Thursday, June 28, 2012

Isu perkataan 'SALAM'..



Apa khabar kawan2ku hari ni? Semoga semuanya sihat dan dirahmati ALLAH sentiasa, InsyaALLAH..

Oh ye, aku nak tanya korang ni.. Pernah tak dapat email atau terbaca fb status pasal isu salam.. Ala, isinya lebih kurang camni la.. Kalo taknak sebut Assalamu'alaikum, short form yang boleh guna adalah AsSalam instead of Salam.. Sebab maksud dua perkataan tu lain.. Aku pernah dapat email pasal ni.. Dan pernah terbaca pun status fb rakan macam ni.. Disebabkan aku ni belajar Bahasa Arab asas je, itu pun belajar perkataan, bukan komunikasi, so aku pun percaya le.. Start dapat email tu kalo bagi SMS atau email, tulis le Assalam.. Buat2 juga, tapi kemusykilan tetap ada.. Sebab rasanya asas perkataan tu sama, Salam.. Yang Assalam tu kalo ejaan jawi ada tambahan alif lam je.. Takkan le disebabkan itu maksud lari.. Logik tak?

Disebabkan kemusykilan itu, maka aku pun cari le dalam internet ni.. Dan Alhamdulillah, berjumpa juga ulasan daripada orang yang belajo dan faham Bahasa Arab.. Terlerai sudah persoalan di minda.. Kalo nak tau apa kisahnya, bolehlah klik sini ye.. Tenteram jiwa den.. Iyelah, kita ni biasalah kadang2 suka share tanpa menyiasat dulu sape penulisnya, apa hujah sokongannya, sumbernya.. Aku tau niat memang baik, nak berkongsi supaya kawan2 lain tak melakukan kesilapan itu.. Sama le dengan kes Surah Al-Fatihah aku aritu.. Tapi setiap hujah mesti ada bukti.. Macam kat mahkamah, kalo ada bukti baru kes boleh diterima..

So, sebagai pengajarannya, berkongsi tak salah, tapi lebih baik siasat terlebih dahulu kebenaran maklumat tersebut.. Risau oooo kalo dah berantai-rantai orang share nanti, rupa2nya maklumat tu salah.. Camne nak bagitau tu.. Kita bukan tau pun sape yang share tu..

Dan kesimpulan untuk entry kali ni, kalo nak bagi salam tu, better kita ucapkan 'Assalamu'alaikum', takyah guna singkatan2 untuk mengelakkan kekeliruan.. Lagipun memberi salam camtu kan ikut sunnah Nabi.. Kata sayang Nabi, jomlah kita amalkan sunnah baginda S.A.W.. ^_^.

Lagi satu nak kongsi cara2 menjawab salam.


1. Kalo orang bagi salam 'Assalamu'alaikum', kita jawab 'Wa'alaikumussalam warahmatullah'.

2. Kalo orang bagi salam 'Assalamu'alaikum warahmatullah', kita jawab 'Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh'.

3. Kalo orang bagi salam 'Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh', kita jawab 'Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh'.

4. Kalo orang bagi salam 'Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh', kita jawab 'Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh'.

5. Kalo orang bagi salam 'Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh', kita jawab 'Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh'.


Kenapa menjawab salam mesti lebih panjang dari yang memberi salam? Kerana yang memberi salam itu pahalanya lebih banyak dari yang menjawab salam. Oleh sebab nak seimbangkan, itu yang kena jawab panjang bagi yang menjawab. Tapi yang last tu camne? Sama je. Pahala sikit la walaupun jawab panjang2? InsyaALLAH pahala tu sama bagi pemberi dan penjawab salam. Memetik kata2 ustaz Don, kalo yang last tu lepas jawab salam tambah sikit, "Jom aku belanja minum." Tetap lebih dan ada niat yang baik kan? So, pahala pun lebih la.. Hehehe..











1 Kata-Kata Hikmat:

iKhWaN_HaKiMi said...

terima kasih, ilmu yang dikongsi akan disampaikan kepada yang lain dan terus dikongsi.