Semalam mak yong amik cuti sebab nak attend majlis penganugerahan sijil untuk ucu Wani.. Ucu dah abih belajar.. Semalam dah dapat sijil tamat belajar.. So, hari Isnin lepas, nenek dengan atok turun Kinrara lagi.. Last month majlis konvo pakcik Irul.. Semalam ucu pulak.. Nasib baik atok dah ada kete, cuma kena standby duit minyak dengan tol je la..
Majlis diadakan kat Dewan Merak Kayangan Felda.. Aduhai, kat mana la pulak lokasinya ni.. Dahlah mak yong ni tak pernah sampai area situ.. Majlis pulak dalam surat akan bermula pada pukul 8.30 pagi.. Lagilah aduhaiiii.. Maklum le, area KL ni kalo pagi2 takyah cakaplah camne 'jammed'nya.. So, daripada last week mak yong dah survey arah nak ke sini.. Dalam google map le..hehehe.. Study betul2 arah, siap imagine lagi dalam kepala otak ni.. Semalam pukul 7 pagi dah kuar rumah tau, takut tersangkut dalam jammed.. Pass sampai exit ke Jalan Semarak.. Pastu tersalah masuk lorong daaa.. Sebab dalam google map dia tunjuk exit kat tempat lain.. Then akan lalu menara Celcom.. Yang ni tak payah lalu.. Kira sebelum exit Celcom tu la.. Dah tersalah tapi nasib baik belum terlepas belok yang kena masuk tu.. Cuma tersalah masuk lorong la.. Natijahnya, kena hon dengan kete yang beratur kat belakang.. Sebab kete mak yong kat lorong terus tapi bagi signal ke kanan.. Soriiii, saya tak biasa kat kawasan ni.. Dahlah kat depan ada polis trafik.. Nasib baik tak kena marah..huhu.. Cari punya cari, jumpa jugak.. Alhamdulillah, senang hati.. Nak tau pukul berapa kitaorang sampai? Kul 7.35 pagi..hahahaha.. Awal giler.. Orang lain pun tak sampai lagi..
So, lepas parking tu pegi le sarapan kat kafe dalam bangunan Felda tu.. Then kul 8.15 pagi bergerak ke Dewan Merak Kayangan Felda.. Takyah guna pass nak masuk.. Sape2 pun boleh masuk.. Ingatkan macam konvokesyen U tu.. Yela, student pun tak ramai, dalam 300 orang je.. Dan tak semua family datang, so banyak la seat kosong.. Nak memeriahkan majlis, sape2 pun leh masuk..hehe.. Dengan penuh kesabaran, kitaorang pun menunggu majlis bermula.. Dah kul 9.00 pagi, majlis tak start lagi sebab VVIP tak sampai lagi.. VVIP yang akan menyerahkan sijil adalah Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato' Hj Abdul Samad.. Dulu dia MB Negeri Sembilan.. Then pukul 9.30 pagi ada announcement mengatakan majlis akan bermula jam 10.00 pagi sebab VVIP tak sampai lagi..
Sampai tertido atok menunggu..
Muka masing2 bosan menunggu sehhhhh...
Tunggu punya tunggu nak tau kul berapa majlis start? Kul 12.00 tengahari... Pehhh!!! Hangin jek rasa.. Penat siot dok dalam dewan tu menunggu.. Then bedebup bedebap after ucapan la apa la, majlis pun selesai.. Tau kul berape? 1.30 petang.. Sekejap je sebenarnya.. Tapi menunggu VVIP yang tersangat VVIP, lambat siotttt..
Selesai je majlis, terus gerak balik Kinrara sebab atok ada meeting hari ni.. So, kena la balik semalam jugak.. Lepas makan tengahari, balik umah toksu Huda jap, terus gerak ke Johor.. Mak yong hantar sampai jalan masuk ke highway jek.. Next week mak yong balik kampung, Insya ALLAH.. Tak sabo nak celebrate hepi beday yuyu Huda...hehehe.. And can't wait to meet you, my sweet niece.. Mak yong loves u and misses u so badly.. ^.^
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment