Thursday, December 27, 2012

My 3rd Cute Niece.. ^__^



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Limpahan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami.. Akhirnya malam tadi cucu ketiga atok dan nenek @ adik kakak Huda selamat dilahirkan.. Baby girl lagi.. Tak kisahlah kan, janji sihat dan sempurna.. Boleh geng dengan kakak Huda dan Adriana main masak2 nanti.. Berat 2.9kg.. Nama takde lagi.. Tunggu ayah dengan mama dia announce nanti.. Tahniah kepada my brother and my SIL, juga pada kakak Huda sebab dah jadi big sister.. ^__^

Welcome to our family my sweet niece.. Semoga membesar menjadi muslimah yang berguna kepada agama, keluarga dan negara.. In Shaa ALLAH..
 
Lahir : 26/12/2012 (Rabu) bersamaan 12 Safar 1434H
Waktu : 10.27 malam
Berat : 2.9kg
 
 


Hello.. Hello Jakel..



Apa khabar semuanya? Harap2 semuanya sihatlah ye dalam dok menunggu tahun baru menjelma.. Sedar tak sedar kita dah berada di minggu terakhir dalam tahun 2012.. Sekejap sungguh masa berlalu.. Semoga diri kita akan lebih baik di tahun2 yang mendatang.. In Shaa ALLAH..

Mmm..bila last aku update blog ni ye? Serius aku lupa.. Last week rasanya tapi hari apa entah.. Last weekend pegi umah Adriana.. Ada misi dengan ibu Adriana.. Nak serang Jakel Shah Alam..hahaha.. Sabtu tu dalam hujan2 lebat beserta guruh dan petir, sampai juga kami ke Wisma Jakel.. Dan Alhamdulillah, rezeki kami hari tu dapat parking depan pintu Jakel.. Padahal kalo ikutkan ada kete depan kami yang pun tengah cari parking.. Mungkin dia tak perasan.. Mungkin juga ALLAH dah tetapkan kami akan dapat parking kat situ.. Itulah namanya rezeki.. Alhamdulillah, kita mohon ALLAH Permudahkan, memang Dia Permudahkan segala urusan.. Rabbi Yassir Wala Tu'assir..

Punyalah lebat hujan sampai banjir kat simpang selepas susur keluar dari Federal highway nak ke Jakel..
 
Kami tak lama kat situ, adalah dalam 2 jam je.. Sebab ayah Adriana nak balik keje dan ada orang nak datang umah.. So pilih2 kain mana yang berkenan, terus bayar dan balik.. Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit bulan ni, dapatlah beli kain untuk ladies in the family.. Tak banyak mana pun, sorang sepasang.. Untuk gembirakan hati mereka.. Kain untuk kakak Huda dan Adriana pun ada.. Nak buat baju raya tahun depan.. Sedondon..hehe.. Tak sabar rasa nak balik kampung.. In Shaa ALLAH, dalam masa terdekat ni.. Tunggu adik baby kakak Huda lahir dulu..

Gambar shopping kat Jakel takde sebab sibuk dukung Adriana.. Sian dia, sampai tertido-tido sebab ngantuk.. Tapi takpelah, mak long rela dukung Adriana yang tertido.. Cuma kesian kat dia la.. Tak selesa sebab bahu mak long dia ni kan tulang je tersembul..hahaha.. Nasib ko la dik dapat mak long kurus.. Oh lupa plak yang ibu Adriana ada amik beberapa keping gambo.. Tapi yang itu masa pegi Jakel sekali lagi pada esok harinya.. Sabo je la kan.. Mentang2 ada sale, asyik ke Jakel saje..hehehe..

Masa ni Adriana baru je bangun tido.. Tapi bagus dia ni, bangun tido tetap ceria..
 
Bukti kami pegi Jakel.. Tak melencong ke tempat lain ye..hehehe..
 
Dah macam kat rumah sendiri pulak.. Siap bersila bagai..kehkehkeh..

Tapi budak ni dah banyak kerenahnya sekarang ni.. Sangat aktif.. Suka menjerit dengan suara yang sangat nyaring.. Suka menyengih kat orang (konon2 pose paling comel la tu..kehkehkeh).. Dah pandai berdiri sendiri tapi takut nak melangkah.. Dah pandai ajuk orang jawab call kat telefon.. Pantang nampak orang jawab call, orang hello dia pun hello gak.. Kalo kat tangan dia masa tu ada botol susu, botol susu la yang jadi telefon..hihihi.. Tengoklah tu, macam iye2 je jawab call..

Isshh.. Camne nak jawab call ni?? 

Hello.. Helloo.. 

Oh, camni rupanya.. Hello nenek, Adriana ni.. ^__^
 
 
 
 


Friday, December 21, 2012

Ibuuu.. Nak Tolong..



 
Ibuuu, Adriana nak tolong ibu potong kain.. Kalo ibu tak bagi, Adriana tak nak bangun..hehehe..

Budak kecik ni memang pantang nampak ibu dia bentang kain untuk dipotong.. Dengan laju dia akan duduk atau meniarap atas kain tu.. Saje je kacau ibu kan Adriana.. Last2 memang tak potong pun sebab Adriana tak nak berganjak.. Kalo diangkat ke tempat lain mesti dia mengamuk pastu datang semula kacau ibu.. Terpaksa la ibu tunggu malam bila dia dah tido.. Adriana ni bukan main nakal lagi sekarang  ye.. Tapi muka macam tak bersalah je..kihkihkih.. Rindu la kat dia.. Tak sabar mak long nak jumpa dia esok.. ^__^




Bila Waktu Telah Berakhir..



 
BILA WAKTU TELAH BERAKHIR


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan dirimu
 
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masihkah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengulangkan masa lalu
 
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada
Akan kembali pada-Nya
 
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi


credit to : Penggerak Generasi



 
 
 
 


Monday, December 17, 2012

Boikot, Berbaloi Ke?



Apa khabar semuanya? Harap2 sihatlah hendaknya ye.. Sekejap je hari Ahad dah berakhir kan? Dah masuk pun hari Isnin.. Pagi nanti dah kena pegi kerja semula.. Monday blues? Pasti ramai yang akan rasa camtu kan? Tapi kalo sebelum tido kita dah pasang niat nak kerja betul2, In Shaa ALLAH, semuanya akan jadi ok.. Yang penting tu NIAT.. Kalo dari awal2 dah terdetik rasa malas, memang malaslah yang akan menemani sepanjang hari.. ^__^

Oh ya, sebenarnya hari ni nak berkongsi pandangan sedikit.. Berkenaan isu Palestin.. Dah lama break dari isu Palestin, hari ni nak sentuh semula.. Semasa Israel menyerang Gaza, umat Islam di seluruh dunia dan di Malaysia khususnya diseru agar memberikan sumbangan buat saudara2 kita di Palestin yang teraniaya.. Bagi yang tidak mampu, jangan lupa untuk sentiasa mendo'akan kesejahteraan mereka..

Sebenarnya ada lagi usaha yang segelintir pihak di Malaysia dan di dunia turut lakukan.. BOIKOT.. Boikot apa? Sudah semestinya memboikot produk Yahudi yang dijual di Malaysia.. Sebab masih banyak lagi produk alternatif keluaran tempatan yang boleh menggantikan produk keluaran Yahudi ni.. Yang paling top adalah fast food McD.. Sedap kan burger McD? Memang sedap lebih2 lagi sekarang ni Prosperity Burger pun dah keluar.. Lagilah ramai yang beratur kat McD, iye tak? Aku mengaku aku pun macam tu jugak dulu.. Aku siap buat entry pasal Samurai Burger lagi kan.. Masa tu aku memang tak tau.. Sebenarnya dulu aku dah pernah dapat email pasal boikot produk keluaran Yahudi ni.. Tapi mungkin masa tu hati aku masih buta dan masih tak peka dengan apa yang berlaku di Palestin.. In Shaa ALLAH lepas ni aku takkan jejakkan kaki ke McD lagi.. Semoga ALLAH Membantu dan Membimbing kita semua agar tidak terpesong dari jalan yang diredhai-Nya.. Ameen..

Tapi bukan McD je yang kita kena boikot.. Banyak lagi produk keluaran Yahudi yang memberi sumbangan kepada pembangunan Israel.. Terutama dalam persediaan senjata mereka untuk memerangi Palestin.. Untuk lebih detail, sila lihat di sini. Tapi aku tau pasti ramai yang akan mempersoalkan tindakan boikot ni.. Yelah, kalo yang boikot sorang, ada ke kesan pada mereka, padahal yang guna produk tu satu dunia.. Pulak tu yang terjejas nanti mereka2 yang bekerja kat tempat tu jugak.. Penat berdiri seharian kat kaunter amik pesanan pelanggan, yang despatch pulak merempit hantar order orang, meredah jammed di kala hujan panas semata2 nak cari rezeki.. Kesian diorang kan? Tapi saudara kita di Palestin sana lagi kesian, periuk nasi pun takde.. Ingatlah yang memberi rezeki itu ALLAH.. Jika niat kita betul untuk berubah, In Shaa ALLAH pasti ALLAH akan menunjukkan jalan dan mempermudahkannya..

Well, semua ni cuma pandangan dan pendapat aku je.. Tiada sebarang paksaan untuk orang lain.. Dan aku pun bukanlah nak berlagak bagus sangat.. Aku ni cuma insan biasa je.. Serba kekurangan.. Cuma kali ni mata hati telah dibuka ALLAH.. Jiwa turut terasa dengan penderitaan yang dialami saudara sesama Islam di Palestin.. Oleh itu aku cuba menyumbangkan sesuatu walaupun sedikit.. Jika dengan entry aku ni dapat menyedarkan seorang Muslim, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya usaha aku berjaya juga.. Pernah tak nampak dalam berita bila tentera Yahudi menyerang dengan kereta kebal, rakyat Palestin baling batu kecil2 kat kereta kebal tu.. Baling batu kecik2 je? Kalo secara logiknya mesti kita akan cakap, apalah kesannya setakat baling batu tu.. Kereta kebal tu kan besar, takde kesan langsung, betul tak? Tapi sebenarnya mereka sedang berjihad mempertahankan tanahair mereka.. Walaupun mereka sendiri tahu usaha mereka itu sia2 tapi sekurang-kurangnya mereka telah berusaha.. Kerana di hari pengadilan nanti kita semua akan ditanya apakah sumbangan kita dalam mempertahankan saudara sesama Islam kita yang ditindas.. Apa kita nak jawab?

Kat sini aku nak share satu cerita.. Jom kita baca sama2 sebagai renungan untuk diri kita sendiri.. Semoga ada pengajaran yang dapat kita perolehi.. Kisah ini diambil dari fb CahayaIslam.net..

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih ALLAH Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu.

Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain."Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek. Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa ALLAH tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi ALLAH pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan ALLAH nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestin itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi..


P/S : Ini hanyalah sekadar pandangan aku.. Kalo ada yang tak setuju, minta maaf.. Seperti kata pepatah, rambut manusia ni sama hitam tetapi hati lain2.. Yang penting semoga ALLAH tidak menutup mata hati kita dengan kekayaan duniawi.. Ameenn..





Sunday, December 16, 2012

Amboi Manjanya..



Hari Selasa lepas masa makcik aku datang umah pakcik aku, Adriana and the family pun datang gak.. Tapi Adriana sampai malam, dalam kul 8.30 sebab siang tu memang takde orang kat umah.. Aku dengan makcik aku pegi KL.. Dan yang lain pegi pantai kat Bagan Lalang, Sepang.. Saja pegi jalan2, boring kan dok umah.. Tapi yang keluar dulu kitaorang dan yan paling lambat sampai kitaorang jugak..hehehe.. Melampau sungguh.. Jalan jammed (takde alasan lain..sabo jelah..). Adriana nak datang lepas ayah dia balik dari keje petang tu tapi disebabkan takde orang kat umah, postpone ke malam..

Masa aku sampai umah malam tu Adriana tengah berseronok dengan makcik2 dia (sepupu2 aku) dalam bilik.. Gossip anak dara la tu sebab siap kunci bilik lagi..hihihi.. Aku naik atas terus kidnap Adriana bawak turun bawah.. Maklumlah nekcik nak jumpa.. Happy sungguh budak tecit tu.. Rumah beso, syok betul dia explore.. Tapi ngantuk le pulak.. Bagi susu sebotol, baringkan atas sofa terus tertido.. Tetiba je nangis entah ngigau apa ntah, terus angkat dan baringkan atas riba.. Terus tertido semula.. Riba sape? Mak long dia la ni.. Aku suka tidokan dia atas riba, senang nak enjut2 bila tetiba dia terjaga..

Tapi sejak dah beso ni Adriana suka tido sekejap je.. Dalam setengah jam, cukuplah nak hilangkan rasa ngantuk.. Tapi aritu tengah tido tetiba pulak dia nangis, entah ngigau apa tak taulah.. Pujuk2 tak berhenti terus dukung bawak gi jalan2 dalam rumah.. Takde jauh mana pun, sampai depan TV je..hehehe.. Sampai depan TV stop pun nangis.. Fokus tengok citer kat TV.. Maknanya takkan tido semula la tu.. Mata dah beso balik.. Masa untuk main semula..hehehe.. 

Wahh, banyaknya buku Adriana baca.. Badan dah chubby semula..

Happy je budak tecit ni..

Berkenan dengan toksu ye Adriana? Bukan main laju lagi pergi ke toksu..

Eh, tetiba je landing kat toksu..

Amboi2 bukan main manja lagi dia dengan toksu ek.. Padahal bukan selalu pun jumpa..

Cucu yang terlebih friendly ni..hihihi.. Toksu pun senyum je tengok keletah Adriana..

Tapi Adriana balik malam tu jugak sebab ayah nak keje esok.. Sekejap je la dapat jumpa.. Tak puas nekcik.. In Shaa ALLAH, panjang umur kita jumpa lagi kat Johor nanti bila Adriana balik kampung ye.. ^__^




 

Friday, December 14, 2012

Kisah Adriana & Stoberi..



Semoga korang semua sihat ye hari ni.. Bagi yang kurang sihat tu jangan lupa makan ubat supaya kembali sembuh seperti biasa.. Dan jangan lupa baca bismillah dengan niat bertawakkal kepada ALLAH sebab ubat tu hanya medium tapi yang menyembuhkan tu adalah ALLAH S.W.T..

Hari ni saja nak bercerita tentang kisah surprise birthday celebration untuk ibu Adriana last week.. Alah bukannya celebration besar pun, just husband bagi surprise kat wife tersayang.. 

Hari Selasa minggu lepas 4/12/2012 besday ibu Adriana.. Huda pulak 3/12/2012.. Nenek pulak 10/12/2012.. Memang dah cantiklah tu.. Geng Disember..hehehe.. Ayah Adriana saja nak surprisekan bini dia.. Mamat ni kalo bab romantik2 memang fail.. Tapi disebabkan hari istimewa isteri tersayang, cuba gak la jadi romantik sikit..hihihi.. Disebabkan bini dia teringin nak makan kek aiskrim, so dia pun minta tolong kakak dia ni suh survey and order kek aiskrim tu.. Survey2 jumpa la kat King's Confectionary di IOI Mall tu.. Nasib baik dekat dengan umah.. Senang sikit nak amik.. Order seminggu awal.. So hari Selasa tu dah plan nak keluar opis on time 5.30 petang sebab tak nak lambat sampai umah Adriana.. Tetiba 10 minit lagi sebelum opis tutup, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya.. Siap dengan guruh berdentum kilat sabung menyabung lagi.. Aduhai, camne nak pegi ni.. Tunggu punya tunggu takde tanda nak reda pun.. Masa makin berjalan.. Last2 redah je la.. Terus gi IOI mall amik kek dan menuju ke rumah Adriana.. 10 minit sebelum kul 7 malam sampai la kat umah Adriana.. Sebelum bertolak tu dah SMS ayah Adriana suruh dia keluar bila dengar bunyi kete berhenti kat luar rumah.. Maklum le nak buat surprise, kenalah senyap2 kan..

Bila sampai je ayah Adriana pun keluar.. Pastu amik kek dan slow2 bawa masuk dalam umah.. Siap nyanyi lagu hepi besday lagi.. Peh!! Memang romantik sungguh la.. Tapi kelako pulak aku tengok sebab tak pernah nampak dia camtu kan.. Rasa nak ketawa pun ada tapi ku tahan.. Mana boleh spoil mood romantik orang..hehehe.. Ibu Adriana senyum je tengok laki dia bawa masuk kek.. Tapi Adriana tersengih lebar.. Dia yang terlebih excited bila nampak kek.. Maklumlah makanan kan.. Dia memang suka makan.. Rezeki2.. Bila letak je kek atas lantai, laju je anak dara tu terpa sebab ada strawberi.. Mesti dia rasa geram nak amik strawberi tu sebab nampak cantik.. Dalam fikiran dia mesti sedap sebab warna strawberi tu merah dan nampak menarik..hihihi..

Happy Birthday & Happy 2nd Wedding Anniversary.. ^__^

Kek aiskrim coklat yang cukup menggoda deria rasa.. Sedappp..

Ah!! Tak sabarnya nak makan kek ni..

Alah, jauh la pulak.. Dekatkan sikit, senang nak makan..

Ishhh!! Leceh betul la guna sudu.. Makan pakai tangan je la..

Aigooo!!! Sejuknya..hahahaha..

Nyam nyam nyam.. Sedapnya..

Kiri kanan tangan berfungsi.. Sejuk belakang kira..

Nyam nyam nyam.. Mata sambil tengok iklan kat TV..

Eee apa pandang2 ni? Nak amik stoberi Adriana ek? Tak boleh tak boleh..

Ayarkk!! Masam rupanya rasa stoberi ni..

Licin pinggan sampai cair aiskrim dikerjakan Adriana..

Hehehe.. Adriana suka kek ni.. Sedap..
(suka sangat menyengih camtu sekarang ni.. nak tunjuk gigi la tu)

Papp!! Alamak, apa sudah jadi?

Kahkahkah.. Teringin nak pakai masker ke? Ini memang masker terbaek pernah jumpa.. 2 in 1.. Boleh dimakan dan dibuat masker sekali..kehkehkeh..

Hahaha.. Tengoklah budak comot ni satu badan kena aiskrim..

Comot tak comot, makan tetap diteruskan..

 Ayarkk!! Terlupa pulak yang stoberi ni masam..huhuhu..

Itulah kisah Adriana dan stoberinya.. Dia yang terlebih excited.. Tapi sangat menghiburkan la gelagat budak comel ni.. Tak kering gusi kitaorang tengok ragamnya.. Tak kisahlah kan Adriana, besday ke apa ke yang penting ada makan2.. Memang Adriana memberi full commitment..hehehe..

Malamnya pulak kitaorang pegi dinner kat D' Arab Cafe.. Makan nasi arab dengan lamb and chicken kabsah.. Amik combo untuk 3 orang je.. Itu pun tak habis makan.. Siap tapau bawak balik.. 

Duta D' Arab Cafe pada malam tu sebab kitaorang je yang ada.. Bising betul dia ketuk tin tu..

Tengoklah tu, bukan reti nak diam..

Inilah hidangan istimewa kami malam tu.. Nasi arab dengan kambing dan ayam kabsah.. Nasinya sedap.. Makan camtu je pun dah sedap.. Ayam dengan daging kambingnya lembut je.. Yang tepi tu salad arab kot.. Camne rasanya? Cam rasa salad la..hehehe..

Tengoklah betapa besarnya hidangan kombo ni.. Banyak giler nasi dia.. Tak habis pun, tapau buat sarapan Adriana esoknya..hehehe..

Muka ayah Adriana puas hati la tu dapat makan nasi arab akhirnya.. Yang dalam mangkuk tu sup kot tapi aku tak suka sebab rasa macam air rebusan rempah ratus (ala yang cengkih, kayu manis n the geng tu)

Dah pandai sedut air guna straw..

Hahaha seronoknya saya dapat makan nasi arab hari ni..




Thursday, December 13, 2012

Makcikku & Misi Tudungnya..



Sihat semuanya hari ni? Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesihatan yang baik..

Selasa lepas aku cuti sebab besday Sultan Selangor.. Bukan aku sorang tapi semua company yang beroperasi di dalam negeri Selangor.. Tapi kalo ada yang tak cuti tu tak tau le pulak sebab sepatutnya cuti kan.. Tapi kalo kena keje masa cuti umum ni masyukkkk apa.. Best gak kan dari melanguk je tak buat pape kat umah..hehehe.. So apa aktiviti aku cuti2 tu? Membuta terlebih masa? Kalo le dapat, memang syok le.. Selasa lepas makcik aku dari Pasir Gudang datang umah pakcik aku (adik bongsu dia) kat sini.. Family trip turun KL, melawat adik beradik yang tinggal kat sini.. So dia sampai dalam kul 10.30 pagi.. Aku lak sampai umah pakcik aku dalam kul 11 pagi sebab pagi tu bangun2 pagi je perut meragam.. Sakit giler macam food poisoning tu tapi nasib baik boleh lagi gerak.. 2 kali gak la masuk toilet pagi tu.. Bila tak berapa sihat ni malas betul nak gi memane kan.. Tapi disebabkan makcik kesayangan (beza umur kitaorang 9 tahun je sebab aku ni anak sedara yang pertama, ini le makcik aku yang jadi kawan aku masa aku kecik2 dulu.. sebab tu kitaorang rapat.. lagipun makcik aku yang adik kandung mak aku 2 orang je.. aku sayang mereka sangat2), aku gagahkan diri gak.. Alhamdulillah, sakit perut dah beransur2 hilang..

Sebenarnya makcik aku ni ada misi datang sini.. Dan disebabkan adanya aku dia lagi la bersemangat nak jalankan misi dia tu.. Dia nak pegi Jalan Masjid India, cari tudung LAGI.. Sebab apa lagi? Sebab ngam2 setahun yang lepas kitaorang pegi gak Jalan Masjid India.. Tapi masa tu ada orang lain join, mak andak (kakak kandung makcik aku ni) aku yang datang dari Perak dan juga ibu Adriana yang tengah pregnant 8 bulan lebih.. Sebulan lepas tu Adriana lahir.. 6 jam berjalan jerkah semua kedai jual tudung kat Masjid India tu nak cari tudung idaman makcik aku.. Serius cakap sangat penat.. Kaki memang letih giler.. Tapi ibu Adriana relaks je.. Esoknya pinggang aku sakit giler, tegang je rasa.. Bila tanya ibu Adriana, ada sakit pape tak badan? Dia cakap ok je, takde pape pun.. Wahh, nampak sangat kakak ipar dia ni dah tua..hahahaha..

So misi kali ni aku dengan makcik aku je pegi.. Anak bongsu dia nak ikut tapi dia tak bagi sebab takut anak dia nanti boring nak layan kerenah nak dia bershopping.. Dulu masa pegi kitaorang naik LRT sebab area yang nak terjah tu kan selalu sesak.. Then ngam2 sampai kat LRT Bukit Jalil masa dah balik dari KL tu hujan turun selebat2nya.. Sampaikan kitaorang stuck setengah jam daripada stesen LRT nak ke stadium hoki belakang tu sebab hujan.. Padahal dekat je.. Tapi kali ni kitaorang naik kete terus sampai final destination sebab sekarang ni kan petang2 hujan dan taknak peristiwa lama berulang kembali..hehehe.. Lepas je Zohor dalam kul 1.30 petang kitaorang gerak.. Masuk jalan Istana pastu exit Tun Sambanthan.. Kat depan KTM dan Dayabumi tu memang jammed.. Setengah jam jugak le.. Sebenarnya aku pun tak familiar jalan kat KL ni.. Aku main terjah je tu.. Tawakal pada ALLAH dan berdo'a semoga dipermudahkan.. At last nampak gak la area yang nak dituju tu.. Tapi fikir pulak nak parking kat mana.. Masalah gak tu.. Parking kat depan bangunan semua penuh.. Last2 nampak le Semua House, parking je la kat atas tu..  Masa naik atas tu tak perasan pun rate parking tu berapa.. Yang penting ada tempat parking kan.. Siap je parking tengok jam kul 3 petang.. Gila kentang la 1 jam setengah baru sampai final destination.. Kalo kat highway tu boleh sampai R n R Ayer Keroh..hehehe..

Keluar je dari Semua House terus terjah kedai2 yang jual tudung.. Masuk dari belakang kedai, keluar kat depan kedai, masuk dari depan kedai, keluar kat belakang kedai.. Aku ni peneman je sebab aku tak berapa minat tudung2 pesen bagai ni.. Nampak macam glamer sangat.. Aku ni kan simple je orangnya.. Asal cantik dan labuh pada mata aku, cukup.. Tapi makcik aku ni walaupun surirumah, suka bergaya ikut latest fashion.. Kiranya nanti balik Pasir Gudang, dia dah pakai dulu la pesen tudung terkini yang belum sampai pun kat kedai2 tudung di Pasir Gudang tu..kihkihkih..

Walaupun banyak tudung yang dipamerkan, kalo tak berkenan tak beli jugak kan..

Belek jangan tak belek..

Tapi memang banyak giler kedai tudung kat area tu.. Sebelah2 jual tudung.. Terfikir jugak aku ada ke orang beli kalo dah semua kat situ jual tudung yang sama.. Dan tak jeles ke kedai tudung depan kalo ada orang beli tudung yang dia pun jual dari kedai depannya.. Tapi rezeki tu ALLAH yang tentukan.. Kenalah pandai berusaha untuk tarik perhatian pelanggan.. Dan masa dok survey tu aku terjumpa jugak kedai jual abaya.. Yang jenis umbrella pulak tu.. Wahhhhh, cantik giler.. Aku sangat suka.. Tapi masa tu fulus tak banyak dalam purse.. Tengok je le.. Lagipun tujuan nak cari tudung idaman makcik aku.. Priority pada mission dia le.. Lain kali boleh aku datang lagi bila nak beli abaya sebab dah tau lokasi kat mana..hehe.. Pastu terjumpa la satu kedai tudung ni.. Cantik pulak tudung dia, sampaikan aku pun berkenan.. Tapi serius dalam purse aku ada RM20 je.. Kahkahkah melampau betul kan pegi KL bawak RM20 je.. Konon2 plan nak draw kat Maybank sebelah Mydin tu.. Tengok ramai orang, seriau pulak aku.. Nak draw bukan banyak pun tapi manusia ni bukan kira.. Ada kesempatan rembat je.. Last2 aku cakap dengan makcik aku, pinjam dulu duit dia nanti aku bayar balik.. Tak senonoh betul anak sedara dia ni kan..kehkehkeh.. Tup2 dia belanja aku mehh.. Dapat le sehelai RM25 lepas tawar.. Terima kasih acik ye.. Moga makin murah rezeki.. Ameennn..

Inilah tudungnya.. Aku suka design dia walaupun simple.. Tak sangka sama taste pulak dengan makcik aku..hehe..

Kena test dulu takut singkat.. Kalo dah singkat tak menutup aurat nanti..

Muka serius giler.. Tapi nampak iras muka mak aku.. Dah nama pun adik dia kan..

Last2 amik gak.. Makcik aku amik warna ni.. Aku amik warna hitam, design yang sama..

Lepas tu sambung lagi tawaf.. Masuk kedai, belek2, tak berkenan keluar.. Masuk pulak kedai lain.. Sama gak kaedahnya.. Penat penjual2 tu suruh singgah.. Mana yang rasa macam berkenan nak belek, kitaorang berhenti la kat kedai tu.. Kalo tak, laju je jalan..hehehe..

Beriya mamat tu promote suruh beli.. Latest design dia cakap..

Makcik aku cari tudung warna krim.. Tapi corak yang dia jumpa tak cantik pada mata dia.. Aku tak kisah sebab bukan aku yang nak beli..hehehe..

Cari tudung krim tapi dah berkenan si kelabu, rembat gak.. Cantik pulak tudung ni.. Aku pun berkenan tapi takpela, takkan nak pakai seragam lak kan..haha..

Sampaikan tiba satu tahap tu nak masuk kedai sebelah, eh dah habis ke? Kahkahkah.. Dah sampai hujung bangunan rupanya.. Pusing semula masuk kali kedua.. Tapi certain2 kedai bukan semua sekali.. Giler ke hape nak masuk semula semua kedai.. Padahal kaki dah rasa nak tercabut ni.. Penat siot berjalan tak berhenti ni.. Tapi last2 jumpa jugak tudung warna krim dengan corak yang makcik aku berkenan.. Masa survey yang first tadi tak berhenti kat kedai tu, berhenti kat kedai depannya.. Kedai depannya tu pun ada tudung krim dan makcik aku dah berkenan tapi singkat.. Bukan rezeki dia la tu.. Rupa2nya rezeki jiran depan dia.. Alhamdulillah jumpa gak.. Ingatkan dah dapat tudung idaman tu boleh le balik.. Rupanya nak cari tudung kawan pulak.. Ayarkk!! Awat le tak cari sekali tadi.. Tak boleh fokus selagi tak dapat tudung idaman dia la tu.. Ikut le jugak tapi mata tengok2 jugak kalo dalam kedai tu ada kerusi.. Nak tumpang duduk..kehkehkeh.. Dalam kedai tu dapat lagi beberapa helai tudung.. Shopping sakan makcik aku.. Alang2 dah sampai sini kan.. Aku pun rembat lagi sehelai tudung warna hitam untuk pakai harian.. Yelah aku ni kan suka pakai tudung yang sama.. Tudung tadi tu cantik sangat..hehe.. So cari le yang biasa2 sehelai.. Alah RM10 je.. Ni pun makcik aku bayar.. Terima kasih sekali lagi acik.. Moga rezeki makin melimpah ruah.. Ameennn..

Posing je bila disuruh.. Sporting giler makcik aku ni..kehkehkeh..

Belek2 lagi..

Tak beli pape pun kat sini.. Takde yang berkenan..

Siap shopping tudung kul 7 malam.. Dah settle baru terasa dahaga.. Lapar pun ada sebab last makan tadi kul 11 pagi.. Melampau betul kan bila nafsu shopping tu dah menguasai diri.. Makan minum pun tak hirau (sama style dengan madam aku shopping ni).. So pegi la cari tempat makan.. Kat area tu mana nak jumpa tempat makan cantik2.. Jumpa la tempat makan stail warung kat situ.. Sedap gak makanan dia.. Tak tau la sebab lapar atau memang sedap.. Tapi rasanya memang makanan dia sedap sebab dua2 yang kami order rasa sedap..hehe..

Inilah makcik aku yang excited nak gi Jalan Masjid India setiap kali datang sini..kehkehkeh..

Siap je makan dalam kul 8 malam, terus bergegas ke kete yang parking kat Semua House.. Tengok2 kedai2 dalam tu dah tutup.. La, aku tak tau pulak kedai2 dalam tu tutup awal.. Kalo kitaorang terlambat mesti kena pegi tempat parking tu guna laluan kete naik.. Dahlah level 3.. Masuk2 je parking ticket, keluar RM15.. Tu diaaaa.. Terkujat jap aku.. Mahal giler.. Kalo kira2 adalah 5 jam kot kitaorang parking.. Aku tak perasan parking rate masa masuk tadi.. Ahh, bayar je la.. Tak bayar nanti tak boleh keluar pulak kan..hehehe.. Sampai rumah dah dekat kul 9 malam.. Alhamdulillah sampai dengan selamat.. Dan Alhamdulillah juga sebab misi makcik aku berjaya..hehehe..

Terima kasih ye acik sebab belanja kak long.. Moga murah rezeki.. Lain kali datang la lagi.. Kita tawaf lagi ek..hehehe..