Friday, December 23, 2011

I Miss Johor..


Hehehehe.. Sedih beno tajuk kat atas tu ye.. Rindu-rinduan gitu.. So, kalo dah rindu bebeno tu, apalagi? Balik kampung leeeeee.. Kesimpulannya, nak bagitau aku nak balik kampung le tu.. Tajuk yang mempunyai maksud tersirat..kihkihkih..

Esok mesti ramai yang plan nak balik kampung kan? Maklum le, hari Isnin kan cuti ganti untuk Krismas.. 3 hari bercuti, agak lama la jugak tu.. Aku pun tak nak le ketinggalan.. Haruslah turut sama menyesakkan highway esok.. Tapi bukan 3 hari ye, tapi 10 hari.. Diulangi, 10 hari.. Ceh!!Riak sungguh bunyinya kan..hehehe.. Actually aku amik cuti 4 hari, balik kampung.. Nak manja puas-puas dengan mak aku..huahuahua.. Mentel beno bunyinya kan? Takdela, saje je cuti lama sikit.. Cuti tahun aku pun ada 14 hari lagi.. So, watpe nak simpan lama-lama kan? Apply dan bercuti le.. Itu pun ada baki 8 hari lagi.. Bawa le ke tahun depan.. Prepare untuk cuti tahun depan.. Mana le tau tetiba nak kawin.. Opppsss.. Biar betul..hahaha.. Aku pun tak tau.. Tunggu dan lihat je la ye..

Sebenarnya dah tak sabo nak balik kampung ni.. Nak jumpa family (padahal baru je jumpa Isnin lepas).. Dan yang paling tak sabo, nak jumpa Huda le.. Nak celebrate hepi besday yuyu Huda dengan nenek..hehehe.. Takpe, sabo.. Insya ALLAH, esok dapatlah jumpa budak comel tu.. Mak yong rindu kat Huda sesangat ni..

Nampaknya sampai sini je le story untuk kali ni.. Rasanya bila kat kampung nanti, tak dapat le nak update blog ni.. Maklum le, kat sana takde internet coverage.. Tahun depan le kita bercerita lagi ye..

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 2012!!




Wednesday, December 21, 2011

Ucu Dah Dapat Sijil.. Congrates..


Semalam mak yong amik cuti sebab nak attend majlis penganugerahan sijil untuk ucu Wani.. Ucu dah abih belajar.. Semalam dah dapat sijil tamat belajar.. So, hari Isnin lepas, nenek dengan atok turun Kinrara lagi.. Last month majlis konvo pakcik Irul.. Semalam ucu pulak.. Nasib baik atok dah ada kete, cuma kena standby duit minyak dengan tol je la..

Majlis diadakan kat Dewan Merak Kayangan Felda.. Aduhai, kat mana la pulak lokasinya ni.. Dahlah mak yong ni tak pernah sampai area situ.. Majlis pulak dalam surat akan bermula pada pukul 8.30 pagi.. Lagilah aduhaiiii.. Maklum le, area KL ni kalo pagi2 takyah cakaplah camne 'jammed'nya.. So, daripada last week mak yong dah survey arah nak ke sini.. Dalam google map le..hehehe.. Study betul2 arah, siap imagine lagi dalam kepala otak ni.. Semalam pukul 7 pagi dah kuar rumah tau, takut tersangkut dalam jammed.. Pass sampai exit ke Jalan Semarak.. Pastu tersalah masuk lorong daaa.. Sebab dalam google map dia tunjuk exit kat tempat lain.. Then akan lalu menara Celcom.. Yang ni tak payah lalu.. Kira sebelum exit Celcom tu la.. Dah tersalah tapi nasib baik belum terlepas belok yang kena masuk tu.. Cuma tersalah masuk lorong la.. Natijahnya, kena hon dengan kete yang beratur kat belakang.. Sebab kete mak yong kat lorong terus tapi bagi signal ke kanan.. Soriiii, saya tak biasa kat kawasan ni.. Dahlah kat depan ada polis trafik.. Nasib baik tak kena marah..huhu.. Cari punya cari, jumpa jugak.. Alhamdulillah, senang hati.. Nak tau pukul berapa kitaorang sampai? Kul 7.35 pagi..hahahaha.. Awal giler.. Orang lain pun tak sampai lagi..

So, lepas parking tu pegi le sarapan kat kafe dalam bangunan Felda tu.. Then kul 8.15 pagi bergerak ke Dewan Merak Kayangan Felda.. Takyah guna pass nak masuk.. Sape2 pun boleh masuk.. Ingatkan macam konvokesyen U tu.. Yela, student pun tak ramai, dalam 300 orang je.. Dan tak semua family datang, so banyak la seat kosong.. Nak memeriahkan majlis, sape2 pun leh masuk..hehe.. Dengan penuh kesabaran, kitaorang pun menunggu majlis bermula.. Dah kul 9.00 pagi, majlis tak start lagi sebab VVIP tak sampai lagi.. VVIP yang akan menyerahkan sijil adalah Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato' Hj Abdul Samad.. Dulu dia MB Negeri Sembilan.. Then pukul 9.30 pagi ada announcement mengatakan majlis akan bermula jam 10.00 pagi sebab VVIP tak sampai lagi..


Sampai tertido atok menunggu..

Muka masing2 bosan menunggu sehhhhh...

Tunggu punya tunggu nak tau kul berapa majlis start? Kul 12.00 tengahari... Pehhh!!! Hangin jek rasa.. Penat siot dok dalam dewan tu menunggu.. Then bedebup bedebap after ucapan la apa la, majlis pun selesai.. Tau kul berape? 1.30 petang.. Sekejap je sebenarnya.. Tapi menunggu VVIP yang tersangat VVIP, lambat siotttt..










Selesai je majlis, terus gerak balik Kinrara sebab atok ada meeting hari ni.. So, kena la balik semalam jugak.. Lepas makan tengahari, balik umah toksu Huda jap, terus gerak ke Johor.. Mak yong hantar sampai jalan masuk ke highway jek.. Next week mak yong balik kampung, Insya ALLAH.. Tak sabo nak celebrate hepi beday yuyu Huda...hehehe.. And can't wait to meet you, my sweet niece.. Mak yong loves u and misses u so badly.. ^.^





Saturday, December 3, 2011

Huda Dah 2 Tahun..^^



Alhamdulillah.. Sedar tak sedar usia Huda dah 2 tahun hari ni.. Kejap je dah besar ye sayang.. Kalo ingat2 semula masa lahir dulu, alahai comelnya dan baiknya dia.. Diam jek.. Sekarang dah ligat dan aktif..hehe.. Tapi mak yong tetap sayang pada Huda comel ni.. Sangat2..

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-2 sayang.. Mak yong doakan Huda akan membesar sebagai anak yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.. Berjaya di dunia dan akhirat ye.. Nanti nak celebrate besday bagitau mak yong tau.. Kita celebrate sama2 ek..

Sayang Huda mak yong ni..^^









Friday, November 25, 2011

Makan Beso!! JM Bariyani House - IOI Boulevard..


Macam best je kan tajuk post kat atas tu.. Mesti dalam kepala tu dok terbayang jamuan ala2 malam Tahun Baru Cina..kehkehkeh.. Takdela camtu sekali.. Actually ni citer lepas konvo pakcik Irul aritu.. Lepas je siap konvo, kitaorang pun baliklah umah toksu Huda semula.. Pulak tu nasi lemak breakfast banyak lagi, so pesan kat neksu takyahlah masak untuk lunch kan.. Bajet makan nasi lemak pun ok apa.. Habiskan, sayang pulak membazir.. Tak baik, membazir kan amalan syaiton nir rajim.. Pastu bila sampai2 jek, toksu cakap dia dah reserved kat JM Bariyani House.. Eh, macam pernah ku dengar nama ni tapi di mana ya?? Ooo..patutlah macam familiar, pernah jumpa kat Alamanda masa bukak pose dengan pakcik Irul aritu.. Tak tau pulak kat Puchong pun ada cawangan dia.. Kat IOI Boulevard rupanya.. Tempat ala-ala high class depan IOI Mall tu.. Patutlah tak tau, tak pernah menyinggah kat area tu walaupun setiap hujung bulan pegi IOI Mall..huhuhu.. Takut nak jejak, macam tak sesuwai dengan poketku saja..hihihi..

Kitaorang pegi dua kereta, dekat je, dalam 15 minit dah sampai.. Sampai-sampai je nasib toksu bertuah, ada satu parking kosong depan JM Bariyani House tu.. Apalagi, masuk je la.. Kitaorang ni lain kete, dok pusing2 cari parking.. At last jumpa parking kosong depan BSN.. Agak jauh jugak la nak menapak tapi takdela jauh sangat, boleh lagi.. Exercise!! Wah, cantik jugak bangunan baru ni, maklumlah baru je beroperasi dalam 3-4 tahun lepas.. Kira baru lagi la tu.. Dulu kawasan lombong tinggal kot.. Ditambak tanah, dirikan bangunan..

Oh ye, berbalik pada tajuk citer, toksu nak belanja pakcik Irul sebab dah graduate.. Tu yang bawak ke JM Bariyani House.. Kalo tengok pada nama restoren, of coz le speciality dia pada nasi beriani @ briani @ bariyani.. Macam2 version orang panggil.. Tapi rupa lebih kurang jek.. Ada jugak menu lain, mee bandung (ni jek yang mak yong ingat..kehkeh..). So, kitaorang pun order la ikut citarasa tekak masing2.. Mak yong, nenek dengan pakcik Irul order nasi bariyani ayam masak merah.. Pak uda dengan mak uda order nasi bariyani ayam kurma (sehati sejiwa betul suami isteri ni).. Atok order nasi bariyani kambing (nak mengembek malam2 ke? hihi..) Toksu dengan neksu order nasi bariyani gam kambing.. Aijat (anak toksu - 9 tahun) order nasi bariyani apa ntah, tak perasan plak.. Tapi habis dia makan sorang.. Kitaorang ni pun punyalah mengah nak ngabiskan sepinggan tu.. Tapi sedap la.. Nasi bariyani kosong pun dah sedap cuma ayam masak merah dia takdelah pedas macam kita masak sendiri tu.. Side dish biasalah, papadom, acar dengan dalca.. Kira berbaloi la dengan harga nasi bariyani ayam, RM 14.00 sepinggan.. Erkk!! Jangan terkejut.. Dua kali ganda daripada restoren biasa.. Haruslah kan, restoren ni air-conditioned, suasana pun best, relax je.. Kira nampaklah ada kelasss.. Portion ayam tu pun besar dia bagi, bahagian yang banyak daging.. Memang makan daging semata-mata.. Mak yong memang dah tau takkan abis makan ayam tu sorang.. Nenek pulak suggest kitaorang kongsi ayam, satu lagi bawak balik.. Menjadi.. Dah kongsi berdua pun masih jenuh lagi nak abiskan tau.. Air pulak, mak yong, mak uda dengan neksu sejiwa.. Calamansi asam boi.. Perghhh!! Syiokkk!!! Atok dengan pak uda sirap bandung, nenek teh ais (kalo makan kat mana2 pun mesti order teh ais, tak tau nak order air lain kot..huhu).. Pakcik Irul tak ingat la.. Cuma toksu sorang je minum hot drink, teh tarik..hehe..

Alhamdulillah, sedap betul makan bila orang belanja ni..hehe.. Tapi kenyang makan tu sampai ke malam.. Lambat betul nak hadam.. Agaknya sebab nasi bariyani tu banyak lemak kot, tu yang lambat sikit proses.. Kalo tak silap nasi bariyani ni masak guna minyak sapi, minyak dan mungkin butter pun ada kot.. Ha ko!! Tak banyak lemak ke tu.. Last2 malam tu makan snack je, roti bakar, maruku, rempeyek.. Masing2 tak nak makan nasi..haha..

Terima kasih la toksu & neksu sebab belanja kitaorang aritu.. Semoga makin bertambah rezeki toksu sekeluarga.. Aminnn..

Tak sempat nak amik gambo nasi bariyani tu, masing2 dah lapo.. So, gambo yang ada ni sebelum makan dan selepas makan..hehehe.. Kalo nak tau lebih lanjut pasal restoren dan menu yang ada, boleh tengok kat JM Bariyani Puchong.


Mak yong sakit leher, kena tongkat kepala dengan dua jari..hihihi..

Gadis-gadis ayu walaupun dah jadi mak orang dan bakal mak orang..hehe..

Pilih jangan tak pilih.. Nasib baik unta takde, kalo tak atok dah order dah..hahaha..

Heroes of the day.. Gambar kanan tu nampak sebelah jek mata tukang amik gambo..huhu..

Walaupun time makan keayuan harus maintain..kehkehkeh..

Perghh!! Awek cun control ayu..hahahaha..

Agak2 boleh tak jadi duta JM Bariyani House? Penuh perasaan ni.. Sedapnyaaaaaa..

Inilah air yang sedap tuuuuu.. Calamansi Asam Boi..






Saturday, November 19, 2011

Tahniah Pakcik Irul..


Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua.. Hari ni adalah hari yang bersejarah untuk pakcik Irul.. Setelah hampir setahun menghabiskan pengajian, hari konvokesyen pakcik Irul tiba jua.. Alhamdulillah setelah berhempas pulas menimba ilmu di GMI, pakcik Irul berjaya memperolehi segulung diploma.. Tahniah adikku..

Pagi tadi pukul 8.30 pagi kitaorang dah sampai GMI. Mak yong pegi dengan pak uda, mak uda, atok dan nenek Huda. Pakcik Irul dah pegi dulu naik motor sebab dia kena register pukul 7 pagi. Kitaorang stay kat umah atok su Huda kat Kinrara. Pagi-pagi neksu dah masak nasi lemak.. Kuar dari rumah pun dah dekat kul 8 pagi.. Dalam setengah jam, sampai ke GMI. Amboiiii, ramainya graduan-graduan yang berjaya hari ni.. Alhamdulillah, semoga perjuangan kalian semua tidak terhenti di sini.

Sampai-sampai je pakcik Irul bagi pas masuk untuk atok dengan nenek Huda. Lepas je atok dengan nenek Huda masuk dewan, kitaorang pun merayau la sekitar tempat tu.. Terjumpa pulak pakcik Irul tengah berbaris.. Alamak, kurang hensem la.. Nasib baik ada kakak ipar yang pandai touch-up..hehe.. Dalam kul 9 lebih, pakcik Irul pun masuk dewan.. Yang kitaorang ni takleh masuk, dok je la kat luar. Ada khemah disediakan tapi takde skrin.. So, apalagi, bergossip je le kejenya dengan mak uda Huda..huhu.. Kitaorang ada gak tengok-tengok bunga yang dijual. Biasalah, bila konvo kan ada jual bunga-bunga ni. Tapi semuanya kureng. Dahlah mahal, kalo buat makan lagi berbaloi-baloi. Sorilah pakcik Irul ye.. Bukan mat bunga kan? Ahaks..





Dalam kul 11 lebih nampaklah atok dengan nenek kuar dari dewan.. Aikk?? Dah abih ke? Rupanya nak gi toilet daaaa.. Ingatkan lepas gi toilet nak masuk dewan semula.. Boring dah dok dalam dewan, lambat lagi abihnya.. Apalagi, kita minum duluuuuu.. Relax-relax kat kedai makan sebelah koperasi GMI, minum air basahkan tekak.. Tak lama lepas tu pakcik Irul pun join sekali.. Event dah abis.. Neksu siap bekalkan nasi lemak untuk pakcik Irul.. Apalagi, dari pagi tak makan apa-apa, belasah je le..hehe..





Perut dah kenyang, so sesi bergambar la pulak..hehe.. Bukan senang nak amik gambo time konvo ni.. Nak amik gambo dalam studio macam tak syok jek sebab tak cukup korum.. Kalo nak amik gambo dalam studio, bila semua ahli keluarga ada baru best.. Takpela, kamera mak yong ada, cukup la tu.. Janji ada gambar kan.. Buat kenangan..