Friday, December 23, 2011

I Miss Johor..


Hehehehe.. Sedih beno tajuk kat atas tu ye.. Rindu-rinduan gitu.. So, kalo dah rindu bebeno tu, apalagi? Balik kampung leeeeee.. Kesimpulannya, nak bagitau aku nak balik kampung le tu.. Tajuk yang mempunyai maksud tersirat..kihkihkih..

Esok mesti ramai yang plan nak balik kampung kan? Maklum le, hari Isnin kan cuti ganti untuk Krismas.. 3 hari bercuti, agak lama la jugak tu.. Aku pun tak nak le ketinggalan.. Haruslah turut sama menyesakkan highway esok.. Tapi bukan 3 hari ye, tapi 10 hari.. Diulangi, 10 hari.. Ceh!!Riak sungguh bunyinya kan..hehehe.. Actually aku amik cuti 4 hari, balik kampung.. Nak manja puas-puas dengan mak aku..huahuahua.. Mentel beno bunyinya kan? Takdela, saje je cuti lama sikit.. Cuti tahun aku pun ada 14 hari lagi.. So, watpe nak simpan lama-lama kan? Apply dan bercuti le.. Itu pun ada baki 8 hari lagi.. Bawa le ke tahun depan.. Prepare untuk cuti tahun depan.. Mana le tau tetiba nak kawin.. Opppsss.. Biar betul..hahaha.. Aku pun tak tau.. Tunggu dan lihat je la ye..

Sebenarnya dah tak sabo nak balik kampung ni.. Nak jumpa family (padahal baru je jumpa Isnin lepas).. Dan yang paling tak sabo, nak jumpa Huda le.. Nak celebrate hepi besday yuyu Huda dengan nenek..hehehe.. Takpe, sabo.. Insya ALLAH, esok dapatlah jumpa budak comel tu.. Mak yong rindu kat Huda sesangat ni..

Nampaknya sampai sini je le story untuk kali ni.. Rasanya bila kat kampung nanti, tak dapat le nak update blog ni.. Maklum le, kat sana takde internet coverage.. Tahun depan le kita bercerita lagi ye..

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 2012!!




0 Kata-Kata Hikmat: