Wednesday, March 28, 2012

Cute Baby In Blue..


Arini rasa nak letak gambar Adriana lagi la.. Gambar dia berbaju biru, menepati tema layout baru.. Tak sudah2 lagi ye penangan layout baru..kihkihkih.. Last weekend aku gi rumah adik aku, ayah Adriana le.. Seronoknya dapat jumpa budak tembam ni.. Makin chubby, dah pandai main2, pandai borak, dah ketawa bila diagah.. Comelnya Adriana mak long ni.. Rambut pun dah tumbuh.. Lembut je rasa.. Bila pegang kepala Adriana, teringat plak pada seseorang yang suka membotakkan kepala.. Oppss, sape tu? Citer lama..hehehe.. Tapi kadang2 teringat gak kat orang tu.. Ha!! Jangan nak marah2 ok.. Normal la kan, bila pernah menjadi sebahagian daripada sejarah hidup kita, sometimes kita akan teringat secara tiba2.. Bukan sengaja mengingati tau.. Lebih2 lagi bila ternampak atau terserempak sesuatu yang boleh membuatkan kita teringat.. Misalnya pernah pegi Mid Valley sesama ke, kalo dah jadi sejarah, bila pegi Mid Valley mesti akan teringat memori silam kat situ, betul tak?

Wah, sudah meleret jauh ni.. Nak citer pasal Adriana, tetiba terbuka sejarah silam mak long plak..hehehe.. Oh ya, nape aku nak letak gambar Adriana kat sini? Sebab dalam gambar tu, dia pakai baju biru.. Sangat comel.. Dan secara tiba2 aku suka plak dengan warna biru ni..hahaha.. Sebenarnya aku ni paling tak suka warna biru tau.. Baju kurung aku jarang ada warna biru.. Kalo ada tu, confirm bukan aku yang pilih.. Mak aku yang pilih, then dia jahit, bila dah siap dia bagi kat aku..hehehe.. Adalah 3 pasang.. Warna favourite aku maroon.. Then warna2 yang ceria dan buat aku nampak muda macam merah, oren, pink..hehehe.. Kelabu pun cantik.. Nampak klasik gitu.. Tapi setelah difikir2kan, biru lembut pun boleh buat aku nampak muda apa.. Lepas ni bolehlah cari baju warna biru..huhuhu..




Comel kan Adriana ni.. Bulat je kepala dia.. Eeee..geram betul la dengan budak tembam ni.. Nanti bila free, mak long datang jumpa dia, main2 dengan dia lagi ye.. Seronok kan kalo dapat main2 dengan baby.. Rasa terbang segala masalah, segala tension, segala stress.. Ni yang tak sabar nak ada baby sendiri..


P/S : Errr..Mr. Yayang, when we can get married? (gatal la pulok..;p)






Tuesday, March 27, 2012

Pororo.. Pororo..


Sempena penukaran layout baru, first entri aku nak citer pasal Pororo.. Sebab layout ni theme Pororo.. Korang janganlah gelak pulak.. Dan kalo ada yang rasa macam ntah hape2 la minah ni.. Macam takde citer best nak letak.. Citer katun.. So, jika anda mengomen sebegitu, dipersilakan klik tanda pangkah kat atas sebelah kanan tu ye..hehehehe..

Tadi saja je surf youtube Pororo ni.. Jumpa la plak.. Siap ada English subtitle lagi.. Tapi takdelah lama mana main, 5 minit je.. Kira okla kot untuk kita2 yang tak pernah tonton dan kenal Pororo ni.. But seriously aku cakap Pororo ni cute sangat.. Kalo korang tak percaya, korang tengoklah video ni.. Mesti lepas ni ramai yang jatuh cinta kat Pororo The Little Penguin..hihi..


credit to : woundedbuffalo

Amacam? Terpikat tak? Hehehe.. Aku yang dah tua ni pun boleh suka, inikan pulak budak2.. Silap2 kalo terjumpa patung Pororo ni, aku akan beli.. Malangnya tak pernah terserempak la plak.. Beli 3.. Satu untuk Huda, satu untuk Adriana dan satu lagi untuk mak long diorang ni la.. Mak long diorang ni kan sentiasa berjiwa muda.. Haruslah join diorang sekali..hehehehe..







Taraaaa!!


Taraaa!!!!

Akhirnya berubah juga layout blog ni.. Amacam? Comel tak? Pororo lagi..hehehe.. Siap ada snow turun.. Jangan jeles.. Cool je bila baca blog ni nanti kan? Warna pun ceria.. Biru.. Takdela nampak dull dan letih cam sebelum ni.. Amik mood baru..hehe.. Semangat baru.. Azam baru.. Nak jadi blogger yang lebih aktif.. Rajin update blog walaupun tak setiap hari.. Takdelah 2 entri je dalam sebulan..hehehe..

Tapi kenapa katun ek? Kan aku dah cakap sebelum ni, aku suka tengok katun.. Kebetulan masa surf blog layout, terjumpa layout Pororo ni.. Nampak cute and cool.. Katun lain pun ada tapi kebanyakannya anime Jepun.. Anime ni pun aku suka gak tengok tapi nampak cam serius sangat la plak.. So, after went through all pages of layout, aku decide nak guna layout ni.. Pororo yang comel.. Pada sape yang tak familiar dengan Pororo ni, aku nak bagitau dia adalah katun yang berasal dari Korea dan sangat famous di sana.. Dah ala2 icon untuk Korea gak.. Pororo ni seekor penguin yang tinggal di sebuah kampung bersama kawan-kawannya.. Aku tau pasal Pororo ni pun masa tengok rancangan Immortal Song.. Pengacaranya Kim Gura selalu mention sorang peserta, Shin Yongjae ala2 Pororo.. Hero yang tak berapa handsome..hahaha.. Okla tu, walaupun tak handsome tapi boleh jadi hero dan semua orang kenal.. Ko ada? Setakat berangan bolehlah..hehehe.. Tapi to be truth, aku pun tak pernah tengok katun Pororo ni.. Sebab tak pernah ditayangkan kat Malaysia.. Kalo Keroro tu pernahlah.. Kalo korang nak tau lebih lanjut pasal Pororo ni, bolehlah klik sini.

Well, aku suka dengan penampilan baru ni.. Rasa muda jek walaupun hakikatnya dah makin berusia..huhu.. Takpe, janji jiwa tetap muda kan.. Tu yang nampak cam 20 tahun jek..huahuahuahua.. Jangan pengsan dengan pengakuan ikhlas aku tu ek..hahahahhahahahhahahaha.. So, mulai sekarang aku akan cuba lebih aktif dalam blogging ni ye.. Walaupun takde apa yang nak diceritakan, aku akan cuba juga reka citer untuk diletakkan dalam blog ni.. Peh!! Macam tu sekali effect layout baru.. Semangat membara-bara..hahahahaha.. Dan aku harap korang pun tak akan jemu membaca blog aku yang ntah hape2 ni..hehehe.. So, secara officialnya aku nak ucapkan selamat datang kepada semua pembaca blog ni.. Bersempena dengan layout baru..^_^









Monday, March 26, 2012

Yang Mana Best Ek??


Arini tetiba terasa nak tukar layout blog ni.. Rasa macam dah boring la plak guna layout yang sekarang ni.. Bila buka blog je, rasa letih je..hahaha.. Dah namanya pun tired girl kan.. Haruslah mempengaruhi.. Itu yang rasa malas je nak update selalu.. Wah!! Tak syok pulak rasa.. Jeles bila tengok blogger yang rajin update blog diorang tiap-tiap hari.. Banyak jek entri setiap bulan.. Aku pulak kadang2 sebulan tak buka blog, tak post apa2 citer.. Mmm..memang blog hidup segan mati tak mau ni..

Well, aku pun tak sure sebenarnya nak layout camne.. Tapi tak naklah yang sarat melarat semua tu.. Or yang crowded sangat dengan hape2 ntah.. Kalo letak katun ok gak kan..hehehe.. Tapi katun yang comel la.. Korang jangan tak tau, aku ni suka tengok katun.. Best apa tengok katun ni.. Takde tension2.. Kalo tak pun letak nature.. Yang ada pemandangan menghijau.. Tasik2 gitu.. Kan aku ni tengah kemaruk country environment style..hehehe.. Tapi tak sure lagi la nak letak apa.. Kena try dulu.. Kalo nampak ok, baru boleh apply, ye tak? Nanti tup2 tak sesuai, tak cantik la plak blog ni (ceh! perasan, macam la cantik sangat..huahuahua..). Mmm..nantilah aku survey dulu layout mana yang berkenan.. Korang tunggu je la perubahannya ye.. Ok, nak survey dulu.. Wait n see yea!! *_^










Thursday, March 22, 2012

My Best Cinguya..


Masa korang sekolah dulu, apa subjek yang korang paling suka? Means favourite subject la.. Aku sangat suka Matematik atau glamer dengan panggilan Maths..hahahaha.. Aku sangat suka Maths.. Boleh dikatakan setiap kali exam, result Maths aku antara yang terbaik.. Tapi ada jugak kawan2 aku yang dapat markah lagi tinggi.. Selalunya kalo aku bukan top scorer, aku jatuh di tempat ke-2 atau ke-3 camtu la.. Tapi still in top 3 apa.. Not bad la kan.. Sorrylah, bukan nak riak, cuma agak bangga gak dengan otak aku ni..hehehe..

Masa sekolah rendah, muka aku akan ada setiap tahun dalam majlis penyampaian hadiah.. Cuma masa darjah 1 takde.. Aku dapat nombor 4.. Ala, budak2 baru setahun sekolah.. Bukannya faham lagi nak compete dengan orang lain.. Start darjah 2, aku masuk dalam list.. Masa tu dapat nombor 2.. Nombor 1, best friend aku, Farrah.. Then darjah 3, aku pulak nombor 1, Farrah nombor 2.. Darjah 4, Farrah semula nombor 1, aku kalah di nombor 2.. Then darjah 5, switch tempat semula, aku nombor 1, dia nombor 2..

Farrah bertukar ke sekolah aku masa dia darjah 2 sebab bapak dia baru pindah.. Masa Farrah baru2 masuk, dia selalu kena ejek.. Farrah ni cantik, macam hindustan.. Mata dia cantik tapi tak taulah kenapa sorang budak pompuan ni panggil dia juling.. Sian Farrah.. Masa tu pulak budak2, memang senang la terikut-ikut.. Bila sorang ejek, yang lain pun ejek.. Aku pun lupa aku ada terpanggil sama atau tak.. Kalo ada, aku minta maaf ek Farrah..hehehe.. Tapi aku pun tak ingat camne aku boleh rapat dengan Farrah.. We became close friends.. Sangat rapat.. Dari darjah 2 sampai darjah 6, kitaorang dok dalam kelas yang sama.. Tempat duduk pun sebelah2.. Gi rehat sama2.. Kadang2 balik sekolah bila jalan kaki, kitaorang balik sama2.. Pastu split sebab rumah Farrah lebih dekat dengan sekolah daripada rumah aku.. Cuma separuh jalan je guna laluan yang sama.. Farrah pun pandai.. Kitaorang belajar sama2 tapi dalam masa yang sama compete to each other.. Persaingan yang sihat.. Itulah sebabnya kitaorang je yang conquer top 2 dalam kelas.. Dari darjah 2 sampai 5.. Tapi darjah 6, kitaorang pindah ke kelas pandai, kelas A.. So persaingan lagi sengit, aku dapat nombor 2.. Tapi Farrah tak sure dapat nombor berapa, but still in top 10 even not in top 3.. Sebelum tu kitaorang kat kelas B..

Masuk ke sekolah menengah, kitaorang masih di kelas yang sama tapi ada subjek yang kitaorang tak amik sesama.. Dan masa kat Form 1, hubungan kitaorang slow2 renggang.. Tempat duduk dah jauh.. Barisan assembly aku kat depan sebab pendek, dia kat belakang sebab tinggi.. So, dah jarang la bersama in all time.. Pastu aku nampak, dia makin rapat dengan sorang budak pompuan ni.. Gi mana2 sesama.. Even study group pun sama.. Aku takde dalam group tu.. Kiranya masa tu macam buat hal masing2 la.. To be honest, aku terasa gak masa tengok dia selalu dengan budak pompuan tu.. Yelah, korang pun mesti akan terasa, kawan yang selalu dengan korang tiba2 jauh dengan korang.. Sampai ada kawan2 yang lain tanya aku, aku tak kisah ke, tak marah ke bila Farrah makin rapat dengan budak pompuan tu.. Aku jawab la nak marah apa pulak, dah itu pilihan dia.. Lagipun masa tu aku pun dah rapat dengan budak pompuan lain.. Itulah jawapan yang kuar dari mulut aku tapi dalam hati sedih beb..hukhuk.. Tengoklah betapa rapatnya kitaorang sampaikan kawan2 lain pun nampak and concern bila kitaorang mula renggang..hehehe.. Tapi kitaorang still friends sampai sekarang..

Then bila lepas SPM, masing2 dah membawa haluan yang berbeza.. Bila dah keje, tempat berbeza, dia kat Johor aku kat Selangor.. Kebetulan dia pun kawin awal.. Bila dah ada keluarga, concentrate pada keluarga.. Tak boleh nak lepak2 macam orang bujang.. Nak jumpa pun susah.. Dalam setahun belum tentu dapat jumpa.. Dan sekarang Farrah ada kat Jubail, Saudi Arabia.. Ikut suami yang bekerja di sana.. Makin jauh jarak kami sekarang.. Tapi aku tau dia sangat happy kerana walaupun jauh, dia dapat bersama suami dan anak2.. Susah dan senang bersama-sama.. Dan aku pun sangat happy bila kawan baik aku happy.. Insya ALLAH, kita akan berjumpa lagi..

To my best friend Farrah, always take care of yourself.. We are very far now.. But when you were still here, it was also quite hard for us to meet each other.. Insya ALLAH, on one fine day, we will meet again.. I love you and miss you always, my dearest friend.. I'll pray for the best in your life.. Thank you for being such a very good friend to me..




P/S : Err..actually aku nak citer pasal subjek yang aku suka masa sekolah dulu tapi ni macam dah lari dari topik la pulak.. Takpela, dah siap pun kan.. Lain kali la citer pasal subjek tu..kihkihkih..












Bam Bam..


Arini rasa nak letak gambo Adriana bam bam la dalam blog ni.. Selalunya segala yang berkaitan family, aku letak dalam blog 'Keluargaku', cuba tengok kat kanan blog ni, ada satu blog dok sorang2 kan? Ha, itulah blog family aku.. Saje je nak simpan segala memori terindah dalam tu.. Betul tak? Waktu bersama family adalah waktu paling best dalam hidup.. Apatah lagi bila dah dok sendiri dan berjauhan, sesekali bila dapat balik kampung, berkumpul ramai2, terasa nikmatnya saat tu.. Itu pada aku la.. Tapi tak taulah kalo korang ada yang tak suka balik kampung ke, malas nak jumpa family ke.. Boring asyik tengok muka diorang.. Tapi bagi aku, I love my family so much.. I love my parents soooo muchhh.. They make me like this today.. Whatever you see good in me, it is from them.. Whatever bad thing I did, it was because of my silly and stupid action and decision.. Nothing to do with them.. Coz they will do the best they can to give us the best in life.. I think every parents like that, right? And I hope I can give them the best in their life also..

Dah lama takde citer pasal family aku dalam blog ni kan? Well, dah ada blog family, watpe nak kecoh2 kat sini.. Betul tak? Tapi ntah, nape ntah rasa macam nak letak kat sini plak arini..(panjang betul entry, gambar tak letak2 jugak..hahaha..). Jangan marah aaa...hehehe..


Comel tak budak bam bam ni? Makin bulat sekarang ni..hahaha.. Gambar ni ayah Adriana yang MMS.. Dia cakap si bam bam ni nangis, ntah tetiba ngamuk.. Tak nak berenti.. Last-last amik toto kecik, masukkan dalam bakul jual buah yang empat segi tu, masukkan dia dalam tu.. Terus stop nangis.. Tengoklah muka dia tu, baik je.. Sungguh suci..kihkihkih.. Tapi kuat ngamuk tu.. Kalo tak dapat masukkan jari dalam mulut, marah.. Terus ngamuk.. Apalah bam bam ni.. Dia yang tak reti buat, nak ngamuk2 pulak..hehehe.. Tengoklah badan dia.. Makin bulat.. Lagi seminggu ni nak masuk 3 bulan tapi berat dah 2 kali ganda masa lahir aritu.. Semangat betul budak bam bam ni.. Tak sabar nak jumpa dia la..


Ini pulak budak bam bam yang dah tak berapa nak bam bam.. 2 tahun lepas, dia pun tak kurang bam bamnya..hehehe.. Inilah kakak Huda sekarang.. Nampak tinggi la dia sekarang.. Padahal baru 2 tahun 3 bulan.. Beli baju pun cari saiz 3 tahun.. Ayah dengan mama tinggi, anak pun tinggi la.. Budak ni dah jadi minah kepoh.. Mulut tak reti diam, macam bertih goreng.. Ada je citernya.. Nenek beli kabinet dapur baru pun sibuk tanya nenek baru beli ek.. Kalo sekali takpe gak, ni berulang-ulang kali.. Penat nenek nak bagi jawapan yang sama berulangkali..hahahaha.. Kakak ni comel la.. Sweet je mak long tengok.. Bulan 5 nanti dia nak naik kapal terbang gi Langkawi.. Cuti2 Malaysia.. Bestnya.. Nanti jangan lupa belikan mak long coklat banyak2 ek.. Mak long kan hantu coklat..hehehe..


Mmm..rindu la kat dua orang budak comel ni.. Dua2 mak long sayang sangat2 tau.. Nanti kita plan gi cuti2 Malaysia satu big family k.. Seronoknya dapat gi cuti2 dengan family.. Atok dengan nenek pun dapat gi jalan2.. Dulu anak kecik2, kewangan pun biasa2 je.. Alhamdulillah, takdelah sampai merempat meminta sedekah nak makan.. Tapi nak gi jalan2 tu takdelah.. Tapi sekarang kami semua dah bekerja, setakat nak gi jalan2 dalam negara tu, Insya ALLAH, boleh diusahakan.. Cuma nak plan bila dan ke mana..hehehe.. Apa2 pun, I LOVE MY FAMILY SOOOOOOO MUCH!!


Muuuaaahhhhhhhhhh.. ^.^









Monday, March 19, 2012

Tenang..


Aduhai.. Tak tau nak cakap camne tapi feeling tu datang lagi.. Feeling yang sangat best untuk dilayan..hehehe.. Semalam tengok tv, citer omputih.. Suasananya macam kat country village.. Ala, yang ala2 koboi tu.. Ada padang menghijau.. Tasik untuk memancing.. Rumahnya pulak besar2, kayu lagi.. Dan design sangat cantik ok.. Aduh, tetiba rasa nak gi tempat camtu.. Macam best je kan kalo dapat relax depan tasik, bawah redup pokok.. Pastu lepasnya pulak tengok 1N2D last episode.. Kat Korea le mana lagi.. Tapi bukan kat big city.. Ala2 kawasan kampung gak.. Winter season, salji di mana2.. Seronoknya kalo dapat merasai pengalaman main salji.. Walaupun sejuk, tapi pasti akan jadi antara pengalaman terindah.. Dengan baju tebalnya.. Memanglah kalo ribut salji tak best.. Salji tebal dan menyusahkan penduduk.. Sama gak macam hujan.. Kalo dah hujan lebat, for sure la banjir.. Dan tentunya menyusahkan orang ramai.. Betul tak? Sebab tu kalo semuanya berpada-pada adalah yang terbaik.. Kira medium la.. Kalo makanan tu, just nice..hehehe..

Dan sebelum tengok citer omputih tu, aku tengok satu lagi citer Korea.. Variety show.. Invicible youth.. 8 orang gadis daripada 8 kumpulan nyanyian popular, berganding bahu menjayakan rancangan ni.. Jangan muak ye, aku memang suka tengok variety show Korea.. Memang Sabtu Ahad kalo tak gi mana2, petang adalah waktu Korea aku.. Sebab ada Saturday Freedom dan Happy Sunday.. Dan memang aku happy pun tengok rancangan2 ni..hahahaha.. Semalam dalam invicible youth, diorang berlumba main permainan tradisional waktu musim sejuk.. Yang generasi sekarang tak pernah main.. Meluncur di atas air beku.. Macam kelako je kan ayat aku ni.. Macam ni, diorang pegi kat tasik yang beku, maklumlah musim sejuk, then meluncur atas tu guna sekeping kayu yang ala-ala bangku.. Korang pernah tak bertukang kat kelas Kemahiran Hidup dulu? Pernah tak buat bangku kayu yang muat2 untuk ko duduk.. Kiri kanan ada kaki.. Rendah je.. Kalo dulu2 aku wat duduk masa nak siang ikan kat bilik air.. Tapi sekarang dah ada bangku plastik yang kecik, sama saiz macam plastik kayu tu.. Korang bayangkan diorang duduk atau bersila atas bangku tu, kemudian pegang 2 batang kayu kiri kanan untuk menggerakkan bangku tu.. Ni kira macam main ski la, tapi tradisional punya.. Maklumlah dulu2 takde duit nak beli set ski.. Pastu sape menang, dapat makan pau panas, minum air halia panas, makan steamboat fishball panas2.. Wah, macam best je kan dapat macam makanan panas di tengah2 tasik beku.. Yang kalah pulak kena macam ais kisar, ais krim dengan makan steamboat fishball tapi dengan kaki ayam dan tak pakai sarung tangan.. Sejuk siot.. Bayangkan jela korang dikelilingi ais pastu kena berdiri atas ais tu dengan kaki ayam.. Mau tak terkinja-kinja.. Kita kat sini pegang ais sekejap je pun dah kebas.. Inikan pulak kena berdiri atas ais, takde tempat nak sembunyi..hehehe..

Tetiba je rasa macam nak experience semua tu.. Tapi kalo korang nak tau aku ni sebenarnya tak tahan sejuk.. Aircond kat opis pun tak tahan.. Even letak maximum temperature, 24 deg.C. Aku memang tak tahan sejuk. Kadang2 kat rumah takyah pasang kipas.. Aku boleh tido tanpa berkipas.. Tapi kalo dah panas sangat tu buka la.. Tapi speed maximum 2 je.. Kalo sejuk sangat ada malam2 bangun tutup kipas..hahaha.. Tapi dalam cuaca sekarang ni, setiap malam aku tido tak berkipas.. Kan kadang2 nak ke pagi tu hujan turun.. Sejuk dari luar tu masuk le.. Syok je tido.. Sampai dulu ada kawan2 cakap aku ni tergolong dalam reptilia, bukan mamalia..hahahaha..

Wah, rasanya aku ni perlukan pertukaran angin sebentar.. Bestnya kalo dapat pegi tempat yang menghijau macam sawah padi.. Tak pun merehatkan minda di tepi tasik.. Putrajaya ada banyak tasik kot.. Kan banyak taman2 awam kat situ.. Tapi masalahnya aku tak pernah pegi dan tak tau taman mana yang best nak bersantai.. Nak gi pantai, jauh sangat.. Pastu aku tak teringin nak gi pantai pun.. Yela, sekarang ni semua pantai crowded.. Mana ada pantai2 yang tak ramai orang.. Kalo nak rehatkan minda ni best pegi tempat yang tak crowded.. Baru dapat mencapai kedamaian yang kita inginkan tu..hehehe..

Serius, aku terasa nak pegi ke sesuatu tempat.. Yang tenang dan mendamaikan...









Friday, March 16, 2012

At Last.. Finishhhh...


Apa yang abis tu ek? Okla, meh sini aku nak citer sikit.. Sebenarnya since Rabu lepas, aku sibuk membaca semua entri di dalam satu blog ni.. Not my friend's blog.. I don't know her but now I feel like I know her a little bit..hehe.. Macam ni, aku ni dah jadi follower satu blog ni start dari tahun lepas (aku pun tak ingat) sebab aku terjumpa masa surf internet.. Aku buka2 blog tu, baca entri dalam tu, macam best pulak.. Sebab bahasa dia sempoi dan citer dalam tu pun takdelah special on something.. Based on her life.. Aku pun start follow la.. Ni blog address dia, http://anneraini.blogspot.com. Kalo korang tengok kat tepi kanan tu ada tersenarai dalam bloglist aku..

Rabu lepas, takdelah busy sangat. So dalam waktu2 yang terluang tu aku dok baca la blog dia.. Tengok apa latest entry yang dia masukkan.. So, masa tu baca pun lompat2 la.. Then tetiba masa baca tu aku tertanya, sape dia ni sebenarnya, dok mana, keje mana, asal mana.. Means aku nak kenal sikit la sape blogger ni.. Bukannya nak merompak ke hape k..hehe.. Then aku pun start baca entri dia dari dia mula start blogging.. Abis baca kat opis, aku sambung baca kat umah tau.. Macam addict pulak kan? hehehe.. And secara rasminya semua entri tu dapat aku habiskan baca pada hari ini dan ketika ini.. Dan melalui semua entri tu aku mengikuti perkembangan dia dari sebelum bergelar ibu sampai la anak dia dah almost 2 tahun sekarang ni.. Macam drama bersiri la pulak..

Kepada Anne@Noraini, salam perkenalan dari saya.. Saya seronok baca blog awak.. Walaupun takde citer, awak tetap update setiap masa.. Cara awak bercerita tu pun sangat sempoi.. Saya pun berharap dapat jadi blogger macam awak..hehehe.. Dan your son, Kasyah is very cute.. Comel sesangat.. ^__^







Feel Something..


Bila bangun pagi tadi terasa something.. Camne nak citer ek? Bila tengok cuaca dah panas, tapi tak terik, suasana tenang, tak busy dengan bunyi kenderaan lalu lalang, aku terasa something la.. Satu perasaan yang sangat best.. Rasa tenang jek.. Perasaan yang selalu aku alami bila aku ada kat kampung.. Uwaaaa, rindu kampung ke ni? Baru je balik 2 minggu lepas.. Tapi seriously inilah perasaan yang selalu aku rasa bila kat kampung.. Yela, kat kampung bukan buat apa pun.. Breakfast mak aku yang selalu prepare (ceh!!nampak sangat malas aku ni..hahaha..). Dalam kul 8.30 pagi dah relax beramai-ramai kat meja makan.. Sambil sarapan sambil borak.. Pastu suasana pun tenang jek.. Aduh, seronoknya rasa.. Nanti dalam kul 10.30 ke 11.00 pagi, baru nak masak makan tengahari.. Sambung bergossip lagi kat dapur.. Lagi2 kalo semuanya ada.. Silap2 mak aku suruh anak dengan menantu dia yang masak (ini turn aku la, sebab malas nak masak sarapan..hehehe..). Tapi selalunya aku jadi assistant mak aku je.. Normally dia masak main dish, kalo sayur campak2 tu dia suruh la aku yang masak..hahaha.. Sonang kojo den..

Lagi satu, perasaan camni selalu gak aku rasa masa kat sekolah dulu... Wahhhh!! Dah citer bab sekolah, nampak sangat rindu kat kawan2 sekolah dulu.. Yela, dulu kelas aku kat tingkat tertinggi, tingkat 2.. Dalam kelas tu ada 21 orang je.. Kelas Sains Tulen, tak ramai dan satu kelas je.. Kalo tak berapa ramai tu, memang tak berapa bising la.. Selalunya kalo cikgu takde atau tak masuk, kitaorang buat keje sendiri.. Dan kelas akan sunyi sepi.. Perasaan camni la yang akan appear.. Aduhhh!! Rindunya zaman persekolahan.. Mostly dalam pukul 9 pagi camni dah waktu subjek yang ketiga.. Rasanya setiap subjek 40 minit.. Aku pun dah tak ingat jadual waktu masa sekolah dulu.. Yang aku ingat, kelas bermula kul 7.30 pagi, rehat kul 10.10 pagi sampai 10.30 pagi, pastu sambung belajar sampai kul 1.10 petang.. Ini waktu standard la, kira balik awal.. Kalo ada tambahan subjek, sampai kul 2.30 petang la jawabnya.. Yang aku ingat ini waktu subjek Prinsip Akaun.. Dari 1.10 sampai 2.30 petang.. Time ni combine dengan pelajar kelas perdagangan sebab student tak ramai dalam kelas aku.. Subjek elektif, yang lain pilih Geografi.. Dahlah time tu perut dah berbunyi, subjek plak aku tak minat, memang time cikgu ajar tu banyak la setan bergayutan di kelopak mataku..hehehehe.. Ngantuk tahap gaban siot.. Memang setan betul la setan ni.. Dan disebabkan aku tak minat subjek ni, masa SPM aku dapat cermin mata untuk subjek ni.. Korang bayangkan la kawan2 aku yang lain boleh score baik punya, aku tercicir..hahaha.. Takpela, masa tu tak tau minat ke arah financing, accounting tu tak wujud dalam diri aku ni.. Nak turn back dah terlambat.. So, belasah je la labu.. Aku betul2 rindu masa2 kat sekolah dulu.. Masa tu rasa macam tak suka nak belajar ni sebab banyak homework cikgu bagi.. Tapi bila dikenang2kan semula, itulah antara saat yang paling manis dalam hidup aku.. 11 tahun bergelar pelajar.. Dikelilingi rakan2 yang baik.. Sedar2 tak sedar persahabatan yang terjalin bertambah erat sehingga menimbulkan rasa rindu apabila lama tidak bersua.. Until now, dah hampir 16 tahun aku tinggalkan sekolah.. Bila balik kampung, lalu kat depan sekolah, rasa semacam.. Terus semua memori menari2 dalam otak aku ni.. Rindunyaaaaaa..

Kepada sahabat2 ku semua, aku sangat merindui korang semua.. Yang sama kelas atau lain kelas, korang semua tetap kawan2 aku.. Memang tak dinafikan kenangan waktu sekolah adalah kenangan yang akan dingati dan dirindui oleh kita semua.. Yang nakal, yang baik, yang terbaik, yang tercorot.. Tapi yang pasti kita semua telah berjaya hari ini.. Walaupun tidak sebesar dan segah mana, namun kita semua telah berjaya mengharungi kehidupan ini berbekalkan ilmu yang telah diberikan oleh semua guru yang telah bertungkus lumus mengajar kita.. Dan ingatlah, tanpa didikan dan ajaran mereka, kita tidak mungkin berada di mana kita berada sekarang.. Terima kasih wahai guru2 kami semua..

Korang, aku rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kat korang semua.. Serius rasa nak menitik air mata masa taip entry ni.. Tapi ku tahankan jua.. Nanti orang lain pelik pulak nape aku syahdu syahdan tetiba ni..hahaha.. Apapun aku sentiasa mengharapkan dan mendoakan yang terbaik dalam hidup korang semua.. InsyaALLAH...










Thursday, March 15, 2012

Pehh!!! Akhirnya..


Apa yang telah berlaku? Lain macam je tajuk entri ari ni..hikhikhik.. Sebenarnya takde pape pun.. Ni nak citer semalam punya kisah.. Kisah aku dan tauhu bakar..hehehehe..

Nak aku citer dari awal ke? Bolehlah ek, nak kasi citer ni panjang berjela sikit..hehehe.. Well, macam yang korang tau aku ni still single lagi.. As usual, orang yang single ni tahap kemalasannya agak tinggi berbanding wanita-wanita yang telah bergelar suri ni.. Maklum le just fikir diri sendiri je.. Lebih-lebih lagi nak memasak walaupun tau masak.. Perghh!!! Memang level dia yang tertinggi la..hehehe.. Maklum la balik keje penat (alasan semata-mata..ceh!!!) So, aku pun tak terkecuali le (jujur ni ngaku..hihihi..). Selalunya aku ni rajin masak gak.. Ikut mood dan citarasa tekak.. Kalo rasa macam nak makan masakan sendiri, aku pun tung tang tung tang la kat dapur.. Ala, bukan masak apa pun, simple2 jek.. Orang bujang la katakan.. Tapi semenjak balik dari kampung aritu kan aku kurang sihat.. So, mood nak memasak tu memang tada mari juga.. Solutionnya? Beli atau makan kat kedai le..hehehe.. Ada satu kedai makan aku suka pegi sebab pada aku makanannya boleh tahan sedap dan keramahan tuan punya kedai.. Itu yang buat pelanggan melekat.. Kalo kedai makan diorang buka, kedai makan lain lengang tau.. Makcik tu sekeluarga memang peramah la, siap boleh gurau2 lagi..hehehehe.. Nampak beno pelanggan setia ye..

Amacam? Panjang tak intro aku? Sebenarnya aku bukan nak citer pasal kedai makan makcik ni.. Aku nak citer pasal kedai makan sebelah kedai makan diorang ni.. Biasalah, ala2 food court, kedai makan sebelah menyebelah le.. Nak dijadikan citer, aku kurang sihat last week, so ingat nak belilah sup ke kat kedai makan makcik ni.. Sampai2 jek tengok tutup.. Aik?? Apsal ek? Dah alang2 sampai takkan nak balik tangan kosong pulak kan? Perut pun dah main dram kat dalam.. So belilah dari kedai sebelah.. Kat kedai sebelah tu jual makanan panas gak, means masak bila kita order.. Dan kat depan kedai tu ada gerai kecik, makcik ni jual mi rebus dengan tauhu bakar.. Kira sewa tapak la ni.. Aku ni suka makan mi.. Mi bandung, mi rebus, mi goreng.. Tapi sepanjang gerai tu ada, aku tak pernah order atau try rasa mi rebus dia.. Sesekali tengok teringin gak, tapi tak pernah order lagi.. Camtu gak dengan tauhu bakar dia.. Aku ni jarang makan tauhu bakar.. Yang popular kat tempat aku tu rojak petis.. Perghh!! Kalo kena bahan-bahan dan rasanya, memang terangkat.. So semenjak dua menjak ni aku tertanya-tanya camne rasa tauhu bakar makcik tu jual ek.. Dan secara rasminya semalam aku beli dan menikmati rasanya..(macam orang mengidam lak kan? Heppp!!! Jangan fikir bukan2 k..)


Inilah rupanya tauhu bakar yang aku dok teringat-ingat tu.. Wah, macam best je kan? Masuk je dalam mulut, mmm not bad.. Sedap gak.. Actually yang menentukan sedap atau tak adalah kuahnya.. Macam mi berkuah gak.. Kalo sedap kuahnya, sedaplah mi tu.. Cuma aku ni memang suka pedas, kalo tak pedas tu kureng sikit la.. Kuah tauhu bakar ni kalo pedas sikit lagi syok.. Mungkin makcik ni fokus pada budak2.. Yelah, kalo pedas kesian pulak budak2 tak dapat makan.. So pada orang2 dewasa yang nak pedas tu, tambah sendiri cili, boleh? Kihkihkih.. Aku takdelah, semalam sekali lalu je abis 2 keping tauhu bakar ni aku ngap (ala, 2 keping bukan banyak mana pun).. Alhamdulillah..

Arini tak tau nak makan apa tengahari nanti.. Semalam dah makan ikan pari sotong bakar portugis kat Giant.. Well, not bad gak.. Licin pinggan aku..hehehe.. Semenjak dua menjak ni macam2 nak makan.. Tapi takdelah yang pelik2.. Mungkin nak cover selera hilang masa tak sihat aritu.. Well, I likeeee!!! Hehehehe..








Wednesday, March 14, 2012

Saaaayang Huda..


Alahai, siannya.. Dah lama baru nak buat entry pasal Huda.. The latest of Huda masa balik kampung aritu.. Sori ye sayang, mak long tak sempat nak update.. Tapi jangan risau, mak long tetap sayang kak Huda yang comel ni..hehe.. Rasa macam dah besar sangat je Huda ni.. Padahal baru je 2 tahun.. Mungkin sebab dia tergolong dalam kategori kanak-kanak yang bijak (bukan riak ye, hasil daripada pemerhatian), fast learner and catch up.. Alhamdulillah, semoga kebijaksanaan itu tidak akan disalahgunakan nanti..hehehe..

Masa balik aritu kakak Huda demam, batuk dan selsema.. Sian dia.. Maklumlah kat taska bila sorang demam, semuanya demam.. Nak kata antibodi dia lemah, mak long pun terkena jangkitan daripada Huda bila balik ke sini.. So, consider as normal la kan (atau pun mak long dah tua? huahuahuahua..). Siang hari kakak Huda ligat je main, lari ke sana sini.. Tambahan lagi ramai ada nak layan dia, memang seronoklah dia.. Bila malam baru badan tu panas.. Budak2 bila badan tak sihat, kadang2 meragam la.. Tu yang macam2 kerenah tak macam biasa.. Tapi sekarang ni dah sembuh.. Cuma kesan batuk2 tu ada lagi.. Suara pun still serak2 sikit.. Alhamdulillah.. Semoga Huda mak long akan sembuh sepenuhnya ye..

Meh sini, mak long nak share gambar terbaru kakak Huda akhir bulan lepas.. Even middle of February mak long ada upload gambar dia.. Tak banyak yang berubah, cuma rambut Huda yang kat depan tu dah selamat dipotong oleh nenek..hahahaha.. Rimas sangat tengok cucuk mata, nenek pun potong je la.. Nasib baik time tu mood dia ok, nak, dapatlah dipotong.. Kalo dia cakap tak nak, takde maknanya la.. Mungkin sebab nenek yang suruh kot, sebab tu la dia nak.. Cucu nenek la katakan..hehehe..











Akhirnya siap gak upload gambo kakak Huda.. Seriously kakak Huda dah nampak macam big sister sekarang ni.. Semoga tak lama lagi kakak Huda akan dapat adik ye.. Seronoknya bila dah makin ramai anak buah.. Macam2 kerenah la nanti.. Jangan atok dengan nenek pening nanti, sudah la..hehehe.. Atok cakap kalo sorang dua boleh layan lagi.. Kalo dah makin ramai, tak tau la camne nanti.. Tapi for sure setiap cucu akan disayangi oleh atok dan neneknya.. Dan mak long pun pasti akan menyayangi semua anak buah mak long nanti.. Coz in your blood, there is also flowing my blood.. Since we come from the same origin.. Love you all so muchhhh....






Biar Betulll???


Erk??? Apa yang betulnya tu? Peh!! Tajuk sikit punya gempak..hehehe.. Sebenarnya secara tak sengaja aku ternampak bilangan yang singgah ke blog aku ni dah mencecah 1000 orang.. Wahhhh!!! Sukanya.. Tak sangka ramai gak yang singgah dan baca citer aku yang entah hape2 ni.. Maklumlah, blog ni macam hidup segan mati tak mau.. Takdelah happening selalu, so-so gitu.. So, bila visitor jejak 1000 orang, sangat excited mehhh..hehehe..


Well, kepada semua yang sudi singgah dan baca citer2 dalam blog aku ni, tima kasih banyak2 ye.. Aku ni bukannya reti sangat nak bercerita.. Apa yang ada dan aku teringin nak kongsi, aku post je la..hehehe.. Walaupun sometimes it's some kind of crap, right? hehehe.. Ntah hape2 je kan..

Once again, thank you very much for your kindly support in silent.. Even aku tak tau sape yang jengah blog ni, seriously malas nak letak feed traffic sebab rasa macam semak sangat blog ni.. Apa yang ada pun dah cukup buat blog ni happening..hehehe.. Yang penting aku letak bloglist yang boleh dikongsi dengan semua pembaca.. Nak citer yang santai? Nak resepi yang sedap2? Semua ada, betul tak? Nak letak banyak2 nanti jadi information centre of blogs pulak.. So sikit2 udah la ye..hehe..

Semoga you all semua sentiasa berada di bawah rahmat Illahi.. Jangan serik datang lagi ye..hehehe..

Mucho gracias.. ^______________^






Akhirnya 1N2D Berakhir..


Actually aku dah lupa apa yang aku citer dalam post yang lepas, maklumlah dah sebulan and within that time, aku langsung tak buka blog ni..Yang aku ingat aku citer pasal program one night two days dan tentang karakter ahli-ahlinya.. Well, just for your acknowledgement guys, last Sunday was the last shoot of this program.. Not so sure when was the actual date it had been taken but it was aired on television last Sunday.. Uwaaaaaa!!! Sedih woooo.. Nangis2 aku tengok aritu.. After 5 years, secara rasminya rancangan ini berakhir.. Dan aku start follow rancangan ni since last year.. So, 4 tahun terdahulu dan bagaimana rancangan ni start, aku memang tak tau.. Sob!! Sob!! Masih sedih lagi ni.. Jumaat malam ni ada repeat lagi, for sure aku akan tengok lagi dan nangis lagi.. Uwaaaaa!!!

Kenapa nak sedih sangat kan? Rancangan ni sama juga dengan rancangan yang lain-lain kat tv tu. Macam drama bersiri, sampai ke climax, citer pun berakhir, ganti dengan citer lain. Okla, based on my view yang hanya mengikuti program ni dalam jangka masa setahun..

1. Ini rancangan realiti, memanglah akan diedit sebelum ditayangkan di tv tapi mostly apa yang ditunjukkan adalah berdasarkan realiti yang berlaku. So kalo kena denda masuk dalam air atau tido kat luar, memang diorang buat betul2.

2. Ada ikatan persahabatan yang kuat antara cast members, Sugeun, Seunggi, Jiwon, Jongmin dan Taewoong. Ada masa kena jadi kawan, ada masa kena jadi musuh, based on task yang diorang kena buat. Tapi diorang memang best. Sedihnya lepas ni tak dapat tengok diorang bersama lagi.

3. Rancangan ni sama macam survival game, kadangkala ada yang terpaksa mengalah, ada yang tak dapat makan, ada yang kena denda. Dan disebabkan itu, perasaan kasihan, sedih akan datang secara automatik bila perkara2 yang tak berapa gembira berlaku. Contohnya, cast member yang paling aku suka, si Taewoong. Dia ni tak berapa bijak kalo bab games ni. Selalu dia kalah dan tak dapat makan. Dia ni tak banyak cakap dan agak pemalu tapi face expression memang bagus sebab dia ni good actor. So, bila dia kalah tu, walaupun dia tak cakap tapi boleh nampak dari muka dia yang dia tu lapar. Masa tu memang kesian sangat. Tak sanggup nak tengok muka dia masa tu.. Uhuk.. Uhuk..

4. Aku ni manusia biasa yang diciptakan dengan dikurniakan pelbagai perasaan oleh Maha Pencipta. Dan secara logiknya apabila hati kita dah suka dan minat dengan sesuatu, then tiba2 terpaksa berpisah, of course kita akan rasa sedih, right? So, itulah yang telah berlaku kepada aku. Maknanya aku ni normal la..hahahahahaha..

Well, walau apapun yang berlaku, life still need to be continued. Disebabkan rancangan ni, diorang tak dapat nak fokus pada karier diorang. So lepas ni masing2 bolehlah concentrate pada apa yang diorang nak buat. Kata orang kalo kita berhenti pada saat kita berada di puncak, kita akan dingati dan level of respect tu lebih tinggi.

So, for Sugeun, Taewoong, Seunggi, Jiwon, and Jongmin, all the best for all of you. Keep entertaining us, your beloved fans. Hwaiting!!!!!


1N2D daebak!!!!!






Thursday, March 8, 2012

Hepi Belated Besday Pak Ngah..


Alamak, dah masuk bulan Mac la.. Baru ada masa nak post citer ni.. Dah basi pun kan.. Takpelah, nak citer gak..hehehe.. Sebenarnya 26 Februari lepas adalah birthday ayah Huda @ pak ngah (semenjak Adriana lahir, baru officially gelaran ini digunakan ye..). Dan secara kebetulannya semua balik kampung, nek cik pun datang, so apalagi, kita celebrate la.. Advance 1 hari..hehehe.. Sabtu tu celebrate la sesama.. Family members je.. Kek pun dah ready.. Dari hari Jumaat lagi dah ready.. Masa Huda balik kampung, bawak sekali.. Simpan dalam fridge umah nenek.. Huda dok sibuk nak hepi besday.. Selagi tak tiup lilin, tak potong kek, memang dia tak puas hati.. Then malam tu, tercapai la hajat dia walaupun sebenarnya tu majlis ayah dia..hahahaha.. Perasan dia yang sambut birthday pulak.. Huda Huda.. So sweet..^_^

Rainbow cake order dari Keary Bakery. Yummyyyy!!!







Happy belated birthday yang ke-30 pak ngah (tapi nampak muda remaja je kan? kitaorang semua awet muda..kihkihkih..). Semoga diberkati ALLAH sentiasa.. Bahagia gembira di samping keluarga tersayang.. Dan semoga impian untuk menambah ahli keluarga baru akan tercapai.. Usaha lebih bro.. Caiyok!! Hehehehe..







Tuesday, March 6, 2012

Kakak Huda Sayang Baby Adriana..


Well, dah baca post yang terdahulu? Camtu le rupanya bila Adriana balik kampung.. Semua orang gembira dan welcoming her with warm and great loves..hehehe..

So, sekarang ni mak long nak citer pasal kakak Huda yang dah mula memahami dan menyayangi baby Adriana.. Even she doesn't know Adriana is her cousin, we all just said to her to love the baby.. By kiss the baby.. Touch her softly and gently.. Well, kakak Huda is a very good kid.. She treats Adriana with love and seems she's ready to get her own younger brother or sister.. So, mama Huda, chaiyok!!! Hehehe..

By seeing these valuable photos, I really like these precious moments.. I love both of you my little angels.. Both of you are so sweet.. Always in my heart..



















Budak Bam Bam Balik Kampung..


As Salam & salam sejahtera semua.. Harap2 semuanya terutama pembaca blog mak long ni sihatlah hendaknya ye.. (ada ke pembaca? kihkihkih).. Mak long sihat, Alhamdulillah.. Cuma tekak ni sakit sikit.. Aritu masa balik kampung kakak Huda demam, batuk & selsema.. Sian dia.. Dan mak long ni biasalah, bila dah sampai KL baru nampak simptom2 jangkitan virus tu.. Masa kat kampung sihat cergas bersukaria.. La ni baru tak sihatnya keluar.. Agaknya cuaca dan persekitaran kat sini tak sesihat kampung kot.. Tu yang sampai jek, terus down.. Tapi takdelah demam pun, cuma tekak perit, so secara tak langsung badan pun rasa tak sedap.. Tu yang lemau je pegi keje.. Semalam plak jumpa forwarder, dia belanja minum.. Mak long pun order la plum lime.. Actually tak tau pun air apa tu sebenarnya.. Tengok ada lime, otak pun buat conclusion, air limau kot.. Mesti sedap ni..hehe.. Bila sampai2 jek tengok air tu warna hijau, ada asam boi putih tu.. Macam air kedondong asam boi tu.. Tapi dalam hati pelik gak, nape warna hijau kalo just air limau je.. Ah, minum je la, dah orang belanja kan.. Masuk je dalam mulut, perghhh!!! pahit gilerrrrr.. Air apa la ni sebenarnya.. So malam tadi mintak la pertolongan uncle G, surf punya surf jumpalah.. Well, nak tau apa dia plum lime ni? Air limau kasturi yang diblend the whole biji.. Patutlah pahit.. Kulit dan biji limau join sekali.. Pahit2 pun abis segelas mak long telan.. Orang dah belanja kan, kena la abiskan..hehehe.. Tapi air ni bagus untuk sore throat, based on explanation jumpa dalam Google tu la.. Kebetulan pulak, pilihan yang bagus walaupun pahit.. Then pagi ni, sore throat pun dah kurang, cuma suara dah ala2 rock pulak.. Serak2 gitu.. Ella!!!! Hahahaha..

Opps macam dah lari dari topik je ni.. Actually nak citer pasal balik kampung aritu..hehehe.. Besttttt!! Mana ada balik kampung yang tak best.. Jumpa family kan.. Seronok sangat.. Tambahan pulak semuanya ada.. Termasuklah new family member, si comel bam bam Adriana la, sape lagi.. Hari Sabtu tu Adriana yang paling lambat sampai.. Nek cik sekeluarga daripada Pasir Gudang pun datang.. Tak sabo nak jumpa Adriana.. Tik tok tik tok, jam berdetik.. Dengar je bunyi kete sampai, apalagi, semuanya serbu.. Tengok2 budak bam bam tengah tido, pakai baju pink.. Comel sangat.. Ala2 excitednya semua.. Adriana pulak sedapnya tido, tak nak bangun2.. Sepanjang perjalanan tido, sejuk kena aircond kete.. Dah sampai umah atok n nenek pun sambung tido lagi..hehehe.. Semua orang happy dapat jumpa Adriana kecuali.. hehehe.. Sape yang tak happy tu? Kakak Huda!!! hahaha.. Actually dia bukan tak happy, cuma dia confuse tetiba ada baby.. Masa mula2 sampai la.. Then bila dah lama2 asyik cium kepala baby je.. Best cium kepala baby butak ni..hehehe.. Sampaikan baby nak nenen dalam bilik pun dia ikut.. Nak tengok..hahaha.. Maybe dalam hati dia pelik kot nape baby tak minum susu macam dia minum.. Baby minum susu ibu, kakak Huda minum susu formula dalam botol.. Lain le caranya..hehehe..

So hari ni mak long nak share gambar2 masa kat kampung aritu.. Seronoknya balik kampung.. Seronok seronok seronok (bak kata Ipin..hehehe..)















Abis dah citer Adriana balik kampung.. Entah bila lagi Adriana akan balik Johor ye? Maklumlah jauh, kalo nak balik pun kena cuti lama baru berbaloi.. Tapi InsyaALLAH, bulan Mei nanti semua akan dapat jumpa Adriana kat kampung Muar.. Sebab mak long Nani nak kawin.. So, semua akan berkumpul kat Muar.. Abislah Adriana kena kerumun nanti.. Masa tu Adriana dah 4 bulan, dah pandai apa agaknya nanti ek? hehehe.. Rindu kat budak bam bam ni.. Insya ALLAH nanti mak long dah sihat dan ada masa, mak long datang jenguk dia ye.. Mak long tengah batuk ni.. Tak syok la nak jumpa Adriana.. Nanti berjangkit pulak.. Saaayaaaang budak bam bam ni.. ^.^