Friday, September 7, 2012

Running Man Raya??



Sape tau apa tu Running Man? Lelaki berlari? Ye betulllll.. Pandai semuanya.. Tak sia2 tengok Oh! My English kan..(eh, tetiba je kan.. ada kena mengena ke? ;p).. Hehehe..

Alah aku rasa ramai yang dah tau apa Running Man ni.. Variety show dari Korea.. Memang tengah top pun sekarang ni.. Tapi aku rasa rancangan ni dah start dari 2 tahun lepas kot.. Aku pun tak sure, maklum la masa tu tak terdedah dengan rancangan2 Korea ni.. Baru sekarang je sejak banyak masa terluang ni agak rajin la mengikuti rancangan2 Korea ni.. Itu pun tengok gak la rancangan apa.. Yang boleh layan je.. Kalo high level sangat takde maknenya..

Paling suka tengok rancangan Korea ni cousin aku.. Si Fatin Amyra @ Heechul tu la.. Tengok tu nama pun nak Korea gak.. Mentang2 le muka seiras Heechul ahli kumpulan Super Junior tu.. Bukan setakat Running Man je, macam2 la yang lain.. Kalo artis2 K-Pop tu takyah cakap le.. Tau nama, kenal setiap artis, siap hafal lagu tu.. Padahal entah hape2 la.. Susah beno rasanya nak menyebut bahasa diorang.. Sama gak la macam diorang, susah nak menyebut bahasa kita.. Takde beza pun.. Dah namanya pun bahasa asing kan.. Cousin aku ni sekolah arab tau, tahun ni amik SPM.. Tapi kalo dah minat tu bukan kira sekolah arab atau sekolah biasa.. Biasa le, time remaja ni le macam2 anasir datang.. Dan masa remaja juga le kita ni mudah terpengaruh.. Ala, dah melalui pun zaman tu.. Dah faham sangat le.. Cuma kena pandai jaga diri dan bezakan mana yang baik dan tidak je le.. Yang penting tetap ingatkan ALLAH.. InsyaALLAH pasti kita akan dipelihara-Nya..

Aku pun setakat rancangan variety show bolehlah layan.. Drama2 atau K-Pop tak minat.. Dan salah satu rancangan yang aku suka tengok Running Man ni le..Seronok bila tengok diorang berlawan sesama sendiri untuk menjadi pemenang.. Bukan lawan gaduh2 tu ye.. Nak citer pun malas le.. Cari sendiri dan tengok sendiri ye.. Aku bukan nak promote rancangan ni pun.. Cuma aku ada terjumpa kreativiti seseorang tentang Running Man ni.. Memang daebak la.. Lawak pun ada..kihkihkih.. Tengok la ni..

Tetiba je ada Running Man edisi Raya Special..kehkehkeh..








0 Kata-Kata Hikmat: