Wednesday, December 22, 2010

Walimatul Urus Hamzah & Delfitta..


Alhamdulillah, pada 4 Disember 2010, pak uda Huda @ Hamzah bin Othman telah selamat bergelar suami kepada Delfitta binti Anizar dengan sekali lafaz nikah sahaja.. Majlis persandingan di kedua-dua pihak telah berjalan dengan lancar iaitu di Selayang pada 5 Disember 2010 dan di Kota Tinggi pada 12 Disember 2010. Semoga ikatan pernikahan yang dimeterai akan kukuh sehingga ke akhir hayat.. InsyaALLAH.. Aminn..

Penyerahan maskahwin daripada suami kepada isteri setelah sah pernikahan..

Majlis persandingan di pihak pengantin perempuan di Selayang..

Majlis bertandang oleh pihak pengantin perempuan ke pihak pengantin lelaki di Kota Tinggi, Johor pada 12 Disember 2010..

 Raja sehari bersanding di atas pelamin..

Di doakan semoga mahligai yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. Aminnn..

Kepada semua jemputan yang hadir di majlis ini, jutaan terima kasih kami ucapkan.. Ribuan maaf kami pohonkan jika ada kekurangan pada layanan yang diberi..





0 Kata-Kata Hikmat: