Opppss..janganlah terkejut plak bila baca tajuk post hari ni.. Bagi sesiape yang kenal aku ni mestilah tau aku ni still singleee... So sudah pasti tajuk di atas tiada kena-mengena dgn diri aku..hehehehe..
Actually, ada sorang member aku ni tgh pregnant.. Nama glamer dia puan Kiki..hehehe.. Tengah menghitung hari je ni.. Mengikut anggaran doktor, dia dijangkakan bersalin bulan depan.. Tapi baby dia kembar, so kebarangkalian dia bersalin awal tu tinggi le.. Dan daripada scan, baby dia dua-dua lelaki..
So, dia cakap nak mintak aku bagi nama pada baby-baby dia.. Wah!!! Terasa macam orang penting plak tetiba diberi penghormatan sebegitu..huhuhuhu.. Aku ni xdelah terrer sangat bab-bab menamakan baby ni.. Pada aku simple, mudah disebut dan ada makna yang bagus, dah cukup.
Antara nama yang ada dalam minda aku ni :
1. Arif Fahmi - yang bijak dan faham
2. Afiq Hakimi - yang amat pemurah, amat berpengetahuan dan bijaksana
3. Muhammad Farhan - yang terpuji; yang gembira
4. Muhammad Farihin - yang terpuji; yang gembira
5. Muhammad Irfan - yang terpuji; kebaikan, perkenalan
6. Muhammad Imran - yang terpuji; kemajuan, kemakmuran, pembangunan
Ini je la nama yang ada dalam list setakat ni. Dua nama pertama tu dah proposed pada puan Kiki. Nampaknya so far dia ok. Tapi naklah jugak tangok nama-nama lain dulu. Kalo boleh dia nak nama anak-anak dia bermula dengan abjad yang awal-awal.. Bila sekolah nanti, senang dapat ilmu sebab duduk depan cikgu (kalo cikgu yang tetapkan tempat duduk le..)
Tadi masa survey dalam internet terjumpa gak website
nama-nama Islam. Boleh gak check nama-nama yang bagus dan sesuai dalam ni. Kat
sini pun ada gak.
So, kalo pelawat-pelawat blog ni ada cadangan, sila tinggalkan komen anda ye..
Tima kasih..:)
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment