Wednesday, November 21, 2012

Yahudi : Siapa Sebenarnya Mereka?



Apa khabar semuanya hari ni? Harap2 sihatlah hendaknya ye..

Sekarang ni isu yang paling hangat seantero dunia adalah isu serangan Israel ke atas Palestin.. Buka je TV, tengok berita isu ni yang hangat diutarakan.. Buka fb pun semua rakan2 sibuk memaparkan gambar2 penduduk Palestin yang diserang dengan kejam oleh tentera Zionis.. Baru2 ni seorang teman bertanya, kenapa Israel ni serang penduduk Palestin? Aku jawab, untuk suka2.. Sebenarnya tak berapa tahu nak jawab camne.. Mungkin dengan perkongsian hari ni dapat memberikan sedikit kefahaman kepada beliau..

Mula2 lebih baik sekiranya kita mengenali terlebih dahulu siapakah dia sebenarnya bangsa Yahudi yang bermastautin di negara di Israel ni..

******************************************************************************

SIAPAKAH SEBENARNYA YAHUDI ITU?

Adakah kita mengetahui tentang sejarah kehidupan nenek moyang Yahudi? Mengapa kita membenci Yahudi? Memang tidak dapat dinafikan bahawa bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang ALLAH S.W.T kurniakan memiliki tahap keilmuan yang tinggi. Ini telah dibuktikan oleh Dr. Farrukh Saleem, seorang penulis bebas (artikel tulisan beliau akan dipaparkan dalam next entry) yang menceritakan siapakah Yahudi, siapakah Islam. Namun adakah dengan kenyataan tersebut telah membuatkan umat Islam hilang semangat untuk berjuang semata-mata disebabkan oleh kekuatan yang dimiliki oleh musuh kita? Sebenarnya, Islam mengajar penganutnya supaya mengenali siapakah musuh mereka. Ini bertujuan untuk kita mengetahui apakah kelemahan dan kekuatan yang ada pada musuh kita dan menjelaskan kenapa kita memusuhi mereka. Di samping itu kita juga harus mengkaji sikap dan perilaku musuh kita tersebut supaya mengetahui rentak permusuhan mereka. Perkara ini dapat kita lihat melalui penelitian kita terhadap sejarah.

SEJARAH PENINDASAN TERHADAP BANGSA YAHUDI

Dalam lipatan sejarah, telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang zaman yang menceritakan penjajahan ke atas Yahudi. Kisah penjajahan ke atas mereka telah dimulakan oleh Raja Firaun Nikho dari Mesir. Selepas itu, untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalem termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya.

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu)kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ, ALLAH S.W.T membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lain sebagai hamba. Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangan semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh.

ANTARA SEBAB PENINDASAN DILAKUKAN KE ATAS KAUM YAHUDI KERANA SIKAP SOMBONG DAN TIDAK SETIA PADA PERJUANGAN. GOLONGAN YAHUDI MERUPAKAN GOLONGAN YANG TIDAK PERNAH KENAL ERTI BERTERIMA KASIH. WALAUPUN HANYA MENUMPANG DI NEGARA ORANG, PERANGAI MEREKA TIDAK UBAH SEPERTI TUAN YANG MEMERAS DAN MENGANIAYA GOLONGAN PERIBUMI NEGARA ITU. KEMAHIRAN BERNIAGA TELAH MENJADIKAN GOLONGAN YAHUDI SOMBONG DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN.

PERMUSUHAN YAHUDI TERHADAP ISLAM BERMULA APABILA NABI AKHIR ZAMAN DIUTUSKAN MELALUI KETURUNAN ARAB. HAL INI TELAH TIMBUL HASAD DENGKI, IRI HATI DAN BENCI DALAM DIRI GOLONGAN YAHUDI TERHADAP UMAT ISLAM KERANA MEREKA MENDAKWA KETURUNAN MEREKA TELAH DIMULIAKAN DENGAN KELAHIRAN NABI-NABI SEBELUM KEDATANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Ini dapat dibuktikan daripada kisah Nabi Muhammad S.A.W ketika bertemu seorang paderi bernama Buhaira semasa perjalanan ke Syam untuk berniaga. Diceritakan bahawa Buhaira memberi amaran kepada bapa saudara nabi, Abu Talib setelah beliau melihat tanda kerasulan Baginda supaya segera pulang ke Mekah untuk melindungi nyawanya. Jika perkara tersebut diketahui oleh orang Yahudi, mereka pasti akan mengancam nyawa Nabi Muhammad S.A.W.

Sejak perutusan Nabi Muhammad sebagai rasul, hubungan antara Yahudi dan orang-orang beriman selalu diwarnai dengan pengkhianatan dan penipuan yang dilakukan oleh kaum Yahudi. Mereka tetap membangkang dan tidak mengakui Rasulullah sebagai nabi. Terdapat banyak kisah bagaimana sikap dan perilaku Yahudi terhadap kaum muslimin pada zaman Rasulullah. Antaranya adalah:

1. Pemboikotan ekonomi: Melakukan pemboikotan ekonomi dengan tidak melakukan sebarang urus niaga dengan kaum muslimin ketika di awal perkembangan Islam di Madinah selepas kaum muslimin Mekah berhijrah ke Madinah.

2. Membangkit fitnah dan kebencian di antara Aus dan Khazraj: Syas bin Qais seorang tokoh Yahudi mengutus seorang pemuda Yahudi untuk duduk bersama beberapa orang sahabat dari Aus dan Khazraj yang sedang berkumpul di dalam satu majlis. Pemuda tersebut mengungkit kembali kisah perang Bu’ats yang pernah mereka alami. Akibatnya mereka saling bertelagah dan menghidupkan kembali api kemarahan di antara Aus dan Khazraj.

3. Merancang membunuh Rasulullah: Seorang perempuan dari kalangan kaum Yahudi menghantar daging yang dimasukkan racun kepada Rasulullah lalu Baginda memakan sebahagiannya. Apabila perempuan tersebut dibawa ke hadapan Rasulullah, lalu Baginda bertanya berkenaan racun tersebut. Perempuan tersebut mengatakan dia sengaja hendak membunuh Rasulullah.

4. Mengkhianati perjanjian: Ketika perang al-Ahzab, bani Quraizhah (salah satu suku Yahudi) telah mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah yang di buat untuk seluruh penduduk kota Madinah termasuk suku mereka. Mereka telah membantu pasukan musyrikin untuk menyerang kaum muslimin dari dalam kota Madinah. Setelah tentera musyrikin berjaya dikalahkan, Rasulullah bersabda bahawa siapa yang tunduk dan patuh, maka janganlah sekali-kali mendirikan solat asar kecuali di bani Quraizhah. Isyarat tersebut ditangkap oleh para sahabat untuk melakukan peperangan dengan bani Quraizhah. Akhirnya bani Quraizhah meninggalkan Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang Yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh.

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan.

Di bawah dinyatakanperistiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

- Di England, King Edward telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.

- Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.

- Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.

- Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.

- Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.

- Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.

- Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.

- Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.

- Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.

- Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Kini sejarah telah membuktikan kenapa kaum Yahudi adalah kaum yang sentiasa akan di tindas. SEMUANYA DISEBABKAN OLEH SIKAP DAN PERILAKU MEREKA YANG TIDAK MENGHORMATI KAUM LAIN. Islam tidak pernah menghukum mereka kerana mereka Yahudi melainkan dengan sikap mereka yang sombong dan angkuh serta tidak setia. Kisah kehidupan kaum Yahudi yang sering di tindas dan ditekan kerana sikap mereka telah pun di sebut di dalam al-Quran. Perkara ini telah diterangkan oleh ALLAH S.W.T menerusi ayat al-Quran seperti dalam surah al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya(disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Janji ALLAH S.W.T akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka. Kita menyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi ini disebabkan kezaliman yang mereka lakukan. Ini bersesuaian dengan maksud hadith sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim:

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umat Islam memerangi orang Yahudi (di sebuah tempat). Umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang Yahudi itu kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi.”

Ayat al-Quran dan hadith di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa kaum Yahudi hingga ke hari kiamat. Sejarah bangsa Yahudi perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa sikap dan perilaku mereka akan mendapat balasan dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti. Ayat-ayat seperti ini juga bertujuan memberi satu kekuatan berupa sokongan moral dan spiritual kepada umat Islam agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini dari segi rohani dan jasmani. Oleh itu, wajib kita mengimani janji ALLAH dan rasul-Nya.

Wallahu’alam…

*********************************************************************************

Sumber : 
http://www.haluan.org.my/v5/index.php/palestin/zionisma/141-mengenal-siapa-yahudi
http://kebahagiaanku.wordpress.com/2009/02/06/yahudi-siapakah-mereka-sebenarnya/










2 Kata-Kata Hikmat:

Walinong Sari said...

saya kagum dengan penjelasan yang singkat dan mudah di fahami. bagaimana hendak masukkan artikel ini dalam blog saya di walinongsari.blogsport.com

Unknown said...

Saya suka menyelidik sejarah sehingga ke akar umbi. Tahniah untuk anda. Saya berharap lebih ramai warga malaysia dan islam membicarakan hal2 seperti ini.