Monday, February 7, 2011

Al-Fatihah.. (1932 - 2011)


Cerita untuk bulan Februari ni dimulakan dengan berita sedih untuk keluarga kami.. Pada 4 Februari 2011 kira-kira jam 12.20 tengahari, atok @ moyang Huda, Samingun bin Rimin telah kembali ke rahmatullah.. Menurut doktor yang memeriksa arwah, arwah meninggal disebabkan ususnya tersumbat yang mengakibatkan perutnya bengkak dan arwah mengalami kesakitan perut yang teramat..

Walau apapun alasannya, kami tahu masa arwah telah sampai.. Setelah menderita hampir 1 tahun 7 bulan tidak dapat berjalan selepas jatuh dan tulang pinggulnya retak di samping sakit perut yang di diagnosis sebagai gastrik oleh doktor, ALLAH telah mengambil semula arwah ke sisi-Nya.. Semoga rohnya di cucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Arwah yang lebih dikenali sebagai atok ngeteh oleh kami, cucu-cucunya memang seorang yang tabah dan kuat.. Arwah melalui semua era di Malaysia dari zaman Jepun dan komunis sehinggalah kini dengan jiwa yang kental dan semangat yang kuat.. Walaupun seorang yang degil tapi arwah sangat menyayangi keluarganya.. Arwah tidak suka di bawa ke hospital dan ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah.. Tapi ALLAH telah menentukan segala-galanya.. Pada hari terakhirnya arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tangkak, Muar, Johor setelah bertarung dengan sakit perut yang teramat sepanjang malam dan pagi.. ALLAH lebih menyayangi arwah.. Semoga rohnya dirahmati-Nya.. Memori bersama arwah atok sentiasa terpahat di ingatan kami..

Arwah atok bersama cucunya, Irul.. Semoga roh atok dicucuri rahmat oleh-Nya.. Al-Fatihah..












0 Kata-Kata Hikmat: