Tuesday, April 2, 2019

Kesayangan Maklong Dah Besar Semuanya..


Salam Selasa.. Harap semuanya berada di dalam keadaan yang menceriakan.. Kalau sedih ke, stress ke, mendung ke, cuba-cuba untuk gembira ye.. Walaupun di dalam hati menangis.. Eh..tetiba pulak..hahaha..

Dia memang macam ni, kalau dah start menulis, memang excited terlebih.. Hari-hari nak post cerita walaupun entah apa-apa.. 😆 Tapi kalau nak ikutkan, memang banyak cerita tersimpan dalam masa 6 tahun sepi..hehehe.. Well, kita start perlahan-lahan ye.. Ikut turn.. Dari cerita Huda sampai la ke cerita Adra.. Dulu cerita pasal Huda, Adriana dan Hafiya je.. La ni kita sambung dengan kewujudan Atirah, Raisha, Humaira, Aaira, Aairiz, Adra dan si kumbang nan seorang, Hakim.. Ramai kan? Maklong pun dah tak terlayan..hahaha.. Tapi semuanya kesayangan..

Meh kita cerita pasal Huda dulu.. Huda yang cinonet dulu tu dah jadi big sister.. Bukan pada Hafiya sorang tapi pada si kembar Aaira dan Aairiz.. Tahun ni kak Huda dah darjah 4.. Jadi pengawas sekolah lagi.. Dan sangatlah tinggi anak dara ni.. Dah nak sama tinggi dengan maklong.. 😅

Inilah kak Huda sekarang.. Rasa macam sekejap je dah beso.. Teringat mandikan dia dalam baldi dulu.. 😝

Si montel Adriana pun dah jadi kakak sekarang.. Kakak untuk Raisha dan Hakim.. Dan tersangatlah ayunya.. Sangat girly ala-ala princess.. Tak terima orang cakap dia comel.. Kena cakap dia cantik ok.. Dan seorang yang sangat sayangkan maklong dia ni.. Kalau pegi rumah dia, asyik nak melekat bawah ketiak je.. Katanya maklong tetap wangi 24 jam, walaupun belum mandi.. 😆 Tapi seorang yang sangat sensitif.. Jiwa mudah tersentuh.. Tak boleh kena sakat sikit, terus sentap.. Tapi yang suka menyakatnya ibu dia sendiri..hahaha.. 
Kak Adriana dah darjah 1 tahun ni.. 

Lagi sorang cik kak yang muncul dalam blog maklong adalah si Fiya.. Last update pasal dia masa baru lahir, dalam bedung lagi.. Sekarang dah 7 tahun, sebaya dengan kak Adriana walaupun sorang awal tahun sorang hujung tahun.. Hafiya pun dah jadi kak ngah 2 tahun lepas.. Kakak untuk si Aaira dan Aairiz.. Tapi walaupun dah jadi kakak, gembengnya tetap sama.. Gembeng tu kuat menangis.. Eh, macam maklong dulu la.. Muka pun macam maklong masa kecik-kecik dulu..hahaha.. 

Budak paling suka bergambar.. Pantang maklong nak selfie, dia akan menyelit walaupun malu-malu..hahaha..

Betapa cepatnya masa berlalu.. Dan betapa indahnya dapat melihat mereka membesar di depan mata.. Bila semuanya dah besar maknanya maklong dah makin tua..hahaha.. Takpe, maklong tak kisah sangat pun.. Ada anak-anak dara penghibur hati ni pun dah cukup.. Macam-macam perangai masing-masing.. Nanti kalau dah besar balik rumah nenek dok dapur sama-sama bergossip kejenya..kehkehkeh..


I LOVE YOU ALL, KESAYANGAN MAKLONG..💖




Monday, April 1, 2019

Selamat Bertemu Kembali..


Hai semua.. Selamat bertemu kembali.. Setelah hampir 6 tahun menyepikan diri..kihkihkih.. 😂. Bukanlah disengajakan. Entah, tak tau bagaimana semuanya bermula. Nak kata ada anak untuk diuruskan sampai terlupa pasal blog, status masih belum berubah lagi sehingga kini..hahaha.. Mungkin takde mood nak bercerita kot masa tu.. Tu yang ingat-ingat lupa terus terlupa.. Terlupa untuk update tapi blog ni tak pernah dilupakan.. Sentiasa di ingatan.. Sehingga.. Iye, sehingga seseorang mengingatkan akan wujudnya blog ni.. Stalk saya sampai ke sini ye..kihkihkih.. Apapun terima kasih kerana singgah di blog saya yang entah hape-hape ni.. Sebab ketika menulis semua cerita dalam ni, itulah diri saya yang sebenarnya.. Penuh dengan segala macam kesengalan, kebengongan, kekusutan, kecelaruan dan macam-macam lagi yang manusia biasa alami..

Well, time flies so fast.. Apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 6 tahun yang lalu? Mmmm, to be honest, there is nothing much happened to me.. But more to people around me.. Aku masih berada di company yang sama semenjak 15 tahun yang lalu.. My siblings semuanya dah mempunyai keluarga sendiri.. And guess what, aku dah ada 10 orang anak buah sekarang.. 9 girls and 1 boy.. Kumbang dikelilingi bunga..hahaha.. And myself? I am still waiting for the right person to appear.. But hey, there is nothing to be sad about.. I am happy with my life now.. Not so much to think unless for myself.. The most important thing is we should always be grateful with what we have now instead of waiting for something unsure.. Just remember, our life script is the best given by Him.. 😇

Dan kalau aku bosan ke apa, aku pegi je serang budak comel si bujang nan seorang tu.. Rezeki dapat duduk dekat dengan dia walaupun setengah jam bila drive ke sana..hahaha.. Tapi aku okey je.. The best thing in our life is family.. No matter how our situation is, they will always be by our side..

Nak tengok ke si bujang comel maklong ni? Kesayangan selamanya.. Abaikan si tukang peluk tu ye.. Udah tua..hahaha..

Mmm..dap betul dapat cium kepala rambut halus ni..💖💖💖

So, sampai di sini dulu.. Nak keluar sat lagi.. Nak pi KLIA.. Bukan nak pegi naik kapal terbang, nak pegi tengok barang kat warehouse.. Client dah bising barang lambat.. Stress makcik tau.. Last-last buat tak tau je la.. Tadah je telinga dengar depa membebel.. Nasib hati kental.. Kalau tak kental takde la lone ranger sampai sekarang ye dak? Eh, apa kena mengenanya? Abaikan je la bila dah start mengarut ni.. 😝😝😝

Well, have a good day to all of you.. Semoga semua urusan dipermudahkan oleh-Nya.. 😊