Monday, October 4, 2010

Alhamdulillah.. Aku Masih Bernafas Lagi..


Hari ni 4/10/2010, bermakna sudah 31 tahun aku berada di atas mukabumi ini.. Alhamdulillah, syukur kepadamu Ya Allah kerana masih memberi aku kesempatan bernafas ketika melangkaui usia 31 tahun ini..

Hmm..sedar tak sedar dah masuk ke era 30-an.. Rasa dah tua bebeno la plak..hihihi.. Takpe, usia hanya angka.. Yang penting jiwa kena muda selalu.. Tapi kalo kita selalu buat baik, memang pun nampak muda jek (ceh!! macam baik beno je aku ni..:p). Takdela, aku biasa je, takdelah baik mana pun.. Hanya manusia biasa yang kadang-kadang terleka juga dengan keseronokan duniawi.. Astaghfirullahal Azim..

Bila dah masuk usia macam ni teringat plak kat member-member.. Majoriti dah ada family sendiri.. Dah ada junior.. Seronoknya melayari kehidupan bersama insan-insan tersayang.. Aku bila lagi?? Insya Allah kalo dah ditetapkan ada jodoh aku atas dunia ni, aku pun akan alami suasana tu jugak.. Insya Allah.. Aminnnnn...

Last week, masa update facebook, terjumpa lagi gambar-gambar kenangan masa sekolah menengah dulu.. Ya Allah, rasa macam baru semalam je habis sekolah.. Rindu sangat pada saat-saat tu.. Pada Suzanah Samah, terima kasih kerana mengembalikan memori aku dan kawan-kawan yang lain.. Memori yang sangat indah.. Sangat-sangat berharga.. (^_^)

So, untuk mengekalkan memori tu, aku nak letak gambar-gambar tu kat dalam blog ni.. Moksu, boleh arr..

 
Ini gambar kat Sekolah Agama Nurul Falah.. Masa ni aku 14 tahun.. Kelas 6 Alif.. Belajar dengan Ustazah Hendon.. Dulu kalo dengar je Ustazah Hendon yang akan mengajar, semua kecut perut.. Sebab Ustazah Hendon ni dikenali dengan kegarangannya.. Tapi bila dah belajar dengan dia, memang seronok sangat.. Senang nak tangkap apa yang dia ajar.. Takdelah garang mana pun cuma tegas supaya kami tak ngantuk dan senang faham apa yang dia ajar.. Yelah, mana tak ngantuk masuk pukul 3.30 petang balik pukul 6.30 petang.. Waktu syok nak tido.. Tapi kadang-kadang nak tercium meja gak time belajar..kihkihkih..


Ini pulak gambar Persatuan Redaksi yang bertanggungjawab dalam penerbitan majalah sekolah.. Sebenarnya aku pun lupa bila gambar ni diambil.. Ditambah pulak dengan kekeliruan, aku ni AJK dalam penerbitan majalah sekolah ke? Tetiba pulak terasa macam aku ni AJK segera jek.. Tangkap muat la..hehe..


Ini barisan pengawas sekolah tahun 1996. Masa ni aku 17 tahun, form 5. Mmm..sebenarnya malas nak jadi pengawas ni.. Tapi dah cikgu yang suruh, ambil je la jawatan tu.. Aku yang mana satu? Cari je la.. Bukan susah nak cari aku.. Muka tak banyak berubah pun.. Pasti jumpa.. (^_*)


Ha!! Kalo nak tau yang berdiri sebelah kanan tu la Moksu @ Suzanah Samah. Ini gambar 14 tahun yang lepas. Sekarang Suzanah dah makin anggun, dah ada 2 anak dara dan dah jadi cikgu. Yang sebelah kiri tu pulak Besek Noor Ermita Bachok. Besek pun dah kawin. Ada 3 orang anak bujang dan sekarang kerja kerajaan. Alhamdulillah, bahagia dah diorang sekarang ni.. Yang depan tu sape? Ala, takkanlah tak kenal. Cik Bib yang anggun tu la, sape lagi.. Anggun sangat la tu.. Dengan spek bulat penuh satu muka..hahaha.. Masa ni majlis jamuan pengawas sesi 1995.. Dan aku pun belum jadi pengawas lagi pada tahun tu sebab aku sesi 1996.. Tapi tak taulah camne boleh menyibuk pulak dalam majlis ni.. Dah orang ajak, join je la.. Maklum la tetamu kehormat..ekekekekekekeke..

Inilah antara memori zaman persekolah aku dulu.. Tak sangka aku akan dapat tatap semula gambar-gambar ni sekaligus mengimbas kembali kenangan waktu sekolah dulu.. Once again, thanks a lot Moksu.. Bagi aku inilah antara hadiah hari lahir yang paling indah dalam hidup aku.. Bertemu semula rakan-rakan seperjuanganku walaupun sekadar di alam maya dan berkongsi memori indah yang pernah hadir dalam hidup kita bersama..

Thank you to all my friends.. Thanks for being part in the history of my life.. I love you all.. May Allah Bless all of us always.. Insya Allah.. Aminn..