Wednesday, September 28, 2011

Jangan Notti2 Tau - versi Huda


Actually hari ni takde citer best apa pun, cuma nak post gambo Huda.. Posing cantik punya..hehehe.. Sebenarnya dah lama mama Huda MMS gambo ni.. Tapi USB cable hp mak yong dah ilang mana ntah.. So, terpaksalah post ke blog satu lagi via hp dan transfer gambo dari blog tu ke blog ni.. Faham ke camne prosedurnya ni? Takpela, kalo tak faham.. Buat-buat faham je la ye..hahahaha..

Tajuk gambo ni, Jangan Notti2 Tau - versi Huda.. Ditujukan khas kepada semua yang menyayangi Huda.. Terutamanya pakcik Irul dan maksu Wani..hehehe.. Pakcik Irul ni ramai aweks.. Haaaa..jangan notti2 tau.. Huda bagi warning ni.. Kalo degil, Huda geget nanti..hehe.. Oppsss..ayah dengan mama pun jangan notti2 gak tau.. Nanti Huda cobit karang.. Macam guru besar bagi warning daaaa..

Hahaha.. Comel tak? Macam real jek bagi warning.. Huda..Huda..

Aritu masa nenek singgah Puchong, dia bagitau.. Huda ni sekarang pantang kalo di ajak bergambo.. Kalo nenek sebut amik gambo je, automatically dia excited.. Pastu macam-macam posing la yang digayakannya.. Yang tak tahannya, gambo belum snap lagi, dia dah sibuk nak tengok..kihkihkih.. Lawak la Huda ni.. Dah beso la, dah makin pandai sekarang ni.. Jangan terlebih pandai sudahlah dik ye.. Pandai yang bagus-bagus takpe, jangan yang pelik-pelik pulak..hehe..





Tuesday, September 27, 2011

Hai..


Hai semua.. Sihat ke? Harap-harap sihatlah ye walaupun Syawal dah sampai ke penghujung dan open house dah takde la lepas ni..hehehe...

Mmm..nak citer apa ek arini? Sebenarnya takde citer pun, saje je nak menaip dalam blog ni..huahuahua.. Ngantuk tahap gaban ni sebenarnya.. Tido pun macam tak cukup-cukup.. Nak tido sangat? Sekali tido selama-lamanya, baru tau.. Errkk!!! Ya ALLAH, berilah aku lebih peluang dan kesempatan untuk menambahkan lagi amalan sebelum Kau menidurkan aku untuk selama-lamanya.. (selama hidup ni, banyak peluang terbuka luas, tak cukup-cukup lagi? Itulah manusia..)

Disebabkan takde citer yang best, just nak bagitau je la, semalam mak dengan abah kita datang sini..hehe.. Dengan adik bongsu sekali.. Takde urusan apa-apa pun, cuma temankan pakcik, dia yang ada urusan kat sini.. Ala, jumpa pun sekejap je.. Dalam 3 jam camtu.. Sebab malam tadi jugak balik ke Johor, adik keje arini.. Alhamdulillah, dah selamat sampai ke rumah dalam kul 2 pagi.. Aduhai, penatnya badan.. Pergi dan balik dalam hari yang sama.. Nasib baiklah tak keje, boleh rehat dan tido kat umah arini.. Orang Felda la katakan.. Kebun tanam semula pun baru nak hidup.. So, tak yahlah fikir nak menuai hasil lagi..

Apa nak citer lagi ni? Takde idea langsung nampaknya.. Hari ni kiranya hari meng'update' blog la.. Semua blog yang dimiliki.. Amboi, macam banyak bebeno bunyinya ye..hehehe.. Oklah, tak tau nak citer apa lagi.. Tunggu la esok lusa.. Manalah tau kalo ada citer best, pasti akan diuar-uarkan..hehehe..

Hope you all will have a great day..(^_^)







Atok & Nenek Singgah ke Puchong..


Semalam atok dan nenek Huda datang Puchong.. Singgah sebentar di rumak atok su kat sini.. Sambil-sambil nak tengok umah baru atok su..hehehe.. Opps, bukan berdua je, maksu dengan atok uda Huda pun datang sekali.. Actually atok uda Huda yang ada urusan kat KL.. Kete anak dia ada problem.. Tu yang dia datang dari Johor semata-mata nak tengok apa problemnya.. Kasih seorang ayah terhadap anaknya.. So, semalam maksu Huda amik cuti le.. Menurut nenek Huda, sampai kat bandar KT dalam kul 9 pagi, selesaikan urusan atok kat situ, jemput atok uda, terus bertolak.. Kiranya dalam kul 2-3 ptg kot sampai.. Then pegi Dengkil sebab kete yang rosak tu tersadai kat sana.. Anta gi workshop, itu ini, selesai dah urusan kat sana.. Then atok uda gi Putrajaya, HQ office, anta report keje.. Tengok-tengok ada masa sikit dan sempat nak singgah Kinrara.. So, bergeraklah ke Kinrara.. Dalam kul 5.30 ptg sampailah Kinrara.. Sebelum tu atok Huda dah call, dia cakap dia otw g umah atok su.. Kalo nak jumpa dia, datang le ke sana.. 5.30 ptg je mak yong pun chow, balik umah mandi dulu.. Dah wangi baru gi umah atok su Huda..

Sampai-sampai tengok diorang tengah nak makan.. Join sekali le, rezeki..hehe.. Atok Huda pun complaint mak yong makin kurus.. Tak cukup makan bah, huahuahua.. Kalo makan kul 6.30 ptg bolehlah considered as dinner.. Or maybe pre-dinner la.. Kalo lapo lagi malam-malam, makan lagi, baru betul-betul dinner..hehehe.. Alhamdulillah, kenyang.. Actually semalamnya atok su buat open house.. So, makanan untuk open house tu pun still ada baki lagi dan masih elok lagi.. Rezeki tak elok dibuang-buang.. Masih elok lagi, makan la.. Bersyukur dengan rezeki yang ALLAH Limpahkan.. Bayangkan mereka yang kurang bernasib baik di negara-negara bergolak, nak makan pun kena berebut, siap bergaduh lagi.. Kita kat sini, senang je.. Sebab tu kena bersyukur sentiasa..

Dah selesai makan, nenek Huda gi mandi, satu hari berjalan melekit badan.. Dah lepas mandi, solat, lepak semula kat meja makan.. Tup-tup pak uda Huda pun sampai dengan mak uda Dell.. Borak-borak sambil makan-makan apa yang ada atas meja.. Tapi disebabkan hari ni maksu Huda keje, terpaksalah balik Johor malam tadi jugak.. Aduhai, siannya.. Pegi dan balik dalam masa sehari.. Penatnya badan.. Nasib baik ada dua driver, boleh ganti-ganti.. Orang muda lagikan penat inikan pulak orang yang dah berumur.. Alhamdulillah, dalam kul 2 pagi, sampai Lok Heng dengan selamat..

Lepas atok Huda bergerak, mak yong, pak uda dengan mak uda Dell lepak-lepak kat umah atok su Huda.. Nek su gi klinik amik MC sebab semalam dia tak keje.. Bila dia dah balik, borak-borak lagi..hehehe.. Biasalah, kalo jarang jumpa ni, sesekali jumpa banyak citernya.. Kadang-kadang bila dah borak sampai tak perasan masa yang berlalu.. Tengok-tengok jam dah dekat kul 11 mlm.. Atok su pun dah tertido depan tv.. Penat dari open house tak hilang lagilah tu.. Mana taknya masak sendiri, bukan tempah katering ye.. Itu yang tiap-tiap tahun ramai tetamu datang.. Sedap..hehehe.. So, apalagi, kami pun meminta diri untuk pulang.. Hujan pulak, nasib baik dah tak berapa lebat.. Masing-masing masuk kete, start enjin, memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.. Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat..





Yang kat atas ni gambar-gambar masa open house.. Ala, amik gambo sesama sendiri jek.. Malas la nak amik gambar semua orang.. Malu uuu.. Bukan photographer pun..huhu.. yang kat bawah ni gambar masa atok dengan Huda datang Kinrara semalam.. Lokasi sama, so lebih kurang sama jelah background kat gambar-gambar ni..hehe..












Friday, September 23, 2011

Mati Itu Pasti!!


Cuak ke baca tajuk entry arini? Jangan la sentap beb.. Itu adalah realiti di dalam kehidupan ni.. Setiap yang hidup pasti akan mati.. Tapi apsal tetiba aku buka topik pasal mati plak ni? Dah buang tebiat ke apa? Tak ada apa, hanya sekadar mengingatkan diri sendiri dan para pembaca yang sudi menjengah blog aku ni..

Sebenarnya sejak dua hari lepas dalam kepala otak aku ni berfikir tentang kematian.. Mati itu pasti datang, tapi bila masanya? Tak seorang pun yang tahu.. Apabila waktunya telah sampai, tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat pun.. ALLAHUAKBAR.. Gerun pun ada bila teringat tentang kematian.. Selalu kita baca dalam akhbar, macam-macam kisah kematian.. Accident la, kena bunuh la.. Tapi disebabkan kita tiada pertalian dengan orang-orang yang diceritakan dalam berita tu, so kita takde rasa pape.. Normal la tu.. Dah sampai ajal dia.. Itulah selalu yang kita ucapkan bila membaca berita-berita sebegini, betul tak? Tapi kalau la mereka yang terlibat tu rapat dengan kita, bagaimanakah perasaan kita?

Sabtu lepas ketika sedang melayari fb, aku dikejutkan dengan berita kematian seorang senior aku waktu disekolah dulu.. Aku takdelah rapat dengan dia sebab dia lelaki.. Tapi kenal la sebab dia ni hensem gak dan bapak dia driver teksi.. Tua setahun daripada aku.. Bukak je fb, terus dapat berita dia dah meninggal dunia akibat semput.. Dia ada 3 orang anak, perempuan semuanya.. Kecik-kecik lagi, yang besar dalam 2 tahun lebih kot, dan sepasang kembar berusia setahun lebih.. Lepas je baca berita tu, aku terkesima, macam tak percaya pun ada.. Benarlah ajal itu tidak mengira usia, bila sudah sampai, pasti akan datang.. Wife dia Muslim convert, asal Sarawak.. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana dia nak hadapi semua ni.. Cuba imagine, mungkin sehari sebelum arwah meninggal, diorang sekeluarga bersuka ria, outing, happy melayan anak-anak.. And on the next day, tiba-tiba arwah sudah kaku tak bernyawa lagi.. Telah pergi selama-lamanya.. ALLAHUAKBAR.. Tak sanggup rasanya nak hadapi situasi sebegini..

Dan yang paling buat aku sedih tu, wife arwah tulis kat wall fb arwah "Dear, anak-anak cari u dear..:'(". Kalo koranglah, apa yang korang rasa? Aku memang admit, sedih giler.. Dengan anak-anak yang masih tak mengerti yang ayah mereka tak akan kembali selama-lamanya.. Semoga ALLAH kuatkan semangat dia dan membimbing dia menjadi seorang ibu dan muslimah sejati..

Al-Fatihah kepada Allahyarham Safarin bin Omar.. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Aminnn.. Selesai sudah urusan di dunia.. Kita ni bila pula? Wallahua'lam.. Hanya ALLAH yamg Maha Mengetahui.. Apa yang penting, persiapkanlah diri kita kerana ajal tidak mengenal usia dan ketika.. Bila tiba masanya, pasti ia akan datang.. ALLAHUAKBAR..





Saturday, September 17, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Bulan Syawal dah lebih setengah bulan, baru nak ucap Selamat Hari Raya.. Tapi takpe, selagi masih di bulan Syawal, tak ada salahnya kan..hehehe.. Maklumlah sambut raya kat kampung, takde internet connection, so faham-faham le.. Tak dapat nak update mana yang patut.. Tunggu punya tunggu punya tunggu, hari ni tergerak hati nak update..hehehe..

Raya tahun ni sambut kat Lok Heng.. Semua balik, Alhamdulillah.. Tapi yang kureng best, Huda domam la pulak.. Dah meragam sepanjang masa.. Tapi main tetap main.. Lagi-lagi kalo nampak pakcik Irul dia, memanjang nak melekat.. Sayang beno dengan pakcik Irul dia tu (ayat berbau jeles..hahaha..).. Bila malam je badan pun panas.. Sian dia.. Tapi sekarang Huda dah sihat.. Yang kelakarnya semua orang dapat virus daripada Huda termasuklah nenek Huda.. Balik-balik dari cuti semua demam..kihkihkih..

Raya tahun ni tak banyak gambar raya.. Mood pun kureng.. Tumpuan lebih pada Huda.. Tapi dah dia pun kureng, abih le tak meriah bebeno pun.. Yang penting, dapat jumpa semua, sambut raya sama-sama.. Bermaaf-maafan.. Makan ketupat, rendang, lodeh, ayam masak kicap.. Sedap wooo.. Sempat lagi pegi marhaban dalam blok.. Huda pun join sekali.. Excited dapat duit raya.. Tapi dipertengahan jalan, terpaksa balik umah.. Bukan sebab Huda meragam tapi sandal mak yong terkopak tapaknya..hahaha.. Spoil betul la.. Baru nak memeriahkan sambutan raya dengan Huda..hehehe..









Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca blog yang entah hape-hape ni..hehe.. Harap-harap semua menyambutnya dengan gembira apatah lagi dengan open house yang banyak di bulan Syawal ni.. Seronok le makan ye.. Makan, makan juga.. Kesihatan pun harus dipantau.. Jangan alpa, nanti macam-macam penyakit datang..hehe..