Tuesday, January 31, 2012

1N2D..


Wah, lamanya tak update blog ni.. Hampir2 sebulan la kot sebab esok dah bulan baru..hehehe.. Biasalah, ceritanya hari2 ada.. Macam2 kisah berlaku.. Tapi nak menceritakannya semula tu kadang2 malas bebeno.. Last2 basi jek citer tu sebab citer lain dah kuar..hahaha.. So sebelum mood aku nak bercerita pasal citer ni padam, baik aku cepat2 terjemahkan di dalam blog ni.. Peh!! Bahasa sangatlah mengkagumkan..kehkehkeh..

Sebenarnya aku nak citer pasal satu program variety show Korea.. Well, seperti yang diketahui, aku ni pun tengah mabuk Korea gak.. Tapi bukan k-pop tu ye.. K-pop tu adalah layan gak sikit2.. Drama pun tengok jalan citer gak.. Kalo pada aku boring jek, aku tukarlah channel lain..hahaha.. Seriously lepas Marry Me Mary, takde drama Korea yang aku tonton sebab tak best kot.. Pada aku la sebab tak penah tengok sampai abis satu episod tu..hahaha.. Yang aku layan sekarang ni program2 variety diorang.. Macam Immortal Songs yang aku pernah citer sebelum ni.. Memang bestlah walaupun aku tak faham apa yang diorang nyanyikan.. Pastu Let's Go Dream Team.. Yang ini sport game di kalangan artis dan celebriti.. Dan yang tengah menjadi kegilaan sepupu2 aku, Running Man.. Kalo ada langgan Astro Beyond, bolehlah tengok program ni tapi kalo Astro biasa tu tak dapatlah.. Aku plak Astro biasa je, so kalo nak tengok, kat youtube je la.. Syok gak layan, sape cepat selesaikan misi, dia menang.. Kira macam race gak la.. Lain kali aku citer k.. Sebab aku nak citer pasal rancangan lain.. 1N2D..

Apa tu ek? One night two days.. Rancangan ni tentang celebriti yang meneroka ke seluruh Korea Selatan untuk mencari tempat2 menarik kat sana untuk diperkenalkan kepada penonton.. Hasilnya memang banyak la tempat2 cantik dan menarik yang diorang jumpa.. Tapi kadang2 perjalanan diorang sangat mencabar.. Terperangkap dalam salji, perjalanan sangat lama dan jauh.. Ini ala-ala survival program la.. Pastu nak makan pun kena buat sesuatu, bukan free semata-mata.. Makanan disediakan cuma diorang kena fight untuk dapatkan makanan tu.. Misalnya ada game, kena menang game tu baru boleh makan.. Pastu waktu malam ada Buk-bol-buk game.. Untuk tentukan sape tido kat luar dan sape tido kat dalam umah.. Bayangkan la kalo tido kat luar tanpa ada khemah, dalam sleeping bag je.. Kawasan shoot pulak kat kawasan hutan, laut, gunung ganang.. Sejuk siot!!! Lagi2 kalo musim sejuk.. Dan adakalanya kalo kalah kena terjun dalam laut dalam musim sejuk.. Gila punya sejuk.. Kiranya diorang ni mencuba kehidupan orang lain.. Yelah, artis kan, mana ada susah payah nak hidup.. Kiranya macam ni diorang akan lebih menghargai kehidupan dan apa yang diperolehi..

Member2 dalam program ni, Kang Ho Dong, Lee Su Geun, Kim Jong Min, Eun Ji Won, Lee Seung Gi dan Uhm Tae Woong. Diorang semua ni bukan ahli asal, cuma 4 orang yang pertama je ahli asal. Seung Gi dengan Tae Woong join kemudian. Tapi Kang Ho Dong dah keluar start Oktober 2011 atas sebab-sebab peribadi. Program ni best tau.. Macam2 gelagat ada.. Masing2 ada karakter sendiri.. Oklah, aku akan citer pasal diorang ni.. Tapi untuk ahli-ahli yang masih ada la ye.. Walaupun aku tonton masa Kang Ho Dong masih join show ni, tapi malaslah nak komen pasal dia.. Tak minat..hahaha..

Yang paling aku suka Taewoong sebab dia ni relax je.. Pemalu camtu la dan tak banyak cakap.. Muka dia ala2 adik aku tapi adik aku lagi hensem la..hahaha.. Tapi kalo main game dia selalu kalah.. Kesian sangat bila tengok dia tak dapat makan.. Muka dia tu innocent, tu yang buat kita pun sedih.. uhuk uhuk..

Seunggi ni aku rasa dialah yang paling genius antara semua ni.. Dia ni pantas berfikir.. Selalunya dialah yang dapat selesaikan masalah.. Kalo ada kuiz atau puzzle, dia yang paling cepat bagi jawapan..

Jiwon pulak macam budak2 sikit.. Tak banyak cakap gak dan kadang-kadang blur.. Tapi dia ni kadang2 unexpected.. Dia boleh jadi bijak tetiba dan sengal tetiba..hahaha..

Sugeun pulak versatile.. Dia ni comedian sebenarnya.. Tapi walaupun dia suka buat lawak dia ni bijak jugak sebenarnya.. Apa2 game dia boleh menang.. Walaupun badan dia agak gempal pendek, dia boleh main macam2 sport.. Dan selalu memberikan plan yang bagus..

Akhirnya Jongmin.. Ha, ni paling best.. Bendul dan kelakar..hahaha.. Dia ni kelakar tahap gaban.. Tapi kalo buat sesuatu dia memang bersungguh-sungguh.. Cuma kadang-kadang endingnya lawak giler.. Macam contoh kat bawah ni.. Dia tengah compete dengan Seunggi dalam satu game untuk dapatkan makanan.. Tengok camne dia bersungguh-sungguh tapi akhirnya.. Takde subtitle tapi confirm korang pun akan gelak pecah perutnya tengok video ni.. So apalagi, layannnnn..




credit to : qasehnurani




Ganasss... Yeahhh!!


Aha!!!

Pergh, melampau betul owner blog ni.. Tak reti bagi salam ke apa.. Tokojut den..

Kihkihkih.. tokojut ko? Jangan marah aaa.. Bukan apa, teringat plak Sabtu lepas dapat MMS dari ibu baby Adriana, my SIL la.. Gambo terbaru Adriana.. Alahai bulatnya sekarang ni.. Belum lagi sebulan tapi dah montel.. Siap ada muscle lagi.. Nak boxing dengan ayah.. Muka ganas macam nak makan orang je..hahahaha..

Inilah budak ganas yang seksi..kihkihkih..






2 Orang Budak Tomei.. ^__^


Last week masa tengah dok membelek gambo-gambo yang ada dalam koleksi, terjumpa plak gambo Huda masa baby yang tak pernah disiarkan.. Sebabnya gambo tu tak cantik untuk disiarkan..hehehe.. Bukannya apa, masa amik gambo tu guna handphone lama (opppsss..secara tak langsung memberitahu dah ada handphone baru..kihkihkih..), memory card dia corrupted. Tu yang gambar tak sempurna, tiba-tiba keluar hitam kat separuh gambo tu.. Padahal gambo tu serius comel.. Huda plak buat muka cute.. Tomei sesangat.. Ingat nak delete jek gambo tu, tetiba keluar plak satu idea.. Mak long ni kalo idea dah mai, memang kreatif bebeno.. Teringat ada amik gambo Adriana tengah buat muka cute gak.. So apalagi, kita create la something yang fun using these photos.. Dan hasilnya.. jeng jeng jeng..


Hahaha.. Tomei tak gambo ni? Edit guna paint jek, maklumlah takde photoshop.. Ala, mak long tak kisah pun, janji menghasilkan gambo yang cute..hehehe.. Ala-ala, comelnya budak 2 orang ni.. Mak long sayang sangat2 budak2 tomei ni tau.. Tak sabar nak jumpakan diorang.. Tapi masa ni kakak Huda masih baby lagi.. Sekarang dah 3 tahun.. Nak balik kampung.. Nak balik kampung.. ^___^











Friday, January 27, 2012

Gelagat kakak Huda..


Hari ni mak long nak citer pasal kakak Huda lagi.. Sebenarnya bukan ada citer pape pun, cuma nak share gambar-gambar terbaru kakak Huda beserta gelagatnya.. Semua gambar ni mak long amik masa cuti Krismas tahun lepas, dah sebulan terperap tak upload2.. Punyalah malas tahap gaban..hehehe.. Sekarang ni bila dah melangkah ke usia 2 tahun, Huda makin cerdik, makin ligat dan banyak songeh.. Semua cakap dia kita kena ikut.. Kalo dia cakap nanti, nanti la jawabnya.. Kalo dia cakap kejap, kejap la.. Takde maknanya dia akan ikut cakap kita kalo arahan dari dia dah keluar.. Tapi yang bestnya di usia 2 tahun Huda dah faham apa orang cakap, even kitaorang pun boleh faham kebanyakan perkataan yang dia cakap.. Takde pelat pun, cuma ada sesetengah perkataan dia tak boleh cakap sempurna lagi.. Well, not bad for 2 years old girl.. Malah, boleh bersembang dengan sesiapa je.. And people can understand what she said also.. Alhamdulillah..

Bila dah makin besar, dah makin panjang akal, dah macam2 la yang dibuatnya.. Sampai tudung nenek pun jadi mangsa.. Dipakainya buat telekung, nak solat macam mama.. Sandal beso nenek pun disarungnya.. Tak kisahlah, janji kaki boleh masuk..hahaha.. Huda Huda.. Sangat comellah ini budak.. Mak long tak sabar nak jumpa dia lagi.. Insya ALLAH hujung bulan depan mak long balik kampung ye.. Baby Adriana pun nak balik kampung jugak.. Nak tengok atok dengan nenek Lok Heng..  Nak rasa suasana Lok Heng.. Hai, tak sabarnya nak gathering dengan family.. Rindu waktu bersama-sama.. Wahai hati, sabarlah, tak lama sebulan tu..huhu.. ^___^
















Wednesday, January 11, 2012

Besday Gift Huda..


Aduhai, mak long lupa nak citer apa hadiah Huda dapat untuk besday yang ke-2 tahun ni.. Mak long tak tau nak bagi apa, tetiba dapat idea nak bagi hadiah tabung beserta isi perutnya..hahaha.. Tabung burger yang comel tu.. Penuh dengan duit syiling mak long masukkan..hehe.. Bila wrapping gift tu ayah Huda buka, nampak jek burger tu, terus Huda sebut tabung.. Wah, kenal tu.. Agaknya sebab ada lubang kat atas tu kot.. Lepas tu sibuk la mintak syiling dari semua orang.. Nak sumbat lagi dalam tabung tu.. Tapi sebab dah penuh, tak boleh le nak masukkan.. Ganti dengan tupperware le..hehe..

Cik Ilul bagi Huda teddy bear comel.. Lembut je, warna biru.. Bertambah la koleksi bear Huda.. Lepas ni bolehlah tidokan bear ye.. Sibuk nak tidokan bear dia.. Ala-ala mak nak dodoikan baby tido.. Dukung baby kat depan dengan dua tangan pastu ayun kiri kanan slow2.. Mak long le yang tukang layan Huda.. Huda tidokan satu, mak long tidokan satu..hahaha...

Atok, nenek dengan ucu (kira sekali le) hadiahkan motor elektrik pada Huda.. Boleh berjalan sendiri bila pijak pedal pada motorsikal tu.. Mula-mula beli Huda tak nak naik.. Mungkin takut kot.. Dia pi tolak jek moto tu.. Pastu esoknya cik Ilul ajar dia camne nak pandu, baru dia rasa confident sikit.. Tapi yang kelakarnya bila pandu tu, kalo straight, straight jek walaupun kena belok, dia tak belok, sampai sume nak dilanggar..hahaha.. Tak reti nak belok lagi.. Tak lama lagi oklah tu.. Practice dengan ayah kat umah..hehe.. Tapi bila dah berani naik atas motor, eksyen plak.. Siap berdiri-diri.. Kita plak yang risau takut dia terpijak pedal dan motor tu berjalan ke depan.. Huda Huda..






Yeayyy!! Terima kasih semua..







Baby Adriana In The House..


Sebenarnya last Sunday, mak long pi jenguk baby Adriana.. Wahh!!! Dah semakin comel budak tecit ni.. Tapi yang tak boleh tahan tu bila tengok dahi dengan kepala baby.. Macam tok Seman dia la.. Masa kat hospital aritu, muka masih sembab lagi, so nampak bulat jek.. Tapi bila dah berusia seminggu, dah nampak muka sebenar dia yang comel tu.. Cute jek.. Mata beso..hehehe.. Tapi muka baby ni kan berubah-ubah.. Macam kakak Huda dulu.. Masa lahir seiras muka ayahnya masa kecik.. Dah beso sikit macam muka mama plak.. Dah makin beso macam muka ucu pun ada.. Last2 sekarang dah muka sendiri.. Nanti baby Adriana pun camtu gak.. Sama comel macam kakak Huda..hehehe..

Mak long pun nak share sikit gambo baby Adriana masa pi Selayang aritu.. Berat betul rasa hati nak balik.. Dari pukul 6 petang cakap nak balik, last2 lepas maghrib baru gerak.. Itu pun sebab nak tengok Masterchef Malaysia finale.. Kalo tak, lagi lambat agaknya..hehehe..

Comelnya Adriana mak long ni.. ^.^







Sama ke dahi saya dengan atok Seman saya? hehehe..








Thursday, January 5, 2012

Besday Huda N Nenek..^^


Tadi dah citer pasal baby Adriana.. Sekarang mak long nak citer pasal kakak Huda plak.. Dah start kena panggil kakak sebab mama Huda plan nak tambah ahli keluarga tahun ni..hehehehe.. InsyaALLAH semoga termakbul hajat.. Mak long makin seronok le dapat anak sedara baru lagi nanti..huhuhu..

Last whole week kan mak long cuti.. Campur Krismas, New Year adalah 10 hari bercuti.. Pergh!! Best sungguh rasa dapat cuti lelama kat kampung.. Relax dan santai jek.. Pulak tu cuaca pun mendung, hujan, redup dengan angin yang bertiup kencang.. Memang syok giler la.. Tapi bila dah cuti lelama ni, mulalah rasa malas nak balik bekerja semula.. Tapi nak wat cmne, kena gak balik.. Sob..sob.. Uwaaaa!!! Nak balik kampung lagiiiiii!!!!! Nenek Huda gelak jek bila mak long cakap nak balik kampung lagi..hihihi..

Seperti yang sedia maklum, besday Huda kan 3/12 tapi tak celebrate lagi sebab ayah Huda tengah kursus kat Melaka sampai 23/12 haritu.. So, bila semua dah ada kat rumah (kecuali pak uda sebab mak uda tengah menunggu hari nak bersalin) kitaorang pun plan nak celebrate besday Huda.. Pulaknya besday nenek Huda seminggu lepas tarikh lahir Huda, 10/12, so celebrate le sesama.. Kalo mak uda ada, confirm dah join sekali sebab mak uda Huda 4/12. Wahhh..dekat2 je kan tarikh lahir..hehe.. So kek mak long dah order, ayah Huda yang pi amik kek kat kawan mak long sebab dah on the way nak balik kota Sabtu 24/12 tu.. Masa amik kek tu Huda tido dalam kete.. Bila terjaga tengok ada kotak kek, excited bukan main.. Maklum le lama tunggu nak celebrate besday dia..

Plan nak sambut petang Ahad sebab hari Ahad tu ada kenduri kawin dalam blok.. So, pagi Ahad tu akan agak sibuk la.. Dan sabtu malam tu atok n nenek sepatutnya kena gi rewang la.. Tapi Huda dah tak sabo nak potong kek.. Nasib baik malam tu takde banyak keje kat umah kenduri, kalo tak gi pun takpe.. So, kitaorang pun decide nak celebrate le malam tu.. Kesian Huda dah tak sabo kan.. Lama menunggu..hehehe.. Keluar je kek dia dah pegang pisau.. Excited nak potong..










Akhirnya selesai sudah sambutan harijadi Huda dan nenek.. Family jek.. Kalo tanya sape punya besday? Laju je Huda jawab Huda punya..hehehe.. Seronok dia dapat potong kek akhirnya.. Dah 2 tahun Huda mak long ni.. Jap je dah beso.. Dah semakin bijak.. Next year kita sambut lagi ye.. Nanti baby Adriana pun join sekali.. InsyaALLAH..^^