Mmm..sedar tak sedar dah berlalu cuti 4 hari dan hari ni aku dah start keje semula.. Aduhai..malasnya rasa.. Mood kampung masih tebal lagi.. Rasa macam malas nak balik KL semula.. Bestnya kalo dapat dok kat kampung je.. Mmmm..rasa-rasa macam nak keje kat Johor je.. Nanti-nantilah fikirkan.. Tahun depan ke..hehehehe.. Saje, nak tukar angin.. Sekarang ni susah nak balik kampung selalu..
Alhamdulillah, family aku sihat.. Nadhirah Huda dah besar, dah 5 bulan lebih.. Dah cerdik, dah pandai merajuk, dah kenal orang, dah pandai main, dah makin comel..hehehehe.. First time tengok muka aku dia confused pastu nangis sebab tak familiar. Tapi nangis-nangis pun still perhati je muka aku.. Sesi berkenalan..hahahaha.. Jap je dia jual mahal, pastu dah mesra alam..hehehe.. Muka dia pun dah lain berbanding 3 bulan lepas. Sekarang dah makin cute.. Peha maintain tembam.. Pipi pun makin sentol..hahahaha..
Banyak gambar terbaru dia aku snap. Tapi USB cable aku plak ntah kemana hilangnya.. Dah takleh nak upload dalam PC.. Ceh!! Kacau betul la.. Nantilah aku cari mana ntah terselit..
Bestnya la bila sesekali dapat balik kampung, jumpa keluarga.. Seronok betul rasanya.. Yelah, sementara semuanya masih ada.. Terutamanya mak ayah kita.. Selalu-selalulah jenguk mereka.. Jangan bila ada cuti, ada masa, asyik nak bercuti je.. Gi luar negara la, gi dalam negara la.. G pulau tu, pulau ni la.. Kalo nak bercuti, bawak mereka sekali.. Mereka pun nak rasa gak bercuti ke sana sini.. Tak rugi kalo buat mereka rasa gembira..
Okla, malas nak tulis panjang-panjang.. Penat memandu pun tak hilang lagi ni.. Rasa nak balik umah, tido jek..hehehehe.. Gambar-gambar tu nantilah aku upload..