Kalo korang baca entry ni, secara automatik ramai yang dah tau aku ni asal Johor.. Betul tak? Kalo tak apasal nak suka Johor, negeri2 lain pun ada apa..hehehe.. Well, dah kenyataannya aku ni dilahirkan di Muar, Johor.. Dan membesar di Kota Tinggi.. Sebab itu le aku sangat sayangkan negeri kelahiran aku ni.. Tadi masa aku tengah blogwalking, terjumpa pulak entry pasal fakta2 menarik tentang negeri Johor and Johorean also.. So, sekarang ni aku nak bercerita sikit dari pandangan aku.. Hasil daripada pemerhatian selama 20 tahun membesar di Johor dan juga informasi daripada para Johorean..hehehe..
- Kitaorang sebut Johor sebagai 'Joho'.. Dan selalunya bila orang Johor cakap nak gi Joho, maknanya nak gi Johor Bahru @ JB.. "Ko nak gi mana Man?". "Joho". Maksudnya nak gi JB la tu.. Jangan pulak korang tanya balik,"Joho tang mana? Kan beso Joho tu?". Memang korang nak kena penampo la tu..hehehe..
- Orang Johor takde loghat tersendiri. Kalo berborak pun lebih kurang je macam orang KL. Cuma ada satu perkataan yang tak boleh lekang daripada mulut orang Johor. Apa ek? Ya!! Itulah jawapannya.. Dalam soalan dah ada jawapan sekali..hehehe.. Satu2nya perkataan yang hanya akan dikeluarkan oleh orang Johor apabila berbual adalah "ek". Betul tak? Ala, aku pun selalu guna perkataan ni. Contoh ayat,"umah awak katne ek?". Selalunya bila bertanya la. Hujung mesti ada "ek". Memang tak boleh hilang dah..huhuhu..
- Suku kata terakhir setiap perkataan yang berakhir dengan "AR" secara automatiknya akan ditukar menjadi "OR" atau "O" sahaja.. Muar jadi Muo, seluar jadi seluo, pagar jadi pago, besar jadi beso, lapar jadi lapo, penampar jadi penampo, ular jadi ulo, kelakar jadi kelako, bandar jadi bando.. Senaman mulut..hehehe..
- Ada perkataan dari Johor yang jarang digunakan atau tak pernah dengar di negeri lain.. Kalo di sebut depan orang dari negeri lain, kemungkinan besar diorang takkan faham.. Even adik ipar aku pun tak faham bila kitaorang cakap ghobok..hehehe.. Ghobok ni almari.. Sebenarnya gerobok tapi nak senang panggil ghobok je.. Selimut pulak kitaorang panggil gebar @ gebo..
- Pernah dengar perkataan "endut" tak? Kalo kat Johor memang selalu boleh dengar perkataan ni. Takyah gi jauh2, abah aku sendiri suka keluarkan perkataan ni.. Ayat paling dia suka tanya, "ko dah ada endut ek Rul?." Dia tanya adik lelaki aku samada dah ada awek @ gf.. Haa!! Tu le maksud "endut".. Awek @ marka @ gf @ bf..
- Satu lagi perkataan yang jarang atau mempunyai maksud lain di negeri lain adalah "sangap". Korang tau ke apa makna sangap tu.. Contoh ayat,"eee, besonya mulut dia sangap.. dah ngantuk sangat la tu." Dapat tangkap? Maknanya menguap le..hehehe..
- Selain tu korang tau tak berlenggeng? Ha!! Ini satu lagi perkataan favourite abah aku.. Berlenggeng tu tak pakai baju.. Half naked uuu.. Selalunya bila cuaca panas, abah aku memang suka berlenggeng je..^___^
- Karipap selalunya orang Johor panggil epok-epok.. Tembikai tu semangka (kat Jakarta pun diorang panggil semangka, so ini unsur2 dari Indonesia la agaknya ye..)
- Orang Johor makan pisang goreng, tempe goreng, tauhu goreng dengan sambal kicap.. Peh!!! Maveles.. Orang Johor kalo beli pisang goreng kat KL jangan terkejut pulak bila takde sambal kicap.. Nanti penjual tu terkejut sebab pelik makan pisang goreng dengan sambal kicap.. Kita pulak terkejut sebab makan pisang goreng takde sambal kicap.. Tak kick sungguh.. Nasib baik kat sini ada jual pisang goreng dengan sambal kicap sebab penjualnya asal Johor..hehehe.
- Kitaorang panggil cekodok @ cucur tu jemput-jemput.. Tak tau le camne leh jadi jemput2 padahal maksud jemput tu sila.. Jemput masuk - sila masuk..hehehe..
- Kalo kat majlis kawin belah pompuan pulak mesti ada tol.. Pengantin lelaki kena bayar tol sebelum dibenarkan dok bersanding sebelah pengantin pompuan.. Nilai tol ikut mak andam.. Selagi mak andam tak berpuas hati, jangan harap boleh lepas tau.. Kadang2 kesian tengok pengantin lelaki yang dah berpeluh-peluh tapi tak lepas2..
- Kat sesetengah daerah selain channel TV dari Malaysia, boleh gak dapat channel TV dari Singapore dan Indonesia.. Kat umah mak aku sendiri boleh dapat beberapa channel dari negara2 ni.. Kalo dari Singapore adalah dalam 4 - 5 channel camtu.. Nama aku lupa tapi ada Melayu, English, Cina, Tamil.. Dan selalunya citer yang diorang siarkan tu lagi advance daripada channel Malaysia. Sebab tu dulu2 aku lagi suka tengok channel TV Singapore.. huhuhu.. Indonesia pulak ada 2-3 channel.. RCTI, SCTV yang aku ingat.. Sume citer diorang dalam bahasa Indonesia even English movie.. Diorang akan translate ke Bahasa Indonesia.. Aku layan je.. Makanya bisa ngomong Indon gitu..hehehe.. Pendek kata kalo takde ASTRO pun takpe.. Channel yang ada tu pun tak terlayan nak tengok..
Hehehehe... Rasanya ini jelah fakta mengenai Johor @ Johorean yang boleh aku senaraikan.. Mungkin ada lagi tapi aku pun tak ingat.. Nanti kalo ada aku tambah lagi.. Kalo ada sesape yang nak tambah pun boleh.. Silakan mengomen ye.. Sangat dialu-alukan dengan senang hati..hehehe..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment