Friday, November 26, 2010

At Last..


Akhirnya kini pasti ku merasai cinta nan suciiiii....

Eh, salah intro la. Bukan kak Nita ye.. Akhirnya berjaya gak upload gambo si kenit Huda.. Sejak raya Aidilfitri aritu tersimpan dalam handphone.. Nasib baik le ada orang tolong pinjamkan usb cable dia.. Thanks ye Pn Shahrida..

Huda dah beso, dah makin bijak, makin ligat.. Minggu depan dah genap setahun.. Sebelum detik setahun tu sampai, jom kita tengok gambo-gambo terbaru Huda setakat ni..

Huda dah ready nak pegi jalan-jalan ni.. Mama dengan ayah ni lambat la..

Sukanya dapat jumpa atok dengan nenek ye..

Goyang goyang goyang.. Huda goyang goyang..

Jumpa atok.. Kangen kat atok..

Ala ala comelnya posing.. Sweet jer dia..

Main cak cak dalam kete dengan nenek.. Happy beno..

Cucu nenek yang sangat comel..

Anak ayah yang cute..hehehe..

Inilah gambo-gambo terbaru Huda.. Bila rindu kat dia, tengok balik gambo-gambo ni.. Tapi ni sikit je, kalo nak tengok yang lain-lain lagi, singgah le ke facebook Mak Long Huda ni.. Facebook Mak Long tu jadi album gambo-gambo Huda le..hehehe..

Love u so much my sweet niece.. May Allah Bless your life forever.. InsyaAllah.. Aminnnn..



Thursday, November 18, 2010

Selamat Bertemu Kembali..(^_^)


Selamat bertemu kembali..hehehehe.. Lama giler aku tak update blog ni.. Ni le first time aku jenguk blog aku lepas last aku update masa birthday aku bulan lepas.. Dekat sebulan lebih tu..kihkihkih.. Entah le rasanya macam takde citer best jek yang nak di'story'kan.. Nak citer pasal Huda, USB cable aku entah tercampak kat mana, takleh nak upload gambo terbaru dia..

Alahai, citer pasal Huda, rindu bebeno rasanya kat budak comel tu.. Dah makin ligat sekarang.. Pantang nampak tempat nak berpaut, mesti nak berdiri.. Bila dah dapat berdiri, tepuk tangan suka hati sebab berjaya sambil tersengih-sengih.. Huda Huda.. Kalo call nenek Huda, memang takde story lain la, mesti citer pasal Huda.. Seronok betul dengar suara nenek Huda.. Happy je bunyinya.. Mana taknya, cucu ligat macam katun..hehehehe.. Itu belum dapat kaki lagi, kalo dah dapat kaki nanti, main kejar-kejar la nenek dengan cucu..hihi..

Tak sabarnya nak tunggu bulan 12 ni.. Pak Uda Huda nak kawin.. Mak Long cuti panjang la balik kampung.. Tapi cuti panjang pun sibuk dengan kenduri, sekejap je rasa cuti tu.. Takpelah, yang penting majlis berjalan lancar dan dapatlah jumpa si kenit tu.. Dapat berkumpul dengan ahli keluarga, sanak saudara.. Jumpa pun jarang-jarang.. Bila ada kenduri macam ni la baru dapat bertemu muka, bertanya khabar..

Huda pun dah nak masuk setahun.. Sekejap je masa berlalu.. Rasanya macam baru semalam je pegi tengok Huda lepas dia lahir.. Kecik comel dengan rambut lebat, baik je tingkah lakunya, diam je.. Tengok-tengok dah ligat.. Tak reti diam.. Pantang ada ramai orang, sanggup tak tido, tahan mata tu.. Nak main je.. Nampaknya Huda sambut 1st birthday kat Puchong la nanti.. Sebab pak Uda nikah 4/12/2010.. Birthday Huda 3/12/2010.. 4/12/2010 tu pulak birthday bakal mak Uda Huda.. Bolehlah Huda tumpang sekaki potong kek nanti..hehehehe..

Pastu 7/12/2010 pulak birthday atok Su Huda kat Puchong ni.. 10/12/2010 nenek kesayangan Huda.. 12/12/2010 birthday bakal pak Long Huda (InsyaAllah)..hehehe.. Ramai pulak ahli keluarga yang sambut birthday dalam bulan 12 ni.. Nenek bolehlah tumpang potong kek masa majlis kat umah sendiri sebab kat belah lelaki majlis pada 12/12/2010 (birthday bakal pak Long Huda la pulak..huhu..)

Susah-susah buat je satu majlis untuk semua yang sambut birthday dalam bulan 12 ni..hehe.. Ala tapi kitaorang tak pernah pun sambut-sambut birthday ni.. Kalo ada pun, sambut sendiri.. Beli kek, makan satu family, takdelah nak panggil2 orang luar celebrate.. Birthday ni sebenarnya untuk mengingatkan kita yang umur tu semakin bertambah.. Dan umur yang tinggal makin sikit.. Yang dah berlalu tu pun tak pasti digunakan untuk apa.. Entah ke arah kebaikan atau sebaliknya.. Mudah-mudahan untuk kebaikan lebih banyak dari keburukan.. InsyaAllah..

Rasa syok pulak menulis selepas beberapa lama tak menjenguk blog ni.. Tapi macam dah takde idea apa lagi.. Nanti2 la sambung.. Esok lusa ke..hehehehe.. Sehingga bertemu lagi di nukilan akan datang..(^_^)