Hari ni cuti, just rehat kat umah, malas nak keluar gi memane.. Lagipun dah hujung-hujung bulan ni faham-faham je le.. Belum masyuk lagi..huhuhu..
Sambil relax kat umah, check facebook. Tup-tup terjumpa facebook cikgu yang mula-mula mengajar aku masa sekolah rendah dulu, cikgu Mohamad Rosli Said. Semua kenangan masa sekolah dulu memang takkan terpadam dari memori selagi Allah izinkan. Pastu ada pulak gambar kelas masa darjah 2 Bistari. Minta izin cikgu Rosli nak letak gambar tu kat blog saya ni ye. Apapun, saya nak ucapkan terima kasih pada cikgu kerana telah mengajar saya dulu. Tanpa ilmu yang cikgu ajar masa sekolah rendah dulu, takdela saya dapat melangkau ke menengah dan seterusnya berada di mana saya berada sekarang. Terima kasih ye cikgu..:)
Khas untuk tatapan semua dan juga rakan-rakan yang berada dalam gambar ni.
Zaman bebudak, gelak sakan bila teringat semula..hihihi.. Semua muka sememeh je. Ada nama-nama yang aku dah lupa tapi aku cuba recall nama-nama semua yang ada dalam gambar ni.
Duduk dari kiri : Alwanizah (kalo x silap), Rafidah, Bahiyah, Zulrimah, Aslinda, Siti Kuzaimah, Aziah, Cikgu Rosli, AKU (poyo giler muka..:p), Sarimah, Salina, x ingat, Norfazalia (kalo x silap), Mazita, Noorhaniza & Mardiana.
Berdiri tengah dari kiri : Siti Kamisah, Nurul Hida, Norirria, Juraida, Nordalisa, x ingat, Fatimah, Muzliha, Faizal, Farouk, x ingat, Fauzi, Yusrizal & Irwan.
Berdiri belakang dari kiri : Ardi, Shahrin, Inizan, Rozki, Osmanih, Yusri, x ingat, x ingat, arwah Badrul, x ingat, Haidi, Emyrizan, Syahnizam & Saiful.
Ada beberapa nama yang aku dah lupa.. Maklumlah dah 23 tahun berlalu.. Walau apapun, terima kasih cikgu sebab masih simpan gambar ni..:). Sangat-sangat membuatkan saya excited terkenangkan zaman sekolah dulu..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment