Friday, November 30, 2012

La Tahzan Ya Qalbi..



La tahzan bermaksud jangan bersedih atau don't be sad in English.. Tajuk entry kali ni bermakna jangan bersedih wahai hatiku.. Ditujukan khas untuk diri sendiri.. Atas sebab apa pulak nak sedih2 ni? Sudah semestinya tentang diri yang masih bersendirian.. To be honest, dulu aku memang dah letak target nak berumahtangga pada usia 25 tahun.. Aku start kerja kat syarikat sekarang ni dari tahun 2004.. Masa tu aku dah pun 25 tahun.. Pejam celik pejam celik dah 8 tahun aku berkhidmat dengan majikan sekarang.. Alhamdulillah, masih serasi bersama.. Mungkin ada yang berkata aku telah berada di zon selesa sebab terlalu lama bekerja dengan majikan yang sama.. Well, pada aku kalo kerja yang aku buat tu mendatangkan keseronokan dan boleh ditangani dengan baik, tak ada salahnya terus berkhidmat di situ.. Lagipun kalo beralih angin ke tempat baru, sudah semestinya tak sama dengan suasana di tempat lama.. Kalo dapat opismate yang ok takpelah.. Buatnya jenis tak boleh tengok orang lain berjaya, tak ke haru tu.. Lebih2 lagi kalo yang PHD tebal.. Silap2 tak lama pun kat situ terpaksa cari kerja yang lain pulak..

Ok back to main story.. Pasal kawin le apalagi.. Target kan 25 tahun tapi masa start kerja kat sini dah 25 tahun pun tapi masa tu takde pakwe @ boyfriend pun lagi.. So camne nak kawin? Then akhir 2004 terjumpa la sorang mamat ni.. Dipendekkan citer dia tak ready untuk ada komitmen lagi.. So, oklah watpe nak terus berhubungan dengan orang camtu kan.. Berpisah itu lebih baik.. Sedih ke? Well, adalah jugak kot.. Masa mula2 tu je.. Lama2 ok.. Lagipun sebelum break tu kitaorang pun dah selalu tak bersefahaman, so perasaan pun dah start hilang sikit2.. Hahahaha..boleh gitu ye?

Berapa lama ek kitaorang punya relationship? Setahun kot (sorry, malas nak ingat sebab rasa takde faedah pun nak ingat2 balik..hahaha..). Then lepas tu memang rasa malas nak cari boyfriend ke atau berkawan dengan orang ke.. And on that time memang rasa sometimes my life is so empty because I felt lonely.. Seriously.. Kadang2 rasa sangat sedih sebab rasa sangat kesunyian tau.. Bila sangat sunyi tu, bila nak tido kekadang boleh nangis (kahkahkah..dalam hati sudah banjir..;p). Kalo tengok citer romantik, mulalah feeling terlebih.. Lagi2 citer Hindustan.. Ala korang pun camtu gak kan? Tengok Kuch Kuch Hota Hai, airmata pun meleleh..huahahaha.. Lawak pulak bila diingat2 semula..

Tapi serius la masa tu kadang2 rasa sunyi sangat.. Bila tengok orang ada pakwe, sedih tau.. Orang gi dating, kita dok umah je.. Tapi taknak berkawan.. Maybe sebab tak reti nak cari kawan kot dan rasa takde orang nak kawan dengan aku.. Iyealah aku ni bukannya cantik pun (perasaan masa tu la, tapi sekarang dah sedar semua makhluk ciptaan ALLAH tu cantik..) Oh ye, lepas break tu aku belajar memandu.. Cikgu yang ajar aku tu pernah kerja tukang masak kat kedai makan area situ gak.. Selalu aku makan kat situ, bawah opis je.. So kiranya aku dah kenal dia sebelum belajar memandu dengan dia.. Masa kat kedai makan dulu, tegur camtu2 je.. Bila dah jadi cikgu ni, dah hari2 jumpa dan dia yang ambil dan hantar aku ke kelas, kira lagi kamceng la.. Tetiba pulak muncul gossip pasal kitaorang.. Semua orang yang ada kat kelas memandu tu kenenkan kitaorang.. Glamer aku masa tu nak dibandingkan dengan student lain..kihkihkih.. Tapi aku buat bodo je.. Tak amik port pun sebab aku takde feeling pape kan.. Cumanya mamat ni kalo aku mintak tolong memang laju je response dia.. Memberi pertolongan la.. Kadang2 ada terfikir gak, mamat ni memang suka kat aku ke? Hahahahaha.. Sampai ke sudah aku tak tau sebab lepas dapat lesen tu aku dah jarang contact dia.. Tup2 dengar dia dah berhenti dan balik Sarawak, kampung dia.. Kekal menjadi misteri sehingga kini..hihihihi..

Lepas dah dapat lesen tu langkah pun makin jauh.. Tak jauh mana pun.. Kalo takde member, nak kemana pulak peginya.. Setakat pegi keje balik keje.. Pegi kedai makan.. Itu je le.. Dan nak dijadikan cerita, satu hari tu aku pegi ke Bangi sebab nak jumpa kawan aku.. Itulah first time aku keluar dari zon selamat aku.. Waktu malam pulak tu.. Dan aku memang tak reti, tak tau dan tak kenal area Bangi tu.. Aku main belasah je masuk jalan memana ntah.. Yang kawan aku pulak call2 tak boleh reach phone dia.. Ah, sudah.. Aku memang cuak giler masa tu.. Nak nangis pun ada.. Pastu berenti kat Petronas sebab aku rasa macam selamat sikit.. Tapi tak lama pun sebab suasana kat situ cam kelam jek.. Tobat!!! Tak nak main terjah je lepas tu.. Call2 kawan aku tak dapat.. Last2 aku tawakal je, cari signboard ke KL.. Kalo sesape yang familiar dengan Bangi, aku tersesat kat SILK highway, masuk exit Jalan Reko.. Mula2 masuk dari highway tu kat traffic light aku belok ke kiri ke arah Kajang.. Tapi disebabkan suasana yang tak berapa nak mesra alam, aku u turn dan straight semula.. Kiranya dari traffic light tadi tu aku ke arah kanan pulak.. Jangan ditanya kenapa aku tak masuk SILK semula.. Masa aku aku memang tak cam dari mana aku masuk, jalan apa aku berada.. Last2 jumpa mamat tengah jual burger kat tepi jalan.. Depannya ada restoran.. Tawakal je la, berenti tanya jalan.. Tengok gaya bapak orang dah.. Baik punya explanation, siap lukis peta lagi.. Dan dia siap mintak no phone sebab nak make sure aku sampai dengan selamat.. Punyalah baik kan.. Baik ada makna tu.. Alhamdulillah, sampai gak.. Main redah je tu.. Yelah, map orang lukis ni bukannya sama dengan jalan sebenar.. Sampai sekarang masih ada lagi map tu.. ^_^

Lepas daripada tu kitaorang pun berkawan.. Bujang lagi, rupa je ala2 bapak orang.. Dia keje part time jual burger tu.. Siang kerja kat company construction.. Area situ gak.. Biasalah nak cari income lebih.. Kelakar la kalo diingat2 semula.. Dia cakap muka aku masa tanya jalan tu memang macam nak nangis.. Memang la, tengah cuak beb.. Masa aku kawan dengan dia tu aku dah 29 tahun.. So target dah terlepas la ye.. Seronok berkawan dengan dia.. Fun, happy go lucky person.. Cuma mungkin aku yang rasa dah desperate sangat kot.. Kalo boleh nak ending cepat2 sedangkan dia tak ready lagi.. Nak enjoy lagi.. Masih nak berkawan dengan perempuan lain lagi.. Maklumlah dia muda 4 tahun dari aku.. Dan aku pulak dah nak masuk era 30-an.. Tension wei bila orang asyik tanya je bila nak kawin.. Sampai kadang2 rasa malas nak balik kampung atau jumpa sedara mara.. Macam takde soalan lain kan? Mamat ni memang jujur la bagitau aku dia ada berkawan dengan perempuan lain.. Bayangkan le tengah dalam keta nak kuar sesama ni tetiba ada pompuan call.. Suara menggediks.. Yang si mamat ni boleh suruh aku diam jap.. Wah!! Hangin la den.. Terus bersuara sekuat yang mungkin biar minah tu dengar.. Terus letak telefon.. Kalo fikir2 balik, nak marah siapa ek? Perempuan tu? Kalo mamat ni tak layan takkanlah dia jadi camtu.. Sebab mamat ni pernah bagitau aku dia saja2 je nak test perempuan camtu.. So, nak kata apa lagi? Mungkin berkawan dengan aku pun sesaje nak test..

Dan ditakdirkan pulak pada masa tu pun kenal pada seseorang.. Sape yang pernah baca previous entry dalam blog ni mesti pernah baca pasal Mr. Yayang kan.. So disebabkan mamat yang tadi tu nampak gayanya pun tak ready nak ada serious commitment, tinggalkan je la dia (kejam kan aku ni? tapi ada reason what..) Tapi ada hikmah aku kenal mamat ni.. Disebabkan dia aku familiar dengan area dan jalan di Bangi walaupun tak sepenuhnya.. Last2 adik aku dapat study kat GMI, Bangi.. Senang nak tuju sebab dah tau jalan..hehehe..

Then I start my serious relationship with Mr. Yayang.. Our goal on that time memang want to end it with marriage.. Tapi rupanya terlalu banyak yang perlu difikirkan dan diambil kira.. It's not as easy as what we thought.. As time flies, I didn't see the goal will be achieved in the nearest time.. We start our relationship in 2008.. And it's 4 years already.. With so many obstacles, so many problem we had go through together, at the end I am surrender.. I cannot take it anymore.. With full of courage, I told him I want to stop this relationship.. Before I make this decision, I pray to ALLAH for His Guidance.. And what can I feel, the feeling that had appear before has gone slowly by a time.. I told him without hesitation I want to end this relationship because I can't continue with it anymore.. It's enough for me.. Am I too cruel? Yes, I admit it coz I never consider his feeling before I make this decision.. I broke someone's heart.. Yes, I know it.. But I love my heart more than anybody.. I need to consider my heart's feeling first before other people's heart.. I know he loves me so much.. Even until now he cannot fully accept my decision.. I am sorry but this is the best decision for myself..

Akhirnya setelah beberapa kali mencuba, takde satu pun yang berjaya.. Mesti ada yang bertanya tak penat ke dan tak frust ke asyik tak menjadi je.. Well, dulu agak frust jugak.. Sebab tu tak berhenti berharap dan mencuba hubungan yang baru.. Dengan harapan akan menjadi penamat kepada gelaran single itu.. Tapi kita cuma manusia, mampu merancang tapi perancangan ALLAH lebih baik..

So secara rasminya aku kini sudah kembali SINGLE!!!!! Adakah aku frust dengan perpisahan yang berlaku lagi setelah menaruh harapan terlalu lama? Dan ini juga secara tak langsung bermakna aku akan melalui segala kesunyian dan kesedihan sebab takde boyfriend.. Adakah aku sedih dengan nasib diriku ni? In Shaa ALLAH, tidak lagi sebab..

 Apabila kita sentiasa mengingati ALLAH, ALLAH pun akan sentiasa Mengingati kita.. ^__^


Yakinlah pada ALLAH.. Kasih sayang ALLAH itu lebih bermakna daripada kasih sayang sesama makhluk.. ^_^
(sumber : fb seorang teman)










0 Kata-Kata Hikmat: