Thursday, March 14, 2013

Oh Hati..



Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ni dapat menulis semula di dalam blog ni.. Lama kan aku menghilang? Kemanakah gerangannya? Tak kemana-mana pun.. Masih ada di sini, masih lagi seperti biasa.. Takde cuti kawin ke apa ke.. Jangan buat apa2 spekulasi ye.. Cuma semangat nak menulis tu tiba2 hilang.. Rasa tak ada apa yang nak dikongsikan di sini.. So, berdiam itu lebih baik..
 
Sebenarnya disebabkan banyak sangat cuti dalam jangkamasa dua bulan yang lepas, aku pun turut sama bercuti.. Balik kampung le.. Aku ni mana ada agenda lain kalo bercuti.. Mesti balik kampung je.. Macam takde tempat lain nak bercuti kan? Asyik2 balik kampung je.. Takpelah, takyah susah hati untuk aku.. Aku sangat suka balik kampung.. Jumpa family.. Seronok yang amat sangat..
 
Mula2 masa cuti Maulidur Rasul tu balik kampung.. Pastu cuti CNY balik kampung lagi.. Seminggu pulak tu.. Mengalahkan orang yang celebrate kan..hihihi.. Balik pun sebab ada kenduri kesyukuran si Fiya.. Alahai dah montel budak tecit tu.. Comel sesangat.. Nanti la aku update citer letak gambar bebudak ni.. Laptop dipinjamkan pada orang.. Sume gambar ada dalam tu.. Sekarang ni update kat opis.. Abih dah waktu keje.. Jap lagi balik la.. Takde orang tunggu kat umah pun..
 
Apa citer terbaru tentang aku? Takde pape pun sama je cam biasa.. Oh ya, baru aku teringat.. Aku dah kembali menjadi pembaca novel.. Ingat tak entry yang aku pegi pesta buku PWTC tu? Kan aku borong buku RAM. Lepas beli tu aku cuma concentrate pada trilogi Laksamana Sunan je.. Novel yang lain2 aku tak sentuh pun.. Dan disebabkan laptop aku takde, aku pun bacalah novel2 tu.. Seperti yang dijangkakan, sentuhan RAM memang tidak pernah mengecewakan aku.. Tapi aku suka sangat baca novel Rayyan Fantasi.. Di luar kotak pemikiran manusia normal.. Seronok pulak bila bermain dengan imaginasi ni.. Novel yang lain2 pun ok.. So sekarang aku dah habis baca novel RAM..
 
Disebabkan dah khatam semua, aku pun decide untuk baca semula novel yang mengenalkan aku dengan RAM.. Trilogi Tombiruo.. Dan aku sangat suka dengan karakter Ejim.. Rasa macam jatuh cinta pulak dengan Ejim si Tombiruo.. Sesungguhnya perasaan tatkala dilamun cinta itu sangat indah.. Ehem..tetiba pulak termasuk topik cinta ye.. Tengah dilamun cinta ke aku ni? Hahaha..takdelah.. Masih lagi begini..
 
Tapi sememangnya ada sesuatu yang sedang bergolak dalam hati aku sekarang ni.. Dan aku sendiri tak dapat memahami apa maksud sebenarnya.. Sungguh hati ini sukar untuk difahami.. Even oleh empunyanya sendiri.. Guminavo zou diau..
 
 
Ya RAB, hanya pada-Mu aku Memohon petunjuk.. Ameenn..
 
 
 
 

Wednesday, January 23, 2013

Ya Nabi Salam 'Alaika..



Tatkala berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., hati kita pasti akan terasa tenang dan perasaan rindu terhadap baginda pasti akan menjelma.. Semoga kita semua akan dapat bertemu baginda apabila tiba saat dan ketikanya nanti.. In Shaa ALLAH.. Ameen..

credit to : awakeningrecords
 
 
 
 

Tuesday, January 22, 2013

Mari Berselawat..



Alhamdulillah, akhirnya saat yang dinanti2kan bakal menjelma.. 12 Rabi'ul Awwal bakal menjelma 2 hari lagi dan kita bakal menyambut Maulid Rasul yang kita cintai.. Oleh itu marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda.. Semoga dengan selawat itu kita akan beroleh syafaat baginda yang pastinya sangat2 kita perlukan di hari pengadilan nanti..
 
Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. ini, aku akan menghasilkan entry yang mungkin kebanyakannya akan berkisar tentang baginda.. Jika bukan sirah, aku akan memaparkan qasidah2 atau nasyid2 yang mengandungi selawat ke atas baginda.. So secara tak langsung, sesiapa yang membaca entry2 aku ni pun akan turut sama berselawat.. In Shaa ALLAH..
 
Meh, aku nak kongsi nasyid yang aku suka sangat dengar.. Sangat harmoni dan menarik minat kita untuk turut sama berselawat..

credit to : murabbiy



Sunday, January 20, 2013

Dia Muhammad..



Salam hari minggu semua.. Semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera di dalam rahmat Ilahi.. In Shaa ALLAH..
 
Alhamdulillah, kita kini telah berada di dalam bulan Rabi'ul Awwal.. Dan pastinya kita sebagai umat Islam tahu bahawa di dalam bulan ini terdapat satu peristiwa besar di dalam sejarah Islam.. Di dalam bulan inilah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. telah dilahirkan.. Tanggal 12 Rabi'ul Awwal tahun 571M, kira2 1432 tahun yang lalu junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. telah dilahirkan.. Tahun kelahiran baginda turut dikenali sebagai Tahun Gajah kerana tentera bergajah pimpinan Abrahah dari Yaman datang  ke Mekah untuk menghancurkan Ka'abah.. Tetapi mereka telah diserang dengan burung2 ababil yang membawa batu2 berapi yang membawa kepada kekalahan mereka..
 
Kini, tinggal kira2 4 hari lagi untuk kita meraikan hari kelahiran nabi terakhir yang menjadi imam kita.. Ada para alim ulama' yang berpendapat maulid Nabi Muhammad tidak perlu diraikan kerana Nabi sendiri semasa hayatnya tidak pernah meraikan hari kelahiran baginda.. Namun pada pendapat aku berdasarkan hujah dan kupasan yang aku pernah dengar dari ustaz2 yang memberi ceramah di beberapa program Islamik, tidak salah untuk kita meraikan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dengan tujuan untuk menyuburkan perasaan kasih dan cinta kita terhadap baginda. Harus diingat Nabi yang kita cintai itu telah pergi meninggalkan kita kira2 1400 tahun yang lalu.. Kita tidak pernah berjumpa baginda secara nyata, tidak pernah hidup bersama baginda, tidak pernah melihat sendiri sunnah yang baginda amalkan yang sepatutnya menjadi ikutan kita sebagai umatnya.. Namun baginda telah meninggalkan Al-Quran dan hadith yang boleh kita jadikan pedoman dalam menempuhi kehidupan ini agar kita bisa memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Selalunya perkara yang tidak kita alami mudah untuk kita lupakan.. Oleh itu acara2 seperti ini harus di adakan selalu agar kita selalu mengingati junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. yang kita kasihi sekaligus menanamkan rasa cinta terhadap baginda..
 
Hari ni aku nak berkongsi sebuah nasyid yang sangat indah lirik dan melodinya.. Semoga dengan mendengar nasyid ini dapat membuatkan kita sentiasa mengingati junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. sekaligus menyuburkan perasaan cinta kita terhadap baginda.. In Shaa ALLAH.. Ameen..

credit : mauswah
 
 
 
 
 

Wednesday, January 16, 2013

Rapuh..



Sememangnya hati manusia terlalu rapuh dan sering melupakan Maha Penciptanya.. Akan tetapi ALLAH tetap mengingati kita dan terus melimpahkan rahmat-Nya kepada kita.. ALLAHU RABBI, ampunilah kami hamba-Mu yang seringkali lalai terhadap-Mu.. Bimbinglah dan tetapkanlah hati kami kepada-Mu di atas jalan yang Kau redhai.. Ameenn..
 

credit to : outsp0ken