Thursday, March 14, 2013

Oh Hati..



Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ni dapat menulis semula di dalam blog ni.. Lama kan aku menghilang? Kemanakah gerangannya? Tak kemana-mana pun.. Masih ada di sini, masih lagi seperti biasa.. Takde cuti kawin ke apa ke.. Jangan buat apa2 spekulasi ye.. Cuma semangat nak menulis tu tiba2 hilang.. Rasa tak ada apa yang nak dikongsikan di sini.. So, berdiam itu lebih baik..
Sebenarnya disebabkan banyak sangat cuti dalam jangkamasa dua bulan yang lepas, aku pun turut sama bercuti.. Balik kampung le.. Aku ni mana ada agenda lain kalo bercuti.. Mesti balik kampung je.. Macam takde tempat lain nak bercuti kan? Asyik2 balik kampung je.. Takpelah, takyah susah hati untuk aku.. Aku sangat suka balik kampung.. Jumpa family.. Seronok yang amat sangat..
Mula2 masa cuti Maulidur Rasul tu balik kampung.. Pastu cuti CNY balik kampung lagi.. Seminggu pulak tu.. Mengalahkan orang yang celebrate kan..hihihi.. Balik pun sebab ada kenduri kesyukuran si Fiya.. Alahai dah montel budak tecit tu.. Comel sesangat.. Nanti la aku update citer letak gambar bebudak ni.. Laptop dipinjamkan pada orang.. Sume gambar ada dalam tu.. Sekarang ni update kat opis.. Abih dah waktu keje.. Jap lagi balik la.. Takde orang tunggu kat umah pun..
Apa citer terbaru tentang aku? Takde pape pun sama je cam biasa.. Oh ya, baru aku teringat.. Aku dah kembali menjadi pembaca novel.. Ingat tak entry yang aku pegi pesta buku PWTC tu? Kan aku borong buku RAM. Lepas beli tu aku cuma concentrate pada trilogi Laksamana Sunan je.. Novel yang lain2 aku tak sentuh pun.. Dan disebabkan laptop aku takde, aku pun bacalah novel2 tu.. Seperti yang dijangkakan, sentuhan RAM memang tidak pernah mengecewakan aku.. Tapi aku suka sangat baca novel Rayyan Fantasi.. Di luar kotak pemikiran manusia normal.. Seronok pulak bila bermain dengan imaginasi ni.. Novel yang lain2 pun ok.. So sekarang aku dah habis baca novel RAM..
Disebabkan dah khatam semua, aku pun decide untuk baca semula novel yang mengenalkan aku dengan RAM.. Trilogi Tombiruo.. Dan aku sangat suka dengan karakter Ejim.. Rasa macam jatuh cinta pulak dengan Ejim si Tombiruo.. Sesungguhnya perasaan tatkala dilamun cinta itu sangat indah.. Ehem..tetiba pulak termasuk topik cinta ye.. Tengah dilamun cinta ke aku ni? Hahaha..takdelah.. Masih lagi begini..
Tapi sememangnya ada sesuatu yang sedang bergolak dalam hati aku sekarang ni.. Dan aku sendiri tak dapat memahami apa maksud sebenarnya.. Sungguh hati ini sukar untuk difahami.. Even oleh empunyanya sendiri.. Guminavo zou diau..
Ya RAB, hanya pada-Mu aku Memohon petunjuk.. Ameenn..

0 Kata-Kata Hikmat: