Saturday, December 8, 2012

Blog Cahaya Cinta Ku..



Selamat pagi semua.. Aku mula menulis entry ni pada jam 5.40 pagi dan aku sebenarnya belum tido pun lagi dari malam tadi.. Nak tau kenapa aku tak tido lagi? Sat lagi aku habaq mai no..

Actually aku nak buat entry pasal Huda dan besdaynya.. Tapi tetiba terasa nak citer pasal ni pulak.. Ala, tak panjang mana pun, pendek je.. Camni kisahnya, aritu aku nak surf sesuatu kat internet (aku dah lupa nak surf apa).. Masa tu aku di opis.. Hasil carian aku telah memaparkan beberapa link address.. Dan diantaranya ada le blog punya link.. Aku ni kadang2 suka klik link yang keluar tu one by one.. Nak dijadikan citer, aku terbaca satu blog yang sangat menarik hati aku dan membuatkan aku terus menjadi follower kepada blog itu.. Aku ni kalo jumpa blog yang macam menarik je aku memang terus follow sebab takut lupa link bila nak cari semula.. At least bila dah follow, dah tersimpan address blog tu kan.. Mula2 aku baca recent stories dalam blog tu.. Lama2 macam bestnya blog ni.. Bila check start of blogging, tahun 2006.. Tu dia dah 6 tahun usia.. Banyak story nak baca ni.. Dan aku ni pulak, kalo dah suka satu blog dan penulisnya, aku akan baca dari awal story.. Ha!!! Amik ko.. Memang menelaah la namanya tu.. Tapi dah minat punya pasal, back to the past la..

Title blog tu Cahaya Cinta Ku.. Nama blogger tu Ana Suzana Samad.. Aku suka baca blog dia sebab semua ceritanya tentang keluarga.. Tapi mostly pasal gelagat anak2 dia la, Ain, Hafiz dan Ica.. Bila tengok Ica masa umur setahun lebih, terbayang pulak Adriana.. Bahasa yang yang digunakan pun sangat ringkas dan senang nak faham.. Bila baca setiap cerita dalam blog tu, terasa boleh imagine dalam kepala otak ni camne keadaan yang diceritakan pada setiap entry dia tu.. Kalo tiba part yang lawak tu memang automatik ketawa sendiri..kehkehkeh..


Inilah header blog Cahaya Cinta Ku by Ana Suzana Samad..
Comel je budak bertiga ni.. ^__^

Tapi yang syoknya bila tengok penulisnya merangkap ibu kepada 3 orang anak ni kecik dan kurus orangnya.. Rasa macam tengok diri sendiri pulak.. Cuma aku ni lagi kurus kot.. Sebab dia tinggi 151cm berat 41kg camtu.. Aku pulak tinggi 158cm, berat 39kg.. Kurus giler kan..hehehehe.. Tapi Ana ni kuat makan.. Aku biasa2 je.. Tapi mesti syok kan, makan banyak tapi maintain je slim.. Takyah nak risau pasal diet la apa lah.. Betul tak Ana? ^_^

Aku baca dah sampai December 2010 sebelum stop untuk buat entry ni.. Jap lagi sambung balik baca.. Hari ni tak keje, tu yang sanggup berjaga.. Malam2 sebelumnya pun aku tido kul 2 pagi sebab baca blog ni.. Ikutkan hati nak terus je membaca tapi kenangkan keje terpaksalah stop.. Tapi rasanya hari ni boleh habis satu blog ni aku baca..hehehe.. Seronok sangat baca.. Macam tak boleh stop pulak.. Tapi kepala dah rasa semacam ni.. Sudah nampak burung2 berterbangan..hahaha.. Kalo ngantuk sangat haruslah tido dulu.. Nanti bangun sambung semula baca..

Peneman aku masa baca blog Ana.. 
Hari Khamis beli.. Khamis malam dah makan separuh, tadi dah abihkan terus..hihihi..


Kepada Ana Suzana Samad, salam perkenalan daripada akak.. Semoga kita boleh menjadi teman di dunia blogging ni.. ^__^




2 Kata-Kata Hikmat:

Ana Suzana said...

Salam..
Wahhh ada entry utk ana.. terharunya... sgt2 rasa di hargai. . Slm perkenalan jugak dr ana. .

Ismi Habibah Othman said...

Wa'alaikumussalam Ana,
Blog Ana memang seronok dibaca.. My pleasure dear.. Salam kenal ye.. ^__^