirah Huda Hamdan..:)


Andainya kita tahu apa yang bakal berlaku esok hari, pasti kita akan buat yang terbaik hari ini.. Dan andainya masa itu boleh diputar semula, pasti kita mahu kembali ke masa silam untuk mengubah segala kesilapan yang telah kita lakukan.. Tapi sayangnya masa itu akan terus berlalu meninggalkan kita malah semakin hari semakin pantas.. Oleh itu gunakanlah setiap saat yang ada dengan sebaiknya..


Kepada ibu-ibu di seluruh dunia, Selamat Hari Ibu..