22 Julai 1996... 14 tahun yang lepas..
Apa yang menariknya dengan tarikh ni? Apa yang dah berlaku? Cukuplah aku katakan sesuatu telah berlaku pada family aku.. Kami telah diuji dengan ujian yang agak berat dalam hidup ni.. Tapi Alhamdulillah, kami masih mampu menghadapinya.. Sesungguhnya Allah akan memberi sedikit ujian kepada hamba-hamba yang disayangi-Nya.. Di waktu sukar, di waktu senang, sentiasalah ingat kepada Allah.. Sekiranya kita sentiasa mengingati Allah, Allah juga akan sentiasa mengingati kita..
Walau apapun yang berlaku pada kita dalam hidup ni, semua ada hikmah di sebaliknya.. Sentiasalah bersangka baik kepada Maha Pencipta kita.. Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya.. Hanya kita yang sering alpa dengan kehidupan duniawi dan sering melupakannya di saat-saat gembira.. Dan hanya mula mengingati-Nya apabila di landa kesusahan..
Namun apa yang pasti, peristiwa yang telah berlaku 14 tahun lepas tetap akan menjadi memori pahit dalam hidup aku.. Akibat kecuaian, sikap acuh tak acuh dan perasaan mementingkan diri, semuanya musnah dalam sekelip mata.. Tapi Alhamdulillah, nasib baik hanya melibatkan harta benda dan tiada nyawa yang terkorban.. Walau bagaimanapun aku masih lagi dibelenggu perasaan bersalah.. Ingin rasanya aku tebus semula semua yang telah musnah.. Tapi aku tau aku tidak berkemampuan..
Masih lagi terbayang-bayang situasi di ketika itu.. Dengan ketakutan yang terpamer di wajah adik-adikku.. Sedihnya rasa.. Bila diingat-ingat semula, aku merasakan aku ni anak yang tak berguna.. Tidak mampu menjaga adik-adikku sewaktu ibu bapaku keluar mencari rezeki.. Mungkin memang benar aku ni seorang kakak yang tidak boleh diharapkan..
Kepada kedua ibu dan bapaku, aku sangat-sangat merasa bersalah di atas kejadian yang telah berlaku.. Seandainya dapat aku putar semula masa yang telah berlalu, pasti aku akan melakukannya walau dengan apa cara sekalipun..
Kepada adik-adikku, aku ingin meminta maaf kerana tidak mampu menjadi seorang kakak yang baik kepada kalian semua.. Maafkan aku...
Kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan kepada aku dan keluargaku di saat kami amat memerlukan, jutaan terima kasih aku ucapkan. Sesungguhnya budi kalian semua tidak mampu kami balas. Semoga Allah merahmati kalian semua.. Aminnnn..