Thursday, November 22, 2012

Kenapa Mereka Sangat Mahukan Tanah Palestin?



Masih lagi berkisar tentang isu Israel dan Palestin.. Pasti ramai antara kita yang mahu tahu mengapa rejim Zionis Yahudi sangat beriya-iya mahukan tanah Palestin.. Inilah kisahnya..

***********************************************************************************


Ratusan tahun umat Islam dan dunia ditipu dan diperdaya untuk mempercayai Kubah As-Sakhrah adalah Masjid Al-Aqsa. Jutaan poster dicetak dan dihadiahkan kepada umat Islam, kebanyakannya diberi percuma untuk digantung dan dipamerkan. Ramai yang sanggup berbelanja membuat frame yang cantik untuk gambar Masjid Al-Marwan ini. Simbol kubah berwarna emas terpahat didalam fikiran umat Islam khususnya, dan dunia amnya sebagai menggambarkan Al-Aqsa.

Dunia ditipu sekian lama!

Sebenarnya Yahudi Zionis sudah lama mengidam untuk merampas Al-Aqsa dan Baitul Muqaddis. Bagi Yahudi Zionis, ini bukan isu penempatan, atau geografi, atau isu ekonomi. Ini adalah isu agama. Mereka mempercayai dan berkeyakinan bahawa ada 'utusan', 'penyelamat', 'messiah', 'saviour' yang akan turun untuk menyelamatkan mereka.

Sebenarnya 'utusan' yang mereka tunggu itu sudah pun diturunkan, iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun para ulama', ahli kitab dan ilmuan mereka mengakui Rasulullah S.A.W. menepati semua ciri kerasulan dan kenabian yang disebut didalam kitab mereka, namun hanya kerana Nabi Muhammad S.A.W. bukan dari kalangan Yahudi, mereka menolak Rasulullah S.A.W. (As-Shaff: 6).

Jadi siapa 'messiah' yang ditunggu oleh Yahudi Zionis ini? Apa kena mengena dengan Al-Aqsa (termasuk Baitul Maqdis)?

Yahudi Zionis mempercayai bahawa dibawah tapak asal Masjidil Aqsa wujud Haikal Sulaiman atau 'Solomon Temple' atau 'Istana Nabi Sulaiman'. Nabi Sulaiman dan ayahnya Nabi Daud, adalah Nabi yang pernah menjadi pemerintah dan membentuk sebuah kerajaan di tanah Palestin kini.

Sebab itu bendera Yahudi Zionis ada bintang berbucu 6, itu adalah lambang kerajaan Nabi Daud (mengikut kepercayaan Yahudi Zionis). Mereka percaya bahawa kerajaan rejim pemerintah 'messiah' yang ditunggu mereka ini akan memerintah daripada 'Haikal Sulaiman' ini apabila dia diturunkan nanti. Dan mereka percaya 'messiah' ini akan memimpin mereka menguasai dan memerintah dunia. Sebab itu slogan mereka sekarang ialah 'Israel 4 All', 'New Order', 'One World' dan lain-lain.

Sebab itu apa juga kutukan dan kritikan dunia, Yahudi Zionis tidak akan melepaskan Masjidil Aqsa, mahupun Baitul Maqdis. Jika mereka tidak menguasai Al-Aqsa, bagaimana 'messiah' atau 'penyelamat' mereka akan turun kerana mereka percaya tapak pemerintahan 'messiah' mereka letaknya di Masjid Al-Aqsa.

Sebab itulah mereka perlu perdayakan umat Islam dan dunia, bahawa Masjid Al-Marwan dimana terletaknya Kubah As Sakhrah adalah Masjid Al-Aqsa. Gambar kubah emas sering ditonjolkan sinonim dengan Baitul Maqdis. Maka umat Islam, dan dunia sering menumpu kepada Kubah As Sakhrah. Malah rejim Yahudi Zionis begitu menjaga dan memastikan agar Kubah As-Sakhrah sentiasa cantik dan terpelihara.

Kerana apa? Supaya umat Islam dan dunia tidak memberi tumpuan kepada Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya. Dengan cara licik itu, rejim Yahudi Zionis ini menjalankan kegiatan merobohkan Masjid Al-Aqsa yang asli, sedikit demi sedikit. Ini semua sebagai persediaan mereka menerima kedatangan 'messiah' atau 'penyelamat' mereka. Tapak pemerintahan 'Haikal Sulaiman' mesti disiapkan.

Umat Islam wajib sedar bahawa perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa adalah satu kewajipan tiap individu umat Islam. Rejim Yahudi Zionis akan tetap bersikap rakus dan biadap merampas Masjidil Aqsa. Pembebasan Masjid Al-Aqsa janganlah dibebankan hanya kepada umat Palestin. Ia tanggungjawab semua dan tiap seorang individu Muslim.

27 Rejab, hari dimana Rasulullah S.A.W melalui peristiwa Israk wal Mikraj, dimana Rasulullah S.A.W diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang tercatat didalam Al-Quran surah Al Isra': 1. Tarikh yang sama juga mencatat peristiwa bersejarah pembebasan Al-Aqsa oleh Sultan Salahuddin.

Rasional daripada peristiwa ini ialah perjuangan Islam memerlukan keyakinan 100% kepada ALLAH S.W.T, sebagaimana yakinnya Rasullah S.A.W. kepada ALLAH.

Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap umat Islam marilah berdoa agar Allah S.W.T menurunkan azab dan bencana kepada mereka yang zalim dan engkar ini. Ameenn ya Rabbal 'Alameen.



Sumber : CahayaIslam.net





2 Kata-Kata Hikmat:

Naim said...

awak pon guna sumber lain org lain bagi je copy paste. sampai ke blog awak tak bagi copy paste lain kli buat utk sendiri je

Naim said...

kau pon copy org punya