Wednesday, March 2, 2011

Huda Makin Ligat..


Dah lama tak citer pasal Huda.. Sekarang ni Huda dah semakin ligat.. Tak reti duduk diam.. Ada je aktiviti yang dibuatnya.. Sampai nak tido pun kena paksa.. Kalo dibiarkan, maunya sampai pukul 1-2 pagi tak tido-tido..hehe.. Badan Huda kecik je tapi pipi maintain chubby.. Agaknya sebab badan kecik tu la dia aktif sesangat.. Senang nak bergerak ke sana-sini.. Dan rasanya sebab terlalu aktif tu la badan dia susah nak naik.. Semua makanan yang dimakan berubah kepada tenaga dan digunakan sepenuhnya..hehe..

Last Sunday borak-borak dengan nenek Huda kat telefon.. Nenek Huda cakap sekarang ni pantang dengar muzik, asyik nak bergelek je si Huda ni.. Amboiii..nak ganti Inul ke..hehe.. Kat taska pun Huda glamer sebab suka menari..kihkihkih.. Malam pulak susah nak tido.. Selagi rumah nenek tu tak bergelap sepenuhnya, jangan haraplah Huda nak tido.. Selagi nampak atok baring kat depan tv kat tengah rumah tu, Huda pun join sama.. Bukan join tengok tv, tapi main-main dengan atok.. Atok baring tak pakai baju pakai kain pelikat je, Huda pun duduk atas perut atok, main 'nipple' atok..kahkahkahkahkah... Lawak la Huda ni.. Last-last ayah Huda datang tangkap Huda bawak ke depan rumah, paksa tido.. Walaupun menangis menjerit-jerit, bila mata dah ngantuk, tido jugak akhirnya..

Masa kat kampung Sawah Ring aritu pun bukan main ligat lagi.. Nampak orang main bolasepak, dia pun nak join sama.. Pastu pandai pulak sambil main sebut 'GOL'.. Mana taknya kat rumah main bolasepak dengan ayah.. Anak ayah, semua boleh..hehe.. Sekarang ni dah pandai memilih orang.. Nenek-nenek Huda tak ngam kecuali nenek sendiri tapi atok-atok kebanyakannya dia nak ikut.. Amboiiiii..kecik-kecik dah pandai ye.. Negative always attracted to positive..hehehe..

Makin bijak Huda mak long ni.. Dah beso la katakan..hehe..

Rindunya la kat budak ligat ni.. Tak sabo nak tunggu 12 Mac 2011 ni.. Insya ALLAH, kami semua balik Sawah Ring untuk kenduri 40 hari arwah atok.. Bolehlah jumpa si kenit ni.. Mak long tak sabo nak tengok Huda gelek.. Boleh lawan Inul ke tak..hehehe..

Oppss..dah jadi ustazah takleh gelek-gelek tau.. Kena ngaji alif, ba, ta.. (^_^)







0 Kata-Kata Hikmat: