Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010..


Hari ni 31 Disember 2010, hari terakhir dalam kalendar tahun 2010..

Sekejap je rasa masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah menjelma tahun baru.. Sekarang ni nikmat masa dah ditarik semula oleh Allah.. Sebab itulah sehari tu rasa sekejap sangat.. Masuk keje pukul 9 pagi, sedar-sedar dah pukul 5.30 petang, dah sampai waktu balik ke rumah.. Tapi dalam masa 8 jam setengah tu berapa banyak je keje yang dapat disiapkan.. Sebab itulah kita kena pandai membahagikan masa.. Masa itu amat bernilai, diibaratkan emas.. Kalau kita tak pandai nak atur masa sendiri, rugilah.. Ibarat emas yang dibuang camtu je.. Orang buta je yang berkemungkinan besar akan buang emas.. Itupun secara tak sengaja sebab tak nampak.. Tapi kalau ada orang bagitau si buta tu yang dia sedang pegang emas, gila ke apa masih nak buang gak..hehehe..

Sepanjang tahun 2010, banyak kenangan yang dah terpahat dalam ingatan ni.. Pahit ada, manis pun ada.. Kalau yang manis tu memanglah seronok kalau diingat semula.. Pasti akan jadi antara memori paling indah dalam hidup.. Manakala yang pahit pula kalau boleh nak dipadamkan selamanya dari ingatan.. Ingat boleh 'delete' senang-senang macam taip komputer ke.. Kalau salah taip boleh tekan butang delete..hehehe.. Tak semudah itu, kecualilah tetiba accident dan hilang ingatan.. Tapi siapa yang nak accident, iye tak? Issshh..dijauhkanlah.. Semoga Allah sentiasa Melindungi kita semua.. Aminn.. Walau apapun, segala kejadian pahit dan manis yang telah berlaku dalam hidup kita telah ditentukan Allah.. Semuanya adalah lumrah kehidupan.. Terimalah segalanya dengan penuh keredhaan.. Apa yang baik kita jadikan sempadan dan yang buruk kita jadikan tauladan.. Semoga berguna untuk diri kita di masa hadapan..

Bagi aku, memang tak reti nak berazam-azam setiap kali tahun baru menjelma.. Cuma sentiasa mengharapkan dan berdoa semoga tahun baru yang bakal menjelma akan memberikan sesuatu yang lebih baik dari tahun yang sudah pada kehidupan aku.. Insya Allah..


~ SELAMAT TINGGAL 2010.. SEGALA KENANGAN DARIMU AKAN SENTIASA TERPAHAT DI KOTAK INGATANKU INI.. TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA-GALANYA ~ (^__^)v







Tuesday, December 28, 2010

Keletah Huda..


Dalam majlis kahwin ni macam-macam gelagat orang ada.. Maklumlah ramai tetamu yang datang.. Tapi yang paling mendapat perhatian, si kenit ni lah.. Huda menjadi tumpuan dengan gelagatnya.. Maklumlah dia generasi ketiga dalam keluarga kami.. Cucu pertama pulak tu.. Keletahnya memang menghiburkan kami.. Sampaikan pakcik-pakcik dan makcik-makcik Huda semuanya teringat kat Huda bila diorang dah balik rumah masing-masing..hehe.. Sayang Huda mak long ni..






Lambaian ratu cantik.. Oppss..ada paparazi plak..haha.. These two nice photos were taken by my cousin, Aizuddin Adnan. Hope you don't mind I put them here.. Great job bro..(^__^)v


Huda yang comel.. Mak long rindu dia sangat-sangat tau.. Entah bila mak long boleh jumpa Huda lagi.. Bila tiba masanya, Insya ALLAH mak long balik Johor jumpa Huda ye.. Jauh di mata tetap dekat di hati..

Mak long sayang Huda sangat-sangat.. cup* cup* (^______^)






Saturday, December 25, 2010

Majlis di Lok Heng..


Sekarang jom kita layan gambar-gambar masa majlis kahwin kat belah pihak lelaki pulak.. Kat mana lagi kalo bukan kat rumah Cik Seman dan Bik Nah di Lok Heng.. So, layannnnn....










The last photo was taken by my cousin, Aizuddin. Very nice, bro.. Hope you don't mind I put it here..(^_^)v







Thursday, December 23, 2010

Majlis Kahwin Hamzah & Delfitta di Selayang..


Majlis perkahwinan dah lama berlalu.. Pengantin pun dah keje semula.. Maklumlah nak topup balik perbelanjaan yang dah habis masa kenduri kawin hari tu..hehehe.. So, post ni sekadar nak share gambar-gambar yang diambil sewaktu majlis perkahwinan di belah pihak pengantin perempuan iaitu di Selayang.. (^_^)














Gambar-gambar di pihak pengantin lelaki akan menyusul di post berikutnya ye..(^_^)v