Monday, May 23, 2011

Headache.. Ouchh!!


Mmm..right now I'm not feeling so good.. Headache a.k.a sakit kepala.. Terlebih minum kopi malam tadi.. Mana taknya, pukul 9.30 malam minum kopi pastu pukul 11.00 malam layan nescafe pulak.. Dua-dua gelas besar pulak tu.. Balik umah tak boleh tido.. Last-last pukul 3.00 pagi tido.. Pastu hari ni kena keje.. Warghhh!!! Mana tak ting tong kepala aku.. Rasa macam di awang-awangan.. Sedapnya kalo dapat sambung tido lagi ni.. Mood pun kureng.. Rasanya hari ni tak boleh berfikir lebih-lebih.. Minda kurang berfungsi akibat terlebih amik kafein.. Push sikit je, sakit.. Silap-silap boleh meletup ni..hahaha..

Aku pun tak tau apsal la aku gatal sangat nak pi minum dua-dua minuman tu malam tadi.. Lebih kurang serentak pulak tu.. Macam takde minuman lain pulak boleh order kan.. Tapi semenjak kena simptom ala-ala gastrik masa cuti Wesak aritu, rasa takut pulak nak minum teh.. Iyelah, teh kan angin.. Ada jugak cuba minum teh dua hari lepas tapi dada rasa sebu lak lepas minum.. Berat jek rasa.. Mmm..nampaknya macam dah tak boleh minum teh je walhal itulah minuman favourite before this.. Pastu nak order milo, teringat pulak citer-citer yang disebarkan pasal milo ni dalam fesbuk.. Tentang isi kandungannya.. Walaupun tak percaya sebab takde bukti kukuh tapi bila kenangkan bahan tambahan yang dimasukkan untuk menyedapkan rasa milo tu, terus tertutup selera nak minum milo lagi.. Seandainya citer tu palsu, Alhamdulillah la.. Tapi walau apapun, rasa tak leh nak minum milo dah.. Kembang tokak den ni ha.. Pastu cuaca pulak sojuk malam tadi, tu yang syok minum air paneh.. Nak order sojuk-sojuk di malam nan sojuk, ada yang beku tak sempat balik umah karang..kihkihkih.. Last-last belasah je la apa yang boleh minum.. Tapi sebelum order tu tau dua-dua ada kafein, boleh buatkan tak tido malam.. Eh, nak gak order.. Last-last, sendiri tanggung aaa..

Bangun pagi, berat jek rasa nak bukak mata.. Kepala pun sakit.. Rasa nak demam pun ada.. Ni kalo letak kepala atas bantal, confirm selamat..beradu..huhu.. Mood pun kureng pagi-pagi ni.. Permulaan minggu yang tak syok sama sekali..:(

Warrgghhh!!!! Ngantuknya!!!!!!







Tuesday, May 10, 2011

Huda.. So Cute!!!


1 Mei setiap tahun merupakan hari pekerja dan cuti umum kat Malaysia ni. Kebetulan tahun ni 1 Mei jatuh pada hari Ahad, so secara automatiknya setiap cuti umum yang jatuh pada hari Ahad akan digantikan pada hari Isnin esoknya.. So, last week cuti agak panjanglah, 3 hari dan semestinya peluang ni tak dilepaskan oleh rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung..

Tak terkecualilah kami juga, mak long, maksu dan pakcik Irul Huda.. So, last Friday dalam jam 5 petang kami pun memulakan misi pulang ke kampung di Kota Tinggi, Johor.. Bukan tak boleh balik hari Sabtu, tapi nak jumpa Huda sebab dia nak balik ke rumah opah Kuantan hari Sabtu tu.. Setelah hampir 6 jam perjalanan, kami pun sampai.. Selalunya dalam 5 jam je tapi dalam perjalanan hujan turun lagipun memandu malam suasananya lain, kena lebih berhati-hati.. Sampai je rumah, Huda pun tak tido lagi, so sempatlah main-main dengan dia jap.. La ni, Huda dah makin ligat pastu suka gelak besar.. Nak citer banyak pun tak reti, tengok je la gambar-gambar ni, so cute..hehehe..




Apa yang pasti, Huda semakin bijak sekarang.. Sekali tengok je apa orang buat, dia dah boleh tiru.. Silap-silap apa yang orang buat pada dia, dia buat kat orang tu semula..hehehe.. Rambut pun makin panjang tapi sebab kerinting, tak nampak panjangnya.. Lepas mandi je boleh buat ikat pony tail.. Tapi sejemput jek.. Comel..hihihi.. Makan tak memilih, janji dia rasa sedap, mintak bila orang makan.. Muruku pun Huda makan walaupun gigi baru tumbuh depan je.. Itupun baru 4 batang.. Rindulah kat budak comel ni.. Lagi bila makin bijak ni, lagilah mak long rindu.. Sekejap je dah setahun setengah usia Huda.. Harap-harap bulan depan boleh jumpa Huda lagi kat kampung Muar sempena majlis tahlil arwah atok yang ke-100 hari.. Insya ALLAH.. Sape-sape yang rindu kat Huda, jomlah layan gambar-gambar ni..












Thursday, May 5, 2011

Kota Tinggi - Sungkai - Bangi - Puchong


Last weekend cuti agak panjang, 3 hari, so aku pun macam orang lain gak tak lepaskan peluang balik kampung. Balik dengan adik-adik aku, bertolak masuk highway dari Bangi lepas amik adik aku kat umah dia dalam kul 5 petang Jumaat tu. Nak lepas plaza tol amik tiket pun dah beratur panjang.. Al-maklum ada satu je plaza tol tunai kat Bangi tu.. Perjalanan ok cuma bila dah tiba area Muar, Batu Pahat hujan turun agak lebat.. So, terpaksalah lebih berhati-hati.. Nasib baik sekejap je.. So, kira perjalanan lancar jugaklah.. Berenti 2 kali kat R&R Pagoh dengan R&R Machap.. Kat R&R Pagoh tu nak me'relax'kan badan dan mata setelah separuh perjalanan.. Sambil-sambil makan minum nak dapatkan tenaga semula..hehe.. Kat R&R Machap tu pulak berenti isi minyak.. Budget minyak cukup sampai tol Kulai tapi bila tengok jam dah kul 9 malam, risau pulak mana tau stesen minyak dah tutup ke nanti.. So, baik isi siap-siap.. Alhamdulillah, lagi 10 minit ke jam 11 malam, kami pun sampai.. Tengok-tengok Huda pun tak tido lagi, wah!! syok la layan dia sekejap.. Makin ligat sampai tido pun tak nak sebab nak main lagi.. Lagi-lagi pakcik Irul rajin melayan.. Suka la dia..

Esoknya Huda satu family balik Kuantan, nak jumpa opah dengan atok Kuantan.. Lama dah tak jumpa, rindu kat Huda sampai demam2 atok Rahman.. Sian.. Dalam kul 1 petang adik aku yang dok Subang pulak tiba.. Kira bergilir la adik aku no. 2 dengan no. 3 ni.. No. 2 ada, no. 3 belum sampai.. No. 3 sampai, no. 2 dah bertolak umah mertua..hehe.. Sabtu tu tak pegi mana2 pun.. Pulaknya petang tu hujan lebat sampai keesokan paginya.. Mmm..memang malas la nak keluar.. Petang Ahad tu cuaca pun ok, kitaorang gi jalan2 ke pantai Tanjung Balau, sebelah pantai Desaru, dalam 20-30 minit dari rumah kitaorang.. Adalah pesta sempena kempen melawat Kota Tinggi 2011.. Macam-macam gerai jualan ada.. Tapi, biasalah bagi kitaorang yang dok dekat situ, takde apa pun yang menarik.. Maklumlah tempat sendiri.. Kalo orang dari luar mungkinlah excited..hehe..




Pagi Isnin, masing-masing dah ready nak balik.. Actually aku apply cuti untuk Selasa tu sebab memang plan nak balik Selasa pun, nak elakkan jalan jammed kononnya.. Tapi mak aku cakap kesian kat adik aku yang study kat Sungkai tu balik naik bas sorang2.. So, baliklah jugak hari Isnin tu.. Keluar rumah kul 11.30 pagi.. Berenti kat R&R Ayer Keroh, rehatkan badan dan mata.. Makan minum dulu.. Sambung perjalanan, sebelum tiba exit Senawang, jalan dah start jammed.. Nasib baik tak teruk sangat, sebab trafik masih berjalan walaupun slow..




Kul 5 lebih masuk simpang nak gi KLIA, Ipoh.. Sampai R&R Rawang, berenti jap isi minyak.. Masa tu dah kul 7 malam.. Kuar je dari R&R Rawang, hujan pun start turun.. Perghhh!!! Selebat-lebat hujan.. Nampak lampu kete depan je.. Terpaksalah lebih berhati-hati sebab dalam cuaca macam tu macam-macam boleh jadi.. Walaupun kita berhati-hati, takut kecuaian pemandu lain pulak.. Pandu pun tak laju mana, dalam 90km/j.. Dalam kul 8 malam, sampailah Sungkai.. Berenti makan malam dulu.. Tapi punyalah lama tunggu makanan sampai.. Dekat 45 minit tunggu..

Dalam kul 9 lebih lepas hantar adik, kitaorang bertolak balik KL.. Sepatutnya perjalanan dari Sungkai ke Puchong dalam 1 jam setengah je.. Tapi malam tu kul 12 malam baru tiba area Puchong.. Giler punya jammed dari utara ke KL.. Pastu aku bukan terus balik umah, kena hantar adik aku kat Bangi dulu.. Last2 sampai rumah kul 1 pagi.. Mak aih!!! Giler betul perjalanan aku hari tu.. Lebih dari 12 jam tu.. Dan aku sorang yang drive sepanjang perjalanan tu.. Sampai rumah memang penat giler.. Yang terbayang dalam kepala ni bantal, tilam.. Tapi yang lawaknya, sampai umah boleh layan lagi tengok TV.. Mangkuk betul.. Tapi akhirnya terlena juga bila jam mencecah 2.30 pagi.. Esoknya bangun lambat le, apalagi.. Nasib baik aku cuti ari Selasa tu.. Memang hari bermalas-malasan la jawabnya..hahahahaha..