Wah, lamanya tak jenguk blog kesayanganku ini.. Adalah dalam 2 minggu kot.. Mmm..ntah, takde citer terbaru nak story.. Tambahan pulak last week agak kurang sihat sikit, langsung takde mood nak ngadap laptop.. Nasib baiklah demam sekejap je.. Kalo la dibuatnya lama, aduhai.. tak sanggup rasanya nak hadapi.. Cukuplah pengalaman berkampung di hospital 2 tahun lepas.. Lama takdelah lama sangat, adalah dalam 3 minggu..hehehe.. Tak lama? Lu pikirlah sendiri..
Hari ni cuma nak mengimbas memori 27 tahun yang lepas.. Takde memori apa pun.. Yelah masa tu baru 5 tahun, tak tau apa-apa lagi.. Memori indah-indah pun kalo ada tak ingatlah cuma memori dari abah dan mak je yang akan tetap diingati.. Seorang ibu dan ayah yang mengabadikan foto anak-anaknya sewaktu kecil.. Yelah, masa tu hidup takdelah senang pun.. Maklumlah baru 2 tahun dok Felda.. Ekonomi pun tak berapa kukuh lagi.. Dulu-dulu sesetengah orang je ada kamera.. Nak tangkap gambar pun kena upah orang.. Ala-ala photographer orang kawin zaman sekarang ni.. Tapi walau apapun, foto ni memang penuh nostalgia.. Budak lelaki dalam gambar ni pun dah jadi bapak orang.. Cuma budak pompuan tu je belum lagi.. InsyaALLAH, ada rezeki akan bergelar ibu juga satu hari nanti..
Untuk abah dengan mak, terima kasih untuk segalanya.. Sedar tak sedar dah 27 tahun berlalu dari waktu gambar ni di ambil.. Segala rintangan, suka duka kehidupan kita harungi bersama.. Semoga selepas ini hidup kita akan lebih bahagia, dijauhkan dari duka dan diberkati ALLAH selamanya.. InsyaALLAH..
Inilah rupa mak long Huda dan ayah Huda 27 tahun yang lalu.. Comel kan..(^_^)v