Alhamdulillah.. Dapat lagi kita berjumpa hari ni ye.. Setelah meraikan satu lagi hari kebesaran di dalam Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau pun lebih dikenali sebagai Hari Raya Qurban..
So camne raya korang.. Harap2 semuanya menceriakan dan menyeronokkan.. Dan untuk aku pulak, memang sangat2 seronok.. Sebab dapat sambut raya dengan semua ahli keluarga di kampung.. Best sesangat.. Lebih2 lagi dua2 budak comel tu pun ada.. Sape lagi kalo bukan kakak Huda dengan Adriana.. Seronok sangat tengok gelagat budak dua orang tu..hehehe..
Actually, aku bukan nak citer pasal raya.. Tapi citer weekend sebelum raya.. Citer2 raya tu nantilah, takde apa pun yang luar biasa.. Sama je.. Gambar2 pun tak banyak.. Aku dah malas nak jadi photographer..hahaha.. Sekarang turn orang ada Samsung SIII pulak yang rajin amik gambo.. Handphone mahal2 kenalah tunjukkan kecanggihannya, ye tak? Hihihi..
Ahad, 21/10/2012 yang lepas, aku gi Melaka.. Nak survey chalet kat kawasan pantai Melaka tu.. Adik aku si Irul nak buat company vacation tapi department dia je la.. Adalah dalam 40 orang.. Tapi plannya awal next year.. Dia dah survey dalam internet chalet2 yang agak2 menarik.. So tujuan kitaorang pegi tu, nak tengok sendiri keadaannya adakah seperti yang dikhabarkan dalam lawan web ataupun hanya indah khabar dari rupa (pehh!! bahasa aku sangatlah puitis kan..;p). Pantai yang kitaorang pegi ni namanya Pantai Kemunting kat area Pengkalan Balak.. Kalo dari arah utara, lepas exit kat tol Simpang Ampat, dalam setengah jam sampailah kat Pengkalan Balak.. Pekannya Masjid Tanah.. Kalo dari arah selatan, exit kat tol Alor Gajah pun boleh. Perjalanan dari tempat adik aku kat Nilai sampai sini adalah lebih kurang 2 jam setengah sebab first time datang.. Tak familiar dengan arah, so tak berapa nak laju la drive.. Sepatutnya dalam sejam setengah dah sampai.. Tapi Alhamdulillah, walaupun tak berapa laju tapi takdelah sesat sebab tengok google map dulu sebelum bertolak.. Gigih tu menghafal jalan..kehkehkeh.. Tapi ada gak tanya2 orang bila rasa tak berapa confident.. Akhirnya sampai gak kami bertiga ke tempat yang nak dituju.. Eh? Bertiga? Sape lagi sorang? Ehem2.. Faham2 je le.. Orang dalam hati ada taman yang bunganya sedang mekar berkembang.. Sambil survey sambil dating..ekekekekeke..
Arah ke Pengkalan Balak..
Bila sampai je kat kawasan Pengkalan Balak tu, memang terus nampak pantai.. Sangat cantik ok.. Airnya warna biru hijau dan nampak bersih.. Mungkin sebab kawasan ni tak berapa popular.. Yelah, kawasan kampung kan.. Yang selalu lepak kat pantai tu orang2 kampung je la.. Entah2 orang2 kampung kat situ pun dah tak heran sangat dengan pantai.. Orang2 bandar ni yang jakun..hihihi.. Tapi jangan risau sebab banyak chalet kat sepanjang pantai di sini.. Cuma kena risau sebab tak sepanjang masa chalet2 itu ada bilik kosong untuk disewa..hehehe..
Panjang pulak intro.. Belum masuk gambo2 lagi.. Mau berjela2 entry kali ni.. Oklah, kita stop membebel, biarkan gambar2 yang akan dipaparkan ini menceritakan kisah yang selanjutnya ye..
D'NELAYAN BEACH RESORT
Tetiba jadi duta tolong promote..hihihi.. Sape2 yang nak tanya atau booking bilik, bolehlah call nombor tepon yang tertera tu ye..
Resort ni betul2 kat tepi laut.. Siap ada tangga lagi nak turun ke pantai..
Camnilah rupa bentuk bilik2 kat resort ni.. Macam style dorm sekolah asrama pun ada kan? Hehehe.. Tapi kat depan bilik2 ni ada hall terbuka.. Kalo nak buat family day yang ada persembahan2 tu sesuai la..
Pemandangan resort dari arah pantai..
Hampir terlupa pulak.. Setentang dengan resort ni ada pusat internet.. Kalo dah jumpa signboard ni, dah sampai la tu.. Unik kan nama kampung ni.. Tempat lain ada ke? Hehehe..
Hampir terlupa pulak.. Setentang dengan resort ni ada pusat internet.. Kalo dah jumpa signboard ni, dah sampai la tu.. Unik kan nama kampung ni.. Tempat lain ada ke? Hehehe..
Disebabkan kitaorang sampai tu dah waktu makan tengahari, so perut pun sudah berkeroncong minta diisi.. Disebabkan ini kawasan kampung, so janganlah rasa akan jumpa restoren 3 atau 4 bintang di sini ye.. Yang ada warung2 tepi jalan tu.. Tapi yang pastinya makanannya memang best.. Orang cakap Melaka ni terkenal dengan asam pedasnya.. Kebetulan pulak memang ada Warung Asam Pedas Mak Limah kat tepi jalan tu.. Tak payah banyak songeh la, belasah je.. Masuk2 nasi sedang ditanak.. Alahai, ramai sungguh orang yang singgah sampaikan nasi pun habis.. Lauk pun memang dah licin.. Tinggal asam pedas ikan pari je.. Ah, bolehlah.. Kitaorang ni pun bukan cerewet sangat pasal makan ni.. Tengah sedap makan, hujan pulak turun dengan selebat-lebatnya.. Memang syoklah makan.. Perut memang tengah lapar, ditambah pulak dengan hujan lebat, nasi panas makan dengan asam pedas, memang terbaik.. Hehehe..
Muka orang kelaparan tunggu nasi masak.. Cun tak? Kahkahkah..
Rezeki kami hari tu.. Asam pedas ikan pari dengan sambal tempe rangup.. Alhamdulillah..
TERATAK REHAT ATIE IRA CALET D PANTAI
Lepas hujan dah agak teduh, kitaorang pun meneruskan misi semula.. Singgahlah di chalet ni.. Nama panjang sangat..Sebaris dengan D'Nelayan tadi.. Masih lagi dalam kawasan yang sama.. Masuk je dalam kawasan chalet ni terus jatuh cinta.. Sebabnya rasa macam balik kampung pulak.. Tak caya? Tengoklah sendiri.. Kalo rasa macam nak bercuti kat sini, bolehlah call pengurusnya untuk bertanyakan bilik ye.. Kak CT - 019-331 0885 / 012-658 2561.
Aku sangat suka dengan chalet kayu camni.. Feel macam balik kampung..huhu.. Chalet ni guna kipas siling je.. Tapi malam2 gerenti sejuk sebab kayu kan..
Yang ni ada aircond..
Aduhai sapelah minah yang tetiba enterframe ni..kihkihkih..;p
Banyak pokok besar kat sini.. Kalo cuaca panas mesti tetap redup je.. Siap ada buai lagi.. Kalo tido tu memang nyenyak dibuai angin laut..
Tempat nak BBQ pun ada.. Classic punya style.. Guna tong dram yang kerat tengah2 tu..
Chalet kayu ni gabungan 4 bilik.. Setiap bilik ada 2 pintu.. Satu kat depan, satu lagi kat depan bilik air.. So kalo lepas mandi laut tu terus je gi bilik air bilas badan..
SubhanALLAH.. Indahnya alam ciptaan ALLAH..
Keadaan dalam bilik yang ada aircond..
Jom tengok apa yang ada dalam chalet kayu ni pulak..
Ha!! Inilah rupanya.. Sila abaikan tilam yang bergelimpangan itu.. Bilik ni takde penyewa dan disebabkan hujan lebat, makcik tu kemas bilik sebelah dan letakkan tilam dari bilik sebelah kat dalam bilik ni.. Faham? Hahaha..
Menikmati angin laut yang bertiup kencang selepas hujan lebat melanda.. Sejukkkkkk...
ISMAH BEACH RESORT
Tempat last kitaorang survey adalah Ismah Beach Resort.. Resort ni nampak agak class sikit la.. Siap ada swimming pool lagi.. Tapi lokasi agak jauh dari resort yang lain2 tadi tu..
Design bilik kat resort ni..
Ada kolam renang..
Disebabkan hujan turun dengan agak lebat semula, so tak banyak la gambar kat resort ni yang dapat ditangkap.. Kalo nak lebih detail, klik kat sini. Cuma lokasi Ismah Beach Resort ni kat sebelah kiri Pantai Kemunting.. Kena lalu medan ikan bakar berhadapan balai polis Pengkalan Balak.. Dua lagi resort tadi tu kat simpang tiga sebelum sampai balai polis kena belok kanan.. Diulangi ye.. Di sini pun ada medan ikan bakar.. Cuma masa kitaorang sampai tak buka lagi.. Malam kot baru start beroperasi.. InsyaALLAH gerenti tak lapar kalo mai sini asalkan fulusnya ada..hehe..
So, selesailah sudah misi mencari chalet yang sesuai untuk percutian.. Orang lain yang nak bercuti orang lain yang excited nak plan cuti jugak gara2 dah berkenan dengan chalet kayu tadi tu..hahaha.. Tapi walaupun tujuan datang cuma nak survey, rasa tenang bila nampak pantai yang indah ni.. SubhanALLAH.. Semoga satu hari nanti dapat gak bercuti bersama family.. InsyaALLAH..
1 Kata-Kata Hikmat:
Selamat cuti ! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa 827
www.villafamosaresort.com
Post a Comment