Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri..



Alhamdulillah, semalam umat Islam di Malaysia dan juga di kebanyakan negara Islam di dunia telah menyambut 1 Syawal, meraikan kegembiraan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.. Semalam aku n family sambut raya kat Lok Heng.. Gambar atas tu juadah kami dan juadah jiran-jiran.. Biasanya di pagi raya kami bertukar-tukar juadah.. Tapi biasanya hidangan wajib family aku adalah ketupat, rendang daging, ayam masak kicap, sambal kacang dan sayur lodeh.. Ayam memang akan masak kicap, takkan dimasak lain sebab ayam masak kicap ni favourite adik-adik aku.. Kalo ayam masak kicap, laju jek..huhu..

Lepas solat sunat Hari Raya, biasanya semua ahli-ahli blok akan beraya dan marhaban sekali.. 2 dalam 1.. Bermaaf-maafan sesama mereka.. Marhaban habis dalam pukul 12.45 tengahari.. Sebab lepas tu kaum lelaki nak gi solat Jumaat lak..Complete 18 buah rumah.. Sepatutnya 20 rumah tapi 2 rumah takde orang..

Dalam kul 3 petang, aku sekeluarga bertolak ke Muar, umah atok aku.. Meriahlah jumpa makcik, pakcik n sepupu-sepupu aku yg comel-comel dan cukup happening..hehe.. Masing-masing dah besar, dah jadi anak dara, bujang.. Yang paling kecil, anak paksu aku, Adam, 4 tahun.. Meriahlah umah atok aku ni bila semua anak menantu dan cucu balik kampung.. Bila semua dah balik rumah sendiri, sunyi sepi semula.. Tinggallah berdua kat rumah.. Sian gak.. Tapi nak wat camne, semuanya dah ada family dan komitmen masing-masing..

Itulah adat dunia.. Yang penting walau sesibuk mana pun, mak ayah jangan diabaikan.. Itulah tanggungjawab seorang anak.. Selagi bernyawa, tanggungjawab tu takkan terlepas dari diri kita.. Dan ingatlah kita hanya mempunyai seorang ayah dan seorang ibu dalam hidup kita.. Walau siapa pun mereka, status mereka, berbaktilah kepada mereka dan hargailah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini.


Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Mohon Maaf Zahir Dan Batin..



0 Kata-Kata Hikmat: